Laman Webantu KM2: 6419 File Size: 5.6 Kb * |
TAG SP 484: Asiaweek: Inilah manusia yang tidak takut terbang By Arjuna Ranawana 26/11/2001 1:21 am Mon |
Asiaweek Inilah manusia yang tidak takut terbang
(This is One Guy With No Fear Of Flying)
Oleh: Arjuna Ranawana Empat bulan yang lalu, Tony Fernandez menjadi insan yang
dicemburui oleh kawan setugas di Warner Music. Beliau baru
berusia 37 tahun, tetapi kini menguasai satu kawasan pasaran
yang bermula di India sehingga ke Indonesia kerana itulah tugas
seorang timbalan presiden syarikatnya di Asia Tenggara. Dia
memandu kereta syarikat yang berjenama Jaguar, dibekalkan satu
stereo yang berharga $10,000 di pejabatnya dan beliau kerap
menjelajah kawasan pasarannya bersama bintang rakaman dan
eksekutif industri hiburan. Tiba-tiba pada bulan Julai, Fernandez
tinggalkan jawatannya di Warner, menggadaikan rumahnya dan
menggunakan segala wang simpanan untuk menyertai satu pakatan
niaga menyelamatkan satu syarikat penerbangan yang bertaraf
nombor dua di Malaysia yang sedang nazak. Nama syarikat itu
ialah AirAsia. Sebelum September 11, syarikat penerbangan dunia
sudahpun menghadapi masalah dan tindakan Fernandes itu sudah
tentu tidak dilihat sebagai satu pilihan yang bijak. 'Ramai orang
berfikir saya sudah gila,' kata Fernandes.
Peristiwa ngeri September 11 tidak membantu keadaan industri yang
sudah merudum. Tetapi Fernandez berpendapat dia boleh memberi
nafas baru kepada AirAsia dan keyakinannya itu memberikan nafas
kelegaan bekas tuanpunya syarikat itu, DRB-Hicom, yang sudah
lama mahu menepis syarikat itu sejak dua tahun sebelum itu. Ketika
itu syarikat tersebut sudahpun menjelir panjang dengan $37 juta
hutangnya, mencari seorang pembeli bukannya mudah. Fernandes
berbincang dengan mereka dan meyakinkan kerajaan Malaysia
dan juga syarikat penyewa pesawat General Electric bahawa dia
mampu memulihkan keadaan tanpa banyak warna-warni dalam
perkhidmatannya. Fernandez dan tiga orang rakannya terpaksa membayar satu
ringgit dan mengambil-alih hutang AirAsia sebanyak $12 juta
dollar. Empat bulan selepas melepaskan jawatan empuknya dujlu
dan dua bulan selepas berlakunya tragedi ngeri di New York,
Fernandespun memulakan tugas barunya. 'Kalau diambil kira
betapa banyak perkhidmatan udara yang mengurangkan
perbelanjaan mereka, dan perkhidmatan dalam negeri yang susah
membuat keuntungan, beliau (Fernandez) mesti merupakan
seorang yang berani," kata Sebastian Chang daripada DBBS
Research di Kuala Lumpur. Fernandes berkata masanya adalah bertepatan. Sejak September
11, harga sewaan pesawat secara 'leasing' sudah menjunam
sehingga 40% jatuhnya. 'Saya mampu mendapatkan pesawat baru
(model Boeing) dengan harga yang sama,' kata beliau. Lagipun,
banyak perkhidmatan penerbangan menghentikan pekerja mereka
dan ini bererti dia boleh mengambil pekerja yang berpengalaman.
Fernandes percaya pengembara Malaysia akan menerima
perkhidmatan udara yang menjimatkan belanja mereka dan masa.
Kerana itu dia meniru sistem niaga salah satu syarikat
perkhidmatan yang paling berjaya di dunia yang memberikan
khidmat tanpa kemewahan, 'Ryanair' di Ireland (yang pada
mulanya meniru sistem Southwest Airlines di AS). Malahan, Conor
McCarthy, seorang bekas ketua operasi Ryanair, adalah rakan
kongsi di AirAsia yang baru dan merupakan ketua penasihat
kepada Fernandez. Perkhidmatan baru AirAsia akan memotong harga tambang di
laluan yang biasa, dan menentukan pesawat mereka berpatah balik
lebih kerap lagi berbanding dulu dan menghentikan layanan makan
dan minum. 'Kerja-kerja menyimpan dan menyusun serta
menyediakan 200 hidang makanan dalam sesuatu penerbangan
adalah terlalu mahal,' kata Fernandez. Menghentikan hidangan
makan dapat mengurangkan bilangan kakitangan dalam
penerbangan daripada enam menjadi tiga. Untuk mementukan
pesawat sentiasa lebih lama di angkasa, Fernandes berkata setiap
penerbangan dijangka menghabiskan hanya 25 minit ketika
mendarat pada setiap masa. Seandainya penumpang terlewat,
mereka terpaksa terlepas peluang menggunakan tiket mereka.
'Kami tidak akan menunggu kelewatan mereka.'
Semua ini bertujuan untuk menentukan harga tiket serendah yang
memungkinkan mereka mampu bersaing. 'Kalau Fernandes mahu
mencuba perkara ini, dia terpaksa bersaing dengan bas,' kata
Chang. Ini tidak pernah diambil kira oleh tuanpunya AirAsia yang
dulu. Ketika itu laluannya yang biasa ialah antara Kuala Lumpur
dengan Langkawi. Kini tokeh yang baru sudah menambah tiga jet
komersial untuk menjadikan jumlah pesawat syarikat menjadi lima.
Fernandes berkata, syarikatnya akan mengenakan tambang antara
Kuala Lumpur ke Pulau Pinang satu hala sebanyak $30 (RM114)
sahaja. Ini akan memotong harga MAS yang mengenakan $47
(RM178) , dan dapat menandingi harga tambang bas yang kini
berada pada kadar $15 (RM57). 'Keseluruhan rencana niaga kami
memang mahu menangani cabaran itu,' kata Fernandes.
Bakal tokeh besar penerbangan itu kini menghabiskan masa
terakhirnya di Warner Music di bahagian 'downtown' Kuala
Lumpur. Sebagai tanda perpisahan, Warner membenarkan beliau
menggunakan pejabatnya sehinggalah tamat tempoh sewaan
pejabat itu, beberapa minggu lagi. Warner menghadiahkan Jaguar
itu kepadanya, tetapi dia tidak mungkin dapat stereo di pejabatnya.
Fernandes tidak kisah, hidupnyapun memang tidak banyak
digembar-gemburkannya. Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6409
|