Laman Webantu KM2: 6513 File Size: 4.7 Kb * |
TAG SP 531: Apakah George W. Bush Memang Sudah Tahu? By Michael Chossudovsky 25/12/2001 8:48 pm Tue |
CRG, 8 Disember, 2001 Apakah George W. Bush Memang Sudah Tahu?
(Did George W. Bush Know?) Oleh: Michael Chossudovsky Presiden Mesir Husni Mubarak telah berkata bahawa dia telah
memberitahu Amerika Syarikat kemungkinan akan diserang 12 (dua
belas) hari lebih awal sebelum meledaknya serangan ngeri 11
September. Pentadbiran Bush tahu kemungkinan serangan itu. Dua belas hari
sebelum serangan 11 September, Presiden Hosni Mubarak,
telahpun memberi ingatan kepada AS. Berikut ialah teks dari Associated Press Report 'Deafening Silence
of the US Media' (Media AS menjadi tuli dan bisu). Kisah itu
tidakpun dihiraukan oleh pihak akhbar. 'The Atlanta Journal and
Constitution' (8 Disember) ada menyebut dua baris ayat
mengenainya. Seandainya kerajaan AS tahu dan gagal untuk bertindak, ini
menimbulkan perkara yang serius. Ia juga menjejaskan fahaman kita
mengenai peristiwa itu. Apakah itu disebabkan kecuaian ataupun satu bentuk 'bersubahat'
di pihak pegawai AS? Apakah ada unsur tutup mulut? Seandainya
ini merupakan kecuaian, siapakah yang bertanggungjawab?
Apakah George Bush tahu? Beliau dan Mubaraak dikatakan
berkawan baik. George Bush kerap menelefon Mubarak. Pada 6
Disember Mubarak menerima pangilan telefon Bush. Pendedahan
Mubarak mengenai peristiwa 9-11 telah diterbitkan oleh sebuah
akhbar Lubnan bertarikh 7 Disember. Kenapakah Pentadbiran Bush gagal mengambil tindakan
berjaga-jaga? Kini kita mendesak agar diadakan satu siasatan.
Pemimpin Mesir Berkata Dia Telah Beritahu Amerika AP 7/12/2001.
Dalam satu wawancara yang diterbitkan Jumaat lalu oleh satu
akhbar Lubnan yang berhaluan kiri, As-Safir, Mubarak juga berkata
adalah satu kesilapan besar seandainya tentera Israel diarahkan
membunuh Yassir Arafat, pemimpin Palestin.
Mubarak tidakpun mendedahkan bagaimana dia tahu pada akhir
Ogos kemungkinan terjadinya serangan itu ke atas Amerika Syarikat.
Dia berkata bagaimana dia terkejut melihatkan kesan serangan 11
September, setelah perampas pesawat berjaya merampas empat
buah pesawat komersil dan menghunjam dua buah pesawat itu ke
Pusat Dagangan Dunia di New York dan satu lagi mengena
Pentagon. Pesawat yang ketiga telah terjatuh dan meletup di
Pennsylvania mungkin kerana berlaku pergelutan dalam kokpit.
'Kami menjangkakan sesuatu akan berlaku dan memberitahu
Amerika. Kami telah menyampaikan amaran itu,' kata Mubarak. Dia
tidak pula menyatakan apa reaksi daripada amarannya.
'Tetapi tidak ada sesiapa menjangkakan peristiwa itu boleh jadi
begitu dahsyat. Kami tidak tahu mereka akan memilih sasaran itu
atau yang lain, dan kami sungguh terkejut apabila melihatkan
pesawat yang berisi penumpang menghunjam menara berkembar,'
kata Mubarak. Washington berkata bahawa beberapa minggu sebelum 11
September, CIA ada mengeluarkan amaran betapa Osama Laden
sedang merancang untuk memulakan serangan ganas terhadap
orang Amerika. Amaran itu adalah berasaskan risikan baru tetapi
tidak mempunyai maklumat khusus apa jenis serangannya, tarikhnya
ataupun lokasinya. Mubarak juga mengulas mengenai konflik Israel-Palistin. Serangan
terbaru Israel telah mengena sasaran yang hampir 1000 ela
daripada pejabat Arafat. Mubarak berkata seandainya Israel membunuh Arafat, ia akan
menyebabkan satu kelompongan dalam pucuk kepimpinan Palestin
yang tidak dapat digantikan dan diisi oleh salah seorang antara
'enam hingga lapan calon' yang ada. 'Kepimpinan yang akan muncul akan mencari populariti secara
bersaing untuk merancang operasi ganas, sama ada dalam negeri
ataupun di luar, terahadap Israel, hingga menggugat seluruh
wilayah itu menjadi kancah perbalahan. Mereka (Israel) seharusnya
faham perkara ini dan sedar betapa berbahayanya perkara ini,' kata
Mubarak. 'Apa akan jadi selepas Arafat' Siapa pula yang akan ditohmah
oleh Israel sebagai dalang (perbuatan keganasan) - para pemimpin
Hamas ataupun PFLP (Front Kebebasan Popular Palestin)?' tanya
Mubarak lagi. Hamas sudah mengaku bertanggungjawab dengan dua serangan
relamati yang membunuh 25 orang dan mencederakan ramai warga
Jerusalem dan Haifa pada hujung minggu lalu. PFLP pula
mendakwa bertanggungjawab dengan pembunuhan menteri
pelancongan Israel pada Oktober lalu.
Terjemahan: SPAR |