Laman Webantu KM2: 6494 File Size: 7.1 Kb * |
TAG SP 520: Duke: B4 - Gandingan Israel AS Cetuskan 9-11 [Mesti Baca] By David Duke 11/12/2001 11:41 pm Tue |
Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan
Peristiwa 11 Sept. - Bahagian 4 (How Israel Terrorism and American Treason Caused 9-11)
Oleh: David Duke - National President (EURO)
November 21, 2001 Keganasan Yang Menghantui Rakyat Lebanon
(Terror Against the Lebanese People) Antara 1978 - 2000, Israel telah menceroboh dan menakluki
Lebanon dan bertanggungjawab dengan kematian sekitar 15,000
manusia. Ada satu contoh keganasan Israel yang dengan sengaja
mengebom sebuah pusat PBB di Qaha, Lebanon lima tahun yang
lalu. Artikel yang diselitkan di bawah ini bukan ditulis oleh orang
Palestin, Arab ataupun seorang yang beragama Islam. Ia ditulis oleh
seorang rakyat Britain, Robert Fisk, yang merupakan salah seorang
wartawan British yang disegani yang bertugas di Timur Tengah. Dia
menulis untuk akhbar di London, 'The Independent'. Seandainya
seseorang rakyat Amerika mahu memahami kebencian yang
dicetuskan oleh Israel terhadap Amerika, silalah baca catatan yang
menyayat hati ini dan sila lihat dengan jelas gambar yang
menunjukkan kenyataan keganasan Israel.
Kebanyakan rakyat Amerika telah membaca pelbagai kisah yang
memilukan tentang penderitaan kaum Yahudi ketika diserang episod
Holokos, ataupun kisah orang Israel yang menjadi mangsa serangan
pejuang relamati Palestin. Mereka telah melihat berdozen filem dan
dokumentari yang menyayat hati yang memaparkan mangsa
berbangsa Yahudi. Tetapi, kebanyakan rakyat Amerika belum lagi
membaca secebis kisah yang dipaparkan di sini. Kisah seperti ini
memang tidak banyak diterbitkan oleh akhbar dan majallah Amerika.
(Bukti kekejaman Israel yang menyayat hati. Para pekerja sedang
memindahkan mangsa kekejaman Israel - kebanyakannya
wanita,kanak-kanak dan warga tua - yang dibunuh olehaskar Israel
di Lebaonan, termasuk memenggal kepala seorang kanak-kanak di
atas.) '......Qana, di Selatan Lebanon: Memang dahsyat perisitiwa
pembunuhan beramai-ramai itu. Sebelum Sabra dan Chatila, saya
belum pernah melihat manusia yang tidak berdosa disembelih begitu
rupa. Para pelarian Lebanon dilonggokkan bertindih-tindih, tidak kira
perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Anggota badan mereka yang
hilang, tangan ataupun kaki, hilang dipenggal ataupun perutnya
yang dibelah. Terdapat lebih satu ratus mangsa seperti ini. Ada
seorang kanak-kanak yang terlentang tanpa kepala yang telah
dipenggal. Bom Israel telah mengena mereka laksana pedang yang
tajam datangnya, sedangkan mereka amat yakin akan keselamatan
berlindung di khemah pelarian itu. Seperti umat Islam di Srebrenica,
umat Islam di Qana tersilap juga. ....Ketika saya melangkahkan kaki mendekati mereka, saya terkelicik
di atas tangan manusia yang terputus daripada badannya.
Penyembelihan orang awam oleh Israel sepanjang 10 hari mereka
mengganas itu - mengorbankan 206 mangsa sehingga malam
kelmarin - adalah sungguh rakus, ganas sehinggakan tidak ada
seorang warga Lebanon yang akan memaafkan mereka. Malahan
ambulan yang mengangkut mangsa ke hospital telah diserang pada
Sabtu lalu mengorbankan jururawat di Yohmor sehari sebelumya,
dan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dihinggapi peluru
berpandu Israel empat hari lalu, sehinggakan terpenggal kepalanya.
