Laman Webantu KM2: 6480 File Size: 10.6 Kb * |
TAG SP 511: Duke: B3 - Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan 9-11 By David Duke 8/12/2001 2:31 am Sat |
Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan
Peristiwa 11 Sept. - Bahagian 3 (How Israel Terrorism and American Treason Caused 9-11)
Oleh: David Duke - National President (EURO)
November 21, 2001 (52 Years of Ongoing Terror Against Palestinians)
Sejak 1948, rakyat Palestin telah dihantui keganasan Israel yang
berpanjangan. Ratusan rumah kediaman musnah dan ghaib dari
catatan permukaan peta. Puluhan ribu kediaman dibom, disondol
jentolak, dan diledakkan dinamit ketika zaman kedamaian! Puluhan
ribu manusia terkorban dalam bilangan yang lebih besar lagi
didapati buta, cedera, rempang-rempung dan cacat anggota
sepanjang hayatnya. Ratusan ribu sudah terpenjara dan ataupun
diseksa. Dalam menangani tentangan orang Palestin terhadap penaklukan
Israel, pihak Israel tidak pernah merasa segan dan silu menyerang
kem pelarian yang menempatkan kaum wanita dan kanak-kanak
untuk memusnahkan mereka. Kereta kebal Israel, helikopter dan jet
pejuang digunakan untuk menggugurkan bom ataupun melepaskan
tembakan peluru berpandu ka arah pusat perkampungan orang
Palestin dan kem pelarian yang dipenuhi warga wanita dan
kanak-kanak. Semua senjata itu bukannya dapat membezakan
antara seorang pejuang dengan seorang anak kecil berusia lapan
tahun. Kalau senjata semacam itu boleh membunuh seorang
kanak-kanak, sudah pasti ia dapat membunuh musuh-musuh
negara. Rakyat Palestin yang disyaki menentang usaha Israel menakluki
Tebing Barat dan Gaza, telah diancam dan rumah kediaman mereka
dan ahli keluarga menjadi sasaran meriam Israel, peluru berpandu
ataupun bom. Selepas yang disyaki itu dibunuh ataupun
dipenjarakan, rumah kediamannya disondol oleh jentolak ataupun
diledakkan dengan menggunakan dinamit. Ribuan rumah kediaman
telah dimusnahkan dengan cara jijik ini.
Israel juga telah membunuh ratusan pemimpin Palestin secara
pembunuhan asasin ataupun serangan keganasan. Serangan ini
selalunya mencederakan dan membunuh orang lain yang tidak
berdosa. Ramai yang dibunuh oleh pembunuh upahan (asassin)
tidakpun pernah terlibat dengan keganasan ataupun apa bentuk
jenayah: kebanyakan mereka adalah karyawan, penyajak, penulis,
ataupun ketua agama yang telah mencetuskan perkataan yang
bersemangat untuk meransang semangat bangsa mereka mencari
kebebasan. Perdana Menteri Israel sebelum Ariel Sharon ialah Ehud
Barak. Pada 1972, ketika Lubnan dan Israel berdamai, dia telah
memimpin satu skuad komando berani mati memasuki Beirut. Di sana
dia telah melakukan pembunuhan peribadi terhadap Kamal Edwan
dan keluarganya. Mereka menyerang di tengah malam
menggunakan senjata yang disenyapkan bunyi ledakannya, dan
melepaskan tembakan yang kejam membunuh keluarga Edwan yang
sedang tidur lena di katil mereka. Sebagai berwaspada, dia juga
telah membunuh anak perempuan pasangan itu yang sedang tidur
nyenyak di bilik sebelah. Ketika Ehud Barak tiba di Amerika sebagai
seorang perdana menteri Israel, dia menerima sambutan gemilang
daripada media massa yang dikuasai oleh Yahudi. Itulah dia
pembunuh kejam yang menghapuskan sebuah keluarga tetapi telah
diberi sambutan seolah-olah dia adalah seorang wira.
