Laman Webantu KM2: 6484 File Size: 8.8 Kb * |
TAG SP 512: IDPT: Dis 7, 1941: Muslihat Besar Dari Mula Lagi By Robert B. Stinnett 11/12/2001 9:39 pm Tue |
The Independent Institute Disember 7, 1941: Muslihat Besar Daripada Mula Lagi
(December 7, 1941: A Setup from the Beginning)
Oleh: Robert B.Stinnett Ketika Amerika mengingati dan menghormati 2403 lelaki, wanita dan
kanak-kanak yang terkorban - serta 1178 yang cedera - ketika
Jepun menyerang Pearl Harbor, Hawaii pada 7 Disember, 1941,
beberapa dokumen kerajaan yang baru didedahkan telah mencuit
beberapa persoalan yang meragukan. Yang menjadi isu utama ialah perihal Amerika mengetahui lebih awal
lagi rencana Jepun mahu menyerang Hawaii dengan menggunakan
satu kapalselam dan satu ketumbukan armada tentera laut, 59 tahun
dulu. Terdapat dua soalan teratas di senarai pengetahuan awal itu:
(1) Apakah Presiden Franklin D. Roosevelt dan ketua turus angkatan
tentera, beliau telah sengaja mengacah Jepun untuk berperang
secara terbuka di Hawaii, dan (2) rencana ketenteraan Jepun itu
telah diperolei lebih awal lagi oleh Amerika Syarikat tetapi sengaja
diperam daripada pengetahuan para pemimpin tentera di Hawaii,
Admiral Husband E. Kimmel dan Lieutenant General Walter Short,
supaya mereka tidak menyekat tindakan perang itu.
Soalan yang terakhir tadi, telah terjawab dan diperakukan pada 30
Oktgober, 2000, apabila Presiden Bill Clinton menandatangani satu
undang-undang baru, dengan sokongan Kongres, maka
diluluskannya 'The National Defense Authorisation Act.' Antara
beberapa peruntukan yang dimaktubkan, akta itu telah mengenepikan
rumusan sembilan siasatan Pearl Harbour sebelum itu dan mendapati
bahawa Kimmel dan Short telah dinafikan bahan risikan tentera yang
penting yang memantau pergerakan angkatan tentera Jepun menuju
Hawaii yang ada dalam simpanan pentadbiran Roosevelt beberapa
minggu sebelum berlakunya peristiwa serangan Jepun itu.
Keputusan Kongres memang amat khusus terhadap gelagat Rumah
Putih pada 1941 itu: Kimmel dan Short menjadi mangsa tindakan
menafikan saluran risikan yang mengesan kedudukan pasukan
Jepun ketika mereka menuju Hawaii. Apabila serangan Jepun itu
menerima kejayaannya, dua orang komander itu telah dinyahkan
daripada tugas mereka serta dituduh cuai dan tidak cekap menangkis
serangan dan merekapun diturunkan pangkat.
Kini, Clinton terpaksa memutuskan sama ada mengizinkan
permohonan Kongres untuk mengembalikan pangkat lama kepada
dua orang panglima itu sebelum mereka diaibkan dengan
turun-pangkat pada 1941. Tidak kiralah apa yang akan dilakukan
oleh Panglima Utama (Clinton) di bulan-bulan terakhir tempoh
perkhidmatannya, pendapat Kongres itu harus dilihat sebagai satu
usaha membetulkan kesilapan 59 tahun lalu yang mengaibkan
Kimmel dan Short. Cuma ada satu lagi persoalan yang tidak berjawah: Apakah tuduhan
kecuaian Pearl Harbour dan kemusnahannya itu berpaling pula
kepada Presiden Roosevelt? Ada satu filem wayang berdasarkan serangan itu yang dalam
pembikinan oleh Walt Disney Studios dan dijangka akan ditayangkan
bermula Mei 2001. Jery Bruckheimer, produser filem itu, enggan
mengambil kira kisah amaran awal yang diketahui oleh pentadbiran
Roosevelt dalam skrip beliau. Ketika mengulas kisah FDR mempunyai
pengetahuan awal dalam temubualnya yang diterbitkan pada awal
tahun ini, dia berkata 'That's all b**l shit.'
Akan tetapi, Roosevelt beranggapan bahawa gelagat beliau
merangsang Jepun melancarkan seranan ke atas Hawaii adalah
merupakan satu jalan pilihan yang ada padanya pada 1941 untuk
melumpuhkan pengaruh 'First non-interventionist movement'
(pergerakan yang tidak suka Amerika campurtangan dengan hal
ehwal negara luar) yang dipimpin oleh wira angkasa Charles
Lindbergh. Sikap tidak suka berperang itu telah mendapat sokongan
sekitar 80 peratus penduduk Amerika semenjak 1940 hingga 1941.
Walaupoun Jerman sudah menakluk sebahagian besar Eropah, dan
kapalselamnya Kelas U-Boat, telahpun menembak beberapa kapal
milik Amerika di Lautan Atlantik - termasuk kapal perang - Amerika
tidak mahu campur tangan dengan 'Perang Eropah'.
Namun, Jerman telah membuat satu kesilapan. Jerman telah
bersekutu dengan Itali menandatangani satu perjanjian dengan
Jepun dalam satu perjanjian yang dinamakan 'The Tripartie Pact'
pada 27 September 1940. Sepuluh hari kemudiannya, Lt.
