Laman Webantu KM2: 6508 File Size: 11.1 Kb * |
TAG SP 526: TimesUK: Terperangkap oleh Sejarah Silam: Arafat, Sharon Terus Berperang By Tracy Wilkinson 25/12/2001 8:40 pm Tue |
[Catatan penterjamah: Kita terjemahkan artikel ini kerana ada unsur
sejarah dalamnya. Ini ada unsur propaganda, sedangkan banyak
perkara tersirat yang mesti difahami oleh orang Melayu sebelum
membuat pengadilannya - penterjemah. ]
(Prisoners of Their Pasts: Arafat, Sharon Battle On)
Oleh: Tracy Wilkinson - Times Staff Writer. 11/12/01.
JERUSALEM: Ini bukan pertama kali Ariel Sharon bertentangan
Yasir Arafat dalam satu adu-domba untuk terus bernyawa. Dua
orang wira tua ini sudah melakukannya di jalanraya Lubnan, sebuah
negara yang ditakluki oleh Israel dua dekad yang lalu ketika Sharon
menjadi menteri pertahanan. Itulah penaklukan yang menjadi
sebahagian usaha Sharon untuk menghancurkan Arafat dan
pertubuhan pimpinannya (PLO) Palestin Liberation Organisation.
Hari ini Arafat sekali lagi menjadi sasaran bidikan Sharon. Dia
sudahpun diasak ke satu tahap penyiksaan kerjayanya sebagai
seorang pemimpin yang memperjuangkan impian nasionalis Palestin,
sambil ditekan dan ditindas oleh Israel dan Amerika Syarikat supaya
bertindak terhadap kumpulan militan dalam pertubuhannya.
Sharon memang terlalu taksub mahu menamatkan riwayat
kepimpinan Arafat. Namun selain itu dia tidak mempunyai satu
strategi politik jangka panjang yang meyakinkan. Sedangkan Arafat
hanya memiliki satu sahaja strategi kali ini, tidak lain untuk bertahan
dan terus bernyawa. Keangkuhan yang ada pada Arafat dan sifat tidak boleh bertolak
ansur yang menjiwai Sharon tidak dapat mencetuskan satu ruang
jalan tengah yang mampu mengelakkan krisis ini dan pertumpahan
darah, demikian pendapat ramai pakar analis yang mengamati
keadaan yang ada. Ini merupakan satu nasib yang malang kepada
bangsa Palestin dan Yahudi, kata mereka. Adalah satu tragedi
melihatkan dua bangsa itu dipimpin oleh dua manusia yang dalam
banyak hal telah terperangkap oleh sejarah silam. Mereka
menyambung perang lama dengan taktik perang yang usang tanpa
wawasan politik atau ciri-ciri kenegarawan yang membolehkan
mereka memancang tiang damai untuk masa depan bangsanya.
'Mereka terperangkap oleh keghairahan, riwayat kepimpinan diri,
perjalanan psikologi mereka dan sejarah silam,' kata David
Grossman seorang penulis Israel dalam satu temuramah ketika
merujuk kepada Sharon dan Arafat. 'Saya tidak nampak jalan lain
kecuali munculnya satu generasi baru dalam pucuk kepimpinan parti
pada dua pihak. Kalau adapun jalan lain ialah munculnya satu
keajaiban ataupun tercetusnya satu malapetaka. Dan saya tidak
nampak sebarang unsur keajaiban itu.'
