Laman Webantu KM2: 6420 File Size: 22.3 Kb * |
TAG SP 485: MKini: Satu Langkah Ke belakang Buat Badan Kehakiman By Raja Aziz Addruse 26/11/2001 1:22 am Mon |
Malaysiakini Satu Langkah Ke belakang Buat Badan Kehakiman
Oleh: Raja Aziz Addruse Apabila ditanya pandangannya bagaimana sistem kehakiman telah
berfungsi semenjak beliau menjadi Ketua Hakim Negara Malaysia
akhir tahun lalu, Mohamed Dzaiddin Abdullah menjawab bahawa
perkara tersebut bukanlah untuk dirinya memperjelaskan tetapi
untuk rakyat yang menilainya. Kepada para peguam, yang paling
sesuai sekali untuk menilainya, jawapannya adalah ringkas. Di
dalam tempoh masa yang singkat, keyakinan terhadap sistem
kehakiman mula dipupuk kembali. Para hakim, yang sebelum ini diketepikan oleh bekas Ketua Hakim
Negara (Eusoff Chin), kini bebas menjalankan tanggung jawab
mereka sebagai hakim. Peruntukan kes-kes terpilih untuk didengar
oleh hakim-hakim tertentu telah dihentikan. Hakim-hakim kini
kelihatan bekerja bersama-sama sebagai sebahagian dari pasukan
yang dipanggil badan kehakiman. Jarang sekali pada masa ini
seseorang akan mendengar atau membaca tentang hakim yang
tidak dapat menahan kemarahannya di dalam mahkamah di atas
alasan-alasan yang dibuat-buat. Kecuali kepada segelintir yang
nampaknya merasa perlu untuk mengingatkan mereka yang diadili
bahawa mereka adalah hakim yang mudah tersinggung dengan
isu-isu yang tidak penting dan mengaitkan semua orang dengan
kesalahan menghina mahkamah walaupun dengan alasan yang
lemah. Apa yang telah membawa kepada perubahan yang ketara ini?
Sepertimana yang dikatakan oleh Dzaiddin sendiri selepas
perlantikannya, ia adalah bergantung kepada kepimpinan. Tidak
seperti penjawat sebelumnya, Dzaiddin membiarkan setiap tangga
di dalam hirarki badan kehakiman untuk berfungsi dengan bebas di
antara satu sama lain dengan ketua setiap bahagian bertanggung
jawab terhadap hakim-hakim di bawahnya, manakala Dzaiddin
bertanggung jawab secara keseluruhannya.
Seruannya terhadap hakim-hakimnya adalah supaya bertindak
bebas dan membuat keputusan mengikut bukti dan fakta. Beliau
tidak akan mengarah atau meminta hakimnya untuk membuat
keputusan di dalam arah yang tertentu, sepertimana yang telah
dibuat oleh penjawat sebelumnya mengikut pendedahan oleh
Hakim Mohamad Kamil Awang di dalam penghakimannya yang
terbaru bagi satu kes petisyen pilihan raya.
Dengan suasana yang dibawa oleh Dzaiddin, hakim-hakim dilihat
dapat menjalankan fungsi mereka dengan lebih meyakinkan.
Keputusan-keputusan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes
Zainur (Zakaria), Mahkamah Tinggi di Shah Alam di dalam kes
habeas corpus (ISA) dan Hakim Mohamad Kamil di dalam kes
petisyen pilihanraya (Likas) adalah kes-kes yang dimaksudkan.
Setiap satu disokong olah fakta dan undang-undang kes itu.
Kemudian terdapat keputusan-keputusan oleh Mahkamah Rayuan
yang telah memberikan tuntutan gantirugi pada kadar yang
munasabah di dalam kes-kes saman malu.
