Laman Webantu KM2: 6517 File Size: 1.9 Kb * |
TAG SP 535: CNN: Pertempuran Berdarah di Parlimen India By CNN 25/12/2001 11:23 pm Tue |
http://asia.cnn.com Pertempuran Berdarah di Parlimen India
New Delhi: (CNN) - Satu pertempuran bersenjata telah meledak di
parlimen Idia di New Delhi selepas lima penceroboh yang bersenjata
menyerbu masuk bangunan itu pada tengah hari Khamis.
Dua orang penceroboh bersenjata telah dibunuh, demikian lapuran
pejabat perdana menteri yang di petik oleh CNN, sedangkan dua
orang lagi dapat ditangkap. Seorang lagi penceroboh dikatakan masih berleluasa.
Sekurang-kurangya tiga ratus askar India telah tiba diluar pintu
masuk parlimen di mana dua ledakan dan tembakan senapang
otomatik kedengaran. Parliment sudah pun ditanggungkan ketika serangan dilancarkan
dan sekitar 100 ahli dewan itu masih berada disitu.
Perdana Menteri India,Atal Behari Vajpayee dikatakan selamat
bersama ahli kabinet beliau. Vajapayee berada dalam bangunan itu
ketika serangan dilakukan. Seorang MP telah memberitahu parlimen bahawa sebarang
serangan terhadap parlimen adalah "satu serangan terhadap
kedaulatan negara ini." Kebanyakan bunyi ledakan didengar di luar pintu nombor 12 dewan
itu. Beberapa orang saksi memberitahu telah melihat ramai orang
yang terkena tembakan dan TV tempatan telah menyiarkan
rakaman bagaimana mereka yang cedera dibawa keluar oleh
ambulans Doktor di bilik kecemasan Ram Manohar Lohia Hospital di New Delhi
berkata 20 pegawai keselamatan telah dibawa masuk dan enam
orang sudah pun mati sementara 14 menanggung kecederaan berat.
Polis telah mengepung sekitar dua batu radius di keliling parlimen,
sambil memberi laluan hanya kepada kenderaaan polis dan
kecemasan sahaja. Tamat Terjemahan: SPAR |