Laman Webantu KM2: 6451 File Size: 24.1 Kb * |
TAG SP 503: Rense: B1 - Ucapan Berani Ron Paul di Kongres AS By Ron Paul 4/12/2001 1:11 am Tue |
Ucapan Berani Rep. Ron Paul di Kongres Amerika
'Peperangan Membasmi Keganasan'
(The War On Terrorism) 1. Disember, 2001. 'Dunia hari ini diminta agar menyokong AS dalam usaha memerangi
keganasan sejagat. Ini adalah satu tipumuslihat. Sebenarnya, dunia
diminta kini agar menyebelahi AS dalam kegigihannya
memperkasakan hegemoni ekonomi. Usaha ini tidak boleh diterima
dan dibiarkan berterusan. Kita mesti bersatu padu menyatakan
bahawa kita TIDAK menyebelahi pengganas ataupun Amerika Syarikat.'
Tuan Speaker, Kita telah diberitahu acapkali untuk memahami bahawa peperangan
ini akan berpanjangan. Perkara ini tidak penting seandainya kita
dapat memastikan sasaran kita - musuh kita - dan kemudiannya
menumpukan perhatian kepada sasaran itu. Adalah sukar
menumpukan perhatian kepda satu sasaran dan memusnahkkannya
selagi sasaran itu belum dikenalpasti dan difahami. Dalam usaha
menangani urusan ketenteraan, adalah tanggunjawab Kongres
mengetahui sebab sebenar ia meluluskan perbelanjaan urusan itu.
Hari ini, berbeza dengan masa lain dalam sejarah kita, musuh kita
itu dan lokasinya masih sama-samar dan tidak ketentuan. Ketikaa
kita memerangi secara tidak rasmi, Vietnam dan Korea, musuh kita
dulu jelas dapat dipastikan, walaupun dasar kita ketika itu memang
bercelaru dan berantakan. Hari ini dasar kita yang menyangkuti kekuatan keganasan turut
bercelaru dan berantakan juga; namun, musuh sebenar dan lokasi
kedudukannya tidak pun diketahui oleh sesiapa. Selagi musuh itu
belum dipastikan dan difahami, adalah sukar kita menentukan
sasaran yang tepat untuk menumpaskannya.
Musuh yang mengganas adalah tidak berbeza daripada kumpulan
samseng ataupun segelintir geng jenayah antarabangsa. Ia
bukannya sebuah negara, ataupun orang Afghan. Puak Taliban
sudah tentu merupakan penyokong yang bersimpati degnan Osama
bin Laden dan para pengikutnya, tetapi betapa pula bezanya
sokongan kerajaan Arab Saudi dan Pakistan? Tentu tidak banyak
bezanya. Motif sampingan sudah tentu memainkan peranan besar dalam
dasar luar setiap negara sepanjang sejarahnya. Keuntungan
ekonomi dan keluasan geografi, ataupun keinginan untuk kuasa
politik yang lebih besar, kerap merangsang nafsu ketenteraan
semua negara. Malangnya di tahun kebelakangan, kita tidak
berkecuali dalam perkara itu. Seandainya keluasan wilayah,
kepentingan ekonomi, keinginan hegemoni dan sekutu yang
berpengaruh membawa kesan kepada dasar negara dan sebaliknya
semua itu menyebabkan kemarahan orang untuk menyerang kita,
sudah tentu mereka boleh dilupakan sahaja. Sasaran kita akan
menjadi lebih licik dan semakin membesar, dan tidak mudah
dikalahkan. Kita memang arif mengenai para pengganas yang melakukan
serangan ngeri hingga mengorbankan lebih 4,000 mayat mangsa
yang tidak berdosa. Terdapat 19 orang semuanya, dan 15 antara
mereka datang daripda Arab Saudi, dan mereka sudah pun
mengorbankan diri ketika melakukan dosa besar itu. Mereka
sudah mati semuanya. Oleh itu mereka yang betul-betul
bertanggungjawab dalam serangan itu sudah pun lenyap
selama-lamanya. Kalau kita menemui seseorang pejuang
relamati berkorban tanpa bantuan orang lain, kita tidak perlu
memikirkan bentuk hukuman yang lain. Kalau ada persoalan yang
boleh diungkitkan dalam peristiwa seperti itu ialah kenapa ia boleh
berlaku dan bagaamana kita boleh merobah keadaan yang
menyebabkan seseorang sanggup melakukan jenayah yang
sungguh menggila itu. Serangan pengganas ke atas New York dan Washington bukanlah
sesuatu yang mudah, walaupun mereka bukannya serupa.
