Laman Webantu KM2: 6468 File Size: 8.8 Kb * |
TAG SP 505: Guardian: Dua Bekas Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB Kecam AS By Guardian 6/12/2001 1:19 am Thu |
The Guardian London Dua Orang Bekas Ketua Bantuan Kemanusiaan PBB Mengecam
Rencana Amerika Terhadap Iraq (Two Former UN Relief Chiefs Speaks Against US Attack)
AS sudahpun menukar dasar luarnya mengenai Iraq. Jelas,
Washington mahu mengakhiri dasar mementingkan dirinya sendiri
yang berusia 11 tahun mengekang regim Iraq dan menukarnya
dengan satu dasar kekerasan menggulingkan Saddam Hussein.
Dasar sekatan ekonomi sudahpun menghancurkan masyarakat Iraq
dan menyebabkan kematian beribu kanak-kanak dan warga tua.
Banyak buktinya dalam laporan pertubuhan antarabangsa yang
berwibawa seperti 'Caritas, UNICEF dan Save the Children.' Satu
pertukaran dasar pengantian kuasa secara paksa akan
meningkatkan segala penderitaan. Pencetus dasar itu tentu tidak lagi mampu memuaskan para
pengundi dengan cara menyatakan kebencian terhadap golongan
penentang mereka. Masalahnya bukanlah disebabkan masyarakat
tidak memahami gambaran yang lebih besar, seperti yang disebut
oleh bekas Setiausaha Negara Amerika, Madeline Albright,
disebabkan berlakunya keadaan yang bertentangan senario yang
lebih besar yang disaluti agenda terpendam, adalah sesuatu yang
semua orang biasa sudah faham. Takkan kita boleh lupa pengakuan
totok Henry Kissinger: 'Bahawa minyak adalah satu komoditi
terpenting untuk dibiarkan orang Arab menguasainya.'
Berapa lama lagikah kerajaan demoratik yang dipilih rakyat mampu
mempertahankan dasar mendera rakyat Iraq kerana tuduhan yang
tidak mereka lakukan melalui sekatan ekonomi yang mepunyai
tujuan agar mereka yang masih bernyawa mampu menyingkirkan
regim yang sedang berkuasa? Apakah undang-undang
antarabangsa hanya layak untuk pihak yang tertindas? Apakah
Majlis Keselamatan PBB berfungsi untuk berkhidmat kepada puak
yang berkuasa? AS dan UK adalah anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang
memang sedar betapa sekatan ekonomi PBB itu amat bertentangan
dengan piagam PBB mengenai hak asasi manusia. Bukannya ia
merupakan satu anti-UK ataupun anti-US, seandainya wujud
kenyataan betapa Washington dan London, berperanan besar
berbanding pihak lain sejak dekad dulu lagi cuba melakar usaha
dalam sejarah Iraq untuk membantu mengelakkan tragedi yang
mengaibkannya. Britain dan AS telah sengaja mengusahakan satu dasar mendera
sejak mereka menang Perang Teluk pada 1991. Mereka telah
bertungkus-lumus menentang usaha Majlis Keselamatan PBB
menjalankan tugas rasmi untuk mengkaji kesan sekatan ekonomi itu
terhadap masyarakat awam Iraq. Kami memang amat faham perkara
ini berdasarkan usaha bertalu-talu dua buah kerajaan itu menyekat
kami daripada memberikan taklimat kepda Majlis Keselamatan.
Peraturan asas yang memperuntukkan had tahunan berasaskan
US$1 untuk setiap insan, dalam perkiraan bantuan kemanusian,
yang ditentukan oleh dua kerajaan ini sepanjang tiga tahun pertama
dasar 'minyak-untuk-makanan', adalah bukti betapa dasar itu
boleh dipertikaikan. Kita sudah lihat kesannya yang nyata dan tentu tidak faham
bagaiman Duta AS James Cunningham, berani bertentangan mata
dengan rakannya setahun yang lalu sambil berkata: 'Kami (kerajaan
AS ) berpuashati bahawa minyak-untuk-makanan adalah program
yang berjaya dan mampu memuaskan keperluan rakyat Iraq.' Selain
bekalan makanan dan perubatan, masalah sebenar masakini ialah
penentuan agar hasil penjualan minyak Iraq digunakan untuk
pembangunan infrastruktur yang telah dimusnahkan dalam Perang
Teluk. Selain teruknya keadaan kekurangan hasil pendapatan minyak
untuk memuaskan keperluan rakyat Iraq, sebanyak 30 cents Amerika
(kini dikurangkan menjadi 25 cents) bagi setiap dollar yang
diperolehi oleh Iraq daripada 1996 hinggalah 2000 telah
dilencongkan oleh PBB, atas desakan kerajaan AS dan Britain untuk
bayaran pampasan kepada pihak luar yang mendakwa menanggung
kerugian disebabkan penaklukan Iraq terhadap Kuwait. Seandainya
wang itu diserahkan kepada Iraq, lebih banyak nyawa yang dapat
diselamatkan. Hakikatnya yang tidak menyenangkan kita, ialah Barat telah
menculik kebebasan rakyat Iraq, untuk mengugut Saddam Hussin
yang sentiasa merobah tuntutannya. Setiausaha Agong PBB yang
ghairah mahu menjadi orang-tengah telah disekat melaksanakan
peranan ini oleh AS dan Britain. Resolusi PBB terhadap Iraq yang sentiasa berdolak-dalik itu
(constructive ambiquity) seperti yang didalangi oleh AS dan Britain
- dilihat oleh dua buah kerajaan itu sebagai satu alat yang amat
berkesan. Mereka mencemuh kritikan dengan helah bahawa rakyat
Iraq sengaja didera oleh kerajaan Baghdad. Jika demikian kenapa
pula kita mesti terus mendera mereka?
