Laman Webantu KM2: 6500 File Size: 7.7 Kb * |
TJ SP MGG: Kematian Asiaweek Yang Memang Dinantikan By M.G.G. Pillai 12/12/2001 12:22 am Wed |
Malaysiakini, Chiaroscuro. Kematian Asiaweek Yang Memang Dinantikan
(The death of Asiaweek was one waiting to happen)
Oleh: M.G.G. Pillai Asiaweek mati kekejangan setelah nazak sejak Mei, apabila syarikat
induknya, AOL TimeWarner merengek melihatkan penyata kewangan
yang tidak sihat dan mendapati Asiaweek adalah salah satu
penyebabnya. Kerana itu, apabila Asiaweek direhatkan untuk
selama-lamanya tidak ramai orang yang terkejut dengan tindakan itu,
walaupun kepantasan cara mereka mengenepikan para penulis dan
koresponden serta perkerja yang lama berkhidmat dengannya memang
sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Cara Asiaweek merana tidak banyak bezanya dengan cara yang
pernah dilalui oleh Far Eastern Economic Review, kerana sebagai satu
sayap kepada satu empayar penerbitan yang diketuai oleh para
petugas yang bertindak laksana robot lebih mementingkan keuntungan
berbanding kualiti berita yang diisi dalamnya. Apabila kadar iklan
menurun dan wang masuk mula terhangguk-hangguk, iapun dicantas
dengan berkesan laksana operasi pembedahan.
Satu ketika dulu apabila Time Inc. Bertindak mengambil-alih Asiaweek,
ia tidak mahu mengambil-alih sektor edisi Cina, (kerana seperti saya
diberitahu, pada waktu itu, orang di New York tidak boleh
membacanya). Inilah sebab musabab kenapa Asiaweek terpaksa
ditutup minggu lalu. Asiaweek and Far Eastern Economic Review dapat bertahan hanya
kerana ada gunanya yang memenuhi agenda global. Apabila ada
keputusan yang mengatakan berakhirnya kegunaan seperti itu,
selalunya disebabkan pendapatan jualan iklan yang merudum, iapun
disembelih. Jarang sekali ia dijual kepada pihak lain. Kos
menghidupkannya semula ke tahap kegemilangannya adalah terlalu
tinggi untuk menarik minat seorang penerbit yang baik di rantau ini.
Hakikatnya yang lumrah ialah, kedua-dua majalah ini tidak lagi
menjadi pemangkin fikiran di Asia. Dulu, mereka memberikan
pandangan yang tidak diterbitkan oleh majalah kepunyaan Barat. Dua
majalah itu kehilangan sinarnya apabila para editor dan pengasasnya
disingkirkan secara begitu kejam seperti yang dilakukan kepada para
koresponden mereka. Perubahan Tumpuan Yang Menghilang
Seorang koresponden di Kuala Lumpur mempunyai hanya 24 jam
untuk meninggalkan Malaysia, dan diberitahu kalau dia terus tinggal
juga, segala perbelanjaan adalah tanggungannya. Beliau ialah
seorang warga Sri Lanka yang tidak punya pilihan melainkan
mematuhinya dan keluar juga. Pada waktu yang sama koresponden Far Eastern Economic Review
(FEER) yang baru pulang dari makan tengah hari bertemu seorang
tetamu menunggu di pejabatnya. Mereka tidak pernah berkenalan
sebelum itu. Tidak lama kemudian, tetamu itu menyebut dia adalah
daripada Dow Jones tuanpunya FEER dan mahukan pejabat itu ditutup
serta merta dan koresponden itu diarahkan pergi ke Asian Wall Street
Journal. Di sanalah dia menyambung tugasnya dengan arahan para
editor di Hongkong yang membuat penentuan apa cerita yang boleh
ditulisnya dan apakah tulisan yang boleh dierima untuk siaran. Sudah
tentu ini tidak akan melambangkan masa depan majalah itu seterusnya.
Kegemilangan dua majalah itu bersinar sebelum diambil oleh puak
daripada Amerika. Asiaweek telah diasaskan oleh lima bekas
kakitangan Far Eastern Economic Review. Mereka adalah TJS
George, Michael O'Neill (yang menjadi mendiang pada akhir
1990-an). Graham Wilde, Cheng Huan ( kini bertugas sebagai Queen
Council di Hong Kong) dan penulis rencana ini.