Serangan itu memerlukan pembiayaan, perancangan dan inspirasi
daripad orang lain. Namun, jumlah manusia yang betul-betul terlibat
adalah terhad untuk menentukan perancangan itu dapat dirahsiakan.
Dua puluh orang setiakawan atapun seratus setiakawan boleh
melaksanakannya. Tetapi tidak mungkin beribu manusia
mengetahuinya dan turut serta dalam merencana dan melaksanakan
serangan. Kebanyakan sokongan yang diserlahkan oleh mereka
yang beranggapan betapa dasar kita amat menekan adalah satu
perkara lain yang sukar untuk diketahui. Mereka yang memang
seronok melihatkan AS diancam memang ramai untuk dihitung dan
dikenali. Untuk memilih sasaran dan memeranginya adalah laksana
berperang menentang sesuatu idea ataupun dosa.
Majoriti para pengganas yang menggila dulu adalah warga Arab
Saudi. Namun, disebabkan alasan politik dan ekonomi, walaupun
kekuragnan sokongan kerajaan Saudi, kita telah gagal menyalahkan
negara itu. Rakyat Afghan tidak sepatutnya diperangi, walaupun
puak Taliban amat rapat dengan Osama Laden dan al-Qaeda,
Begitu juga halnya dengan kerajaan Pakistan dan Arab Saudi.
Malahan, Amerika Syarikat pernah menyokong kuat kemunculan
kuasa Taliban dan ada April 20, kita pernah berbincang kisah
politik saluran paip minyak dengan mereka.
Dalam terbitan terkini di Peranchis yang bertajuk 'Bin Laden, The
Forbidden Truth', ada didedahkan usaha kita terkini untuk
menguasai minyak di Lautan Caspian secara berusahasama dengan
Taliban. Mengikut dua orang penulis buku itu, keadaan ekonomi
yang didesak oleh AS telah tidak dipersetujui oleh Taliban dan
inilah yang menyebabkan tentera AS mengancam puak Taliban.
Sudah menjadi pengetahuan umum bertahun lamanya bahawa
Unocal, sebuah syarikat AS telah menunjukkan keghairahan
membina satu saluran paip merintasi bahagian utara Afghanistan,
tetapi rencana itu tidak dapat dipraktikkan kerana wujudnya satu
kerajaan Afghan yang lemah. Kita tidak seharusnya terkejut betapa
semakin ramai yang percaya bahawa rencana PBB membangun
semula Aghanistan adalah berasaskan keghairahan ini. Krisis itu
telah memberikan satu dalil kepada mereka yang berminat dengan
projek ini untuk menggantikan kerajaan Afghanistan. Oleh kerana
kita tidak pun tahu apakah Osama Laden masih berada di
Afghanistan, dan oleh kerana banyak negara lain yang menyokong
beliau, tumpuan kita mengekalkan Taliban sebagai sasaran akan
terus dicurigai oleh banyak pihak. Bekas Timbalan Pengarah FBI, John O'Neill telah meletakkan
jawatan pada Julai lalu kerana satu urusan-gelap dengan Taliban
dan urusan minyak Amerika. O'Neill kemudiannya, mendapat satu
jawatan baru sebagai ketua keselamatan Pusat Dagang Dunia.