Grossman adalah salah seorang dalam satu kumpulan yang
dianggotai oleh orang Yahudi dan Palestin yang pernah menunjuk
perasaan mahukan kedamaian pada Isnin lalu. Sekitar 20 orang
yahudi dan 10 orang Palestin di kalangan pemimpin politik,
cerdik-pandai dan aktivis telah melintasi satu kubu permeriksaan
tentera Israel di pinggir kem pelarian Kalandia yang tereletak di ptepi
jalan Jerusalem-Ramallah. Itulah kawasan yang tidak berpunya di mana kebanyakan Palestin
tidak dibenarkan masuk dan askar Israel sentiasa sibuk menggali
tanah untuk kubu pertahanan mereka. Itulah kawasannya yang
dicerobohi oleh dua kumpulan itu secara simbolik menunjukkan
betapa pentingnya dicetuskan pemikiran alternatif untk
menyelesaikan masalah. Jalan yang diceroboh itu pernah menjadi jalan pintas antara Israel
dan Tebing Barat. Kini, ia berubah menjadi satu persimpangan yang
sibuk dan dipenuhi kenderaan dan lalulintas Palestin yang cuba
melepasi sekatan askar Israell. 'Inilah keadaan zalim yang mengarah kita ke medan peperangan,'
kata Salim Tamari, seorang pendidik Palestin yang pakar dalam
halehwal Jerusalem dan menganggotai kumpulan tunjuk perasaan
itu. Tamari berkata, walaupun Sharon dan Arafat mempunyai fikiran
sempit dalam cara menangani ideologi mereka yang bercanggah itu,
ada satu perbezaan ketara di mana Arafat bertindak dari kedudukan
yang lemah, berbeza dengan Sharon yang mempunyai segala
kuasa yang amat ketara. Sharon mengebom pejabat PA (Palestinian Authority), ibupejabat
polis dan institusi yang melambangkan kuasa Arafat sedangkan
pada waktu yang sama Palestin disuruh menangkap mereka yang
disyaki merancang serangan relamati, kata Tamari. Peristiwa
pembunuhan dua kanak-kanak dalam kisah serangan Sharon
terhadap para militan di Tebing Barat terus menyulitkan tugas Arafat.
'Arafat masih mampu megawal keadaan, tetapi untuk mempertahan
kuasanya dia perlu menunjukkan sedikit sinar harapan, sedikit
keupayaan untuk membolehkan orang Palestin bergerak dalam
persekitaran mereka. Sekarang anda dapat lihat betapa kami
dikepung saja,' kata beliau sambil menunjuk kepada barisan oarang
yang bergilir menanti diperiksa oleh sekatan Israell. 'Orang Israel
harus memberikan kemudahan untuk orang Palestin bernafas, jika
tidak ia membuat orang lebih bersimpati dengan puak militan.'
Israel berlagak lantang dengan sokong kuat AS dan masyarakat
antarabangsa dan menuntut supaya Arafat menggunakan segala
kuasa yang ada padanya untuk menangkap calon pejuang relamati
dan perancang mereka; setakat ini Arafat gagal menahan lebih ramai
orang yang disyaki seperti yang dsebut oleh Israel.
Sharon dipilih menjadi presiden Israel kerana janjinya
mengembalikan kedamaian dan keselamatan kepada bangsanya dan
setakat ini tidak ada satupun yang tertunai. Namun, dia masih
menikmati sokongan kuat di kalangan rakyat Israel. Pungutan suara
minggu lalu menunjukkan tiga suku responden senang-hati dengan
tugasnya. Tetapi pungutan suara itu menunjukkan sokongan
berpanjangan kepada usaha perbincangan damai dan penubuhan
satu negara Palestin, yang disetujui oleh Sharon secara lakonan
sahaja. 'Apa yang dituntut oleh rakyat untuk mengikut perasaan mereka dan
apa yang mereka cakapkan dengan menggunakan otak adalah amat
berbeza. Cara menyambungkan perbezaan yang wujud itu ialah
melalui kepimpinan. Sedangkan kepimpinan itu tidak ada lagi,' kata
Didi Remez, seorang aktivis berhaluan kiri dalam pertubuhan
'Peace Now' yang membantu menganjurkan domonstrasi pada hari
Isnin itu. 'Kepimpinan yang ada adalah bertaraf haprak di kedua pihak,'
katanya. Sharon adalah anak seorang peneroka Yahudi yang berhijrah ke
bumi Palestin untuk menubuhkan negara Israel kerap
mengulang-ulang pendapatnya bahawa Israel masih lagi berperang
untuk kemerdekaannya. Dia telah menyanggah kebanyakan
perjanjian damai yang ditandatangani oleh Israel. Orang yang rapat
dengannya pernah menyebut betapa Sharon memang seronok
dengan konflik persenjataan yang sudah lama mengganas selama
14 bulan. Dia bangga kerana terlibat dengan setiap peperangan
Israel dan dengan yang ini pula. Nampaknya, strategi utama Sharon ialah melumpuhkan kuasa Arafat
hingga dia tumpas ataupun digulingkan oleh orangnya sendiri, untuk
memberi laluan kepada kepimpinan yang mudah dilenturnya. Tetapi
semakin ramai pakar berpendapat akan muncul satu keadaan yang
lebih menggila, di mana penglibatan puak pelampau akan lebih
menonjol. Cadangan Sharon ialah melihatkan satu negara Palestin yang
terputus-putus kedudukannya dan tidak seperti yang ada sekarang
dan dikuasai oleh Palestin. Kebanyakan penempatan Yahudi yang
ada dianggap tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa
tetapi amat diutamakan oleh Sharon sebagai satu strategi menampan
keselamatan Israel daripada terancam. Konsep itu memang sudah
lama ditentang oleh Palestin sejak ia dimulakan.
