Laman Webantu KM2: 6527 File Size: 6.4 Kb * |
TAG SP 545: WPost: Bekas Pegawai Taliban Yg Tidak Takutkan Balasan By John Pomfret 27/12/2001 12:42 am Thu |
www.washingtonpost.com Bekas Pegawai Taliban Yang Tidak Takutkan Balasan
(For a Feared Taliban Officer, Few Worries About Reprisals)
Oleh: John Pomfret (24/12/01). Nabibullah Rabbani mempunyai cemeti pelibas yang sengaja
digantungnya di dinding rumah di bawah satu potongan ayat suci
Al-Quran. Rabbani, 37, pernah bertugas sebagai seorang pegawai
Kementerian Amal Makruf Nahi Mungkar - dan beliau memang amat
digeruni satu ketika dahulu. Tugasnya, mengikut cerita beliau, ialah
'menegakkan hukum Islam'. Tugas itu mencakupi 'mendidik kaum wanita, dan mengajar orang
lelaki agar takutkan Allah,' katanya sambil menghirup secangkir teh
pada satu petang, baru-baru ini. Seperti ribuan anggota bala tentera
Taliban yang mempertahankan amalan agama ala-abad
ke-delapan, Rabbani tidak mempunyai sebarang perasan takut
kalau-kalau ada yang mahu bertindak balas terhadap perangai
ganasnya selama lima tahun yang berlalu.
Kisah Rabbani merupakan satu unsur penting mengenai peperangan
di Afghanistan. Walaupun Taliban sudah tumpas, pergerakan itu
masih bernafas. Para pegawai Taliban - bermula dari mereka
dijalanan seperti Rabbani kepada Abdul Razaq, bekas menteri dalam
negara mereka - berkata mereka masih bersiap sedia untuk
merampas kuasa lagi, seandainya peluang terbuka.
'Aku tidak nampak peperangan ini sudah tamat,' kata Rabbani.
'kamu orang Amerika datang daripada jauh. Kami berada di
Afghanistan. Satu hari nanti kamu akan pulang juga, mungkin satu
ataupun dua tahun lagi. Tetapi kami masih tetap ada di sini.'
Rabbani ialah seorang lulusan sebuah madrasah, di Pakistan telah
menganggotai Taliban pada 1995, ketika kebangkitannya memuncak.
Dia menganggotai kumpulan pencegah maksiat pada 1996 ketika
pasukan militia itu berkembang di Kandahar. Tugas itu adalah antara
yang terbaik di bandar itu kerana ia menjanjikan gaji yang tetap.
'Kami merupakan satu pasukan istimewa,' katanya dengan satu
nada yang sayu. Pasukan pencegah maksiat Afghanistan telah mendapat gaji
menerusi sumbangan Al Rashid Trust, sebuah badan amal
berpangkalan di Karachi. Kini, segala aset pertubuhan itu telah
dibekukan setelah Presiden Bush mengisytiharkan badan itu sebagai
badan yang menyokong keganasan, satu tuduhan palsu yang
dinafikan oleh pertubuhan itu. Badan amal itu terlibat dengan salah
satu projek pembangunan terbesar di Afghanistan, membina Masjid
Omar di Kandahar, yang terbantut kerana ketiadaan wang. Berjuta
dollar dikatakan telah disonglap dalam projek itu (awas ini
propaganda syaitan daripada Amerika!!!!).
Dengan gaji tetap itu, Rabbani menjadi manusia yang disegani di
kampungnya yang hidup berumahkan tanah liat dan dalam keadaan
penuh kemiskinan. Jiran beliau, Mohammad Najib, berkata dia
menghormati Rabbani kerana pengetahuannya dalam pengajian
Islam dan kepintarannya menghafal surah yang panjang-panjang.
Najib menceritakan kisah lama bagaimana Rabbani telah mengutuk
beliau kerana janggutnya tidak panjang mengikut syarat yang
ditentukan oleh Taliban yang mahukan ia disisir sepanjang
dua-penumbuk. 'Dia pernah menegur saya sekali dulu,' kata Najib.
