Laman Webantu KM2: 6441 File Size: 8.1 Kb * |
TAG SP 498: Pravda: Peperangan Yang Semakin Mendatang By Dmitry Litvinovich 1/12/2001 1:48 am Sat |
Pravda.Ru Peperangan Yang Semakin Mendatang
(War At Threshold) Oleh Dmitry Linvinovich - Pravda.ru Mendung galak berarak di angkasa Iraq, membuatkan suasana
semakin mendesak. Timur Tengah sedang dihantui peperangan yang
sudah berada di pintu gerbangnya. Selasa ini pesawat pengebom
Amerika dan British sekali lagi menghunjam sasaran ketenteraan di
selatan Iraq. Mengikut seorang pegawai Pentagon, ini adalah satu
tindak balas kepada Baghdad kerana mengugut mahu menghalang
pesawat udara yang mahu mengawasi 'zon larangan untuk
penerbangan'. Serangan seperti ini sudah lumrah sejak dulu lagi walaupun
kali ini, persoalannya ialah mengenai operasi AS dan
Great Britain yang kelihatan lebih hebat daripada biasa: Sekitar
3,000 askar AS telah menjalani latihan ketenteraan di Kuwait, tidak
jauh daripada sempadan Iraq. Tidak ada sesiapa yang akan pedulikan latihan ini, kalau tidak
kerana satu peristiwa, yang pernah berlaku hampir sama waktu dulu.
Hari ini, Kuwait menghantar satu nota bantahan kepada Majlis
Keselamatan negara mengadu provokasi yang dilakukan oleh Iraq
di bahagian sempadannya. Kuwait mendesak agar 'kerajaan Iraq menghentikan pencerobohan
kawasan sempadan dan menghormati kedaulatan negaranya'.
Dokumen bantahan itu menyatakan peristiwa terkini itu 'menunjukkan
Iraq mempunyai niat untuk mengkucar-kacirkan keadaan di
bahagian sempadan untuk memacu ketegangan di rantau itu'.
Keadaan begini bukanlah satu perkara baru. Pagi tadi, Presiden
George W. Bush telah meminta dengan kerasnya agar Baghdad
menerima lawatan pemeriksa PBB di wilayahnya untuk memeriksa
program ketenteraan Iraq. Jika tidak, seperti yang dijelaskan oleh
Bush, Saddam Hussin akan 'memahami tidak lama lagi apa yang
akan singgah sebagai bahananya'. Setiap negara yang merancang
senjata yang menghancurkan akan menjadi sasaran Amerika
Syarikat dalam peperangannya membasmi keganasan, kata beliau.
Rupanya Afghanistan hanya merupakan medan permulaan.
Seandainya seseorang merencana senjata punah-ranah yang mahu
digunakannya untuk mengancam seluruh dunia, dia akan diserang.
Itu sebabnya Kuwati bertindak selari dengan pergerakan pesawat
pejuang Amerika. Malahan ia merupakan satu jemputan untuk
Amerika campurtangan dan menghukum pihak yang mengancam.
Laksana pucuk dicita ulam mendatang, Washington memang sudah
lama mencari helah untuk meggugurkan bom punah-ranah di bumi
Iraq. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Saddam Hussain telah
melaksanakan kerja-kerja diplomatik yang aktif dengan negara Arab
dan berjaya dengan usahanya itu. Kini, di Muscat, ibu negeri Oman,
satu persidangan Menteri Luar enam negara Teluk (GCC) sedang
bermula. Ketua jabatan luar Arab Saudi, UAE, Kuwait, Oman, Qatar, dan
Bahrain akan membincangkan 30 persoalan dalam satu agenda yang
dibahagi kepada dua kumpulan. Persoalan mengenai dasar luar
yang berkisar masalah Afghanistan, hubungan dengan Iraq dan Iran,
keadaan di Timur Tengah, dan beberapa isu pembangunan
kerjasama dalam rangka kerja GCC. Adalah dijangkakan, para
menteri akan merakamkan pendirian yang tidak berbelah bagi mereka
terhadap rencana pentadbiran AS untuk melebarkan kempen
anti-keganasan dengan memalitkan Iraq dan Yemen.