Laporan terbaru Setiausaha Agung PBB, pada Oktober 2001,
menyebut betapa sekatan AS dan Britain membabitkan bekalan
perikemanusiaan bernilai $4bilion adalah penghalang terbesar
terhadap kejayaan program minyak-untuk-makanan. Laporan itu
menyebut, sebagai perbandingannya, betapa kerajaan Iraq
melaksanakan program pembekalan itu dengan memuaskan (ketika
kami yang mengetuai program itu). Kematian sekitar 5000 hingga
6000 kanak-kanak setiap bulan, adalah disebabkan bekalan air
yang tercemar, kekurangan bekalan perubatan dan kurang zat
dalam makanan. Perbuatan sengaja melecehkan bekalan
kelengkapan dan bekalan oleh kerajan AS dan Britain, adalah
penyebab yang menyumbang kepada tragedi ini, dan bukannya
disebabkan kerenah Baghdad. Kemungkinan AS menyerang Iraq tidak menyediakan satu suasana
mesra dalam Majlis Keselamatan PBB untuk membincangkan
masadepan sekatan ekonomi itu. Cadangan tahun ini yang ditaja
oleh Britain yang disebut sebagai 'smart sanction' (sekatan pintar)
akan dibentangkan. Semakin ramai orang yang sedar apa yang
kelihatan satu pembaikan terhadap masyarakat awam, sebenarnya
merupakan satu usaha untuk menguasai tali pengekang dasar
sekatan yang ada; yang menghalang pelaburan asing dan hak
rakyat Iraq untuk mengurus pendapatan jualan minyak mereka
sendirian. Cadangan agar sempadan Iraq ditutup rapat, adalah bertujuan
mencekik rezeki rakyat Iraq. Dalam suasana politik masakini,
sebarang lanjutan dasar yang ada dianggap sebagai penderaan
yang palih dahsyat oleh Washington. Kemungkinaan semakin rakyat
Iraq yang akan mati dan menderita sengaja diketepikan sebagai
sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Apa yang digambarkan di sini bukannya merupakan satu andaian.
Terlalu banyak fakta yang tidak dapat diketepikan kerana kami
pernah bergelumang dengan segala kerja itu. Kami merasa tertekan
melihatkan rakyat Iraq terus menanggung beban kesan perdagangan
kelengkapan perang dan mainan kuasa politik. Kami masih teringat
kata-kata martin Luther King: 'Masanya akan tiba seperti ketika ini
apabila sifat berdiam akan mendedahkan sikap membalas dendam.'
Kami mahu mengalakkan orang ramai di mana jua membantah
segala dasar yang kebinatangan ini dan menyanggah gelagat
menyebarkan maklumat songsang mengenai Iraq oleh orang yang
sepatutnya lebih arif lagi, tetapi lebih rela mengorbankan nyawa
orang lain dengan maklumat jahat yang penuh kepalsuan.
Jabatan Negara AS dan Richard Butler, ketua pasukan pemeriksa
senjata PBB di Baghdad, memang mahukan Iraq dituduh dengan
kisah serangan anthrax. Tetapi mereka harus menyedari betapa
serangan itu bermula di AS. Jabatan risikan AS dan Britain memang amat arif bahawa Iraq
sebenarnya sudah tidak berapa kuat dalam persediaannya untuk
berperang, dan mereka tentu tidak lupa kenyataan Collin Powell
ketika memberi taklimat kepada Presiden George Bush pada Januari
dulu: 'Iraq tidak lagi memiliki bahan ketenteraan yang
membahayakan jirannya.' Itulah juga kesimpulan yang ditulis oleh
bekas pemeriksa senjata PBB. Tetapi untuk mengakuinya bererti
memperlekehkan keseluruhan dasar PBB, kerana ia telah dimajukan
dan diselia oleh kerajaan AS dan Britain.
Kami memang ketakutan mengenai kemungkinan serangan yang
diterajui oleh AS terhadap Iraq. Niat untuk 'menyudahkan tugas
yang belum selesai' di Iraq adalah terlalu serius untuk diabaikan
oleh masyarakat sejagat. Kami mengharapkan segala amaran para
pemimpin di Timur Tengah dan semua kita yang amat prihatin akan
hak asasi manusia tidak diabaikan oleh kerajaan AS. Yang paling
kita perlukan ialah serangan terhadap ketidak-adilan, dan bukan
terhadap rakyat Iraq. Tamat. Hans von Sponek (von_sponeck@yahoo.com) pernah menjadi
penyelaras kemanusiaan PBB untuk Iraq daripada 1998-2000.
Denis Halliday (djhalliday@msn.com) memegang jawatan yang sama
pada 1997-1998. Terjemahan: SPAR |