Laman Webantu KM2: 6526 File Size: 3.0 Kb * |
TAG SP 544: WPost: Walker Pernah Berjumpa Osama Laden? By Reuters 27/12/2001 12:41 am Thu |
www.washingtonpost.com Walker Pernah Berjumpa Osama Laden?
(Walker Reported To Have Met With Bin Laden)
Reuters (24/12/01). John Walker, warga California yang pernah berjuang menganggotai
Taliban di Afghanistan, pernah pada satu ketika bertemu Osama bin
Laden, demikian yang dilaporkan oleh 'Newsweek' kelmarin.
Dalam pertemuan mereka, 'Walker menjadi terpesona dengan
ketokohan idolanya.' Sambil menyebut beberapa sumber yang
memang diketahui ada kaitan dengan maklumat, Walker telah
memberitahu FBI selepas beliau ditangkap pada 2 Disember, betapa
beliau telah diberikan kepercayaan oleh kumpulan al Qaeda untuk
terus berada di Khemah Farouk di pergunungan berhampiran
Kandahar. Newsweek telah melaporkan betapa Khemah itu adalah salah satu
khemah latihan yang pernah digunakan oleh salah seorang
perampas pesawat pada 11 September dulu, dan di situlah Osama
Laden merancang serangan ke atas New York dan Washington.
Beberapa bulan sebelum serangan itu, Newsweek melaporkan
betapa al Qaeda memberikan Walker (20 tahun) peluang membuat
pilihan: Dia boleh menjalani satu latihan yang intensif ataupun
berjuang seperti seorang ahli al Qaeda menentang Pakatan Utara.
Walker dikatakan telah memberitahu pihak berkuasa AS betapa dia
membuat pilihan untuk berjuang, sambil mengelak apa yang disebut
oleh pegawai Jabatan Penghakiman Amerika, sebagai 'latihan
syuhada', kata majalah itu. Walker telah ditangkap setelah mengalami kecederaan di penjara
ketika banduan Taliban memberontak di bandar Mazar-e-Sharif.
Agen perisik Cia, 'Mike' Spann telah terbunuh dalam kebangkitan
itu. Walker sedang ditahan di atas kapal perang di Teluk Parsi dan
berkemungkinan didakwa dengan hukuman mati.
Jabatan Kehakiman disebut oleh beberapa sumber berkemungkinan
membuat cadangan agar Walker didakwa kerana melanggar
peraturan menyokong pengganas, yang membawa hukuman penjara
sehingga 10 tahun, dan tidak dituduh kerana menderhaka. Namun,
perkara ini belum ditetapkan lagi oleh Rumah Putih, seperti yang
disebutnya minggu lalu. Mengikut Newsweek, seorang pegawai telah ditanya apakah Walker
menunjukkan tanda dia menyesal, jawapannya ialah: 'Tidak'.
Terjemahan: SPAR [Catatan Penterjemah: Kita terjemahkan artikel ini untuk mengingatkan
orang Melayu betapa proses propaganda untuk membabitkan Osama
Laden dengan serangan 11 September, masih berterusan.
Sedangkan pada tahap awal Walker ditangkap ada satu kenyataan
beliau betapa tugasnya bersama pejuang Taliban ialah bagi
kerja-kerja 'kemanusiaan' sahaja. Malahan, Walker telah menyebut
bahawa Amerika berdosa besar mengganyang Afghanistan yang
tidak ada kena mengena dengan peristiwa 11 September itu. Esok
lusa kita mungkin membaca berita bagaiman Walker dilatih untuk
membunuh Bush!!!!! ]
|