Ironisnya beliau turut terkorban dalam peristiwa ngeri serangan 9-11
itu. Segala tuduhan oleh dua orang penulis itu memang patut diamati
dan segala kekhilafan kongres harus disiasat - bukan untuk
dijadikan bahan sejarah. Untuk memahami sentimen dunia dalam perkara ini, kita mungkin
mahu mengambil kira satu kenyataan dalam 'The Hindu' akhbar
kebangsaan India - bukan semestinya untuk kita bersetuju dengan
sentimen khbar itu, tetapi untuk membantu kita memahami apa yang
sedang dikatakan orang akan hal kita di seluruh dunia dalam
perkara tipudaya peperangan yang dilakukan oleh lima saluran TV
utama negara kita. Saya ingin petik satu artikel yang ditulis oleh Sitaram Yechuury
pada Oktober 13, 2001. 'Dunia hari ini diminta agar menyokong AS dalam usaha memerangi
keganasan sejagat. Ini adalah satu tipumuslihat. Sebenarnya, dunia
diminta kini agar menyebelahi AS dalam kegigihannya
memperkasakan hegemoni ekonomi. Usaha ini tidak boleh diterima
dan dibiarkan berterusan. Kita mesti bersatu padu menyatakan
bahawa kita menyebelahi para pengganas ataupun Amerika
Syarikat' Keperluan menjelaskan sasaran kita sudah semakin penting
seandainya kita mahu mengelak peperangan itu bergolak tanpa
kawalan. Adalah penting memahami bahawa di dalam artikel yang sama,
penulis itu telah memetik Michael Klare, seorang pakar halehwal
simpanan minyak di Caspian, daripada satusessi temubual Radio
Free Europe: 'Kami (di AS) mengangap minyak sebagai satu unsur keselamatan
dan kami perlu melindunginya dengan apa cara juga bila
diperlukan. apapun pertimbangan lain, ataupun nilainya
yang lain.' Sememangnya demikianlah pendirian jelas perntadbiran kita pada
1990 ketika negara sedang bersiap untuk berperang di Teluk.
Sadaam Hussein dan senjata punah-ranah nya menjadi isu hanya
beberapa lama kemudian. Atas sebab tertentu, musuh yang kita perangi itu masih lagi samar
dan amat licin. Mereka yang melakukan serangan ganas yang
kejam memang harus dimusnahkan - bukannya kenyataan
yang samar-samar, dengan ada suara yang mengatakan kita mesti
musnahkan keganasan di dalam 60 negara lain. Seandainya kita
tidak menepati fokus mengecam musuh kita, adalah amat sukar
menumpukan perhatian kepada sasaran itu. Tanpa penentuan untuk
mengenalpasti, peperangan itu akan membiak dan dipanjangkan
tanpa keperluannya. Apakah pentingnya definasi itu? Kerana tanpanya, mereka yang
mempunyai minat tersendiri dan yang menerima nasihat yang salah
akan seronok dengan segala bentuk perbelanjaan mengenai
ketenteraan. Perencanaan untuk membesarkan dan melanjutkan
peperangan di 60 negara lain terhadap penjenayah sejagat dengan
anggapan bahawa hanya beberapa ratus sahaj yang tahu rencana
itu untuk memusnahkan Pusat Dagang Dunia dan Pentagon. Musuh
yang samar dan licik itu - keganasan - tidak boleh ditaklukki
dengan senjata dan rencana pembangunan negara oleh PBB -
kerana satu dasar luar Amerika yang lebih mesra sahaja yang
mampu menanganinya. Perkara ini mesti berlaku seandainya kita
mahu mengelakkan merebaknya peperangan yang ada.
Ada pendapat mengatakan sepatutnya usaha kita diarahkan
terhadap pengganas yang melakukan keganasan itu (serangan
9-11), dan segala kerja menjatuhkan kerajaan serta menubuhkan
kerajan baru bukannya sebahagain agenda itu. Kita sudah pun
mengalihkan pandangan daripada sasaran yang asal dan melencong
pandangan pada satu kerajaan baru yang mesti pro-Barat, dan
diluluskan oleh PBB di Afghanistan. Tetapi, kalu Osama Laden mampu
menghentam kita di NewYork dan DC, apakah yang dapat
dijangka boleh berlaku sebaik sahaja Amerika/PBB berjaya
menubuhkan satu kerajaan baru di Afghnistan dengan askarnya
berkeliaran di situ. Besar kemungkinan itulah sasaran mudah
kepada kumpulan semacam al Qaeda. Oleh kerana kita tidak pasti di gua mana ataupun di negara mana
Osama Laden sedang bersembunyi, kita sudah mula mendengar
laungan suara antara orang kita yang mahu menjatuhkan seorang
'raja samseng' lagi - Saddam Hussein. Tidak kiralah apakah
Saddam bersalah ataupun tidak. Kemudian, ada pula satu senarai
pendek beberapa negara lain yang akan diserang: Korea Utara,
Libia, Syria, Iran dan Sudan, pada tahap awalannya sahaja. Tetapi
kehaprakan cakap-cakap ini adalah sesuatu yang dungu dan berbahaya.
