Laman Webantu KM2: 6524 File Size: 10.2 Kb * |
TAG SP 542: LRC: Bush Tidak Boleh Berdalih Dengan Kegilaan Sharon By Michele Steinberg 27/12/2001 12:16 am Thu |
Bush Tidak Boleh Berdalih Dengan Kegilaan Sharon
(Bush Cannot Make Excuses For Sharon's Suicidal War)
oleh: Michele Steinberg - Executive Intelligence Review
http://www.larouchepub.com Lyndon H. LaRouche, Jr. bakal calon presiden parti Demokrat untuk
2004, telah memberi amaran bahawa Pentadbiran Bush seharusnya
tidak berdalih di atas gelagat Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon
yang berbuat kerja gila-gila menyerang Palestin pada Disember
2-8. 'Sharon dan IDF (Israel Defence Force - Pasukan Pertahanan
Israel) memang taksub mahu membunuh Arafat dan menghancurkan
Palestinian Authority. Kami tidak akan membiarkan perkara ini,' kata
La Rouche. Pad 7 Disember, LaRouche menambah lagi denan berkata bahawa
kerajaan Israel yang ada dan sokongan terhadap mereka di luar
negara boleh dianggap sebagai kerajaan gila. Satu ketika dulu
Perdana Menteri Yitzhak Rabin (mendiang) telah memberi amaran
bahawa seandainya tidak dilakukan perubahan dalam dasar Israel,
negara itu akan hancur. Teapi, dasar negara itu tetap sama dan
merupakan penyebab yang mencetuskan pembunuhan Rabin.
LaRouche bertegas bahawa sebuah kerajaan yang meneruskan
dasar gila-babi tidak boleh dianggap tidak sewel. Seandainya Israel
meneruskan dasar yang ada, satu hari nanti ia akan mencetuskan
kemusnahan Israel, dan hina sebagai sebuah negara yang dipimpin
secara regim Hitler. LaRouch mendesak Pentadbiran Bush memberitahu Sharon:
Hentikan dasar ala-nazi terhadap Palestin, ataupun Amerika
Syarikat akan menggunakan kekuatannya untuk menghancurkan
anda; amaran yang tegas eperti itu akan menghentikan kegilaan
Sharon. Membunuh Perunding Palestin Kira-kira jam 3.30 pagi pada 7 Disember sambil memperlekehkan
rayuan Pope Johan Paul II dan pemimpin dunia yang lain, Perdana
Menteri Sharon telah memacu serangannya terhadap Palestinian
Authority, mengarahkan F-16 mengebom balai polis dan akademi
polis PNA (Palestinian National Authority) di Tebing Gaza.
Pada waktu yang sama dengan kegilaan ala-Hitler, Sharon telah
menjerit mahukan polis Palestin melaksanakan tugas menangkap
mereka yang mencetuskan keganasan, sedangkan dia mengbom
ibupejabat dan balai polis dan juga beberapa penjara.
Serang baru itu bersamaan dengan hari ulangtahun Pearl Harbour,
beberapa jam setalah kerajaan Sharon memberithau duta AS Gen.
(B) Anthony Zinni betapa pegawai keselamatan Israel dijadualkan
bertemu pegawai setugas dalam perkhidmatan Palestin untuk
membincangkan cara menamatkan keganasan. Kelentongan ini
memang biasa dilakukan oleh Sharon, seperti yang pernah
dilakukannya di Lubnan ketika menjadi menteri pertahanan pada
1982. Perdana Meneri Israel itu bukan sahaja merencanakan
agenda perang; dia sebenarnya mempunyai muslihat yang lama
terpendam untuk membunuh Presiden PNA Presiden Yassir Arafat.
Itulah yang dirancangnya selama 20 tahun.
LaRouche menekankan bahawa Pentadbiran Bush dan pemimpin
lain di Amerika Syarikat mesti mempunyai keberanian untuk berkata
yang benar, walaupun pilihanraya tempoh pertengahan AS bermula
November depan dan sudah ada tekanan hebat daripada pelobi
Zionis yang berhaluan kanan untuk menghambat mereka.
