Laman Webantu   KM2: 6426 File Size: 16.6 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 490: Al-Ahram: Kehaprakan Amerika Yg Semakin Menyerlah
By Mohamed Hakki

28/11/2001 11:02 pm Wed

[Rakyat Amerika sudah semakin kehilangan hak asasi dan kebebasan mereka. 'Statue of Liberty' sudah tiada maknanya lagi kerana yang semakin bebas sebenarnya adalah pihak yang berkuasa.... Tidak mustahil jika akan ujud satu gelombang kebangkitan rakyat Amerika menyanggah pemimpin mereka. Sila maklum Bush Jr adalah pemimpin yang menang melalui keputusan mahkamah - bukannya keputusan pengundi.
- Editor
]


Al-Ahram Weekly

Kehaprakan Amerika Yang Semakin Menyerlah

(America's disappeared)

Oleh: Mohamed Hakki

Sejurus selepas serangan pengganas mengena Menara Kembar New York pada 11 September, ramai manusia berpendapat bahawa keadaan sudah berubah. Tetapi tidak ada sesiapa memikirkan betapa kebebasan rakyat Amerika dan hak asasi manusianya akan menjadi bahan pengiktirafan baru oleh kerajaan mereka. Pada 13 November, Presiden George W. Bush telah menandatangani satu arahan membenarkan sesiapa yang dituduh terlibat dengan keganasan diadili oleh satu suruhanjaya khas tentera dan bukan oleh mahkamah awam.

Albert Gonzales seorang pegawai Rumah Putih berkata betapa suruhanjaya tentera mempunyai banyak kebaikannya berbanding sebuah mahkamah awam. Tetapi alasan yang utama ialah kerajaan telah menggunakan budaya takut terhadap rakyatnya untuk menerima pengecutan hak asasi manusia itu kerana mengatakan 'bahawa kita sedang menangani peperangan global' -- mungkin ia membawa erti bahawa semua kaedah yang keterlaluan itu ada sebabnya. Adalah lebih mudah melindungi sumber dan kaedah yang digunakan oleh pegawai penyiasat mengikut peraturan tentera.

Setengah orang, termasuk juga saya, berpendapat bahawa peristiwa 11 September, adalah tamparan hebat kepada pasukan risikan kerana kelemahan mereka, dan ia juga memalukan penguatkuasa undang-undang Amerika. Itu sebabnya Peguam Negara AS Johan Ashcroft bertindak dengan beberapa perilaku yang belum dibuat sebelum itu untuk menghumban beberapa perundangan yang sepatutnya memberi keunggulan kepada kebebasan hak asasi rakyat Amerika. Yang menyedihkan, ramai rakyat Amerika yang bersedia sangat menerima pakai peraturan baru yang menyangkuti perkauman, penahanan tanpa pendakwaan, penggeledahan tanpa waran, dan penderaan serta pembunuhan secara rahsia.

Yang pertama, sudah ada kini 'The USA Patriot Act' (Akta Patriotisme) yang mengikut penerangan Patricia Williams dalam 'The Nation' 'merupakan satu rangkuman yang belum berlaku sebelum ini, antara tugas agensi perisikan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Para pegawai penguatkuasa undang-undang, kini boleh membayangi sesiapa sahaja, mempunah-ranahkan rakyat jelata termasuk mereka yang bukan menjadi warga negara.'

Williams menambah: 'sejak beberapa minggu kebelakangan ini tunjuk perasaan daripada pelajar, petugas badan kehakiman sejagat, pejuang hak asasi manusia, pencinta haiwan dan aktivis kedamaian sudahpun dianggap sebagai penyokong para pengganas.' Apa yang lebih menakutkan, lebih 1,100 orang manusia, sebahagian besarnya orang Arab-Amerika - kebanyakanya mungkin dulukala meninggalkan tanah tumpah darah mereka kerana amalan polis yang sama ganasnya -- kini sudahpun ditangkap tanpa diberitahu di mana mereka ditahan, lokasi mereka ataupun apakah tuduhan terhadap mereka.

