Laman Webantu KM2: 6528 File Size: 5.8 Kb * |
TJ SP MGG: Para Peguam Kini Boleh Mengiklan Perkhidmatan Mereka By M.G.G. Pillai 27/12/2001 12:46 am Thu |
Para Peguam Kini Boleh Mengiklan Perkhidmatan Mereka
(Lawyers can now hawk their services)
Oleh: M.G.G. Pillai Garis pemisah yang sungguh nipis antara perjawatan dan
perkhidmatannya sudah lama ghaib satu ketika dulu apabila sekolah
mula mengejar keuntungan besar. Ketika itulah munculnya kerjaya
yang melambangkan perkhidmatan awam, sukar untuk menjadi
anggotanya tetapi masih boleh diusahakan. Bidang itu tidak
mempunyai banyak peraturannya dan membolehkan sesiapa
memasukinya, cuma ia menjadi mahal untuk keluar daripadanya.
Sekarang, perkara begitu sudah tidak seperti dulu. Sekitar satu juta
ringgit diperlukan dan sedikit lebih lagi untuk mendapatkan satu
ijazah professional, dan hampir sama banyaknya untuk memasuki
bidang profession itu. Jika para professional boleh mengiklan
perkhidmatannya, kenapa pula hak itu dinafikan kepada para
peguam? Di Malaysia budaya berlagak adalah satu kemestian
dalam bidang undang-undang seperti juga dalam bidang
pertukangan, walaupun bidang pertukangan kini sedang diruntun
hutang bertapuk yang berbilion banyaknya membina satu jembatan
daripada satu tempat yang tidak menentu ke satu tempat yang tidak
ada orang yang tahu. Para peguam di Malaysia kini adalah
merupakan orang perniagaan, dan bertegas mereka adalah laksana
orang berniaga, mesti mengiklan perkhidmatan mereka. Majlis
Peguam sengaja melecehkan hal ini bertahun lamanya bukan utnuk
menyelesaikan isu ini, seperti yang dijangka dalam Darulboleh,
apakah relevan isu itu, tetapi lebih untuk mengelirukan sesama
sendiri. Dengan demikian, segelintir firma guaman yang mempunyai
puluhan, kalau bukan ratusan peguam yang berkepak di sarang
mereka, telah bertindak mengiklan perkhidmatan mereka di laman
web sendirian dan sekialigus memperlekehkan perdebatan yang
usang itu. Majlis Peguam berfikiran, tidak guna meributkan keadaan,
walaupun ada segelintir peguam akan diberi ingatan agar patuh
kepada peraturan piagam, selalunya apabila keghairan memasang
iklan itu menjadi semakin galak. Banyak firma ini memang angkuh
dan perpengaruh dan ada yang mempunyai kekebalan melanggar
piagam mengikut selera mereka. Saya tidak perlu menamakan firma
yang seperti ini. Hinggalah menjadi satu perkara biasa apabila
'Legal Profession (Publicity) Rules 2001' melonggarkan peraturan
yang begitu ketat itu yang pada asalnya mereka hanya diterima
untuk menjadi peguam dan peguam cara. Dalam paparan muka
depannya pada 11 Disember, 2001,The New Straits Times telah
memberikan gambaran beberapa peguam yang dibelenggu
peraturan memasang iklan itu kini boleh bernafas lega. Mereka
boleh memasang iklan di luar negara, dan meminta diberi peluang
yang sama, apa sajakah maknanya, boleh bersaing untuk
menjalankan tugasan korporat di rantau ini yang memang mahal
bayarannya, dan menonjolkan Malaysia di peta dunia.
Saya tidak percaya pengiklanan seperti itu akan banyak gunanya.
Ia hanya akan menyauk seorang asing yang tidak berwaspada,
tetapi ini bersamaan dengan memujuk rayu untuk mendapatkan
peluang perniagaan. Kebanyakan orang yang memerlukan firma
seperti itu adalah syarikat besar, bukannya orang persendirian dan
tentu mereka telah menerima pandangan penasihat undang-undang
mereka siapa yang harus disauk. Keputusan seperti itu tidak akan
dilakukan oleh seorang rakan niaga dengan cara melayari laman
web ataupun melalui iklan yang terpapar di New York Times, The
Guardian, ataupun The New Straits Times. Tetapi gelagat begini
yang mengembangkan hidung keegoan syarikat tersebut. Lagi besar
syarikat itu, lagi tebal tahi minyak keegoannya. Iklan hanya
merupakan pelicin dalam proses itu. Terdapat beberapa syarikat
guaman di negara ini yang memang merupakan satu tenaga
perundangan antarabangsa kerana kepakaran mereka mengenai
Malaysia dan telahpun mencapai martabat unggulan tanpa
memasang iklan kerana mematuhi amalan piagam lama. Ada yang
sudah dibiarkan begitu sahaja, itupun disebabkan rakan
perkongsian memikirkan mereka lebih selesa bergantung kepada
nama baik firma itu sejak dulu-dulu. Tetapi, begitulah keadaannya, orang masih percaya bahawa
peguam tidak boleh mencanang perkhidmatannya, (saya boleh
menyebut beberapa nama peguam yang sengaja memasang iklan
merata tempat); mereka tidak memasang iklan (tetapi saya kerap
melihat mereka menunjuk kad perniagaan di majlis koktel); mereka
dikatakan cekap dan menjalankan tugas dengan cermat; (tetapi saya
kenal segelintir yang haprak bertugas dalam firma yang terbaik).
Saya telah berurusan dengan peguam yang baik dan kurang baik,
ada yang boleh saya percaya dengan nyawa sendiri dan ada yang
memang tidak saya senangi untuk berurusan. Tidak ada bezanya
dengan profesion yang lain. Selalunya melalui hebahan mulut ke mulut, yang membolehkan kita
memilih seoang peguam yang kita senangi. Itulah juga caranya
nama mereka didengari oleh peguam berwibawa di luar negara.
Tetapi, syarikat guaman kini mengiklan perkhidmatan mereka secara
menyeluruh di luar negara. Ini memerlukan kita peka dengan amalan
guaman di seberang laut. Ia tidak seharusnya dicanang sebagai
bertujuan untuk berdaya-saing secara berkesan dengan peguam
asing. Kalau anda berkesan, sudah tentu ada kesannya. Apakah
anda seorang peguam yang berkesan sedangkan tidak ada
kesannya? Tetapi banyak firma guaman korporat ghairah dengan
mainan baru mereka ini. Apa yang kerajaan lakukan ialah
memberikan kemudahan mereka bermain-main. Kerajaanpun
bukannya suka bermain lebih daripada itu.
M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR 12.12.01 |