Peperangan membasmi keganasan tidak akan berjaya dimenangi dengan
cara ini. Ketukan gendang perang untuk menyerang Baghdad sudah semakin
lantang, dengan pembabitan Paul Wolffowitz, Bill Kristol, Richard
Perle, dan Bill Bennett membuka langkah perang. Dalam satu
wawancara yang terbaru, Timbalan Setiausaha Perahanan AS, Paul
Wolfowitz, telah menjelaskan: 'Kita akan terus menghambat
keseluruhan rangkaian al Qaeda yang terletak di 60 negara, bukan
sahaja di Afghanistan.' Mujur, Presiden Bush dan Colin Powell
setakat ini berjaya menepis tekanan untuk melebarkan medan
perang melibatkan negara lain. Marilah kita berdoa mereka tidak
akan mudah akur kepada laungan yang ada muslihat tersendiri
mahukan kita menyerang Iraq lagi. Ada anggapan betapa kita perlu melaksanakan juga strategi itu
kerana Saddam Hussein 'dikatakan'sedang mengeluarkan senjata
punah-ranah, adalah satu pembohongan yang amat besar. Saya
memang mengharapkan dia tidak lagi membuat senjata punah ranah
itu. Namun demikian, kalaulah itu alasannya, kita seharusnya
merancang untuk menyerang semua negara yang mempunyai
semua senjata jenis itu ataupun merencana membuatnya - negara
seperti China, Korea Utara, Israel, Pakistan, dan India. Iraq berdegil
untuk bekerjasama dengan PBB/Oder Baru Dunia dan terus berjaya
mengawasi simpanan minyaknya daripada cengkaman pengawalan
Barat, tidak seperti Arab Saudi dan Kuwait. Itu sebabnya Iraq dibom
hampir setiap hari selama 11 tahun oleh AS dan Britain. Saya
mengagak tidak lama lagi, apa yang dikatakan bahan bukti yang
diperolehi menyatakan Saddam Hussein dikira sebagai sebahagian
penyebab berlakunya serangan di Amerika Syaikat, dan menjadikan
satu kemestian untuk AS 'bertindak-balas' menghentamnya lagi.
Inilah yang akan menyebabkan peperangan itu semakin berbahaya
dan membengkak kerana kemungkinan ia merebak, dan
membesarkan kebencian terhadap Amerika, sedangkan semua itu
tidak perlu berlaku. Adalah sukar untuk majoriti rakyat Amerika memahami bagaimana
mungkin secara tidak sengaja kita telah menyentuh perasaan dunia
Arab dan Islam. Saya bukannya bercakap tentang mereka yang
sealiran dengan Osama bin Laden dan para penyokongnya dalam
al Qaeda. Saya bercakap mengenai dunia Arab dan Islam secara
keseluruhannya.
Pada 1996, selepas lima tahun Iraq diseksa dengan sekatan
ekonomi dan serangan bom bertubi menghunjam buminya, wartawan
CBS, Leslie Stahl telah menyoal Duta Amerika di PBB, Madeline
Albright, satu soalan mudah 'Kami telah mendengar bahawa
setengah juta kanak-kanak telah mati (kesan dasar Amerika di Iraq).
Apakah berbaloi semua itu?' Walaupun wawancara itu memenangi
satu hadiah 'Emmy', jarang sangat ditayangkan di TV tetapi
memang tersibar luas di Timur Tengah. Ramai yang masih
kehairanan kenapa Amerika begitu dibenci oleh penduduk di rantau
ini. Bekas Presiden George W. Bush telah dikecam kerana menceroboh
Baghdad di tahap akhir Perang Teluk Parsi. Alasannya yang juga
merupakan penjelasannya kini, merupakan satu jawapan unggulan
kenapa satu usaha yang kurang bijak untuk menjatuhkan Saddam
Hussein daripada persada kuasa - memang wujud beberapa fakta
yang berunsur strategi dan taktik, termasuk bersifat kemanusian,
untuk mendebatnya. Namun, alasan yang paling penting
menyanggah usaha penghapusan Baghdad adalah bersifat politik.
