Laman Webantu KM2: 6511 File Size: 2.9 Kb * |
TAG SP 529: FPost: Enam Menteri Taliban dan Duta Berpisah Haluan By Frontier Post 25/12/2001 8:46 pm Tue |
http://frontierpost.com.pk Enam Menteri Taliban dan Duta Berpisah Haluan
(Six Taliban Ministers, diplomats part ways)
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya enam bekas menteri dan
beberapa diplomat kanan Taliban mengambil tindakan untuk
berpisah haluan dengan pergerakan Taliban dan menganggotai satu
pertubuhan Islamiah yang dihidupkan semula setelah lama bertapa.
Ketika menghadiri satu persidangan akhbar di Islamabad, pemimpin
Taliban yang bertindak keluar ini berkata bahawa mereka pernah
menasihati pucuk kepimpinan Taliban untuk mengkaji dasar
pertubuhan mengenai Osama Laden, dan beberapa isu penting
yang lain tetapi malangnya pucuk kepimpinan tidak memberikan
layanan. Mereka yang bertindak keluar itu termasuklah bekas duta ke
Pakistan, bekas timbalan menteri Penerangan, bekas itmbalan
menteri pengajian tinggi, bekas timbalan menteri penghantaraan
pelarian, bekas ketua hakim negara dan bekas duta di Arab Saudi.
Kumpulan yang keluar ini telah menganggotai satu kumpulan yang
berusia 63 tahun dan bernama 'Da Khudamul Furqan Jamiat (KFJ)'.
Seorang pemimpin agama yang terkenal, Amin Mujaddadi,
mengetuai kumpulan itu. Mujaddadi yang bercakap melalui penterjemah, mendakwa
beberapa bekas gabenor Taliban, menteri dan pemerintah tentera
telah menyatakan sokongan mereka kepada kumpulan itu.
'Kami membuka pintu untuk Taliban' katanya.
KFJ memulakan semula aktiviti politiknya untuk mencapai harapan
politik dan keagamaan rakyat dengan cara mencari kedamaian dan
penyatuan di kalangan semua suku kaum dan parti ke arah
penyatuan nasional,' kata Mujaddadi. Apabila ditanya dasar Taliban mengenai Osama Laden, dia
menjawab: Kami telah beri ingatan kepada pemimpin Taliban akan
masalah itu. Afghan akan menghadapinya kerana dasar tersebut.'
'Kami hidupkan kumpulan ini untuk kemudahan Taliban,' kata
Mujaddadi. Beliau berkata bahawa beliau adalah antara 1500 pemimpin Islam
yang berkumpul di Kabul kira-kira tiga bulan dulu, dan meminta
pucuk kepimpinan Taliban meminta Osama Laden keluar daripada
Afghanistan, untuk mengelakkan pertumpahan darah di
Afghanistan,' kata beliau. Namun dia memuji Taliban yang berjaya mengawal keselamatan
negara itu aman dan menghindarkan tanaman dadah.
Apabila ditanya apakah Mullah Omar masih layak digelar 'Amirul
Mo'minin', dia menjawab 'Sistem pentadbiran Taliban sudahpun
berakhir, jadi begitu jugalah gelaran itu.' Dia juga menyebut nasib
pemimpin Taliban itu akan diputuskan oleh para ulama.
Bila ditanya akan perihal serangan Amerika, Mujaddadi memang
amat risau akan kesan pembunuhan orang yang tidak berdosa.
Terjemahan: SPAR |