Tindakan Sharon itu, mengikut LaRoouche adalah semacam
mengulang kembali keadaan Perang-Tiga Puluh-Tahun,
Pentadbiran Bush seharusnya tidak memohon maaf bagi pihak
Sharon dan jentera algojonya, IDF. Israel sedang mengebom
penduduk tanah yan merka takluki dan merencana kempen
membunuh secara bersistem dan secara merusuh. Kerja jijik ini
melanggar setiap resolusi antarabangsa yang diluluskan oleh PBB
terhadap Israel. Rakyat Israel dan segala institusinya harus diberitahu, kata
LaRouche, bahawa 'semua orang gila ini,' yakni Sharon dan
pemimpin Parti Likud, bekas perdana menteri Benjamin Netanyahu,
sedang memimpin mereka dan Israel ke jalan kehancuran. LaRouche
membandingkan situasi ini dengan Count Wallenstein
ditengah-tengah Perang Tiga Puluh Tahun dulu (1618-48), seperti
yang kisahkan oleh penyajak agung Freidrich Schiller dalam satu
pementasan yang menggunakan tajuk yang sama. Wallenstein,
adalah panglima perang Imeprian (Katholik) yang telah dibunuh
kerana usahanya mencapai kedamaian dengan puak Protestant
tanpa keizinan terlebih dulu daripada puaknya. Itulah yang
memanjangkan peperangan itu selama dua dekad lagi dengan
banyak kehancuran menyeluruhi sebahagian besar Eropah.
LaRouche telah merujuk kepada kepentingan perjanjian yang
menamatkan perang itu. 'Dasar 'Peace of Westphalla' (Perjanjian
Westphalla) seharusnya diguna-pakai sekarang,' kata LaRouche.
'Itu sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan sekarang.'
Terbongkarnya Rahsia 'Persekongkalan Sharon Dengan Hamas'
Di dalam Israel sendiri, bukti wujudnya penentangan terhadap
tindakan Sharon semkin menyerlah di media masa. Malahan, ada
yang mendedahkan betapa Sharon mempunyai satu pakatan rahsia
dengan Hamas, dan kisah sau persidangan kabinet yang
dilangsungkan sekembalinya Sharon daripada Amerika Syarikat.
Semasa di sana dia telah berbincang dengan Presiden Bush,
Setiausaha Negara Collin Powell dan Penasihat Keselamatan
Negara, Condoleeza Rice. Dalam sessi kabinet itu ahli sekongkolan
Sharon telah menghentak meja dan memberi ingatan kepada Meneri
Luar, Shimon Peres bahawa mereka bercadang menumpaskan
kumpulan Hamas yang mendakwa melakukan tindakan ganas
kerana mahu berkuasa mengantikan Arafat. Pada ketika itu, dengan
diketuai oleh Peres, wakil Parti Labour telah keluar dari persidangan
itu, dan sekarang sedang mendebatkan apakah mereka perlu
menjatuhkan kerajaan Sharon. Persekongkolan jijik dengan Hamas telah didedahkan secara
terperinci pada Disember 4, oleh satuartikel di Ha'retz oleh
pengulas kanan Akiva Eldar. Beliau menceritakan bagaimana pada
permulaan mesyuarat Kabinet itu, Menteri Silvan Shalom telah
mengecam Peres kerana menganjurkan satu 'perundingan' dengan
Arafat. Shalom membebek, 'Antara hamas dan Arafat, saya lebeh
menyenangi Hamas,' sambil menambah bahawa Arafat ialah seorang
'pengganas bepakaian ala diplomat, sedangkan Hamas boleh
diserang tanpa kasihan....tanpa ada sebarang protes di peringkat
antarabangsa.' Akhbar The London Times yang milikki oleh Rupert
Murdoch, salah seorang penyokong terkuat Sharon, telah membuat
lapuran betapa Kabinet Sharon mahukan Hamas menggantikan
Arafat. Mereka yang biasa dengan kaedah pergerakan pasukan pembunuh
Israel yang berkonsepkan 'Terror Against Terror' (Keganasan
memerangi Keganasan) yang telah bergerak selama 30 tahun itu
telah menolak-tepi penjelasan yang berbunyi 'serangbalas
preventif' sebagai merkayang mempunyi lidah bercabang: Setiap