Badan Kehakiman di bawah pengawasan yang rapi:
Perkembangan ini telah dialu-alukan oleh Majlis Peguam. Badan
Kehakiman kelihatan sedang menuju ke arah pemulihan
sepenuhnya. Namun persoalan yang masih berlegar-legar di
fikiran setiap peguam adalah sama ada perubahan yang baik ini
akan dibenarkan untuk diteruskan. Satu indikasi bahawa badan
kehakiman sedang diletakkan di bawah pengawasan yang rapi
oleh badan eksekutif apabila menteri-menteri kanan kerajaan
secara terbuka mengkritik hakim Mohamad Kamil kerana
mendedahkan di dalam penghakimannya seperti yang dirujuk di
atas bahawa orang atasannya telah mengarahkannya melalui
talipon supaya mengenepikan petisyen pilihanraya yang sedang
diadilinya. Pada mulanya, pendirian kerajaan terhadap apa yang dikatakan
campurtangan dengan hakim yang menggunakan haknya mengikut
budibicara kehakiman itu adalah membimbangkan disebabkan
akibat buruk yang mungkin ditimbulkan ke atas kebebasan badan
kehakiman. Menteri yang bertanggung jawab terhadap
undang-undang di jabatan Perdana Menteri, Dr. Rais Yatim,
merasakan bahawa pendedahan tersebut, yang telah disebut oleh
hakim itu di dalam penghakimannya, mesti diambil serius oleh semua
pihak, dan beliau sendiri akan mengambil langkah-langkah yang
perlu bagi memastikan bahawa pendedahan itu disiasat.
Meluahkan harapan agar insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi,
beliau berkata : 'Negara ini dikenali kerana badan kehakimannya
yang bebas dan kita mesti memastikan bahawa tiada sesiapapun
boleh mencabuli sistem kehakiman kita.'
Selepas penjawat sebelum Dzaiddin itu mengaku sendiri bahawa
beliaulah yang menalipon hakim tersebut, tetapi menafikan yang
beliau membuat arahan sedemikian, pegangan kerajaan ke atas isu
tersebut kelihatan berubah. Perdana Menteri menuding jari ke arah
hakim mengatakan bahawa beliau telah, dengan membuat
pendedahan itu, 'mencemarkan' imej mahkamah dengan
menyeretnya ke dalam kontroversi umum dan 'kini beliau
mempunyai masalah untuk mempercayai mahkamah'. Penekanan
yang tertentu telah diberikan oleh Perdana Menteri terhadap
kenyataan yang telah dibuat oleh hakim tersebut di dalam
penghakiman yang membayangkan kekecewaannya terhadap
seseorang yang melibatkan anaknya. Timbalan Perdana Menteri juga kelihatan tidak gembira dengan
langkah yang dibuat oleh para hakim di dalam membaiki imej
badan kehakiman. Nasihatnya adalah bahawa ahli-ahli badan
kehakiman tidak sekali-kali dihalang untuk membaiki imej mereka,
tetapi mereka tidak sepatutnya pergi menjangkaui tanggung jawab
mereka untuk membuktikannya kepada kerajaan dan rakyat. Apa
yang dimaksudkan dengan itu tidaklah jelas.
Apa yang jelas bahawa senario seperti itu yang berlaku sebelum
peristiwa tahun 1988 apabila Perdana Menteri berkata bahawa
adalah terpulang kepada ketua badan kehakiman (pada masa itu
adalah Tun Mohd. Salleh Abas) untuk menegur hakim-hakim (di
dalam kes itu untuk mengumumkan secara terbuka pandangan
politik mereka), Rais Yatim telah mengumumkan secara terbuka
bahawa kerajaan besedia untuk memberikan kuasa yang lebih
kepada Dzaiddin untuk mendisiplinkan para hakim berikutan
'seloroh kehakiman' terbaru yang dibuat oleh hakim apabila
mereka memberikan keputusan mereka. Ternyata, Ketua Hakim
Negaralah yang 'berkuasa untuk menjaga disiplin. Disiplin tidak
boleh dibentuk dari luar'. Hala tuju masa depan yang tidak menentu:
Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan ini oleh
menteri-menteri kerajaan, hala tuju masa depan badan kehakiman
sekali lagi tidak dapat dipastikan. Sama ada badan kehakiman
dapat terus meniti jalan ke arah pemulihan sepenuhnya akan