Tetapi, katanya Rabbani selalu menghulurkan gula-gula kepada
anak Najib. Pendapat Najib terhadap jirannya, melambangkan satu kenyataan
ekoran kejatuhan Taliban. Selepas berperang selama 23 tahun,
orang Afghan sudah menjadi mangli kepada gelagat yang
menyerupai kelakuan Rabbani seolah-olah keganasan yang beliau
tunjukan itu merupakan sesuatu yang dapat diterima berbanding
huru-hara yang muncul setiap kali sebuah kerajaan baru menjelma.
'Kami kenal siapa yang menjadi anggota Taliban,' kata Najib sambil
berdiri di halaman rumahnya - sebuah rumah dua bilik yang tidak
mempunyai bekalan api dan air. 'Kami memang tidak kenal segala
pemimpin yang baru. Mereka tidak bermaruah. Taliban memang
kasar dan ganas. Tetapi pada umumnya kami tidak melihat banyak
rasuah.' Dari satu sudut rumah itu, isteri Najib menyampuk.
'Saya gembira mereka sudah tiada,' kata beliau walaupun tidak
mahu menampakkan mukanya. 'Orang macam Rabbani adalah
orang jahat. Pergilah masuk rumah beliau dan lihat apakah dia
amalkan apa yang dikatakannya.' Najib merasa malu dengan pendapat isterinya itu. 'Orang
perempuan mana faham politik,' katanya.
'Apa?' muncul jawapan dari sebalik dinding. 'Si jantan itu pernah
melibas saya sekali kerana saya memakai kasut berwarna putih.
Ketika perkara itu berlaku awak naik berang, dan kini awak mudah
melupakannya.' Pasukan pencegah maksiat itu menegah rakyat
menggunakan kasut putih kerana putih adalah warna lambang
kumpulan Taliban. Dalam rumah Rabbani memang terdapat lambang kemodenan, yang
pernah ditolak oleh Taliban dulu - sehingga waktu ini. Keluarga
Rabbani memiliki satu peti TV, walaupun Taliban menegahnya dulu.
Mereka memiliki radio, dan daripada lacinya Rabaani pernah
mengeluarkan secara perasaan bersalah, beberapa keping gambar
keluarga yang dirakamkannya sebelum Taliban berkuasa.
'Aku tak percaya pada semua ini,' kata Rabbani, 'tetapi isteri aku
akan terguris tanpa semua ini.' Di sebalik pelbagai kecelarauan dalam hidupnya, Rabbani masih
yakin Taliban akan merampas kuasa semula. 'Tidak ada seorangpun
kami yang telah ditangkap dan anda boleh lihat orang ramai tidakpun
memusuhi kami,' kata beliau. Sememangnya, tidak banyak kisah kematian pegawai Taliban
gara-gara balas dendam. Pasukan anti-Taliban tidak pula menyibuk
untuk menangkap pemimpin Taliban. Beberapa pemimpin tertinggi
yang dikehendaki kerana membunuh orang awam dulu, sudahpun
dibebaskan oleh pasukan Pakatan Utara dan kumpulan bersenjata
yang lain. 'Masyarakat sedar kami menjalankan tugas dengan ikhlas dan
benar dan mereka tahu satu hari nanti kami akan berkuasa semula,'
kata Rabbani. 'Kerana itu mereka berlembut dengan kami. Mereka
tahu kalau kami naik marah, kami akan mengganas apabila kami
merampas kuasa memerintah Afghanistan semula.'
*** Terjemahan: SPAR [Catatan Penterjemah: Hanya kerajaan UMNO dan Utusan yang tidak
yakin kebangkitan semula Taliban sehingga sanggup terus
mengiktiraf wakil Pakatan Utara sebagai duta mereka di negara ini.]
26/12/01. |