Laman Webantu KM2: 6416 File Size: 11.3 Kb * |
TAG SP 481: WorldNet: Hentikan Peperangan Rahsia By Patrick Buchanan 26/11/2001 1:04 am Mon |
WorldnetDaily.com Hentikan Peperangan Rahsia (No more undeclared wars) Oleh: Patrick Buchanan 'Kita pernah ditipu oleh FDR (Roosevelt) kerana dia tidak
mempunyai keberanian berpolitik untuk meyakinkan kita untuk
berperang,' demikian ucapan Wakil Rakyat Clare Luce pada
1944. Sasaran Luce ketika itu ialah seorang presiden yang sudah
dideakan setaraf Lincoln dan Washington. Para penyokong FDR
telah menganyang Clare Luce kerana cuba menghina seorang
pemimpin jagoan, sedangkan tidak ramai yang berani menafikan
adanya kebenaran dalam setiap perkataan yang disebut oleh
Luce. Apapun alasannya yang meyakinkan sehingga terbabitnya
Amerika dalam Perang Dunia Kedua, sebetulnya FDR telah
menipu rakyat Amerika untuk berperang. Ketika dia berucap
dengan liciknya untuk meyakinkan golongan ibu bapa Amerika
('Saya sudah sebut perkara ini dulu lagi, tetapi saya akan
ulanginya berkali-kali: anak-anak tuan-tuan dan puan-puan
tidak akan dihantar untuk berperang di bumi orang') Sedangkan
ketika itu dia sudah menghidu peperangan dan menyanggah
Jerman dan Jepun. FDR telah mengarahkan beberapa kapal Amerika menghalang
kemaraan armada Jepun dengan harapan kapal itu dilanggar dan
tenggelam. Dia telah memberikan satu rahsia kepada Lord Halifax
yang menyalahi perlembagaan negara, berupa keyakinan bahawa
Amerika akan mempertahankan segala wilayah jajahan Raja
Britain di Pasifik. Dia telah menolak usaha berdamai yang
ditawarkan secara rahsia oleh Putera Konoye dari Jepun dan
telah mengeluarkan satu katadua yang berupa rahsia kepada
regim Tojo pada November 26, 1941. Hnery Stimson yang ketika itu meruapakan Menteri Perang
Amerika telah mencatatkan dalam diarinya dua minggu sebelum
serangan Pearl Harbour, 'Kita harus merencana mereka
....melepaskan tembakan yang pertama.' FDR berdosa dan
bersalah kerana jenayah perang yang sungguh dahsyat. Tetapi
seperti yang disebut oleh Marshal Moltke kepada Admiral Tirpitz,
ketika memberikan arahan kepada tentera Jerman menyerang
Belgium yang berkecuali pada 1914, 'Kejayaan sahaja
menentukan betapa berbaloinya peperangan itu.'
Amerika telah berjaya sepenuhnya. Pada 1945, dengan matinya
FDR pada petang tercapainya kemenangan yang menyeluruh
dalam 'Peperangan yang Bagus' itu, manusia tidak lagi ambil
peduli bagaimanakah sesuatu peperangan itu bermula. Namun,
politik kita sudah diracuni oleh kenyataan Roosevelt yang penuh
kepalsuan, seperti juga caranya Truman memulakan peperangan
di Korea ('satu tindakan kepolisan') dan begitu juga di Vietnam,
apabila ramai senator mengetahui kemudiannya betapa mereka
telah dibohongi mengenai peristiwa Teluk Tonkin yang tidak
pernah wujud sebenarnya. Kini, Amerika disondol oleh peperangan yang tidakpun
diisytiharkan, terhadap Iraq. Inilah masanya kita memerlukan satu
kebenaran bahwasanya sudah sampai masanya untuk Kongres
melaksanakan tugas, dan berdebat untuk memutuskan mengenai
peperangan ataupun kedamaian. Kita tidak perlu lagi melihat dunia
politik kita diracuni untuk satu generasi lagi oleh persekongkolan
satu Parti Perang dan satu Parti Kedamaian yang muncul kesan
satu lagi peperangan yang tidak diisytiharkan. Pelbagai persoalan
memerlukan jawapan. Apakah Saddam terlibat dengan serangan ngeri September 11?