bergantung kepada siapa yang akan dilantik bagi memenuhi
kekosongan jawatan kehakiman kanan berikutan persaraan hakim
Lamin Mohd. Yunus, bekas Presiden Mahkamah Rayuan pada
bulan Mac tahun ini. Pilihan yang logik bagi jawatan di Mahkamah Rayuan itu adalah Wan Adnan Ismail, Ketua Hakim Malaya. Itu disokong oleh kekananan dan merit (kelebihan). Sekiranya itu berlaku, persoalan yang menarik minat adalah siapa yang akan mengambil alih jawatan Ketua Hakim Malaya darinya? Jika imej badan kehakiman mahu terus diperbaiki, bakal pengganti mestilah terdiri dari seseorang yang secara amnya memenuhi keriteria yang diperlukan bagi perlantikan hakim. Ini memerlukan seseorang yang paling kanan sebagai pilihan utama kecuali ada orang lain yang lebih sesuai berdasarkan alasan berikut :
Namun apabila perlantikan tersebut diumumkan pada 6 September,
hakim Ahmad Fairuz pula yang dinamakan sebagai Ketua Hakim
Malaya yang baru, menggantikan hakim Wan Adnan yang menjadi
Presiden Mahkamah Rayuan yang baru. Ramai yang boleh mengingati penglibatan hakim Ahmad Fairuz di
dalam keputusan Mahkamah Rayuan bagi kes-kes menghina
mahkamah Murray Hiebert dan Zainur Zakaria, di mana keputusan
kes yang terakhir itu (Zainur Zakaria) telah diketepikan
sepenuhnya baru-baru ini oleh Mahkamah Persekutuan. Hakim
Fairuz juga mempengerusikan korum yang mendengar dan menolak
rayuan Majlis Peguam Malaysia terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi untuk menghalang Mesyuarat Agong Luar Biasa Majlis
Peguam dari diadakan (bersidang bagi membincangkan pengataan
salahlaku terhadap Ketua Hakim Negara dan hakim yang mengadili
di Mahkamah Rayuan pada masa itu). Mahkamah Rayuan telah
menolak rayuan Majlis Peguam Malaysia berdasarkan, di
antaranya, fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan melarang
sebarang perbincangan tentang cara pengendalian hakim-hakim
kecuali di Parlimen. Sementara kes-kes ini diputuskan berdasarkan fakta-fakta yang
khusus kepada mereka, prinsip-prinsip yang terlibat adalah
sejagat, terutamanya yang berkaitan dengan kebebasan pada
asasnya. Pemilihan hakim Ahmad Fairuz berbanding hakim Abdul
Malik sekalipun terdapat implikasi dari keputusan-keputusan
tersebut adalah membimbangkan. Ramai yang juga akan mengingati kontroversi hangat keputusan
hakim Ahmad Fairuz di dalam kes petisyen pilihan raya yang
dibawa terhadap Wee Choo Keong dalam tahun 1995, di mana,
selepas memutuskan Wee (yang merupakan ahli DAP) sebagai
tidak layak untuk bertanding sebagai calon di dalam pilihan raya
parlimen, telah mengembalikan calon yang kalah sebagai ahli
parlimen tanpa perlu melalui proses pilihan raya kecil.
Sejarah Berulang Kembali: Dengan perlantikan Ketua Hakim Malaya yang baru, kebimbangan
yang dirasai oleh ramai dari ahli Majlis Peguam bahawa pemulihan
badan kehakiman itu hanya seketika nampaknya ada
kebenarannya. Apabila perlantikan-perlantikan dan
kenaikan-kenaikan pangkat dibuat tanpa mengambil kira kriteria
yang diterima, bukan keyakinan awam terhadap badan kehakiman
sahaja yang terhakis. Hakim-hakim yang baik juga tidak akan
merasa bangga menjadi sebahagian dari sistem kehakiman di mana
kekananan mahupun kelebihan yang dimiliki seseorang tidak pun
diiktiraf. Kelihatan seolah-olah keputusan-keputusan mahkamah yang amat
dialu-alukan sejak Dzaiddin menjadi Ketua Hakim Negara telah
membunyikan loceng amaran bahawa badan kehakiman telah
menjadi terlalu bebas. Kita mungkin berada di dalam proses untuk
melihat sejarah berulang kembali. Negara akan kerugian sekali lagi
seandainya ia berlaku. Amat sayang sekali. Daripada maju ke
hadapan, kita kini mengorak satu langkah ke belakang.
