Laman Webantu KM2: 6512 File Size: 13.7 Kb * |
TAG SP 530: PCR: Penjajahan Tanah Arab Punca Keganasan di Palestin By Michael Jansen 25/12/2001 8:48 pm Tue |
The Palestine Chronicle Penjajahan Tanah Arab Punca Keganasan di Palestin
(Ignoring Occupation, The Root Cause Of Terrorism)
Oleh: Michael Jansen Tindakan Hamas menyerang balas pada minggu yang lalu, adalah
sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Serangan balas itu
mengorbankan sekitar dua dozen warga yahudi memang tidak dapat
dielakkan ekoran peristiwa 23 November, apabila angkatan udara
Isarel telah membunuh ketua sayap ketenteraan Hamas di Tebing
Barat, Mahmoud Abu Hannoud. Hamas mengenepikan ikrar tidak
menggunakan bom selama tiga bulan dan melaksanakan kerja tindak
balas itu. Tindakan balas Israelpun adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan. Perdana Menteri Ariel Sharon telah menolak tawaran
Palestin agar diadakan gencatan sejata selama empat hari untuk
membolehkan mereka menangkap puak yang bertanggungjawab
dengan serangan tersebut. Isarel mengumumkan betapa ia sedang
menangani satu peperangan menentang 'entiti yang menyokong
penganas.' Putaran serangan dan serangan balas dapat dihentikan seandainya
Washington telah menegah Sharon berbuat demikian ketika dia
bertemu Bush pada hari Ahad sebelum itu. Sebaliknya Bush berkata
bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri, dan
menuduh Presiden Arafat kerana keganasan itu sambil meminta
beliau 'menentang keganasan'. Saranan Bush telah disokong oleh
Setiausaha Negara Collin Powell. Tetapi ketika Arafat melancarkan
penangkapan para penentang Islamiah, Sharon telah menggerakkan
helikopter perang buatan AS dan jet pejuang F-16 buatan Amerika
untuk melancarkan serangan ketenteraaan terhadap sasarannya.
Pada hari Selasa, Sharon pergi ke sebuah pangkalan tentera Israel
di pinggir Ramallah untuk mengambil-alih tugas mengawas operasi
itu, ketika pesawat pejuang itu terbang rendah dan melepaskan
serangan terhadap sebuah bangunan di sebelah pejabat
pentadbiran Arafat. Rakaman TV menunjukkan 'General' Sharon
tersenyum lebar melihatkan ulangan kempen lama beliau agar
'Arafat terus menyorok dalam kubu pertahannya.' Senyuman yang
melingkar antara kedutan muka di wajah Sharon itu membuktikan dia
belum lupa lagi ataupun mempelajari sesuatu sejak dia
menjahanamkan Lubnan dan menyembelih 18,500 manusia pada
1982. Sharon masih merupakan askar bangsat yang mengidamkan
'Greater Israel', dan inilah musibatnya yang mengarahkan tentera
Isreal mengepung khemah pelarian Sabra-Shatilla ketika sekutunya
tentera Falange dan militia Hadad menyembelih ataupun
menghapuskan 2,800 nyawa. Keadaan masakini bertambah dahsyat lagi. Pada 1982, Arafat
menjadi Pengerusi PLO (Palestine Liberation Organisation). Ketika
itu PLO 'belum diiktiraf sebagai wakil tunggal rakyat Palestin,'
malahan oleh dunia Arab sekalipun. Arafat berada di Lubnan dan
bukannya di Palestin. Walaupun Arafat kerap menyatakan impiannya
agar tercapai satu negara bebas yang dapat wujud bersebelahan
Israel dalam bumi Palestin, dia tidak pula berbincang dengan
kerajaan Israel bagaimana dia berura-ura mencapai impiannya itu.
Hanya pada 1982, apabila Israel menakluk Lubnan barulah Arafat
bertemu dengan ahli politik yang pertama daripada Israel, Uri
Avnery, seorang veteran yang mengusahakan perdamaian.
Hari ini Arafat ialah Presiden yang dipilih dalam Palestinian National
Authority (PNA). Beliau diikhtiraf sebagai Presiden negara Palestin
lengkap dengan permaidani merah yang dibentang untuk
menyambut ketibaannya di ibu negara seluruh dunia. Dia tinggal di
tanah Palestin yang kini ditadbirnya sendiri di Gaza dan Tebing
Barat. Inilah wilayah yang dikosongkan oleh Israel mengikut
perjanjian Oslo pada 1993, yang dirundingnya dengan kerajaan
Israel yang sebelum ini. Kerana itu dia telah menerima anugerah
'Nobel Peace Price'. Arafat sudahpun menemui berdozen pemimpin politik Israel, termasuk
Sharon (yang enggan bersalaman dengan Arafat kerana
keangkuhannya). Sama ada mereka mengkagumi Arafat ataupun
sebaliknya, rakyat Palestin menganggap beliau sebagai 'Mr.