Pihak bersekutu telah bertegas bahawa mereka tidak mahu terlibat
dengan rencana itu. Lagipun, PBB membenarkan penyingkiran
Saddam Hussein daripada bumi Kuwait. PBB tidak pernah
merestukan lanjutan serangan Amerika dan Britain terhadap Iraq -
satu sumber yang amat membenci Amerika Syarikat.
Akan tetapi, tindakan menempatkan askar Amerika Syarikat di satu
bahagian tanah yang dianggap suci di Arab Saudi telah merupakan
satu kesilapan yang sama dengan apa yang pernah cuba dielakkan
oleh bekas presiden dulu - perpecahan pasukan bersekutu.
Persepakatan pasukan sekutu itu menjadi rapuh dan tergantung
oleh sehelai benang, sedangkan bantahan dalaman di kalangan
dunia Arab dan Islam sudah semakin bergolak. Kini, krisis yang
berpanjangan ini sedang mengancam penggulingan setiap
pemimpin boneka pro-barat yang menyeluruhi Mesir, Arab Saudi
dan Kuwait. Ramai penasihat presiden yang dulunya menasihati bapanya juga
mendesak agar Presiden Amerika menamatkan riwayat Saddam
Hussein. Sedangkan dsetiap alasan yang diberikan sebelas tahun
dulu kenapa Baghdad tidak boleh dimusnahkan, masih boleh
dipakai ketika ini. Ada pendapat mengatakan betapa pentingnya kehadiran kita di
Arab Saudi selepas Perang Teluk dulu untuk melindungi kerajaan
Saudi daripada serangan Iraq. Ada pula yang berpendirian bahawa
itu hanya merupakan alasan haprak untuk mengawal apa yang
disebut oleh para pegawai; bekalan minyak 'kita'. Ada pula yang
berpendapat kita sengaja berada di sana untuk menentukan Raja
Fahd terus berkuasa dan untuk menepis sebarang usaha oleh
kumpulan fundamental Saudi menggulingkan regim itu.
Nafsu melebarkan perang dengan memilih Iraq untuk diserang
mungkin memberikan keriangan kepada segelintir sekutu kita, tetapi
itu akan mencetuskan keadaan pancaroba yang tidak
disang-sangka di rantau itu dan di seluruh dunia. Itu akan menjentik
sentimen anti-Amerika yang lebih hebat lagi dan mendedahkan kita
kepada keadaan yang lebih berbahaya. Itu mungkin merupakan satu
bencana; kerana Iran dan Russia sudah pasti tidak akan selesa
dengan tindakan kita. Bukannya tugas kita menggulingkan Saddam Husin, kerana itu
adalah hak rakyat Iraq. Bukannya tugas kita menyingkirkan puak
Taliban - kerana itu adalah urusan rakyat Afghan. Bukannya kerja
kita menentukan bahawa kerajaan baru di Afghanistan akan
dianggotai oleh wanita, walaupun idea itu ada baiknya. Kalau ini
yang dijadikan isunya, kenapakah kita tidak mendesak sahabat kita
di Arab Saudi dan Kuwait melaksanakan amalan yang serupa? Inilah
dia kelentongan dan putar belit, namanya! Kalau difikirkan betapa
kita berperang untuk membetulkan sesuatu di sebuah negara yang
jauhnya sekitar 6,000 batu daripada bumi Amerika, tanpa ada
kesamaan budayanya, sudah patut mejadi satu bahan yang
mengaibkan kita. Memanglah ia melencongkan kita daripada
memikirkan isu pembikinan saluran paip di bahagian utara
Afghanistan. Sepatutnya kita tumpukan pandangan kepada sasaran
dan tidak mudah dipesongkan. Cuba bayangkan seketika, seandainya Osama Laden tidak ada di
Afghanistan. Apakah segala usaha ketenteraan kita di rantau itu
berbaloi jadinya? Apabila semua itu tidak mungkin ada kaitan
dengan keselamatan Amerika, adalah amat sukar untuk
mewajarkannya. Andaikan untuk seketika bahawa Osama binn Laden sedang sakit
seperti yang saya yakin dia menanggungnya, apakah tidak mungkin
dia merencana sesuatu yang paling jitu dengan perjuangannya?