Para aktivis hak asasi manusia berkata semua amalan kerajaan ini adalah amat menakutkan kerana ia amat menghampiri amalan di Latin Amerika yang berkesudahan ada mangsa yang 'menghilang'. Nampaknya semakin ramai pelawat yang berhati jahat yang telah menyeberangi semudera dan mendarat di sini untuk menukarkan wajah Amerika menjadi sebuah 'banana republic' (republik pisang) semata-mata kerana kerja yang dilakukan oleh Ashcroft dan pasukannya.

Yang lebih menakutkan, ialah kenyatan bahawa tidak ramai suara yang membangkang. Hanya dua buah organisasi ternama yang membangkang, tetapi suara mereka tertanam di muka surat 17 ataupun 23 dalam media perdana. Pertubuhan Amnesty International sudahpun mengutuk arahan presiden yang sungguh menyeluruh mengenai pengadilan ketenteraan, yang melanggar prinsip fundamental undang-undang antarabangsa, yang memberikan hak kepada pengadilan yang saksama. Amnesty menuduh Bush bertindak berpihak-pihak, memberikan orang mendatang satu piawaian yang lebih rendah berkaitan keadilan mereka berbanding warga negara AS dan memberikan hak yang tidak berbelah bagi kepada penguasa eksekutif untuk menentukan siapa yang boleh didakwa dan mengikut peraturan yang mana.

The American Civil Liberties Union (ACLU) amat risau beberapa banyak lagi undang-undang zalim yang sedang dirangka untuk memuaskan nafsu puak berfahaman-kanan. Kumpulan ini amat prihatin terhadap kemungkinan digunakan beberapa teknologi yang menyangkuti penguat-kuasaan keselamatan yang baru, yang melibatkan teknologi mengecam wajah, yang dihubungkan kepada arkib gambar para penjenayah. Mengikut UCLA, teknologi seperti itu walaupun pada awalannya disasarkan terhadap para pengganas, lambat laun akan menyebabkan penahanan pesalah yang tidak ganas seperti mereka yang culas membayar cukai, kaum bapa yang lari daripada janji dan tugas pasca perceraiannya. Stesen bas, pelabuhan, dan stesen keretapi berkemungkinan menggunakan teknologi yang sama, 'yang akhirnya menjadikan Amerika sebuah negara polis.'

Masyarakat perundangan sudahpun berbuat bising terhadap kuasa Ashcroft memantau surat-menyurat ataupun perhubungan antara para tahanan dengan peguam mereka. Ini merupakan pencemaran hak asasi manusia - yang dijamin mengikut 'The Sixth Amendment'. -- betapa dibenarkan hubungan kerahsiaan antara peguam dengan anak guamannya. Tidak ada seorangpun angtara 1,100 orang yang ditahan dulu telah dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas sesuatu kesalahan. Apakah kebanyakan tahanan yang lahir di luar negara itu, yang amat memerlukan bantuan guaman, bercakap dengan terus-terang kepada peguamnya seandainya mereka tahu bahawa kerajaan mendengari perbincangan mereka?

Saya tidak kehairanan melihatkan beberapa penulis pojok di Wall Street Journal berlagak hipokrit semacam para penulis kolum dunia Arab dan mempertahankan segala peraturan baru itu. 'Pengalaman dulu melibatkan tindakan pengganas mengikut saluran sistem keadilan penjanayah didapati tidak memuaskan,' kata satu artikel, sebahagian besarnya disebabkan oleh piawaian mengenai bahan bukti dan perundangannya yang boleh diterima pakai di zaman keamanan adalah tidak sesuai untuk mengenakan hukuman yang berkesan dan menjadi sebagai satu pengajaran kepada pengganas.' Akhbar itu telah menghumbankan tanggapan tidak bersalah, keperluan bahan-bukti yang tidak boleh disangsi lagi, 'Miranda rights' dan hak keistimewaan terhadap mencela-diri - kesemua ini dihumban ke luar jendela disebabkan kerajaan sudah mempunyai satu cogankata (motto) yang sungguh menyeluruh bahawa 'Negara Sedang Berperang.'