Palestin', bapa negara mereka yang telah dijanjikan.
Pada 1982, Sharon menjadi menteri pertahanan Israel, salah
seorang antara tiga menteri kanan dalam kabinet Perdana Menteri
Menachem Begin. Begin memang amat curiga terhadap Sharon.
Kesangsian Begin itu ada benarnya. Sharon telah mengemukakan
satu rencana untuk mendapatkan keizinan kabinet Israel dengan
cara berdalih, kerana dia sebenarnya merencana untuk berperang.
Permohonan awal ialah untuk melaksanakan operasi terhad, tetapi
apabila dimulakan dia terus menyerang dan menakluk Lubnan.
Ekoran pembunuhan beramai-ramai di Sabra-Shatilla, Sharon telah
dipecat daripada jawatannya, setelah rakyat Israel dan parti
berhaluan kiri seperti 'Labour Party' dan 'Peace Now'
melancarkan tunjuk perasaan besar-besaran untuk mendesak dia
disingkirkan. Kini Sharon merupakan perdana menteri Israel. Sejak 1982
sehinggalah kenaikannya di tangga politik teratas negara, Sharon
telah menentang sebarang bentuk perjanjian damai dengan Palestin.
Dia telah bersuara lantang mahu menukar balik proses perdamaian
Oslo. Dia mengetuai satu kerajaan campuran yang mempunyai
sokongan 75 orang daripada 120 anggota Knesset, termasuk
sekutunya 'Labour Party'. Sebahagian besar ahli kabinet Sharon
adalah berhaluan kanan, dan ada yang memang ahli pelampau
puak kanan. Sejak meledaknya intifada 14 bulan yang lalu, para
pengundi Israel sudah semakin condong ke kanan. Labour Party
sudah menjadi berclaru kerana ketiadaan seorang pemimpin yang
berkesan. Pemimpin utama Labour Party, Simon Peres dan Binyamin
Ben-Elizer sengaja berpaut kepada kementerian luar dan
pertahanan dalam kabinet Sharon, walaupun Sharon memang pakar
dalam dua jurusan politik tersebut. Pada 1982, Menteri Pertahanan Sharon, telah diberikan 'lampu
hijau' oleh Amerika untuk menakluk Lubnan oleh Setiausaha
Negara Amerika, Alexander Haig, yang kemudiannya dipecat oleh
Presiden Ronald Reagan kerana arahannya itu. Hari ini Sharon
sekali lagi diberikan lampu hijau oleh presiden Amerika George
Bush. Ketika Haig memberikan laluan itu dia dianggap oleh analis
Rumah Putih sebagai pemimpin yang tergolong sebagai 'helang'
(hawk), tetapi ketika Bush memberikan laluan kali ini, Setiausaha
Negaranya Collin Powell yang dianggap sebagai 'tekukur/merpati'
(dove) itu telah turut menyetujuinya. Bush dan Powell tidak pernah
memikirkan betapa Arafat sedang berperang untuk terus bernafas,
mengekalkan ketahanan PNA dan menyegarkan impian lama untuk
menubuhkan sebuah negara yang bebas merdeka.
Pentadbiran Bush mempunyai sifat lebih cenderung berhaluan
kanan berbanding pentadbiran Reagan. Sayap konservatif dalam
Parti Republikan yang menyokong kuat Bush mempunyai pertalian
mesra dengan Parti Likud dan beberapa kumpulan berhaluan kanan
di Israel yang sudah lama, sejak 1982, berjaya menyusup masuk
mempengaruhi sistem politik Amerika Syarikat.
Serangan ngeri 11 September di New York dan Pentagon, telah
mempengaruhi Bush lebih melentuk ke haluan kanan dan sekaligus
terperangkap dalam pelukan Sharon. Bush telah terpengaruh
dengan pendirian Israel bahawa Arafat adalah bertanggungjawab
kerana tercetusnya 'keganasan' di wilayah Palestin dan Israel.
Penyebab utama 'keganasan' itu yang merupakan tindakan Israel
menceroboh dan menduduki secara haram tanah Palestin, terus
diperlekehkan. Terjemahan: SPAR Asal: Ignoring Occupation, The Root Cause Of Terrorism
By Michael Jansen Last weekend's bombing blitz by the Islamic resistance movement
Hamas was inevitable. The retaliatory strikes which killed more than
two dozen Israelis became inevitable when, on Nov. 23, the Israeli
air force assassinated the head of Hamas military wing in the West
Bank, Mahmoud Abu Hannoud. Hamas renounced a three month
suspension of bombings and took revenge.
Israel's harsh response was also inevitable. Israeli Premier Ariel
Sharon rejected the urgent Palestinian call for four days of respite
from bombing to permit the arrest of those responsible for the attacks.