Kelmarin, Baghdad membuat satu tindakan mendapatkan
perlindungan Russia. Di satu forum yang diberi nama 'Russian-Iraqi
Economical Forum' di Moscow, perwakilan Baghdad memberikan
jaminan kepada orang Russia betapa Russia mempunyai kedudukan
utama dalam kompleks minyak dan gas di Iraq. Kini, Russia hanya
perlu melaksanakan tugas untuk mengekalkannya. Berdasarkan
kenyataan ini, Timbalan Menteri Luar Russia, Alexander Saltanov
memberikan penjelasan betapa Iraq memang sentiasa diberikan
keutamaan oleh Russia dalam segala dasar luar negara.
Moscow nampaknya mengambil langkah berhati-hati pada ketika ini.
Russia tidak akan menyatakan sokongannya terhadap Iraq secara
terbuka. Russia tidak mempunyai sebarang agenda untuk bertelagah
dengan Washington. Di waktu yang sama ia tidak berniat untuk
menyimpang jauh dan hanyut daripada agenda dasar luar
negaranya. Terjemahan: SPAR Asal: http://english.pravda.ru/main/2001/11/28/22201.html
2001-11-28 DMITRY LINVINOVICH: WAR AT THRESHOLD Clouds are gathering over Iraq, and this seems to be serious. The
Middle East is at the threshold of a new war. This Tuesday,
American and British aircraft again delivered missile strikes on
military targets in south of Iraq. According to a Pentagon official, this
was a reciprocal measure to Bagdad's threat to prevent the flight of
aircraft patrolling 'no-fly zone.' Such attacks have become usual long ago, though this time, the
question is about a more large-scale operation of the US and Great
Britain: about 3,000 US military men joined the military training
carried out in Kuwait, not far from Iraqi border.
Nobody would have paid much attention to this if not for an event
that happened practically at the same time. Today, Kuwait sent to the
UN Security Council a protest against a provocation committed by
Iraq on the emirate's border. Kuwait demanded to make 'the Iraqi
government stop border violations and to respect Kuwait's territorial
integrity and sovereignty." The document also states that the recent
incidents 'prove Iraq's intention to destabilize the situation on the
border to escalate tension in the region.'
The situation is really not very usual: this morning, US President
George Bush demanded that Bagdad admit UN inspectors onto its
territory to observe Iraqi's military program. Otherwise, George Bush
explained, Saddam Hussian would 'soon understand with what it is
frought for him.' Countries creating weapons of mass destruction
could be targets of the US in its war on terrorism, he added.
Afghanistan seems to be only a start. If creates weapons of mass
destruction with which he wants to terrorize the whole world, he will
be brought to account. Therefore, Kuwait's activities fully
correspond with US plans. As a matter of fact, this is a direct
invitation for the US to intervene and to punish the aggressor; all the
more Washington has been for a long time searching for a reason to
deliver a mass bomb strike against Iraq.
During recent months, Hussain has been carrying out active
diplomatic work with Arab countries and has made a progress.
Today, in Oman's capital city of Muscat, a meeting of the foreign
ministers of six member countries of Arab Gulf Co-operation Council
(GCC) is opening. Heads of foreign offices of Saudi Arabia, United
Arab Emirates, Kuwait, Oman, Quatar, and Bahrain will discuss 30
questions on the agenda, which are divided into two groups:
questions of foreign policy, to which situation around Afghanistan
belongs; relations with Iraq and Iran, and the situation in the Middle
East; and issues of co-operation's development in the framework of
GCC. It is expected that the ministers will express their irreconcilable
position on US administration's probable plans to spread the
anti-terrorist campaign to Iraq and Yemen.
Yesterday, Bagdad made a step to secure Russia's protection: on
the Russian-Iraqi economical forum in Moscow, authoritative
representatives of Bagdad assured Russians that the Russian
Federation took priority-driven positions in oil and gas complex of
Iraq. Now, the only task of the Russians is to keep them. To this
statement, Russian deputy foreign minister Alexandr Saltanov
explained that Iraq took an important place among foreign policy
priorities of Russia, so everything connected with this country draws
its leadership's rapt attention. Moscow's position is very careful. It
hardly will openly support Iraq at the moment. A quarrel with
Washington does not fit into Moscow's plans, though it is not
intending to drift. Dmitry Litvinovich PRAVDA.Ru
|