Laman Webantu KM2: 6514 File Size: 3.6 Kb * |
TAG SP 532: TGraph: Peranan Utama Britain Menyerang Somalia By TelegraphUK 25/12/2001 8:49 pm Tue |
Telegraph.co.uk Peranan Utama Britain Menyerang Somalia
(Britain has vital role in Somalia ofensive)
Amerika sedang merancang menyerang pelarian al-Qaeda di
Somalia dan berharap agar Britain dapat mendesak kerajaan Kenya
membenarkan untuk menempatkan pasukan khasnya di pangkalan
udara di sana. Demikian sumber Amerika memberitahu malam
kelmarin. Kajian menyeluruh di Somalia, di mana pejuang al-Qaeda telah
berjaya menyorok dan menjalani latihan ketenteraan sejak lama
dulu, telah meyakinkan Pentagon bahawa kempen ketenteraan yang
menyeluruh seperti yang dipraktikkan di Afghanistan, tidak
diperlukan untuk menghancurkan rangkaian pimpinan Osama bin
Laden. Kerajaan Presiden Daniel Arab Moi gusar bahawa serangan
luarbiasa akan menakutkan para pelarian yang sedang berkumpul di
sempadan Somalia untuk menceroboh masuk kawasan utara Kenya
yang memang sudah tidak terkawal lagi.
Dalam satu lawatan yang tidak digembar-gemburkan oleh menteri
pertahanan Britain, Geoff Hoon, meyakinkan Mr. Hoon bahawa
serangan Amerika itu akan terhad kepada pengemblengan pasukan
khas sahaja, dan tidak dengan menggunakan pengeboman yang
menyeluruh. Sumber di Amerika ada menyebut bahawa hubungan lama Britian
dengan Kenya dan keahlian dalam Komanwel adalah penting untuk
persiapan fasa yang akan datang dalam apa yang disebut
peperangan membasmi keganasan. 'Salah satu peranan utama Britain ialah menggunakan hubungan
diplomatik yang rapat itu di bahagian dunia yang pernah menjadi
sebahagian tanah jajahannya,' kata seorang ahli kanan di pejabat
Gen. Tommy Frank, ketua perang utama Amerika.
Dia berkata pengaruh semacam ini adalah penting untuk
mendapatkan keizinan mengguna ruang angkasa mereka atau
mengizinkan kemasukian tentera Amerika dan tentera negara asing.
Tetapi keizinan tidak diperlukan untuk melepasi angkasa raya
Somalia kerana ia mempunyai satu persisiran pantai yang panjang
dan Amerika mempunyai banyak kapal induk yang mengangkut
pesawat juang. Besar kemungkinannya Kenya diperlukan untuk menempatkan
anggota komando yang akan melakukan serangan darat, untuk
menghambat anggota pejuang al-Qaeda. Amerika difikirkan tidak berapa gemar mendapatkan kerjasama
Ethiopia kerana takutkan usahanya akan mencetuskan huru-hara di
rantau itu. Sasaran yang berkemungkinan dilakukan oleh pasukan komando itu
ialah kawasan berdekatan Lautan Hindi, antara sempadan Kenya
dana ibu negara Somalia. Askar Amerika dan agen CIA memang sudah lama berada di
Somalia melakukan kerja-kerja pengintipan dan berpendapat
bahawa al Qaeda yang hadir di situ adalah kecil dan tidak
mempunyai kelengkapan yang canggih. Ada kemungkinan yang besar bahawa penyokong Osama bin Laden
ataupun Osama sendiri akan lari ke Somalia, kerana ia merupakan
salah sebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang
berkesan. Ada pendapat mengatakan Britain tidak akan terbabit dalam kempen
tersebut kerana sumber ketenteraan yang sudah terlalu melebar,
kecuali Britian menolak mengetuai satu pasukan pengaman di
Afghanistan. Kofi Annan, setiausaha agung PBB, telah meminta Amerika tidak
melancarkan kempen yang dihasratkannya kepada negara lain
seperti Somalia. Dia berkata mereka yang bertanggungjawab
dengan serangan September 11 sudah pasti berada di Afghanistan.
Terjemahan: SPAR
|