Laman Webantu KM2: 6541 File Size: 6.0 Kb * |
TAG SP 547: Hrkh: Inikah Tempatnya Mahathir Menyauk Nasihat Politik? By Abdar-Rahman Koya 29/12/2001 1:02 pm Sat |
Harakah: 1/3/1999 Inikah Tempatnya Mahathir Menyauk Nasihat Politik?
(Is this where Dr. M trolls for policy advice?)
Oleh: Abdar-Rahman Koya Kenyataan Mahathir dalam satu tembual dengan sebuah majalah Amerika telah
mencetuskan beberapa persoalan apakah beliau memang dipengaruhi oleh
beberapa penasihat asing tertentu. Dalam satu wawancara dengan EIR (Executive Intelligence Review) sebuah
majalah berita terbitan Amerika yang diusahakan oleh Lyndon H. Larouche,
Mahathir berkata Malaysia 'boleh jatuh muflis' kalaulah ia menunggukan
tindakan IMF (International Monetary Fund/Dana Kewangan Antarabangsa)
bertindak menyekat perdagangan matawang yang telah menghancurkan ekonomi
utama Asia. Ketika mengulas perkara ini, bekas Ketua Pembangkang di Parlimen, Lim Kit
Siang telah berkata pada 23 Februari (1999), betapa Mahathir seharusnya
mengelak kerja sialan membuat kenyataan yang 'hanya akan mencetuskan banyak
ketidak-senangan, baik dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa,'
mengenai pengurusan kewangan dan ekonomi berhemah di Malaysia.
Lim juga berpendapat, bahawa kenyataan Mahathir itu 'mencetuskan kesangsian
bukan disebabkan kata-katanya sahaja, malahan cara kenyataannya itu
disiarkan oleh media terbitan yang dipilihnya.' Lim menyebut nama LaRouche
yang memang terkenal dengan kisah teori konspirasi yang dijajanya. Ketika
membahaskan Belanjawan 1998 pada bulan Oktober 1997, Kit Siang pernah
menyoal apakah benar bahawa Mahathir telah banyak dipengaruhi oleh EIR,
kerana ada pendapat yang merakamkan beberapa kenyataan Perdana Menteri itu
saling tak tumpah dengan apa yang diterbitkan oleh EIR.
'Nampaknya, pengaruh LaRouche ke atas Mahathir semakin membengkak sejak 16
bulan yang lalu (ingat !!!! kalau sehingga kini sudah menjadi 66 bulan -
penterjemah), malahan Mahathir mungkin merupakan satu-satunya perdana
menteri di dunia ini yang merelakan dirinya ditemubual oleh EIR,' kata Kit
Siang. LaRouche pernah mencuba beberapa kali bertanding kerusi presiden Amerika dan
pernah dihukum oleh mahkamah pada 1989, kerana jenayah kewangan. Seorang
analis politik pernah berkata bahawa sudah menjadi pengetahuan umum bahawa
Mahathir dan jerung kesayangannya Daim Zainuddin mengisar dasar ekonomi
mereka berasaskan beberapa idea (haprak) LaRouche, yang ketika 1997
merupakan seorang 'maverick berusia 75 tahun.'
Antara cadangan 'bercendawan' LaRouche ialah penutupan IMF, untuk digantikan
dengan sistem pengawalan matawang yang direkanya. Dia menyebarkan idea itu
dengan membincangnya dengan calon yang bertanding pilihanraya di luar
Amerika Syarikat, sambil mengeluarkan biaya agar mereka dapat terus
mengembangkan idea LaRouche itu di parlimen seandainya mereka menang.
LaRouche merupakan penyokong kuat bekas Presiden Bill Clinton, yang memang
terkenal dengan sikap pro-Israel dan mempunyai rekod berkelakuan sumbang
ketika bertakhta di Rumah Putih. Majalah milik beliau EIR memajukan pelbagai
idea seperti 'Lobby Yahudi untuk kepentingan ekonomi dunia'. Itulah majalah
yang menuduh (bekas) Perdana Menteri Thailand Chuan Leekpai dan (bekas)
Presiden Indonesia B.J. Habibie sebagai 'alat Yahudi'. LaRouche memang
dibenci oleh -masyarakat kulit hitam Amerika (masyarakat African-American)
kerana pendapatnya yang anti-kulit hitam.
Satu ketika dulu dia mengutuk kerja-kerja mendakwa Clinton dengan mentohmah
bahawa itu adalah kerja-tangan yang didalangi oleh British untuk
menggulingkan Clinton. 'Dunia ini sudah menghampiri bibir jurang neraka. Kita kini semakin
menggelonsor untuk memusnahkan sistem kewangan dunia. Muslihat sebenar
rencana yang didalangi oleh British terhadap Presiden Amerika ialah untuk
memusnahkan segala kemungkinan itu, buat selama-lamanya, keupayaan presiden
Amerika untuk bertindak bijak menanganai krisis kewangan dan kegawatan
negara,' katanya. LaRouche telah menuduh majlis siasatan senat Amerika itu sebagai konspirasi
British dan 'sekutu confederates mereka di parlimen dan senat Amerika' untuk
menjadikan Amerika Syarikat mengangkat semula sistem berparlimen ala-British
agar kembali semula menjadi tanah jajahan British. Setahun sebelum itu dia
telah merayu agar Clinton melantik beliau sebagai seorang penasihat ekonomi
(bukankah itu caranya Jerung Daim Zainuddin merayu agar dilantik menjadi
penasihat ekonomi seorang diktator UMNO?)
Salah satu pemikiran haprak LaRouche ialah dakwaannya betapa pasaran ekonomi
dunia ini dikuasai oleh sekumpulan Freemasons British yang diketuai oleh
Putera Phillip, Duke of Edinburgh (berusia 80+ tahun kini - penterjemah)
suami kepada Ratu England, Queen Elizabeth II. Kumpulan freemasons ini
dikatakan dianggotai oleh kumpulan aristokrat Inggeris dan beroperasi di
United Kingdom dan Australia. Mengikut LaRocuhe, kerajaan British pimpinan
John Major dan juga Blair sekarang ini, adalah dicengkam pengaruh Prince
Phillip, yang menentukan dasar kerajaan di UK.
Ada satu komen yang tersiar di internet baru-baru ini di mana seorang
pembaca di London pernah menyiarkan pendapatnya bahawa: 'Lyndon LaRouche
adalah seorang yang sudah sewel, dan sesiapa sahaja yang menjadi penuntut
beliau adalah turut sewel semacam dia.'
Sementara itu, Kit Siang merasa kesal dengan kenyataan Mahathir yang
menyebut 'Malaysia sudah pasti menjadi sebuah negara yang muflis kalaulah
bukan disebabkan tindakan pengawalan modal' yang diperkenalkan pada 1
September 1998. 'Kalaulah benar (kelentongan) perkara ini, jiran kita Singapura yang
tidakpun bertindak memperkenalkan sebarang kawalan sepatutnya jatuh
tersungkur kebangkrapan dalam krisis kewangan dulu, kalaupun tidak
termengah-mengah kemuflisan !' katanya.
Terjemahan: SPAR Asal: KM2 5316 |