pembunuhan secara assasin adalah tindakan yang berhati-hati
untuk merangsang serangbalas Hamas ataupun pengganas lain,
yang seterusnya akan& bsp; memberi kemudahan untuk tindakan
para panglima pasukan IDF. Membuli Rumah Putih Sepatutnya tidak siapa hasrus terkejut dengan beberapa peristiwa di
Timur Tengah seandainya mereka telah mengikuti amaran LaRouche
bahawa rantau itu sengaja digunakan untuk memercikkan ledakan
satu peperangan agama sejagat, oleh pasukan di Amerika Syarikat
dan Britain yang mahu memulakan apa yang disebut sebagai
'pertembungan tamaddun'. Serangan keatasa Pusat Dagang Dunia
dan Pentagon adalah bertujuan memenuhi tujuan itu, dan satu
gerakan rampasan kuasa terhadap Presiden Bush. Sebelum itu pada
Julai 20, LaRouche telah memberi ingatan betapa 'Guns of August'
(Senjata Perang Ogos) sedang dipersiapkan, dan satu fraksi dalam
kepimpinan IDF yang lebih dahsyat perangainya berbanding
Sharon, berkemungkinan mahu membunuhnya, dan mentohmah
Palestin atas perbuatan itu untuk memudahkan pelancaran satu
peperangan di Timur Tengah. Pada 21 Oktober, LaRouche menjelaskan bagaimana keganasan
palsu digunakan secara terperinci. 'Siapakah yang untung daripada
peristiwa pembunuhan Menteri Pelancungan Rehavan Ze'evi?'
tanya LaRouche. 'Tidak lain dan tidak bukan bahagian tertentu
dalam pucuk kepimpinan tentera Israel yang taksub membuli
pentadbiran Bush agar mengizinkan, ataupun melancarakan satu
serangan besar-besaran terhadap Siria dan Iraq.'
Itulah sebabnya Sharon 'membuli pentadbiran Bush' sambil
menggunakan hubungan baiknya di Kongres melalui 'The
Billionaires Club' yang dianggotai oleh penderma Yahudi yang
menggelar diri mereka sebagai 'MEGA'.
Sharon mendakwa dia menerima isyarat 'lampu hijau' daripada
Bush mendera Arafat dan Palestanian Authority, apa yang disebut
sebagai 'The Taliban Treatment.' (mendera cara yang diberikan
kepada Taliban). Tetapi, banyak sumber Israel yang mengatakan
bahawa perkara ini adalah satu pembohongan. Pada 5 Disember,
koresponden Ha'retz, Zev Schiff telah menulis, dalam pertemuan
mereka itu, Bush telah menyebut beberapa syarat yang berbentuk
'garisan merah' bukannya 'isyarat lampu hijau' kepada Sharon,
dengan memberi amaran kepadanya agar tidak mengapa-apakan
Arafat, ataupun menggulingkan PA, yang merupakan insitutsi politik
yang diik iraf oleh AS dalam perundingan damai. Sharon sedang
mengenepikan amaran Bush kerana lebih yakin dengan keangkuhan
politik Mega. Untuk memperkasakan wawasan Sharon/Mega, satu resolusi oleh
Henry Hyde (Republikan-Ill.) dan Tom Lantos (Demokrat-Calif),
yang merupkan dua orang penyokong kuat Sharon, telah
mengemukakan kepada ewan Kongres satu pengundian suara yang
berakhir dengan keputusan 384-11, mendesak Bush
menghancurkan Arafat atas nama 'peperangan membasmi
keganasan.' Pada waktu yang sama sepuluh ahli Kongres,
termasuk Senator John McCain (R- riz), Joe Lieberman (D-Conn),
Jesse Helms (R-N.C) dan Trent Lott (R-Miss) telah mengutus surat
kepada Bush, mendesak agar Iraq dijadikan sasaran dalam
'peperangan membasmi keganasan.' Walaupun wujud suara majoriti yang besar, masih ada puak
penentang yang telus pendiriannya, dan ini melambangkan satu
amaran seperti yang disebut oleh Rep. John Dingell (D-Mich)
betapa resolusi itu adalah satu dasar yang akan membabitkan Israel
dan Amerika Syarikat bersekongkolan untuk tersungkur dalam
perang dunia. TAMAT Terjemahan: SPAR |