Commmander Arthur Mccollum, seorang pegawai kanan tentera laut
di pejabat risikan, telah mendapat satu ilham bagaimana
menumpulkan pergerakan anti-perang rakyat Amerika itu dengan
mengacah Jepun supaya melatah dan mengisytiharkan berperang
dengan Amerika Syarikat. Inilah yang mencuit perjanjian Tripartite
Pact, dan menjerumuskan Amerika terlibat dengan Perang Dunia
Kedua. Semua maklumat ini telah dirakamkan dalam satu memo rahsia
McCollum bertarikh 7 Oktober, 1940 yang baru-baru ini dapat
diamati melalui peruntukan yang termaktub dalam 'Freedom of
Information Act'. Cadangan ONI (Office of Naval Intelligence)
mencadangkan lapan bentuk provokasi terhadap Jepun. Muslihat
utamanya ialah mengekalkan ketumbukan armada Amerika di rantau
Hawaaii sebagai umpan untuk menaikkan keghairahan Jepun datang
menyerang. Presiden Roosevelt telah bertindak pantas. Pada keesokan harinya,
8 Oktober, 1941, Ketua Turus Ketumbukan AS Admiral James
O.Richardson, telah dipanggil mengadap di 'Oval Office' dan
diberitahu akan rencana bermuslihat itu oleh Presiden. Dalam satu
perbalahan yang hangat dengan presiden FDR, Admiral itu enggan
menyabung nyawa anggota pasukannya dan membahayakan
kelengkapan perang di bawah kawalannya. Richardson telah dipecat
daripada jawatannya, dan FDR telah melantik seorang pegawai yang
tidak berapa dikenali, Rear Admiral Husband E. Kimmel, untuk
mengambil-alih teraju memerintah di Hawaaii. Kimmel dinaikkan
pangkat dengan empat bintang untuk memulakan tugas pada 1
Februari 1941. Pada waktu yang sama Waler Short telah dinaikkan
pangkat menjadi Lt. General dan diberi kuasa memerintah pasukan
tentera darat di Hawaii. Sepanjang 1941, FDR telah melaksanakan tujuh unsur provokasi
yang lain itu. Kemudian dia memantau reaksi Jepun melalui
perhubungan komunikasi risikan (yang dapat dipecahkan kod
rahsianya) antara masyarakat diplomatik dan pemimpin ketenteraan
Jepun. Para perancang tentera Jepun telah menggunakan provokasi itu
untuk mengambil-alih kuasa dan mengatur kekuatan tentera mereka
untuk sedia berperang dengan Amerika Syarikat, Britain dan
Belanda. Serangan utama mereka, Hawaii, telah dibocorkan kepada
AS pada Januari 1941. Sepanjang 11 bulan kemudiannya, Rumah
Putih telah memantau rancangan perang Jepun itu melalui segala
maklumat perhubungan komunikasi mereka yang dapat dipecahkan
kod rahsianya. Para pemimpin Jepun tersilap dalam mengikuti kewaspadaan
keselamatan. Sekurang-kurangnya 1,000 laluan pesanan setiap hari
dapat dikesan dan dipantau serta difahami oleh pangkalan pemantau
yang dikendali oleh AS dan sekutunya dan segala maklumat itu telah
diserahkan secara ringkasannya kepada Rumah Putih. Mesej yang
dikesan itu memang amat jelas: Pearl Harbour akan diserang pada
Disember 7, 1941 oleh angkatan tentera Jepun yang mara melalui
Lautan Pasifik Utara. Pada 27 dan 28 November, 1941, Admiral
Kimmel dan General Short telah diberi arahan untuk bersiap siaga
kerana 'Amerika Syarikat mahukan Jepun melancarkan serangannya
dulu.' Arahan itu datang secara terus daripada Presiden Roosevelt.
Seperti yang pernah saya jelaskan kepada para hadirin yang
mengikuti satu forum di 'The Independent Institute' di Oakland,
California, yang telah dirakamkan dan disiarkan secara meluas
merata negara pada cuti 4 Julai dulu, siasatan saya terhadap segala
rekod tentera laut Amerika menunjukkan, bukan sahaja Kimmel dan
Short dinafikan butiran komunikasi risikan Jepun itu, malahan rakyat
Amerikapun tidak tahu-menahu akan perkara itu. Inilah dia tipu
muslihat yang bertahan selama hampir 59 tahun.
Sejurus berlalunya peristiwa 7 Disember, 1941, semua dokumen
yang ada kaitan dengan komunikasi ketenteraan yang merakamkan
kisah pengetahuan awal Amerika mengenai serangan Pearl Harbour
telah dikunci rapat dalam peti besi untuk mengelakkan sesiapa yang
cuba mengetahuinya. Walaupun 'The Freedom of Information Act'
mengizinkan segala dokumen itu untuk dialihkan kepada Arkib
Negara pada 1995, masih wujud satu industri belakang-rumah yang
terus berusaha menutup maklumat lain yang ada sangkut paut
dengan kebajingan Amerika berkaitan Pearl Harbour.
Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6473
Ref: http://www.independent.org/tii/news/001207Stinnett.html
|