Apakah dia bertanggungjawab dengan serangan anthrax? Apakah
dia merelakan kewujudan kem operasi al-Qaida? Betulkan dia
bersiap dengan senjata nuklear ataupun kimia (bio-terror) untuk
menyerang kita? Seandainya jawapannya ialah 'Ya' maka
bolehlah Kongres menyatakan segala bahan buktinya kepada
seluruh negara dan merelakan kuasa presiden untuk memimpin
kita berperang. Henry Hyde, Pengurusi Dewan Rakyat dan Joe Biden, Pengerusi
Jawatankuasa Senat Mengenai Perhubungan Luar, seharusnya
menjalankan tugas kepada negara dan sejarahnya, dan bertegas,
menentukan Kongres mempunyai peranan yang utama dalam
keputusan untuk berperang ataupun berdamai. Mereka berdua
telah berkata, tidak mahukan negara berperang dengan Iraq.
Tetapi cakap sahaja tidak memadai Pada hari Ahad, Penasihat Keselamatan Negara, Condoleeza
Rice, nampaknya telah memberi penekanan bahawa Presiden
Bush mempunyai hak dan kuasa untuk bertindak memerangi
Saddam, seandainya itulah pilihannya. Tetapi, dari mana dia
menerima kuasa ini? Sejak bila Kongres merelakan kuasa itu
kepadanya, ataupun meluluskan serangan AS terhadap negara
Arab yang tercatat sebagai musuh dalam senarai Parti
Peperangan itu? Amerika Syarikat mampu menyerang Iraq dari udara bila-bila
masa, tetapi pasukan tentera darat yang diperlukan untuk
penaklukan itu belum bersedia lagi. Angkatan tentera AS telah
dikurangkan menjadi separuh sahaja berbanding dulu sejak
operasi Desert Storm. Ini bererti kita memerlukan beberapa bulan
untuk bersiap sedia menggembleng tenaga untuk melancarkan
serangan - ini adalah peluang untuk berdebat secara rasional.
Sebetulnya, suasana separuh histeria, Parti Peperangan
menunjukkan tidak ada sebarang bahan bukti yang boleh
mensabitkan Saddam kepada September 11 dan sebarang
peperangan mengganyang Iraq hanya merupakan satu pergerakan
bidak di papan catur yang di bawa merata-rata. Tetapi,
peperangan terhadap Iraq akan menjejaskan perhubungan kita
dengan Britain, Russia dan NATO, sehingga memecah-belahkan
sekutu perang kita di Afghanistan, menyalahkan kemarahan Arab
di jalanan, dan menggugat kestabilan sekutu Arab kita, Jordan,
Mesir, dan Arab Saudi. Seandainya kerajaan Saudi tumbang
gara-gara meledaknya satu revolusi rakyat disebabkan serangan
kita terhadap Iraq, Bush akan kehilangan semua simpanan minyak
yang menyebabkan ayahnya pergi berperang pada 1991.
Tibalah masanya untuk Kongres berdebat lagi mengenai Iraq dan
Saddam Hussein. Apakah akan ada usaha pengekangan ataupun
peperangan? Kalau jawapannya ialah berperang, kita mempunyai
hak untuk mengetahui kenapa, dan menentukan mereka yang
memimpin kita untuk berperang itu menanggung risikonya. Kita
tidak mahu peristiwa ngeri di Municah ataupun di Yalta berulang
lagi, demikian kata Bush. Dia memang benar dengan pendapat itu.
Tetapi eloklah kita tambah sikit lagi:
Hentikan peperangan rahsia. Hentikan peperangan mengikut
nafsu-nafsi presiden. Terjemahan: SPAR Asal: http://www.worldnetdaily.com/news/ By Patrick J. Buchanan FDR "lied us into war because he did not have the political
courage to lead us into it," Rep. Clare Luce blurted out in 1944.
