Laman Webantu KM2: 6510 File Size: 5.2 Kb * |
TAG SP 528: TOI: Taliban belum dikalahkan By TimesIndia 25/12/2001 8:44 pm Tue |
The Times of India Taliban belum dikalahkan (Taliban have not been conquered) KABUL: Pengeboman bertalu-talu berjaya mendesak Mullah
Mohammad Omar melepaskan kuasa Taliban di Kandahar. Namun,
semakin ramai yang gusar, penyerahan itu adalah satu muslihat
untuk membolehkan mereka bergabung semula melancarkan
serangan gerila. Dua bulan asakan bom yang dahsyat dari angkasa mungkin
menyebabkan Mullah Omar menyerah kalah, tetapi semangat
juangnya belum dapat dipatahkan sepenuhnya.
Mengikut adat Afghan sebarang perjanjian menyerah kalah
membolehkan pihak yang menyerah diri itu berundur dari medan
perang dengan senjata perang masih di tangan. Ini bererti mereka
mungkin masih mengekalkan semangat keperwiraan untuk
menegakkan ideal fundamental mereka. Para pejuang yang lain, terutama orang asing, yang menganggotai
Al-QAIDA, dan Osama Laden telah lari bersembunyi ketika
pasukan Pakatan Utara mara memasuki Kabul, kerana itu amat
kurang pertumpahan darah, dalam peperangan itu.
Omar telahpun menjanjikan satu peperangan gerila yang panjang,
dan kehadiran puak Taliban yang bersenjata 'memang menakutkan
ramai pemerhati' kata Kenton Keith, seorang jurucakap pasukan
tentera bersekutu. 'Kita tentu khuatir dengan kemungkinan Taliban
berada di beberapa tempat mencetuskan huru-hara sebagai satu
kumpulan yang bersenjata.' Tetapi, Taliban yang tulen tidak kelihatan seperti penganas yang
berkeliaran, mereka lebih rela pergi bersembunyi di kawasan
pergunungan untuk berkumpul semula. Para pejuang ini yang bersumpah untuk berjuang ke titisan darah
yang akhir adalah pasukan yang sama yang bergerak dari satu
wilayah ke wilayah yang lain di Afghanistan antara 1994 - 1996.
Mengikut mereka yang menyaksikannya, sekitar 400 buah trak pikap
(pick-ups) yang merupakan kenderaan kegemaran Taliban, sudah
kelihatan berkumpul di salah satu lorong pergunungan di Tora Bora,
sebuah terowong bawah tanah di mana Osama Laden dikatakan
sedang bersembunyi. Keith bukan orang yang pertama memberi amaran bahawa apabila
Taliban menyerah diri ia tidak bererti satu kekalahan kepada mereka.
Ketika Kabul tumpas pada 13 November, bekas pejuang
anti-Soviet, Panglima Perang Gulbudin Hetmatyar telah memberi
amaran kemungkinan tercetusnya satu perang gerila yang panjang.
'Peperangan ini belum berakhir, walaupun Taliban menyerahkan
semua bandaraya yang mereka kuasai,' kata beliau ketika
ditemuramah. Perang penentuan di Afghanistan tidak pernah ditentukan di bandar
dan pekan. Ia berlaku di pergunungan dan gua dan inilah strategi
yang digunakan oleh Hekmatyar dengan jayanya bersama panglima
perang yang lain ketika menumpaskan Soviet Union pada
1979-1998. Dengan bersembunyi di kawasan pergunungan yang amat sukar itu
akan memberikan masa kepada Taliban. Mereka akan menunggu
apakah kerajaan baru dapat membawa kedamaian dan apakah
negara akan terjerumus ke kancah kekecohan semula.
Setakat ini sudah muncul kumpulan pengganas, dan panglima
perang memasuki kawasan perkampungan menyebabkan munculnya
semula sisem kehidupan yang lampau yang mencetuskan
kewujudan Taliban. Masar-i-Sharif yang merupakan satu bandar utama yang
diambil-alih oleh Pakatan Utara sudahpun bergolak menjadi kancah
pertempuran antara beberapa panglima perang yang mahu
menguasai kawasan sehinggakan rompakan sudah berleluasa, dan
keadaan yang sama muncul di Kunduz di bahagian Barat, di mana
Taliban telah menyerah kalah, minggu lalu.
Kehadiran pegawai PBB sudahpun dikurangkan, terhad di Kabul,
Herat dan Bamiyan. 'Bahagian lain di negara itu adalah kawasan larangan, dan
berbahaya,' kata jurucakap PBB di Kabul, Yusuf Hassan.
Mullah Omar adalah seorang pejuang yang tahan lasak, beliau
sudah kehilangan sebiji mata ketika berperang sebagai panglima
perang di sisi Osama Laden melawan Soviet pada 1980-an dulu,
Beliau menonjol sebagai pejuang Islam pada 1994, ketika berlaku
anarki yang menjatuhkan kerajaan Burhanuddin Rabbani.
Pada asalnya, puak Taliban digaji untuk mengawal konvoi barangan
yang dihantar ke Turkmenistan, dan dari situ mereka berjaya
merampas kuasa di Kandahar, dan akhirnya di kebanyakan
kawasan di negara itu. Dalam masa dua tahun, mereka menerima kemasukan ramai pejuang
Islam yang lain terutama Pakistan, mereka berjaya merampas Kabul
dan menegakkan sistem pentadbiran yang sungguh ketat
peraturannya. Populariti mereka kerana membawa keselamatan di negara itu
menjadi rapuh apabila memperkenalkan peraturan yang ketat
termasuk menegah kaum wanita untuk bekerja dan menerima
pendidikan sambil mengharamkan banyak bentuk hiburan.
Akan tetapi dalam sebuah negara yang melihat kesetiaan seseorang
sentiasa berubah-ubah, kegagalan kerajaan yang baru, menyekat
kemunculan anarki yang dicetuskan oleh para panglima perang,
akan mendesak simpatisan untuk menonjolkan satu kuasa lain yang
akan membawa ketenteraman kepada penduduk yang sudah muak
dengan peperangan yang berlarutan selama 23 tahun lamanya.
Terjemahan: SPAR |