Laman Webantu KM2: 6501 File Size: 5.8 Kb * |
TJ SP MGG: Petronas Ambil-alih Litar F-1 Sepang By M.G.G. Pillai 12/12/2001 12:29 am Wed |
Petronas Ambil-alih Litar F-1 Sepang
(Petronas takes over the Sepang F1 Circuit)
Oleh: M.G.G. Pillai Menanggung bebanan hutang mestinya tidak merupakan keinginan
Petronas. Tetapi syarikat minyak kerajaan ini kini terpaksa
mengambil-alih beberapa projek yang tidak mampu membayar hutang
bertapuk yang telah diredahnya. Ia membina Putra Jaya, menaja
pemandu F-1 dan kereta lumba dan kereta lumba ralli, kejohanan
World Champion Grandprix, membayar gaji guru-guru, membiayai
segala kerja menonjolkan imej kerajaan bukan secara berapa
bagusnya kita ini, tetapi bagaimana kita hidup membazir selalu.
Bukanlah menjadi satu kejutan lagi kalau Petronas mengambil-alih
Litar F-1 Sepang daripada syarikat kerajaan MAHB (Malaysian
Airports Berhad) MAHB memberikan alasannya kenapa: Ia memberikan
Petronas 'kepentingan strategi dan sinergi' di mana dengan
pendapatan jualan minyak ia boleh membazirkannya pada sukan
bermotor, menaja giliran perlumbaan F-1 di Malaysia dan menjadi
penaja bersama pasukan Sauber F-1. MAB menguruskan lapangan terbang. Kini ia baru sedar kenapa ia
tidak seharusnya menguruskan perlumbaan kereta ataupun litar
lumba-kereta. Tetapi, perkara itu sepatutnya disedari lebih awal dulu
sebelum membuat litar lumba itu. Itulah bahananya apabila
dibelanjakan RM500 juta untuk Litar Sepang. Tidak ada yang begitu
bongok mahu membeli satu struktur gajah-putih yang tidak
mendatangkan faedah, kecuali Petronas. Itulah yang disebutnya
Petronas mempunyai 'kepentingan strategi dan sinergi'. Kerana itu
merupakan satu tawaran yang tidak boleh ditolak tepi. Tetapi, kalau
kita celikkan mata dan melihat apa yang tertulis, kita akan dapati
bahawasanya MAHB sudah muflis, sedangkan Petronas belum lagi.
Takkan boleh dibiarkan Petronas begitu saja? Maka disogokkan Litar
F-1 Sepang untuk memudahkan Petronas lebih cepat menjadi muflis.
Litar F-1 Sepang seperti juga banyak lagi projek yang sudahpun
menjerumuskan negara ini ke kancah kemuflisan adalah cetusan rasa
otak bergeliga seorang Perdana Menteri, Mahathir Mohammad,
namanya. Apa yang diminatinya, dia dapat melaksanakannya. Semua
ini dipermudahkan oleh Petronas yang DIA sahaja yang menguruskan
arahtuju kewangannya (parlimenpun tidak berkuasa - penterjemah)
sehingga tercetus satu ketaksuban Malaysia tidak boleh menjadi
sebuah negara hebat kalau duit banyak yang ada tidak dirembat. Kini
kita diberitahu dan Mahathir sebagai menteri kewangannya telah
menyerang sesiapa yang tidak percaya bahawa Malaysia masih
banyak menyimpan wang simpanannya - begitu banyak wang
Malaysia yang diperuntukkan untuk dibelanja sehingga menteri
terpaksa memulangkannya semula kerana kesuntukan masa. Apabila
MAHB menolak Litar Sepang kepada Petronas, ia membolehkan
Petronas memperolehi bebanan hutang yang MAHB tidak berupaya
memikulnya. Lagipun, beberapa ratus juta dollar diperlukan untuk
mengekalkan hak menaja kejuaran F-1, sedangkan MAB tidakpun
mempunyai dana itu. Kerajaanpun tidak mempunyai dana sebanyak itu.
Tetapi Petronas mempunyai dana yang diperlukan, dengan harapan
ada banyak lagi kejohanan perlumbaan lain yang boleh di taja di situ.
Sebagai menteri kewangan, Mahathir mesti sudah sedar kini betapa
orang yang mendahuluinya, Insan Yang Namanya Tidak Boleh
Disebut-sebut, telah merencana agar cucu-cicit kita nanti akan
membayar segala hutang piutang hasil kerakusannya. Tetapi si barua
ini tidak boleh disentuh. Dilema beliau adalah satu kelas dengan
dilema Hamid Karzai (Afghanistan) dengan Amerika Syarikat: dia
enggan membenarkan Mullah Omar dibawa keluar ke Amerika Syarikat
seperti yang dikehendaki oleh Washington. Demikianlah, seorang
'doktor yang baik' tidak boleh membiarkan seorang 'pakar
kewangan' ditangkap dan ditahan tanpa menjejaskan kedudukan si
doktor haprak itu tadi. Sistem perbankan memang mempunyai banyak
simpanan dana, kerana pinjaman diberikan kepada peminjam yang
menunjukkan jaminan kerajan pusat, dan dengan cagaran yang
relevan. Ataupun kalau ada arahan supaya kumpulan yang hampir
muflis diberikan pinjaman berbilion banyaknya. Tetapi kumpulan
semacam itupun sudah semakin kurang, sekarang.
Kini, Malaysia berada di bibir jurang kemuflisan. Fenomena ini sengaja
dilenakan dengan segala gelagat menggembar-gemburkan sikap
kejujuran dan simpanan wang yang banyak yang membuatkan negara
lain boleh naik juling. Inilah yang amat jauh berbeza daripada
hakikatnya. Sistem pemerintahan negara sudah tidak wujud, dan
menteri bermula dari perdana mengeri hingga menteri bawahan yang
paling haprak sekali, terus mengugut dan mengancam untuk membina
mahligai di kayangan. Inilah dunia fantasi Darulboleh, sikap Petronas
membeli Litar F-1 Sepang dianggap sama relevan dengan
angan-angan akan muncul seorang pemenang Nobel Prize daripada
Malaysia menjelang 2020. Jauh panggang daripada api. Tetapi akhbar
yang ada memerlukan berita untuk mengisi ruang yang kosong.
Kerajaan tdak boleh dilihat sebagai bongok dan tongong atau kelihatan
diuruskan oleh musibat haprak, walaupun itulah kenyataan
sebenarnya. Kerana itu disiarkan satu berita opera bagaimana
Petronas sedang berbincang untuk membeli F-1 Sepang daripada
MAHB yang amat liat untuk melepaskannya. Oleh kerana Lebuhraya
Utara Selatan, sedang mengalami kerugian juga, tidak hairanlah kalau
lebuhraya itu juga akan memberikan Petronas 'kepentingan strategi
dan sinergi' yang dikatakan amat diperlukan oleh Petronas.
Terjemahan: SPAR-01-1771 Asal: KM2 6483 |