Dengan Dzaiddin yang kini telah 'memusatkan' badan kehakiman,
tanggungjawab terhadap prestasi Mahkamah Tinggi Malaya akan
jatuh tepat di atas bahu hakim Ahmad Fairuz. Sebagaimana
Dzaiddin yang telah tertakluk kepada pengawasan yang rapi oleh
Majlis Peguam semenjak perlantikannya sebagai Ketua Hakim
Negara, hakim Ahmad Fairuz juga tidak akan ketinggalan. Setelah
menyaksikan pemulihan terkini di dalam prestasi Mahkamah Tinggi
Malaya, sebarang perubahan yang menandakan bahawa badan
kehakiman sedang menuju kembali ke zaman sebelum Dzaiddin
akan dapat segera dilihat. Terjemahan: SPAR RAJA AZIZ ADDRUSE, seorang peguam hak-hak asasi dan
perlembagaan, merupakan bekas pengerusi Majlis Peguam. Beliau
juga adalah salah seorang penasihat perundangan kepada Majlis
Raja-Raja. Artikel di atas muncul pertama kali di dalam Insaf yang
diterbitkan oleh Majlis Peguam. Asal: http://www.malaysiakini.com/News/2001/11/2001112013.php3
One step back for the judiciary
Raja Aziz Addruse Tuesday November 20, 7:18 pm 7:15pm, Tue: opinion When asked recently how he thought the judiciary had performed since he
became chief justice of Malaysia late last year, Mohamed Dzaiddin Abdullah
replied that it was not for him to say but for the people to judge. To
lawyers, who are in the best position to judge, the answer is plain. During
the short period, confidence in the judiciary is beginning to be restored.
Judges, who had previously been sidelined by the former chief justice
(Eusoff Chin), are now free to perform their functions as judges. The
allocation of chosen cases to certain judges to hear has been discontinued.
Judges now appear to work together as part of that team called the
judiciary. Rarely does one now hear or read about a judge losing his temper
in court for contrive reasons. Except for a very few who seem to feel the
need to remind those who appear before them that they are judges taking
offence over inconsequential issues and committing all and sundry for
contempt on the flimsiest of grounds. What has brought about this noticeable change? As Dzaiddin himself said
after his appointment, it is a question of leadership. Unlike his
predecessor, Dzaiddin leaves each tier in the hierarchy of the judiciary to
operate independently of each other with the head of each to be responsible
for the judges under him, but with Dzaiddin in overall charge.
His call to his judges was to be independent and to decide according to the
evidence and facts. He was not one to order or request his judges to decide
in a particular way, as seemed to have been done by his predecessor
according to the revelation by justice Mohamad Kamil Awang in his recent
judgment in an election petition. In the atmosphere created by Dzaiddin, judges are seen to perform their
functions with more confidence. The decisions of the Federal Court in the
Zainur (Zakaria) case, of the High Court at Shah Alam in the (Internal
Security Act) habeas corpus case and of justice Mohamad Kamil in the (Likas)
election petition are cases in point. Each are supported by the facts and
the law of the case. Then there were the decisions of the Court of Appeal
which have put back some sense of proportion into the award of damages in
defamation cases. Judiciary under close scrutiny These developments were welcomed by the Bar. The judiciary was seen to be on
the road to full recovery. But the question lingered in the minds of lawyers
as to whether this change for the better was going to be allowed to
continue. An indication that the judiciary was coming under the close
scrutiny of the executive was given when senior ministers of the government
publicly criticised justice Mohamad Kamil for disclosing in his judgment
referred to above that his superior had given him a directive over the
telephone to strike off the election petitions he was to try.
Initially, the government's position on this alleged interference with the
judge's exercise of judicial discretion was one of concern because of the
adverse effect it would have on the independence of the judiciary. The
minister in charge of law at the Prime Minister's Department, Dr Rais Yatim,
thought that the disclosure, having been made by the judge in his judgment,
must be taken seriously by all parties, and he himself would take necessary
measures to ensure that the disclosure was investigated. Expressing the hope
that such incidents would not recur, he said: "The country is known for its
judicial independence and we must make it clear that nobody should violate
our judicial system." After Dzaiddin predecessor voluntarily owned up that he was the person who
had telephoned the judge, but denied that he had given him the alleged
directive, the government's stand on the issue was seen to shift. The prime
minister took the judge to task saying that he had, by making the
disclosure, "tarnished" the image of the court by dragging it into the
public controversy and "now he have a problem trusting the court".
Particular emphasis was given by the prime minister to statements the judge
had made in the judgment expressing his frustration over a person matter
involving his child. The deputy prime minister seemed also to be unhappy with the way judges were
going about improving the image of the judiciary. His advice was that
members of the judiciary could by all means improve their image, but they
should not go beyond their responsibility to prove a point to the government
and the people. What that means is not clear.