Israel proclaimed that it was engaged in a war against the "a
terrorist-supporting entity". The cycle of attack and counter-attack might have been broken if
Washington had put the brakes on Sharon who met with President
George Bush on Sunday. Instead, Bush said Israel had the right to
defend itself, put the blame for the carnage on Palestinian President
Yasser Arafat and called on him "to fight terror". Secretary of State
Colin Powell backed up Bush. But as Arafat was arresting Islamist
militants, Sharon used his US-manufactured helicopter gunships and
US-made F-16 fighter bombers to launch a sustained military attack
against targets. On Tuesday Sharon went to an Israeli military base on the edge of
Ramallah to take charge of operations. As Israeli military aircraft
swooped low over the city and struck a building next to Arafat's own
office, television footage showed a gleeful "General" Sharon back in
his headquarters commanding his evergreen campaign against
"Arafat in his bunker". The smiles that wreathed the sagging folds of
Sharon's face showed that he had forgotten nothing and learnt
nothing since he laid waste to Lebanon and slaughtered 18,500
people in 1982. Sharon is still the hardline military man striving for
"Greater Israel", the man who ordered the Israeli army to ring the
perimeter of the Sabra-Shatilla camps while his allies from the
Falange and Haddad militia slaughtered or made disappear 2,800
people. But the situation today is much worse. In 1982, Arafat was the
chairman of the Palestine Liberation Organisation (PLO). At that
time, the PLO was not recognised as the "sole representative of the
Palestinian people," not even by the Arabs. Arafat was in Lebanon,
not Palestine. Although Arafat had repeatedly described his "dream"
for a peaceful independent state alongside Israel in geographic
Palestine, he had not held talks with the Israeli government on how
to realise this dream. Indeed, during Israel's 1982 invasion of
Lebanon, Arafat met his first Israeli politician, Uri Avnery, the
veteran peace campaigner. Today Arafat is the elected president of the Palestinian National
Authority. He is recognised as the president of the
Palestinian-state-to-be and the red carpet is rolled out whenever
he visits a world capital. He lives in Palestinian self-rule enclaves
in Gaza and the West Bank which were evacuated by Israel under
the 1993 Oslo accord negotiated with previous Israeli governments.
For this he received the Nobel Peace Prize.
Arafat has met dozens of Israeli political figures, including Sharon
(who, thanks to enduring antagonism, refused to shake his hand).
Whether or not they like or admire Arafat, Palestinians consider him
"Mr. Palestine", the father of the state they have been promised.
In 1982, Sharon was Israel's defence minister, one of the three
senior ministers in the government of Prime Minister Menachem
Begin. Begin was deeply suspicious of Sharon.
And with good reason Sharon secured cabinet approval of his
Lebanon war plan by subterfuge: by presenting a proposal for a
limited operation, then launching an all-out invasion of Lebanon.
After the Sabra-Shatilla massacre, Sharon was eventually dismissed
from his post after Israelis belonging to leftist parties, Labour and
Peace Now, staged massive popular demonstrations demanding his
removal. Today Sharon is the directly elected prime minister of Israel.
Between 1982 and his rise to the top, he voted against all the peace
agreements reached with the Palestinians.
He openly proclaims his intention of reversing the Oslo process. He
heads a "national unity" government which commands the support of
75 members of the 120 seat Knesset, including those from Labour.
The majority of the members of his cabinet are right wingers, several
come from extreme right parties. Since the Intifada erupted 14 months
ago, the Israeli electorate has moved decisively to the right. The
Labour Party is in extreme disarray and has no effective leader. Its
leading figures, Shimon Peres and Binyamin Ben-Eliezer, cling
tenaciously to the foreign and defence ministries in Sharon's
government, in spite of the fact that Sharon is the author of his own
polities in both spheres. In 1982, Defence Minister Sharon was given the US "green light" to
invade Lebanon by the hawkish Secretary of State Alexander Haig
who was ultimately sacked by President Ronald Reagan for doing
so. Today, Premier Sharon has been given the "green light" by
President Bush, the top man in the administration. In spite of being a
"dove", Secretary of State Colin Powell, a former military man like
Haig, supports Bush. Neither Bush nor Powell seem to understand
that Arafat is fighting for his life, the existence of the PNA and the
very survival of his people's dream of a state.
The Bush administration is more right-wing than the Reagan
administration. Bush's conservative wing of the Republican Party
has close ties with Israel's Likud and other rightist Israeli groupings
which have, since 1982, infiltrated the US political system.
The September attacks on New York and Washington have driven the Bush administration even further to the right and straight into the arms of Sharon. Bush has adopted Israel's contention that Arafat bears sole blame for "terrorism" in the occupied Palestinian territories and Israel. The root cause of "terrorism," Israel's illegal and brutal occupation, is ignored. |