Laman Webantu KM2: 6414 File Size: 13.9 Kb * |
TAG SP 479: HW: Pelahap Pergolakan Perang By Harvey Wasserman 26/11/2001 12:59 am Mon |
ColumbusAlive.com Pelahap Pergolakan Perang (The War Profiteers) Oleh: Harvey Wasserman Pintu neraka yang paling dalam adalah diperuntukkan khas
kepada mereka yang rakus dan meraih keuntungan daripada
penderitaan orang lain. Demikianlah yang akan dialami oleh
mereka yang meraih keuntungan daripada pergolakan
peperangan. Ketika pengebom Amerika menghujani Afghanistan, dan
Perlembagaan Amerika yang menyangkuti hak asasi manusianya
dikecai-kecaikan atas nama patriotisme, khinzir-khinzir korporat
(corporate hogs) sedang menyondol tabung wang rakyat. Dengan
bertopengkan keadaaan darurat negara, dengan berkipaskan
bendera yang dikibar, mereka menyondol dengan rakusnya
mengikut cara yang tidak mudah diperlakukan kalaulah keadaan
aman membolehkan pengamatan gelagat mereka. Malahan,
sejurus berlakunya episod September 11, akhbar The Wall Street
Journal telah menerbitkan satu artikel yang kini amat difahami
ramai, mendesak para konservatif dan korporat mengambil peluang
mengongsi durian runtuh yang melonjakkan populariti Bush.
Berikut adalah beberapa catatan kerja busuk mereka:
Pemaju Nuklear Perdebatan hangat yang sudah berpanjangan selama 30 tahun,
menyerlahkan satu hakikat betapa para pengganas boleh
meledakkan sesuatu reaktor atom dan menyebabkan bencana
yang sungguh besar padahnya. Perkara ini amat difahami
sekarang oleh media, orang awam dan juga ahli kerajaan. 'The
Nuclear Regulatory Commission' (Suruhanjaya Pengawalan
Nuklear) NRC kini memperakui betapa reaktor nuklear tidak kebal
daripda serangan jet. Tentera national Guard sudahpun
dikerahkan menjaga sekitar 193 reaktor itu dan laluan udara
sudahpun diubah. Tetapi, langkah yang paling ketara - menutup
semua reaktor - masih tidak dibincangkan dan disebut langsung.
Siapa yang akan menanggung belanja peraturan pengawalan
yang ketat ini? Apabila kos sebenar diambilkira, reaktor nuklear (nukes) adalah
merupakan pengeluar bahan tenaga yang paling mahal, walaupun
tanpa mengira kos tambahan pengawalannya. Reaktor (di Amerika)
menyumbang hanya 18 peratus bekalan elektrik, yang merupakan
hanya lapan peratus bahan tenaga - yang mudah digantikan
dengan punca yang lebih murah, lebih selamat dan lebih bersih
dan lebih efisen, tanpa menyebut punca kuasa angin dan kuasa
solar. Tetapi pemaju nukes adalah golongan yang menguasai
pentadbiran Bush dan Kongres. Ketika kita di Amerika membayar
kos penyeliaan reaktor semasa ia sedang terancam, industri ini
mendesak dilakukan pembaharuan kepada 1957
Price-Anderson-Act, melindunginya daripada sebarang bahana
berlakunya kemalangan dan sabotaj. Lain kali kalau ada tukang
canang nuke berbohong mengenai keselamatan reaktor, tanya dia
'Kenapa tidak ambil insuran secara persendirian?'
The Star Warriors: September 11 membuktikan betapa hapraknya segala sistem
anti-peluru berpandu yang memang sudah tidak berguna sejak
dulu lagi. Tetapi semua pedagang alat kelengkapan perang masih
ghairah mahu kerajaan lancarkan projek di angkasa lepas, yang
ada kaitan dengan apa yang sejak lama menonjolkan 'missile
shield' (pelindung missail) yang bertaraf sialan. Dengan berlagak
mengibar bendera keperwiraan mereka, para pedagang sialan ini
telah menyondol belanjawan sebanyak 8 bilion dollar.
Pedagang Minyak: Para setiakawan petroleum di Rumah Putih dan Kongres sedang
menyibuk mengambil peluang tragedi nasional ini dengan
merencana satu rancangan pembekalan tenaga yang penuh tipu
muslihatnya. Contohnya ialah penggerudian di Alaska National
Wildlife Refuge (Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan
Alaska) yang didakwa akan membebaskan kita daripada
bergantung kepada bekalan luar negara. Tetapi sejak berlakunya
embargo pada 1973, pedagang minyak ini telah melanggari janji
mereka menyediakan ekonomi bekalan tenaga alternatif yang
berassaskan sumber bergantian dan efisen. Kini kita masih
mengimpot lebih banyak minyak berbanding dulu.
Gimik yang difikirkan berunsur patriotik ialah dengan memasang
saluran paip untuk minyak sepanjang 800 batu, yang baru-baru
ini memeranjatkan seorang pemburu yang mabuk yang
menganggap saluran itu adalah seekor anakonda (ular besar dan
panjang) raksasa. Tembakan pertamanya telah menyebabkan
keseluruhan sistem saluran itu ditutup, dan mencetuskan
pencemaran alam yang tidak dapat dibayangkan bahananya.
Bayangkan apa yang akan dilakukan oleh pengganas sebenar
kalau melihatkan projek yang berharga berbilion dolar itu? Bila
agaknya kita mahu menggunakan kuasa solar?