What is clear that scenario like that which preceded the events of 1988 when
the prime minister said that it was up to the head of the judiciary (then
Tun Mohd Salleh Abas) to admonish judges (in that case for making public
their political views), it was publicly announced by Rais Yatim that the
government was willing to give extra power to Dzaiddin to discipline judges
following recent 'judicial quips' made by judges when they made their
decisions. After all, it is the chief justice who "holds the whip. You can't
whip from outside". Uncertain future directions In the light of these statements by ministers of the government, the future
directions of the judiciary was once again becoming uncertain. Whether the
judiciary was to be proceed on the road to full recovery would depend on who
was to be appointed to fill a vacancy in a senior judicial post created by
the retirement of justice Lamin Mohd Yunus, the former president of the
Court of Appeal in March this year. The logical choice for the Court of Appeal post was Wan Adnan Ismail, the
chief judge of Malaya. That seemed to be dictated by both seniority and
merit. If that happened, the question of interest was who was to succeed him
as chief judge of Malaya? If the image of the judiciary was to continue to
improve, the successor must be the one who satisfied generally accepted
criteria for the appointment of judges. These require the most senior to be
the first choice unless another is more suitable by reason of:
Based on these criteria, there could be no dispute about the most suitable
candidate. The obvious choice was justice Malik Ahmad. He was the senior
most Federal Court judge after justice Wan Adnan, and his merit as a judge
was beyond question. But when the appointments were announced on Sept 6, it
was justice Ahmad Fairuz who named as the new chief judge of Malaya, to
succeed justice Wan Adnan who become the new president of the Court of
Appeal. Many will recall justice Ahmad Fairuz's involvement in the Court of Appeal
decisions in the contempt cases of Murray Hiebert and Zainur Zakaria, the
later of which was recently resoundingly reversed by the Federal Court.
Justice Fairuz also presided over the coram which heard and dismissed the
Malaysian Bar's appeal against the decision of the High Court to restrain
the holding of an extraordinary general meeting of the Bar (convened to
discuss allegations of improprieties against the then chief justice and the
sitting judge of the Court of Appeal). The Court of Appeal had dismissed the
Malaysian Bar's appeal on, amongst others, the ground that the Federal
Constitution prohibited any discussion on the conduct of judges except in
Parliament. While these cases were decided on facts peculiar to themselves, the
principles involved were universal, particularly those pertaining to
fundamental liberties. That justice Ahmad Fairuz has been chosen over
justice Abdul Malik in spite of the implications of those decisions is
worrying. Many will also remember the highly controversial decision of justice Ahmad
Fairuz in the election petition case brought against Wee Choo Keong in 1995,
where, after holding Wee (then a member of the DAP) to have been
disqualified from standing as a candidate in the parliamentary election,
returned the losing candidate as a member of parliament without requiring
the process of holding a by-election to be gone through.
History repeating itself With the appointment of the new chief judge of Malaya, the apprehension felt
by many members of the Bar that the improvement in the judiciary was to be
short-lived appears justified. Where appointments and promotions are made in
disregard of acceptable criteria it is not the confidence of the public in
the judiciary alone that is undermined. Good judges, too, will feel no pride
in being part of a judicial system where neither merit nor seniority is
recognised. It looks as if the much-welcomed decisions of the courts given since
Dzaiddin became chief justice have rung alarm bells that the judiciary is
becoming too independent. We may be in the process of seeing history
repeating itself. The country will be the loser once again if it does. It is
indeed a great pity. Instead of going forward, we have now taken one step
back. Now that Dzaiddin has 'decentralised' the judiciary, the responsibility for
the performance of the High Court in Malaya will fall squarely on justice
Ahmad Fairuz's shoulders. Just as Dzaiddin has been subjected to close
security by the Bar since his appointment as chief justice, justice Ahmad
Fairuz will equally be. Having witnessed the recent improvement in the
performance of the High Courts of Malaya, any change indicating that the
judiciary may be retrogressing to the pre-Dzaiddin days will be immediately
noticeable. RAJA AZIZ ADDRUSE, a human rights and constitutional lawyer, is former Bar
Council chairman. He is also one of the legal advisors for the Council of
Rulers. The above article first appeared in the Bar Council's quarterly
Insaf.
|