Akan tetapi saya ingin membuat pengakuan betapa sesungguhnya saya terkejut meilhatkan beberapa orang kolumnis yang saya minati - manusia yang tidak mudah saya persetujui pendapat mereka terutama sekali tentang Timur Tengah - adalah antara mereka yang amat mengkritik akta tersebut. Kolumnis 'New York Times', William Safire telah menggelarkan akta baru itu sebagai 'kuasa diktator' dan memberi ingatan bahawa presiden itu telah menerima nasihat yang songsang dari seorang peguam negara yang sudah putus harap dan semakin gelabah.

'Dalam arahan daruratnya yang terkenal itu Bush mengaku merungkai prinsip undang-undang dan peraturan yang menyangkuti bahan-bukti' yang menjadi asas sistem keadilan Amerika, kata Safire. Diapun memberi gelaran kepada mahkamah tentera itu sebagai 'mahkamah kangaroo,' kerana boleh menyorokkan bahan bukti berasaskan keselamatan negara, membuat peraturan sendiri, menjatuhkan hukuman bersalah kepada seseorang yang dituduh walaupun satu pertiga pegawai yang ada tidak bersetuju, dan menghukum seseorang daripada luar tanpa peluang untuk dikaji oleh mahkamah awam.

Tidaklah menghairankan apabial Safire memberikan cadangan penyelesaiannya yang tidak berhati perut sifatnya. Dia mengsyorkan menghancurkan gua di mana Osama bin Laden dan kumpulan Al Qaeda sedang menyorok. 'Tukang bom kita seharusnya memusnahkan Osama Laden dengan mengucapkan selamat tinggal secara menggugurkan bom 'daisy-cutters' yang beratnya 15,000 pound dan bom penembus batu-batan yang beratnya 5,000 pound itu.'

Seorang lagi pengkritik lantang tindakan baru Bush itu ialah penulis Nat Hentoff yang menulis di 'Village Voice'. Dia berpendapat bahawa gelagat Ashcroft yang terbaru ini adalah 'satu lagi serangan kepada Piagam Hak Asasi Manusia' dan bertanya: apakah Ashcroft pernah membaca perlembagaan negara? Hentoff berkata, ketika Bush memberikan ucapannya kepada PBB pada 10 Disember dulu, dia menyebut betapa undang-undang menyatu-padukan manusia 'melepasi sempadan budaya dan benua.' Tetapi apabila undang-undang antarabangsa sudah tdak lagi laku di negara ini, apakah tangunggjawab utama pentadbiran Bush untuk menjaga kedaulatan Perlembagaan Amerika?

Terjemahan: SPAR




Asal:

http://www.ahram.org.eg/weekly/2001/561/5war2.htm

Al-Ahram Weekly Online

22 - 28 November 2001
Issue No.561

America's 'disappeared'

Is America turning into a banana republic? Mohamed Hakki sees the signs

Shortly after the terrorist attack against the New York Twin Towers on 11 September, many people said nothing would be the same again. But nobody ever thought that Americans' civil liberties and human rights would be subject to interpretation by their own government. On 13 November, US President George W Bush signed an order allowing people accused of terrorism to be tried by a special military commission instead of civilian courts.

White House counsel Albert Gonzales said a military commission could have several advantages over a civilian court. The main argument that the government has used to frighten people into accepting this shrinking of civil rights is that "this is a global war" -- presumably meaning that extreme methods are in order. It is easier to protect the sources and methods of investigators in military proceedings.

Some people, myself included, think that the events of 11 September were a tremendous failure of intelligence, as well as a monumental embarrassment for US law enforcement. That is why US Attorney General John Ashcroft is coming down with a series of unprecedented acts that are eating away at several laws that are supposed to enshrine American citizens civil liberties. The sad thing is that many Americans are suddenly willing to embrace racial profiling; detention without charges; searches without warrants; and even torture and covert assassinations.

First, there was the USA Patriot Act, which in the words of Patricia Williams in The Nation "brought into being an unprecedented merger between the functions of intelligence agencies and law enforcement. Law enforcement agents can now spy on everybody, destabilizing citizens as well as non-citizens."