The target of Luce's accusation was a president who by then had
entered the pantheon alongside Lincoln and Washington. FDR's
courtiers savaged the lady for maligning the Great Man, but few
could credibly deny the truth of what she had said.
No matter the justice and nobility of America's cause in World War
II, FDR had lied us into war. Even as he soothingly reassured the
mothers and fathers of America ("I have said this before, but I shall
say it again and again and again: Your boys are not going to be
sent into any foreign wars"), he was stoking war, and provoking
Germany and Japan. FDR lied about the secret war he had ordered U.S. warships to
conduct against German U-boats. He lied about who fired the first
shots when the U.S. destroyers Greer and Kearney were attacked.
He lied about having discovered Hitler's plans for the conquest of
South America and the Nazification of Christianity. No such plans
existed except in the fertile and creative minds of British
intelligence. FDR sent picket ships out into the path of the Japanese fleet in the
hope they would be sunk. He gave Lord Halifax secret, but
unconstitutional, assurances America would defend His Majesty's
colonies in the Pacific. He spurned a secret peace offer from
Japan's Prince Konoye and issued a secret ultimatum to Tojo's
regime on Nov. 26, 1941. As Secretary of War Henry Stimson wrote in his diary two weeks
before Pearl Harbor, "We should maneuver them into ... firing the
first shot." FDR was guilty of impeachable high crimes. But as
Field Marshal Moltke told Admiral Tirpitz, as he ordered the
German army to invade neutral Belgium in 1914, "Success alone
justifies war." And America succeeded absolutely. And with FDR's death on the
eve of total victory in the "Good War" in 1945, people no longer
cared how the war had begun. Yet, our politics were poisoned by
Roosevelt's mendacity, as it would be by Truman's undeclared
war in Korea ("a police action") and by Vietnam, when senators
learned they had been deceived in the Tonkin Gulf incident.
Today, America is being stampeded into a new undeclared war,
against Iraq. Thus it is a time for truth - a time for Congress to do
its duty, and debate and decide on war or peace. We do not need
to have our politics poisoned for yet another generation by the
mutual recriminations of a War Party and a Peace Party in the
aftermath of yet another undeclared war. Questions need
answering. Was Saddam involved in the massacres of Sept. 11? Was he
behind the anthrax attacks? Is he harboring terrorist cells of
al-Qaida? Is he preparing nuclear or bio-terror weapons to attack
us? If the answer is "Yes," let Congress lay out the evidence
before the nation and empower the president to take us to war.
Henry Hyde and Joe Biden, chairmen respectively of the House
and Senate foreign relations committees, should assume their duty
to the nation and history, and assert Congress' rightful role in the
decision on war or peace. Both have said that they oppose a war
on Iraq. But that is not enough. On Sunday, National Security Adviser Condoleezza Rice seemed
to assert that President Bush had the justification and right to take
us to war against Saddam, should he so choose. But where did he
get this authority? When did Congress cede it to him, or authorize
U.S. attacks on the other Arab states on the War Party's enemies
list? While the United States could launch air strikes on Iraq at any
moment, the ground troops needed for an invasion are not in
place. And given the halving of U.S. forces since Desert Storm, it
would take months before they are ready to march - time enough
for reasoned debate. Indeed, the semi-hysteria of the War Party suggests it does not
have the evidence to convict Saddam of Sept. 11, and a war on
Iraq is but the next move on the little chessboards of empire they
carry about in their book bags. But a war on Iraq could ravage our
relations with Britain, Russia and NATO; shatter the Afghan war
coalition; inflame the Arab street; and destabilize our Arab allies,
Jordan, Egypt and Saudi Arabia. Should the Saudi monarchy fall
to a revolution as a result of an attack on Iraq, Bush would have
lost the oil storehouse his father went to war to defend in 1991.
It's time for Congress to debate again Iraq and Saddam Hussein. Is
it to be containment or war? If it is to be war, we have a right to
know why, and to hold accountable those who take us into war.
No more Munichs, no more Yaltas, Bush said. Right he is. But let
us add: No more undeclared wars. No more presidential wars. |