Apabila Reader's Digest mengambil-alih Asiaweek setelah para
pembiaya merungut disebabkan keadaan kewangan Asiaweek yang
tidak kukuh, saya terpaksa berundur dari situ kerana dianggap orang
yang tidak 'ternama'. Tidak lama kemudian Wilde dan Chiang Huan
mengikut langkah saya diekori oleh George apabila Time Inc masuk
untuk membeli; dan O'Neill dipecat apabila mereka sudah semakin
perkasa. Majalah itu menukar haluan tumpuannya, dan menjadi semakin
berunsur Amerikan, menerbitkan bahan bacaan yang mirip pemahaman
orang Amerika. Putaran hala itu telah menarik pembaca baru dan
pengiklan, tetapi semangat dua majalah asal itu sudah menghilang,
sehingga tidak lagi menjadi majalah yang diminati oleh orang.
Cara orang di rantau ini diajar melalui penulisan, menampakkan
keangkuhan para editor dan penerbitnya yang meniru gelagat majalah
Amerika yang mahu mengajar orang Asia. Saya menghentikan tempahan
tahunan saya setahun dulu, dan sekali-sekala ada juga membacanya
kalau ada artikel yang menarik disiarkan.
Apabila mereka berubah mendapatkan eksekutif sejagat di Asia,
mereka sekaligus menafikan keinginan pembaca Asia yang mencari
bahan bacaan yang tidak dapat dibaca di negara sendiri. Tetapi itu
bukannya tujuan sebenar mereka, yang tertumpu untuk meraih
keuntungan dan kerana itu sanggup akur kepada tekanan kerajaan.
Pertembungan Budaya Bukanlah sesuatu yang ganjil apabila berlakunya pertembungan antara
sebuah majalah tempatan yang dimiliki oleh orang Amerika dengan
sebuah majalah Amerika yang diedarkan di luar negara. Saya mula
menulis sebagai seorang 'stringer' untuk Newsweek di Malaysia
selama dua dekad. Ketika saya mulakan tugas pada 1970-an,
Newsweek mempunyai satu edisi versi seberang laut yang berbeza
dengan edaran tempatan. Terdapat satu seksyen di Asia yang
membuat liputan rantau ini dengan tajam dan menyeluruh.
Kemudian muncul kisah kekalahan Amerika di Vietnam, dan terdapat
dua liputan yang berbeza antara dua versi majalah itu. Analisis yang
mendalam tidak disiarkan dalam versi Amerika menyebabkan
pertelagahan di ibu pejabat sehinggkan versi antarabangsa itu
terpaksa menjadi tumpul isinya sehinggalah hari ini.
Asiaweek dan Far Eastern Economic Review menjadi wadah yang
ideal untuk mmebolehkan para editor dan eksekutif tempatan mengasah
bakat untuk menerima 'pengalaman luar negara' sebelum mereka naik
tangga kemajuan kerjaya. Bahagian berita muncul mengikut formula
penerbitan, walaupun wujud satu kumpulan wartawan yang begitu
berpenglaman yang mampu menyediakan bahan dalam masa yang
tertekan. Tetapi ini semua adalah berbentuk pengecualian dan tidak
semestinya satu peraturan. Jadi, kekecohan mengenai malapnya satu lagi bahan bacaan
berbahasa Inggeris, tidakpun pergi ke mana-mana. Di Asia ada
tanggapan tempatan yang ditenggelami oleh pengaruh globalisasi.
Apabila penapisan dan tekanan yang berleluasa menekan sebarang
tulisan yang tidak sebulu dengan pemikiran kerajaan, kerugian yang
tertanggung, bererti satu kehilangan besar kepada Asia kerana
menidakkan hak rakyat Asia mengenali rantau mereka. Itu sebabnya
mereka mula dipinggirkan sejak satu dekad yang lalu.
Mungkinkah muncul satu majalah lain untuk menggantikannya? Besar
kemungkinnya tidak ada. Tanggapan agar diwujudkan sebuah majalah
yang bebas tanpa sebarang muslihat dan agenda adalah begitu asing
kepada para pembiaya seperti di Wall Street sehinggakan sesaorang
akan melupakan sahaja ide itu. Di negara manakah di Asia ini kecuali
Jepun, India dan Filippina, yang mempunyai majalah yang mampu
bernafas tanpa ditaja oleh orang yang berkuasa? Di sinilah letak
jawapannya. Tamat M.G.G. Pillai Terjemahan: SPAR - 1761 Asal: KM2 6482 Ref: http://www.malaysiakini.com/Column/2001/12/2001120701.php3 |