Penyangak Korporat Yang Biasa:
Bertopengkan kesibukan perang, pentadbiran Bush sedang
mengusulkan satu rancangan raksasa yang disebut 'stimuls
package' (imbohan penggalak) yang sebenarnya merupakan satu
rebat cukai yang besar - kerana menyorot ke belakang hingga
pertengahan 1990-an - untuk dinikmati oleh syarikat besar yang
rakus dan tamak haloba. Antara yang akan menikmatinya ialah
Enron, satu syarikat gas gergasi di Houston yang telah
mencurahkan berjuta dollar kepada tabung Republican. Firma ini
diketuai oleh Kenneth Lay, kroni Bush. Dulu, Enron dianggap satu
syarikat yang sungguh cemerlang sehinggalah muncul berita
sebenar yang didedahkan di internet mengenai kehaprakan
pengurusannya yang tidak cekap dan pelbagai kegiatan yang
haram. Enron mencuba membuat penukaran usaha daripada
bahan bakar fossil kepada 'electronic data transmission' tetapi
gagal melaksanakannya. Kini, Republican yang berstatus
penggalak 'free market' mahu menganugerahkan kegagalan
mereka dengan wang rakyat. (Sebab mereka sudah belajar
daripada cara Mahathir mengupah Tajuddin Ramli dan Halim Saad
dan anak-anaknya kerana kehaprakan menguruskan syarikat
masing-masing dan diganti dengan wang rakyat!!!!!)
Perkhidmatan Penerbangan Perkhidmatan Amerika merupakan perkhidmatan yang paling teruk
mengecewakan rakyat Amerika. Selama bertahun mereka telah
menentang usaha untjuk mencapai satu piawaian keselamatan.
Sebahagian besar kesalahan terjadinya Episod ngeri September
11, adalah disebabkan kedegilan mereka memasang kunci pada
pintu masuk kabin juruterbang (cockpit). Begitu juga dengan
menggaji petugas di udara dan membayar pegawai keselamatan
sewajarnya. Disebabkan sikap yang mengaibkan itu, mereka kini
menerima lebih 15 bilion dollar wang rakyat Amerika, sambil
menghentikan beribu pekerja yang tidak berdosa dan
mengagihkan bonus yang lumayan kepada para pegawai tingginya.
Pencemar Alam Sekitar: Bertopengkan pergolakan perang, Jabatan Dalaman yang dipimpin
oleh Gail Norton, sedang menghapuskan apa juga bentuk
perlindungan alam sekitar yang masih ada, dengan mengagihkan
kawasan yang besar-besar kepada perlombongan, pembalakan,
penternakan tenusu, sebagai contohnya. Di waktu yang sama,
lihatlah nanti bagaimana Homeland Security Force (satu pasukan
keselamatan negara yang baru ditubuhkan) akan menyerang
pergerakan pencinta alam yang tidakpun ganas itu. Seperti yang
dijanjikan oleh Joe McCarthy, semuanya akan bergema semula.
Panglima Dadah Ketika Menara Pusat Dagangan Dunia tumbang dulu, turut
terbenam ialah berjuta dollar hasil pasaran opium yang pernah
disalurkan kepada tabung Taliban oleh Bush seperti pembayaran
paling akhir pada musim bunga yang lalu. Osama bin Laden dan
kumpulan fasis Afghan adalah merupakan ciptaan perang dadah
dan minyak. Keseluruhan Dunia Ketiga, kaedah menangani
masalah dadah kebangsaan adalah persis seorang lelaki yang
terlebih berat badannnya yang mahu menghentikan sifat suka
makan dengan memusnahkan beberapa kedai kueh dan
membunuh mereka yang mengeluarkan tepung gandum. Sejak
1970-an Amerika Syarikat telah membelanjakan berbilion dollar
meracuni pokok dadah dan memenjarakan penghisap dadah.
Kalulah wang itu dibelanjakan untuk memperkasakan kawalan
menentang keganasan, Menara Pusat Dagangan Dunia tentu
masih tegak dengan megahnya. Tamat. 8 November, 2001. Terjemahan: SPAR Asal: http://www.columbusalive.com/ Who's patriotically cashing in on the September 11 terrorist
attacks? by Harvey Wasserman The hottest circles of Hell are reserved for those who profit from the
misfortunes of others. None is worse than those who profit from war.
As our bombers pummel Afghanistan, and as our Constitutional rights
are shredded in the name of patriotism, the corporate hogs are
snorting at the public trough. Under cover of national emergency,
waving their flags, they are greedily gouging us in ways not possible
under peacetime scrutiny. Indeed, soon after the September 11
bombing, the Wall Street Journal published an infamous piece urging
conservatives and corporations to cash in on Bush's windfall
popularity. Here are a few of the most grotesque:
When all real costs are tallied, nukes are our most expensive form of
energy, even without the added security costs. Reactors provide just
18 percent of our electricity, just eight percent of our energy-easily
replaceable with cheaper, safer, cleaner and more reliable efficiency
and conservation, not to mention renewable wind and solar power.
But the nuke pushers own this administration and Congress. So while
we pay to keep the reactors running under siege, the industry
demands renewal of the 1957 Price-Anderson Act, shielding it from
any liability in case of an accident or sabotage. Next time a nuke
flack lies about reactor safety, ask: 'Why can't you get your own
private insurance?' The latest patriotic gimmick is pumping still more oil through an
800-mile above-ground pipeline, which a drunken hunter recently
mistook for a giant polar anaconda. His single bullet shut down the
entire line while creating a major environmental disaster. So what
could an actual terrorist do to this multi-billion-dollar, ecologically
suicidal 'lifeline'? How about this time we go solar?
November 8, 2001 Copyright © 2001 Columbus Alive, Inc. |