Sifat 'double standards' begitu tidak berakhir di situ. Ketika seorang
pegawai kabinet Israel, Rechavam Zeevi, dibunuh oleh assasin
Palestin pada Oktober 2001, Sharon dan beberapa orang pegawai
Amerika mengutuknya sebagai 'keganasan'. Seandainya
pembunuhan Rechavam Zeevi itu satu pembunuhan, apakah yang
patut kita sebut segala kerja pembunuhan Israel yang
menghancurkan ratusan para pemimpin Palestin, ahli falsafah, ketua
agama dan para karyawan? Kenapakah para wartawan dan media
Israel menyebut betapa Zeevia adalah seorang pengganas, yang
bertaraf ' Yahudi supermasis' yang menuduh orang Palestin yang
menetap secara haram di Israel sebagai 'kutu' dan 'sejenis barah
di kalangan kita': (14), Zeevi adalah seorang pengganas
sebenarnya kerana mencadangkan penyingkiran paksa terhadap
orang Palestin yang menduduki kawaan yang dijajah oleh Israel dan
membunuh sesiapa yang berani menentang penaklukan Israel itu.
Malahan dia pernah bersuara lantang secara terbuka agar Yassir
Arafat dibunuh oleh orang upahan sahaja. Namun, akhbar yang
sama yang menyiarkan kematian oleh pembunuh upahan itu sebagai
'ganas', tidak pula mengecam Zeevi yang pro-pembunuhan
asassin itu sebagai seorang pengganas, ataupun sebagai
'Supermasis Yahudi'. Pembunuhan Zeevi itu adalah kesan dari
penbunuhan kejam Israel tehadap seorang pemimpin Palestin yang
dilakukan seminggu sebelum itu. Pada 1991, ketika kabinet Israel sedang bersidang, Zeevi pernah
menuduh Presiden Bush yang ketika itu mahu melancarkan
rundingan damai, dikecamnya 'sebagai musuh Israel', dan
menyebut betapa 'Amerika sedang merancang 'Holokos Kedua'
(15) dengan sekutu yang berperangai seperti ini, sedangkan
Amerika tidakpun perlu bermusuhan dengan sesiapa. Kuasa yahudi
di dunia ini di kalangan media dunia membolehkan ramai orang
maklum akan keganasan pembunuhan kejam Israel. Malahan
sebelum berlakunya serangan di New York pada 11 September,
BBC telah memberikan arahan kepada para wartawan untuk
melaporkan kisah pembunuhan puak Israel itu sebagai
'pembunuhan yang dirancang.' Dan bukannya menyebut perkara
sepatutnya yang sebenarnya adalah pembunuhan asassin (16).
Namun demikian, BBC yang mempunyai anggota kerja yang ramai
warga Yahudi menganggap pembunuhan Zeevi itu sebagai satu
pembunuhan assasin. Dan bukannya pembunuhan yang
dirancang'. Masyarakat awam sudah mangli dengan propaganda
dan makklumat songsang Israel untuk beberapa tahun lagi. Adalah
tidak menghairankan apabila tidak ramai rakyat Britain dan apalagi
Amerika Syarikat yang sedar rekod keganasan Israel. Inilah
sebabnya saya tidak boleh menuduh kebanyakan orang Amerika
yang kurang arif terhadap keganasan Israel.
Penyiksaan yang dilakukan oleh seserang terhadap musuhnya
seharusnya ditakrif sebagai satu bentuk keganasan. Apatahlagi
kalau puluh ratusan orang Palestin yang telah dizalimi dalam
penjara Israel. Satu kumpulan hak asasi manusia Israel
memperakukan dalam satu laporan yang setebal 60 muka surat
mengatakan bahawa 85 peratus tahanan Palesin telah mengalami
penderaan ketika dalam tahanan (17). Sebahagian besar
penyiksaan yang mereka lalui adalah jenis yang dahsyat dan
hebat-hebat yang dapat mencetuskan igauan daam tidur seseorang
yang pernah melaluinya. Penyiksaan Israel ini termasuk apa sahaja
daripada mencekik mangsa dengan air kencing dan tahi yang
dimasukkan dalam beg yang digantung di bahagian atas kepala
mangsa untuk membiarkan air yang kotor itu menitis di atas kepala.;
ada pula yang menggunakan pencucuh elektrik untuk menyepuh
haiwan ternakan untuk dirodokan di lubang jubur ataupun alat
kemaluan wanita sebagai satu jenis penderaan merogol dengan
peralatan. Israel memang tidak mudah mengakui identiti sesiapa
yang ditahannya, dan kalaulah mereka bertindak mahu membunuh
ataupun menyiksa seorang Palestin sehingga mati ketika masih
dalam penjara, mayatnya akan menghilang dengan mudah, ataupun
mereka akan mendakwa bahawa si mati adalah mangsa berperang
dengan polis sebelum mereka dapat ditangkap. Ribuan ramainya
Arab Palestin dan Lubnan mati ketika dalam tahanan Israel.