Williams added: "In recent weeks, student demonstrators, global justice workers, civil libertarians, animals rights and peace activists have been characterized as terrorists sympathizers." What is more frightening is that more than 1,100 people, mostly Arab- Americans -- some of whom may have left their countries because of similar police practices -- have now been arrested and held mostly without disclosure of their identities, their locations or the charges against them.

Civil rights activists say these practices are frighteningly close to the notorious practice of "disappearing" people in Latin America. The Arabic expression "the visitors at dawn without appointment," which refers to similar practices, is obviously not well known in the West. To people who left countries familiar with the pain of the "disappeared," it seems that more evil visitors have crossed oceans and lands to haunt them here and turn America into a Banana Republic, courtesy of Ashcroft and his team.

What is more frightening is the fact that there are very few voices of dissent. Only two prominent organisations are objecting, but their voices are buried on page 17 or 23 in the mainstream media. Amnesty International has denounced the sweeping presidential order on military trials, which bypasses the fundamental principles of international law -- specifically, the International Covenant on Civil and Political Rights, ratified by the US in 1992 -- which enshrines the right to a fair trial. Amnesty also points out that Bush's military order is discriminatory, affording foreign nationals a lower standard of justice than US citizens and giving unfettered and unchallenged discretionary power to the executive to decide who will be prosecuted and under what rules.

The American Civil Liberties Union (ACLU) is worried about even more draconian measures proposed in these right- wing acts. The group is especially concerned about technologies that may be employed to enforce new security measures, which include face-recognition technology, linked to stored photographs of criminals. Such technologies, the UCLA says, could, even if initially targeted at known terrorists, ultimately result in detentions of non- violent offenders such as tax evaders or dead-beat dads. Bus terminals, seaports and train stations could adopt the same technology, "which would turn America into a virtual police state."

The legal community had already made some noises about Ashcroft's authorisation monitoring mail or communications between detainees and their lawyers. This flouts the right -- guaranteed in the Sixth Amendment -- of the privacy allowed lawyer-client relations. None of those 1,100 or more detainees have been convicted of anything and in many cases, they have not even been indicted. Can these mostly foreign-born detainees, who are in dire need of legal representation, talk candidly to a lawyer if they know that the government is listening in?

I was not surprised that writers at the conservative Wall Street Journal have behaved like hypocritical columnists of the Arab world and defended these dubious measures. "Past experience with trying terrorist acts within regular criminal justice system has been unsatisfactory," one article reads, "largely because standards of proof and rules of evidence appropriate to peacetime are ill-suited to effective punishment and deterrence of terrorism." The paper throws the presumption of innocence, the requirement of proof-based reasonable doubt, Miranda rights and privileges against self- incrimination all out the window on the basis of the government's all-encompassing motto: "The country is at war."

But I must confess I was truly surprised at how some of my least favourite columnists -- people with whom I could never agree about anything, especially with regard to the Middle East -- are some of the most vehement critics of these acts. New York Times columnist William Safire called the new acts "dictatorial powers" and warned that the president was "misadvised by a frustrated and panic-stricken attorney general."

"In his infamous emergency order Bush admits to dismissing the principles of law and the rules of evidence" that form the foundation of America's justice system, Safire notes. He calls the military courts, "kangaroo courts," which can conceal evidence by citing national security, make up their own rules, find a defendant guilty even if a third of the officers disagree and execute an alien with no review by a civilian court.

Not surprisingly, Safire's solution is no more humane. He advocates turning the caves of Bin Laden and his Al-Qa'eda terrorist group into rubble as soon as their whereabouts are revealed: "Our bombers should promptly bid him [Bin Laden] farewell with 15,000-pound daisy-cutters and 5,000-pound rock-penetrates."

Another vocal critic of the new measures in Village Voice writer Nat Hentoff, who describes Ashcroft's latest acts as "another attack on the Bill of Rights" and asks: has Ashcroft read the Constitution? Hentoff says that in Bush's impressive address to the United Nations on 10 November, he said that the law unites people "across cultures and continents." But if international law does not hold in this country, what is the Bush administration's fundamental responsibility to uphold the Constitution?