Para diplomat dan beberapa analis Israel berkata: Sharon amat
gusar dengan perundingan politik kerana ia berkemungkinan
menamatkan riwayat kerajaan campurannya.
Para pembantu Sharon telah menolak kritikan itu yang telah
disuarakan jua oleh Menteri Luar Shimon Peres yang menyebut dia
ketandusan wawasan dan cuba menyambung peperangan di zaman
mudanya. Kalau dikirakan sejarah peribadi Sharon, yang sungguh
berpengalaman di medan perang dan segala kedahsyatannya,
sepatutnya dia merupakan orang yang paling terdepan berbanding
setiap ahli politik di seantero dunia ini, yang betul-betul mengetahui
betapa peritnya peperangan itu,' kata penasihat diplomatik Sharon,
Daniel Avalon. 'Dia mempunyai satu wawasan yang jelas, yang
tidak mahu dibentangkannya di meja perundingan dengan
khususnya kerana dia sedar perkara itu akan menjadi bahan awalan
perundingan pihak yang lagi satu.' Arafat kerap mentadbir dengan teknik yang ketinggalan zaman.
Dalam banyak hal dia masih merupakan seorang pejuang gerila,
memimpin satu pergerakan kebebasan nasional, seperti yang
diamalkan berdekad lamanya. Cara kepimpinannya memang
bercelaru, tegas dan autokratik. Dia memang tidak menyenangi
sistem demokrasi. Korupsi dan nepotisme memang lumrah dalam
Palestinian Authority yang diisytiharnya setelah pulang daripada
buangan pada 1944. Tidak ada satu sistem penghakiman,
kebanyakan media adalah dikawal oleh pentadbirannya dan dewan
rakyat tidak mempunyai sebarang kuasa.
Arafat semakin digugat oleh kebangkitan pengaruh kumpulan radikal
Hamas dan Jihad Islamiah. Dua pertubuhan radikal itu bangkit
setelah Arafat gagal menjangka ancaman yang mungkin mereka
cetuskan. Dulu dia menjangka dapat mengawal mereka ketika
membenarkan ruang yang luas pada permulaan pergerakan intifada.
Namun, Arafat masih dianggap sebagai pengasas dan lambang,
bapa impian Palestin untuk menegakkan sebuah negara merdeka.
Hari ini Arafat dilihat sebagai lumpuh; kerana Sharon sudah
memusnahkan helikopter milik pemimpin Palestin itu dan juga
lapangan terbang antarabangsa Palestin. Sharon berkata dia tidak
mahu melihat Arafat keluar dari rumahnya. Pada Isnin lalu Arafat
sudah merobah agenda untuk menghadiri satu persidangan
tergempar negara Islam yang telah dimintanya untuk bersidang.
Sebahagian sebab dia mengubah agenda itu aialah kerana dia
khuatir Sharon akan menyekat kepulangannya semula, demikian
yang diberitahu oleh pembantunya. Sharon dan kerajaan Israel sudah berjaya menampar keaiban,
memencilkan dan memomokkan Arafat (sebahagiannya dengan
bantuan kawan-kawan Arafat juga) sehinggakan mereka mampu
merencana bidang perdebatan mereka. Di Washington, sudah tidak
ada lagi sebutan mengenai Nasionalisme Palestin. Di kalangan
ramai orang Yahudi, Arafat adalah dianggap seorang pengganas
yang mencetuskan persoalan bukan ada kaitan dengan bagaimana
caranya, tetapi apakah dia perlu dimusnahkan
Ramai orang Israel yang sudah menerima saranan Sharon bahawa
Arafat bukan layak menjadi rakan untuk berdamai dan adalah lebih
waras kalau dia dimusnahkan kerana keadaan tidak akan menjadi
lebih teruk lagi. Suara yang menjerit pada hari Isnin lalu dalam tunjuk perasaan di
Kalandia tidak boleh menyangkal pendapat itu lebih kuat lagi. Tetapi
mereka adalah golongan minoriti yang dianggap oleh seorang
wartawan Israel merupakan ngap terakhir daripada saki-baki
berhaluan kiri. Terjemahan: SPAR
|