Laman Webantu KM2: 6486 File Size: 3.1 Kb * |
TAG SP 514: IUK: Fisk - Bukti Terbaru Kes Sabra dan Chatila By Robert Fisk 11/12/2001 9:54 pm Tue |
Independent UK Bukti Terbaru Menunjukkan Mangsa Mati Beberapa Jam Kemudiannya
(New Evidence Indicates Palestinians Died Hours After Surviving
Camp Massacres) Oleh: Robert Fisk Bahan bukti yang menyeramkan menunjukkan lebih 1,000 orang
Palestin yang berjaya hidup selepas berlakunya serangan
pembunuhan kejam di kem pelarian di Sabra dan Chatila telah
didapati 'ghaib' dalam masa 24 jam selepas peristiwa ganas itu,
kebanyakannnya di kawasan yang dikawal oleh tentera Israel.
Keterangan bertulis yang merakamkan dengan terperinci bagaimana
para mangsa dilihat oleh ahli keluarga mereka, yang ditangani
tentera Israel dan pasukan militia sekutu Israel - adalah antara
bahan yang akan dipertimbangkan oleh seorang hakim warga
Belgium, yang akan menentukan hari ini apakah Perdana Menteri
Israel, Ariel Sharon, boleh didakwa kerana pembunuhan secara
beramai-ramai itu. itu. Mr. Sharon pernah dihakimi sabagi 'bertanggungjawab secara
peribadi' menyebabkan penyembelihan manusia itu oleh
Suruhanjaya Kahan Israeli pada 1983. Laporan suruhanjaya itu
merumuskan bagaimana ratusan warga Palestin termasuk, wanita dan
kanak-kanak, telah disembelih antara 16 hingga 18 September 1982.
Akan tetapi, antara lima orang saksi wanita yang disebut oleh para
peguam di Belgium, yang menuntut Sharon didakwa, terdapat
sekurang-kurangnya lima orang yang mendakwa bahawa lebih 100
lelaki telah ditahan oleh anggota militia dan diserahkan kepada askar
Israel dalam keadaan masih bernyawa. Mereka tidak dilihat selepas
itu. Selain tindakan mahkamah, terdapat filem rakaman petugas TV di
waktu itu. Penggambaran mereka tiba-tiba menjadi perhatian dan
menunjukkan pegawai Israeli bersama anggota Phalangis yang
bersenjata - beberapa lama selepas Isarel menyedari sekutu mereka
kumpulan Phalangis itu telah melancarkan pembunuhan ganas, yang
menyebabkan Mr.Sharon melepaskan jawatannya sebagai Menteri
Pertahanan. Memang sudah lama wujudnya perbezaan dalam angka mayat yang
dijumpai di Sabra dan Chatila - sehinggakan 600 mayat kesemuanya
- dan juga jumlah orang awam yang dicatatkan hilang - lebih 1,800
semuanya. Sehingga kini, adalah dianggarkan bahawa semua
mangsa telah dibunuh dengan kejam oleh anggota Phalangis dan
mereka telah menanam mayat itu secara rahsia.
Seandainya bahan terbaru itu diterima oleh mahkamah, ia akan
mencetuskan kesan yang besar bahananya kepada tentera Israel
dan juga Mr. (bulldozer) Sharon, terutama sekali kalau Israel terus
bersekongkolan dengan Phalangis selepas pembunuhan kejam di
kem pelarian itu dan seandainya mereka membenarkan Phalangis
membawa lebih ramai banduan keluar dari situ.
Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6475 Ref: http://www.independent.co.uk/story.jsp?story=107173 |