Ada satu artikel tulisan Joel Greenburg dalam New York Times yang
sememangnya pro-Israel, yang menyebut betapa Israel menzalimi
antara 500 - 600 Arab Palestin setiap bulan (18). Angka ini memang
terlalu rendah kerana diterbitkan oleh akhbar yang dikuasai oleh
pro-Israel, bererti bahawa setiap tahun sekurang-kurangnya 6,000
orang Palestin diseksa oleh Israel. Penyiksaan orang Palestin telah
berjalan sejak 1948 (53 tahun lamanya). Walaupun seseorang
menggunakan hanya separuh angka ini yang disebut oleh Mr.
Greenburg sebagai yang menanggung penyiksaan itu setiap tahun -
sekurang-kurangnya 150,000 manusia telah disiksa dengan kejam
oleh Israel sejak tertubuhnya negara Yahudi itu.
Pada 1999, tekanan masalah serantau awam disebabkan penyiksaan
yang berleluasa di penjara Israel, Mahkamah Agung negara itu
telah sengaja mengeluarkan satu peraturan menyebut bahawa
penyiksaan adalah perbuatan yang diharamkan. Namun, beberapa
kumpulan hak asasi manusia Israel dan Palestin telah menunjukkan
bukti betapa peraturan itu hanya satu muslihat untuk menyejukkan
hubungan serantau. Mereka mengemukakan bukti betapa penyksaan
masih berjalan seperti biasa.(19) Mengambil tindak-tanduk Israel, para wartawan Yahudi sudahpun
mula mencadangkan agar sistem penyiksaan dan mendera itu
diamalkan pula di Amerika. Ada satu isu dalam Newsweek yang
berjudul 'Sampai masanya memikirkan kisah penyiksaan, ini adalah
dunia baru, dan ketahanan mungkin memerlukan teknik lama yang
telah ditetepikan.' (20). Malahan seorang pejuang hak kebebasan
manusia Yahudi, Alan Dershowitz, kini turut mencadangkannya.(21).
Victor Ostrovsky, seorang bekas agen perisik Mossad Israel, telah
menulis dua buah buku mengenai keganasan Israel terhadap musuh
mereka. Dalam sebuah buku itu dia menceritakan nasib orang
Palestin yang menyeberang garisan sempadan secara haram
mencari pekerjaan di Israel. Ramai orang Palestin ini yang beribu
ramainya tidak diketahui lagi di mana mereka setelah ditangkap oleh
askar Israel. Ramai di antara mereka yang diletakkkan dalam pusat
penyelidikan ABC untuk menjadi bahan penyelidikan penggunaan
kimia, nuklear dan biologi dalam perangsaraf Israel.
....'ABC adalah singkatan nama kepada 'atomic, bacteriological,
and chemical'. Di situlah pakar epidemiologi membuat kajian dan
membuat rekaan pelbagai peralatan perang... seandainya meletus
peperangan, peralatan ini akan diperlukan sebagai kelengkapan
perang. Tidak boleh tersilap dalam kajian itu. Di sinilah gunanya
kemunculan para pejuang Palestin itu. Mereka menjadi bahan
penyelidikan laksana 'guinea pigs' (arnab penyelidikan?)
membantu para pakar sains menentukan kajian mereka menepati
hasrat penggunaan dan membantu kajian itu dalam segala aspek
keberkesanannya (22). ....bersambung..... Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6472
Ref: http://www.davidduke.com/writings/howisraeliterror.shtml
|