Laman Webantu KM2: 6479 File Size: 13.8 Kb * |
TAG SP 510: Duke: B2 - Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan 9-11 By David Duke 8/12/2001 2:30 am Sat |
Gandingan Keganasan Israel dan Kedurjanaan AS Cetuskan
Peristiwa 11 Sept. - Bahagian 2 (How Israel Terrorism and American Treason Caused 9-11)
Oleh: David Duke - National President (EURO)
November 21, 2001 Israel: Si Pembunuh Kejam Sebagai Ketua Negara
Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon, adalah salah seorang
pengganas yang banyak dosanya di dunia ini. Dia
bertanggungjawab mendalangi pembunuhan kejam yang melibatkan
sekurang-kurangnya 1,500 manusia di khemah pelarian Chatila dan
Sabra di Beirut. Malahan satu suruhanjaya Israel pernah mendapati
Sharon telah terlibat secara peribadi terhadap pembunuhan
berama-ramai itu. (4)
Pada 1982, sebagai menteri pertahanan Israel, Sharon telah
mengarahkan Israel menceroboh Lebanon dan menembak rambang
serta menjadikan Beirut sebuah padang jarak padang terkukur. (Di
Lebanon jumlah wanita dan kanak-kanak yang mati adalah lima kali
ganda ramainya berbanding jumlah manusia yang terkorban ketika
berlakunya serangan ngeri 11 September di New York).
Pembunuhan dahsyat ini dilakukan oleh Yahudi dengan
menggunakan jet pejuang dan menggugurkan bom secara merata
dengan jet serta bom yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.
Selepas tentera Israel memusnahkan dan menakluki Lebanon,
Sharon telah mengnyahkan kumpulan pejuang pembebasan Palestin
daripada bumi Lebanon. Ramai kaum wanita, kanak-kanak dan
warga tua yang ditinggalkan di Lebanon dan ditempatkan di khemah
pelarian di pinggir Beirut. Amerika Syarikat telah membuat
pengumuman lantang bahawa mereka yang berada di khemah
pelarian itu akan dijamin keselamatan mereka sambil berbuat janji
bahawa mereka akan disatukan semula dengan orang kesayangan
mereka. Ketika Sharon merancang pembunuhan mereka, dia bukan
sahaja telah merancang satu tindakan keganasan terhadap para
pelarian itu, dia sedar sebenarnya bahawa itu adalah satu tindakan
mengkhianati Amerika Syarikat yang boleh mencetuskan kebencian
yang sungguh dahsyat terhadap Amerika.
Pada malam 16 September, 1982, Sharon telah mengarahkan
kumpulan 'Phalangis' memasuki khemah pelarian Palestin itu untuk
membunuh para penghuni di kem pelarian Sabra dan Chatila. Kerja
kejam membunuh beramai-ramai itu dibantu oleh pasukan
keretakebal dan askar Israel yang mengepong khemah pelarian itu
untuk mengawasi sesiapa yang cuba melarikan diri. Kumpulan
pembunuh kejam Phalangis itu telah menggunakan mesingan dan
menembak secara taburan dan menggunakan benet tajam untuk
menikam serta menghentak kepala penghuni di sepanjang malam ia
dimulakan, keesokan harinya, dan berterusan pada malam
berikutnya. Semua itu dilakukan dengan kejam sambil penduduk
Israeli yang menetap di persekitaran khemah itu mendengar segala
laungan yang diseksa dengan penuh ketenangan. Kemudian Sharon
mengerahkan jentolak untuk menyungkup sebanyak mana segala
kesan kekejaman itu. Sekurang-kurang 1500 mangsa yang
terkorban, lelaki tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
Satu siasatan rasmi Lebanon menyatakan jumlah yang dikorbankan
ialah melebehi 2500 orang. Kerja-kerja jentolak Sharon tidak
menyudahkan semua kerjanya dan ini membolehkan petugas
Persatuan Palang Merah menjumpai ramai ahli keluarga yang
bergelimpangan dengan leher mereka disembelih ataupun perut
mereka dirabak, tidak kiralah lelaki, perempuan ataupun
kanak-kanak. Jumlah wanita dan gadis yang dirogol sebelum
disembelih memang tidak dapat dikira.
Ariel Sharon telahpun dikehendaki oleh Mahkamah 'Hague
Tribunal'. Inilah dia mahkamah yang berjaya mengektradisi bekas
presiden Yugoslav Slobodan Milosevic dengan tuduhan jenayah di
Kosovo. Sharon enggan terbang ke Belgium kerana takut ditangkap
oleh mahkamah dunia kerana pembunuhan kejam itu (5).
Walaupun dia dikehendakki kerana pembunuhan di Chatila dan
Sabra, Sharon boleh didakwa berasaskan beberapa dozen
pembunuhan kejam sepanjang kerjaya beliau yang bermula sejak
1953. Akhbar Israel, Ha'aretz, pernah merakamkan kisah Sharon
memimpin satu pembunuhan beramai-ramai di sebuah kampung di
Kibya pada 1953; 'Askar yang dipimpin oleh Major Ariel Sharon
telah membunuh 70 rakyat Palestin dalam serangan balas itu.
Kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.' (6).
Amerika yang begitu ghairah mahukan Mahkamah Hague
menangkap dan mengadili Molosevic, sengaja berlagak bodoh tidak
tahu-menahu kerja jijik Sharon. Sepatutnya Sharon ditangkap dan
digari serta diberikan waran tangkap seperti yang layak kepadanya,
tetapi Presiden Bush sebaliknya telah menerima ketibaan Ariel
Sharon dengan salaman erat dan pelukan musibat! Apakah tindakan
dunia melihatkan senario Bush berbincang dengan Sharon perihal
membasmi keganasan? Seandainya Presiden Bush benar bersungguh menghukum negara
yang menyokong para penganas, dia terpaksa memulakannya
dengan Israel. Inilah sebuah negara yang telah melantik salah
seorang pengganas paling kejam di dunia ini sebagai Ketua Negara
mereka. Apakah Dewan Senate Amerika yang dikuasai oleh Israel
itu menghukum Israel kerana menyimpan pengganas?
Tidak....sebaliknya kita bekalkan para pengganas itu dengan
bebilion hasil cukai bayaran rakyat Amerika dan segala
kelengkapan perang untuk mereka membunuh secara gila-babi.
Pembunuhan pelarian perang oleh Israel sejurus selepas Amerika
mengeluarkan janjinya secara terbuka untuk mengawasi
keselamatan mereka, bukan sahaja satu kelakuan jenayah terhadap
keinsanan tetapi merupakan satu pengkhianatan besar terhadap
Amerika. Sharon dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan
pembunuhan kejam itu memang amat sedar akan kewujudan jaminan
Amerika mengenai perkara itu. Pembunuhan kejam khemah Sabra dan Chatila di Beirut itu
merupakan tonggak motivasi yang merangsang pelancaran
serangan bom pejuang relamati yang pernah membunuh seramai
241 orang komando Amerika di Beirut satu tahun kemudiannya.
Inilah satu tanda jelas betapa sokongan Amerika di Israel menjadi
penyebab utama yang membawa kesan buruk terhadap Amerika
Syarikat. Akhbar 'The Los Angeles Times' pernah mendedahkan
kisah sebuah buku yang ditulis oleh seorang bekas petugas Mossad
yang menceritakan bagaimana Mossad sudahpun mempunyai
maklumat kemungkinan berlakunya serangan ganas ke atas berek
komando 'Marines' di Lebanon pada 1983, tetapi sengaja enggan
memaklumkan maklumat itu kepada Amerika. (7)
'......Antara pendedahan Ostrovsky yang lebih mengejutkan ialah
dakwaan betapa Mossad enggan mengongsi dengan AS bahan
risikan yang terperinci yang berkemungkinan menepis serangan bom
1983 ke atas berek komando Amerika di Beirut yang mengorbankan
241 orang askar Amerika....' Dalam usaha merampas kuasa mentadbir Palestin daripada British,
pihak Zionis telah melancarkan satu kempen keganasan yang
bertalu-talu termasuk mengebom Hotel King David yang
mengorbankan 94 orang (kebanyakan jururawat Britain -
penterjemah). Mereka telah melancarkan serangan kejam membunuh
pegawai Britain dan askar mereka. Puak Zionis membunuh sesiapa
yang cuba menghalang agenda mereka, termasuk menggunakan
khidmat pembunuh upahan. Antara yangmenjadi sasaran mereka
termasuklah seorang tukang runding yang amat disegani di PBB,
Count Folke Bernadotte, yang telah berani memberitahu dunia akan
kisah keganasan dan kezaliman Zionis. Ada satu taktik yang amat
disukai oleh pasukan ganas Irgun dan Stern yang menculik askar
British dan menyiksa mereka secara perlahan sehingga mati. Israel
juga merupakan negara pertama di dunia ini yang menggunakan
taktik mengirim surat yang mengandungi bom, dan sejak bertahun
lamanya Israel telah mengirim ratusan surat berbahaya seperti itu
yang telah mengorbankan berdozen musuh mereka dan orang yang
tidak berdosa di seluruh dunia. Kisah pengiriman surat yang
mengandungi bakteria anthrax merupakan satu kaedah yang meniru
taktik asal Israel itu. Sememangnya, selama setengah abad yang lalu, orang Palestin
telah menjadi mangsa terbesar keganasan Israel. Malahan, Israel
berjaya membesarkan luas kawasan negaranya dengan tipuhelah
yang disadur keganasan yang menghukum ramai rakyat Palestin.
Inilah kaedah betapa 800,000 rakyat Palestin dihalau daripada
rumah kediaman, dinafikan punca perniagaan dan dirobek asas
kekeluargaan (9). Dalam bukunya berjodol 'The Revolt' (10), bekas
perdana menteri Menachem Begin, pernah menulis dengan
angkuhnya betapa dia berperanan membunuh dengan kejam 254
orang Palestin di Deir Yassin. (Kebanyakan yang menjadi mangsa
adalah warga tua, wanita dan kanak-kanak kerana mereka sanggup
tinggal di perkampungan orang Yahudi). Dalam bukunya itu, Begin
menceritakan bagaimana Deir Yassin dan banyak lagi serangan
ganas di perkampungan lain mencetuskan keadaan kelam-kabut di
kalangan penghuninya. Inilah yang menyebabkan mereka lari
ketakutan dan membiarkan rumah mereka tidak dijaga. Keganasan
yang dirancang itu membolehkan Zionis mengambil-alih tanah
kepunyaan orang Palestin. Harus diingat dan dirakamkan di sini,
para pelarian peristiwa yang ngeri itu masih lagi tidak dibenarkan
pulang ke kampung halaman mereka lebih setengah abad selepas
kejadian itu!
Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh pengganas kejam Zionis
di Deir Yassin dan beberapa perkampungan Palestin yang lain
sehinggakan mereka lari lintang-pukang dengan penuh ketakutan?
Seorang doktor Palang Merah, Jacques de Reynier, yang menjadi
ketua perwakilan Palang Merah di Jerusalem telah merakamkan satu
laporan yang mengejutkan dalam laporan rasminya mengenai
peristiwa kejam itu (11): De Reyner tiba di kem pelarian itu pada hari yang kedua dan
nampak 'kerja-kerja menghabiskan operasi', seperti yang disebut
oleh seorang pengganas Israel kepadanya. Kerja-kerja jijik itu
dibuat dengan menggunakan mesingan, disusuli dengan bom tangan
dan akhirnya dengan pisau tajam. Orang Yahudi memenggal
beberapa kepala mangsa dan menyiksa 52 orang kanak-kanak di
hadapan ibu mereka. Mereka telah membelah perut 25 orang wanita
yang sedang mengandung dan menyembelih anak dalam
kandungan itu di hadapan mereka.
Penduduk Israel yang menetap di Dir Yassin telah mengesahkan
kisah kejam ini. Selepas persaraannya pada 1972, seorang pegawai
Haganah Israel, Kolonel Meir Pa'el telah mengulangi kisah Deir
Yassin dalam sebuah terbitan utama Yahudi yang bernama 'Yediot
Ahronot': '.....pasukan Irgun dan LEHI muncul dari tempat persembunyian
mereka untuk 'membersihkan' rumah yang ada. Mereka menembak
sesiapa sahaja yang mereka nampak, termasuk wanita dan
kanak-kanak. Komander yang memerintah tidak menyekat serangan
ganas itu, ....kemudian mangsa yang bernyawa dibawa ke satu
kawasan kuari antara Deir Yassin dan Giv'at Shaul untuk ditembak
mati tanpa sesiapa mampu melawan..... (12).
Komander pasukan Haganah yang menguasai Deir Yassin selepas
peristiwa kekejaman itu, Zvi Ankori, telah membuat kenyataan ini di
akhbar Israeli, 'DAVAR': 'Saya telah memasuki enam hingga tujuh buah rumah. Saya telah melihat kemaluan lelaki yang telah dikerat dan kandungan perut wanita hamil yang telah dikelar-kelar. Kalau dilihat bekas tembakan ke atas badan mangsa memang jelas pembunuhan kejam yang telah mengena mereka (13).Pernahkah anda melihat sebarang dokumentari TV ataupun filem
Hollywood mengenai kisah ngeri kekejaman Israel di Deir Yassin
aaupun ribuan lagi kerja keganasan Israel terhadap orang Palestin?
Anda telah mendengar banyak muzik gesekan biola untuk orang
Yahudi yang dimangsakan oleh Hitler. Pernahkan anda mendengar
irama biola untuk kaum wanita Dier Yassin yang telah dirobak
perutnya oleh kumpulan ganas 'Supermasis Yahudi'? Adakah
gesekan biola di mana-mana untuk ribuan orang Palestin yang
dimangsakan oleh Begin, Shamir, Barak dan Sharon? Kalau dilihat
sejarah panjang yang penuh keganasan terhadap rakyat Palestin,
rakyat Israel mempunyai satu perangai memilih pengganas yang
paling kejam menjadi Ketua Negara mereka.
Amerika mempunyai satu jabatan khas di Jabatan Pengadilan
Negara yang menumpukan usaha menjejaki anggota nazi yang
pernah melakukan kerja-kerja jenayah ketika Perang Dunia Kedua
dulu. Sambil Amerika meneruskan kerja menghambat bekas
penjenayah perang Jerman yang sudah tua hangkoi, Presiden
Amerika kerap menaja jamuan negara untuk menghormati pembunuh
kejam Yahudi! Mr. Bush memang amat gemar bercakap tentang membasmi
penganas yang kejam, tetapi apakah pembunuhan beramai-ramai di
Deir Yassin bukannya satu perbuatan kejam yang penuh
kesyaitanannya? Seperti yang disebut oleh Begin dalam 'The Revolts' keganasan
terhadap kaum Palestin adalah penyebab penting sebagai asas
penubuhan Israel. Itulah yang membolehkan penubuhan negara
Israel dan sebenarnya melancarkan rentak dan ragam keganasan
berterusan yang menghenyak Bangsa Palestin.
....bersambung.... Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6472 Ref: http://www.davidduke.com/writings/howisraeliterror.shtml |