Apakah dia tidak mampu menaikkan semangat kita untuk melebarkan
perang ini dan meminggirkan seramai orang Islam yang terdaya oleh
kita? Kita mesti sedar, bahawa Osama bin Laden menganggap mati
syahid itu sebagai satu kerja yang paling suci, dan dia mungkin
lebih berpengaruh apabila sudah mati berbanding ketika masih
bernyawa lagi. Osama Laden akan gembira melihatkan Amerika
menyerang Iraq, kerana itulah perbuatan yang akan
memperkasakan bala tenteranya menyanggah setiap pemimpin Arab
yang menunjukkan keghairahan menyokong Amerika Syarikat.
Itulah yang akan memperakukan alasannya selama ini bahawa
Amerika memang tidak berguna, betapa minyak dan Arab kafirun
adalah punca segala masalah yang dihadapi oleh dunia Islam.
Baru-baru ini kita telah dingatkan kepada satu petikan kata-kata
Admiral Yamamoto selepas kemusnahan Pearl Harbour di mana dia
menyatakan kegusarannya betapa peristiwa itu 'Mengejutkan
gergasi dari tidurnya.' Memang ramai yang setuju dengan
kebijaksanaan telahan itu. Tetapi saya telah mempersoalkan
kebijaksanaan mencari analogi antara peristiwa Pearl Harbour
dengan serangan Pusat Dagang Dunia. Keadaan negara kita kini
tidak sama dengan keadaannya pada 1941 dulu. Hari ini kita
bukannya laksana gergasi yang sedang tidur. Tidak ada
tandingnnya dalam menanding status sebagai satu-satunya kuasa
besar dalam bidang ekonomi, politik dan kuasa ketenteraan dunia.
'Gergasi Yang Sedang Tidur' tidak akan mempunyai pangkalan
kententeraannya di 141 negara di merata dunia dan terlibat
dalam setiap konflik yang membabitkan 250,000 askar di luar
negara. Yang menakutkan saya, segala dasar kita, termasuk dasar Britain,
PBB, dan NATO sejak Perang Dunia Kedua, sudahpun mengejutkan
satu gergasi yang sudah lama tidur dan kita lupakan - pergerakan
fundamentalis Islam. Marilah kita sama-sama mengharapkan bahawa Iraq tidak akan
menjadi sasaran dalam peperangan yang amat kompleks ini.
Dalam ucapannya ketika berkempan untuk kerusi presiden 2000
dulu, presiden Bush telah bercakap mengenai pembangunan
negara. Dia juga ada berkata: 'Kalau kita menjadi sebuah negara
yang angkuh, mereka akan membenci kita.' Dengan bijak dia
menyarankan agar kita berlemah-lembut dan menyediakan satu
dasar negara memajukan kedamaian. Menyerang Baghdad ataupun
mengisytiharkan perang terhadap Saddam Hussein, ataupun
meneruskan pengeboman haram di Iraq, bukanlah merupakan satu
dasar keinsanan yang betujuan mencapai kedamaian.
Sambil kita menjahanamkan Afghanistan dengan bom kita, beberapa
usaha sedang dilaksanakan untuk mengisytihar satu kerajaan baru
yang akan berpihak kepada barat dan dapat dikawal oleh PBB.
Selalunya yang menjadi perangsang ialah wang. Kita mampu
mendapatkan sokongan Pakistan walaupun ia kerap berdolak-dalik
dalam memberikan sokongan itu. Peruntukan telah disediakan di
Kongres untuk membina semula apa yang telah kita musnahkan di
Afghansitan, walaupuan pengeboman itu belum dihentikan lagi.
Rumsfeld mempunyai rencana yang dilapurkan oleh akhbar
'Hurriyet' di Turkey, untuk merancang satu kerajaan baru di Iraq.
