Laman Webantu KM2: 6413 File Size: 14.5 Kb * |
TAG SP 478: ATimes: Perjanjian Yg Menjanjikan Omongan Kosong By Syed Saleem Shahzad 26/11/2001 12:58 am Mon |
AsiaTimes Perjanjian Yang Menjanjikan Omongan Kosong
(Talks promise only hot air) Oleh: Syed Saleem Shahzad KARACHI - Perundinan yang ditaja oleh PBB untuk menubuhkan
kerajaan campuran dijangka bermula di Bonn pada Isnin ini
(setelah dipindahkan atas alasan keselamatan daripada Berlin).
Pendirian yang bersulam kedegilan di pihak Pakatan Utara dan
penyokong utama merka, Russia, Iran dan India merupakan
peleceh segala ruang tertubuhnya hasrat yang diidamkan.
Ramai pakar berpendapat bahawa persidangan itu hanya
merupakan kerja sia-sia kerana ketiadaan wakil Taliban,
walaupun mereka dianggap pihak yang tumpas dalam peperangan
itu Khamis lalu. Taliban mengaku kalah dan menyerahkan
pertahanan mereka di bandar Kunduz di wilayah Utara. Ini bererti
Taliban hanya mempunyai kuasa yang terhad kepada kubu kuat
tradisi di Kandahar, yang juga merupakan kediaman pemimpin
agama mereka Mullah Omar, dan beberapa provinsi lain yang
mereka tidak dapat sahkan. Namun, Taliban masih merupakan pasukan yang tersusun di
wilayah Pashtun di bahagian timur negara Afghanistan, dan cara
putarbelit segala kuasa mentadbir Kabul masakini sudah tentu
mengenepikan sebarang penglibatan Taliban dalam perundingan.
Sekaligus mereka mahu menggalakkan kemunculan semula sistem
masyarakat berpanglima semata-mata sebagai helah untuk
mengenepikan majoriti Pashtun agar terus berpecah dan menanah.
Perundingan itu dijangka diuruskan dengan beberapa pemimpin
Pashtun yang berkumpul di bawah naungan bekas raja Zahir
Shah dan perwakilan kerajaan Pakatan Utara, yang dianggotai
oleh kumpulan kecilan Tajik, Uzbek dan Hazara. Sedangkan
Pashtun merupakan 40 peratus penduduk negara itu yang
berjumlah 20 juta semuanya. Yang turut diundang menghadiri
perundingan itu adalah beberapa perwakilan daripada apa yang
disebut sebagai kumpulan Peshawar dan Cyprus, yang melibatkan
para pelarian dan ?Afghan diaspora?. Setakat ini sudah terbayang perpecahan di beberapa wilayah
Afghanistan yang dikatakan telah dikuasai oleh tentera Pakatan
Utara. Contohnya, Herat yang terletak di bahagian barat telah
dirampas oleh pasukan bersekutu pimpinan Hizbi-Wahadat dan
askar pimpinan Ismail Khan, yang pernah menjadi gabenor bandar
itu. Kemudian dua pasukan yang mulanya bersatu itu telah
berperang sesama mereka sehingga membolehkan Khan
mengambil kuasa mutlak kawasan itu. Kunhar yang merupakan wilayah timur yang didominasi oleh
Pashtun, berkemungkinan menjadi contoh di masa depan. Pada
awalannya ia telah diserahkan oleh pasukan Taliban kepada Hizbi
Islami pimpinan Gulbaddin Hikmatyar, seorang panglima perang
Pashtun yang tegas. Kini, nampaknya lima kumpulan yang
bertentangan sudah muncul pula, setiap satu menonjolkan
seorang komander yang bebas. Mereka adalah Komander Mullah
Zareen, Kamdad, Rozi Khan, Najamuddin dan Amanullah.