Awal semalam askar Israel telah membunuh dengan kejamnya satu
keluarga mengandungi 12 anggota - yang paling muda berusia
empat hari - dimusnahkan oleh juruterbang helikopter yang
melepaskan peluru berpandu. Tidak lama kemudiannya, tiga buah jet pejuang Israel telah
menggugurkan bom hanya 250 meter daripada satu konvoi PBB yang
saya tumpangi, memusnahkan sebuah rumah yang melambung 30
kaki ke atas di hadapan mata saya. Ketika pulang ke Beirut untuk
mengirim laporan berita kisah pembunuhan beramai-ramai Qana
kepada akhbar Independent, malam kelmarin, saya telah
menyaksikan dua buah helikopter perang Israel menembak kereta
masyarakat awam yang lalu lalang di bahagian utara Sidon.
......Seorang askar PBB rakyat Peranchis telah menyumpah seranah
apabila membuka satu beg plastik untuk mengumpulkan anggota
badan dan serpihan tangan manusia yang tidak ketahuan badannya.
Tiba-tiba kami tidak lagi menjadi askar PBB ataupun wartawan, cuma
orang barat, yang bersekutu dengan Israel, yang menjadi bahan
kebencian dan kemarahan orang. Seorang lelaki yang berjanggut
merenung kami dengan pandangan yang tajam, sambil wajahnya
merah padam kerana kebencian. 'Kamu orang Amerika,' jeritnya
kepada kami. 'Kamu orang Amerika memang anjing. Inilah kerja
kamu, kamu memang anjing...!' Presiden Clinton telah bersetuju untuk bersekutu dengan Israel dalam
peperangan mereka membenteras 'Keganasan' dan orang Lebanon.
Walaupun menanggung kepedihan, mereka tidak akan melupakan
perkara ini. Sebarang kenyataan rasmi Israel yang menunjukkan
mereka turut bersedih adalah laksana memerah asam limau di atas
luka yang terbuka. 'Aku bersedia menjadi sebutir bom untuk meledak
dan menghancurkan orang Yahudi,' kata seorang tua .... (23)
Kalaulah setiap rakyat Amerika membaca artikel tulisan Robert Fisk,
ia akan membantu mereka memahami kenapa Amerika begitu dibenci
dan kenapa kita sekarang dihantui serangan pasukan pejuang
relamati. Kalaulah anda mahu tahu motivasi sebenar para pejuang
seperti Osama bin Laden, majalah 'The Nation', pernah
menemubual beliau pada 21 September 1998. Di situ ada
digambarkan reaksi beliau terhadap pembunuhan kejam Israeli di
Qana. '...Kali terakhir saya berjumpa Osama bin Laden dia masih bersedih
kerana pembunuhan kejam Israel yang mengorbankan 107 pelarian
Lebanon yang berlindung di khemah pelarian PBB di Qana pada
April 1996. Israel menyebut perkara itu adalah satu kesilapan, tetapi
PBB tidak berfikiran begitu sedangkan Presiden Clinton hanya
menganggapnya sebagai satu tragedi - seolah-olah itu adalah satu
kejadian bencana alam. Tetapi, Osama Laden berpendapat itu
adalah satu perbuatan keganasan sejagat. Mesti ada balasannya,
kata beliau, yang mahukan orang Israel yang melakukan kejadian
buruk itu dihakimi. Clinton menggunakan perkataan yang hampir
sama terhadap Osama Laden dan para penyokongnya pada bulan
Ogos. Seperti biasalah, laksana kes si pekak bercakap dengan
orang pekak yang lain.' (24). Ramai rakyat Amerika yang tidak akan dapat membaca kisah tragedi
Qana yang serupa seperti yang ditulis oleh Robert Fisk. Pengawalan
ketat Israel terhadap media Amerika dan kerajaan Amerika telah
berjaya menekan kebanyakan cerita yang ada kaitannya dengan
keganasan Israel terhadap Palestin. Seterusnya saya akan buktikan
betapa mereka telah berjaya menyungkup pelbagai jenayah
pembunuhan Israel terhadap Amerika Syarikat.
....bersambung..... Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6472 Ref: http://www.davidduke.com/writings/howisraeliterror.shtml |