Sokongan Turkey memang penting dalam hal ini, kerana
rencananya ialah membekalkan Turki dengan minyak yang datang
dari telaga minyak Karkuk di utara Iraq. Amerika Syarikat memang
telah menjanjikan satu saluran paip berpunca dari Iraq merentasi
Turki. Bagaimanakah Turki mampu menolak satu tawaran yang
sugguh lumayan? Sejak kita membiayai Turki dan mereka
mengebom puak Kurdis, sedangkan kita menghukum Iraq kerana
perbuatan yang serupa, segala rencana untuk mengagih-agihkan
kekayaan daripada bumi kepunyaan orang Kurdis itu tidak
merupakan sesuatu yang mengejutkan. Nampaknya Washington belum serik lagi. Segala pembabitan kita
yang bodoh secara berterusan di rantau orang telah menyebabkan
kita bermasalah sedangkan kita berbelanja sakan tanpa tepiannya.
Saya tidak optimis bahawa Kongres mampu melakukan sesuatu
dalam jangka yang terdekat. Saya amat khuatir bahawa kita tidak
menghormati para pembayar cukai negara. Kemungkinan negara
menjadi muflis adalah satu sinario yang semakin ketara melainkan
Kongres bertindak mengekang dasar belanjawan negara.
Tuan Speaker, Kita mesti berusaha untuk mencari penjelasan apakah sasaran kita
dalam peperangan ini dan menumpukan perhatian kepada sasaran itu.
Adalah tidak salah untuk kita merumuskan bahawa jumlah manusia
yang telibat secara terus dalam serangan 9-11 dulu adalah sekitar
beberapa ratus orang sahaja berbanding berjuta-juta yang kini kita
hebohkan untuk diserang dengan rencana yang sudah lama dirancang.
Seorang pengulas pernah berkata ketika mafia melakukan
keganasan, tidak ada sesiapa yang mencadangkan kita
memusnahkan Sicily. Tetapi, nampaknya itulah gelagat kita, secara
simboliknya, bukan sahaja kita mengebom 'Sicily' tetapi kita sudah
berfikir mahu mengebom 'Athens' (Iraq.).
Seandainya sebuah bandar ataupun kerajaan yang korup
berurusan dagang dengan pertubuhan kartel ataupun jenayah
terancang yang mencetuskan keganasan, kita tidakpun
mengebom dewan badaraya itu ataupun kotarayanya - kita hadkan
sasaran kita hanya kepada mereka yang bersalah dan menghukum
mereka. Apakah kita tidak mampu mempelajari sesuatu daripada
andaian ini? Adalah amat sukar untuk sesiapa mengambil peristiwa serangan
9-11 itu mengikut perspektif sebenarnya, kerana sebarang
usaha boleh dianggap sebagai melunturkan kengerian peristiwa itu.
Kita harus ingat walaupun peristiwa itu mengorbankan 3,900
kematian, angka itu sebenarnya hanya sedikit lebih daripada angka
kematian di lebuhraya negara kita setiap bulan. Apakah semangat
keampuhan ketahanann peribadi yang kita rasai dapat merangsang
kita mewajari keadilan, berbanding perhatian kita terhadap mereka
yang telah menjadi mangsa? Jika tidak angka-angka itu tidak
menyuntik respons yang berpadan. Seandainya kita lalai memahami
sasaran kita dan secara kurang bijak melebarkan medan perang,
tragedi 9-11 mungkin tenggelam ditelan segala kematian dan
kehancuran yang mungkin kita cetuskan lagi.
Sebagai wakil rakyat di Kongres ini, kita mempunyai tanggungjawab
yang berat untuk mengekalkan keadilan, menjamin keselamatan
negara, dan menentukan kebebasan rakyat, tanpa tergila-gila
melebarkan medan perang pihak yang mahukannya disebabkan
kesempitan berpolitik dan faedah ekonomi yang dipentingkannya.
Risikonya amat hebat dan bahayanya sungguh dahsyat. Kita tidak
seharusnya lalai tersasar jauh dari sasaran yang ada dan secara
tidak sengaja mencipta seteru baru untuk diri kita.
....bersambung.... Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6450 |