Perpecahan menjadi kawasan berpuak-puak ini adalah amat
menyerlah di wilayah Nangarhar di mana Haji Qadeer yang pada
mulanya dilantik sebagai ketua, tetapi kini diasak oleh beberapa
pasukan Hizbi Islami, Younis Khalis dan Hikmatyar. Bandar
Jalalabad yang hampir dengan Pakistan, sedang dikuasai oleh
Qadeer. Dia pernah lari untuk hidup dalam buangan di Peshawar
ketika Taliban berkuasa dari 1996. Beliau adalah adik kepada
Abdul Haq, yang pernah dihukum tembak oleh Taliban pada
Oktober dulu ketika merencana satu pergolakan di kalangan akar
umbi pertubuhan Taliban. Demikianlah, tanpa Taliban, perwakilan Pashtun di Bonn akan
tidak membawa sebarang makna kerana tidak ada sesiapa yang
layak berucap bagi pihak beberapa ramai panglima perang yang
berselerak kumpulannya. Mereka ini sudahpun menampakkan
nafsu merompak dan menyauk, seperti kelakuan mereka dulu
sebelum munculnya Taliban untuk meredakan keadaan.
Mereka yang akan bersuara lantang bagi pihak Pashtun adalah
mereka yang hidup di luar negara dan tidak berani menjejakkan
kaki di bumi Afghanistan kerana mereka sudah tidak mempunyai
hubungan akar umbi dengan masyarakat yang berpaksikan
kabilah. Mereka ini termasuklah Zahir Shah dan Syed Ahmed
Gailani, yang dianggap Pashtun kerana kepintaran berbahasa
Pashto, sedangkan sebenarnya dia adalah seorang Syed,
anggota minoriti berfahaman Sufi di Afghanistan dan diiktiraf
sebagai berdarah Arab. Berasaskan senario ini, Burhanuddin Rabbani, pemimpin Pakatan
Utara, memang menggunakan istilah yang tepat ketika
mengambarkan persidangan itu sebagai satu ?lambang? sahaja
dalam usaha untuk mewujudkan satu kerajaan campuran yanng
melibatkan semua pihak disebabkan segala usaha dulu-dulu
untuk menegakkan keamanan di Afghanistan tidak pernah
mencapai kejayaan. Sudah tentu, usaha ini pun akan menjadi satu
sarkas media sahaja. Iran, Pakatan Utara (Afghanistan), Russia dan mungkin juga India
telah merencana agenda mereka yang berasingan, dan segalanya
akan berlaku mengikut program mereka, sedangkan kepentingan
pelabur utama dalam drama ini - AS, Britain dan Pakistan - sudah
bertukar peranan menjadi tukang perhati sahaja.
Pakatan Utara sudahpun mendesak pengunduran askar asing,
terutama sekali British, daripada bumi Afghan dan tidak mahu
mereka datang semula. Pada waktu yang sama, usaha diplomatik
sedang bergolak melibatkan Iran, India, Ruussia untuk
menubuhkan satu pakatan pertahanan serantau.
Turki, Uzbekistan dan Russia menyokong panglima perang Jeneral
Rashid Dostum, yang kini menguasai Mazhar e-Sharif, yang
berdekatan dengan sempadan Uzbekistan. Herat yang dekat
dengan Iran kini dikuasai oleh Ismail Khan yang memang
beroperasi dari pangkalannya di Iran.
Sejarah Afghanistan memang disulam oleh kerajaan yang tidak
tetap perwakilannya. Di kalangan bekas pasukan mujahideen,
pasukan pimpinan Ahmad Shah Massoud, yang mati dibunuh
sejurus sebelum peristiwa September 11, mempunyai hubungan
rapat dengan bekas regim komunis di akhir 1980-an dulu.
Kesannya, ketika mujahideen menyerang Kabul dari utara dan
selatan, Najeebullah yang menerima nasihat Soviet, kerana dia
ketika itu merupakan ketua kerajaan komunis Afghanistan, telah
menyerah kalah kepada Massoud dan tidak kepada kumpulan lain.
Kumpulan Massoud, Jamiat-i-Islami, adalah diketuai oleh
Burhanuddin Rabbani, dan dianggotai secara besar-besaran oleh
Tajik yang tidak merupakan perwakilan yang sesuai untuk
menyeluruhi negara. Inilah sebab tercetusnya peperangan
saudara. Sejak 1992, terdapat 12 usaha besar yang kebanyakannya ditaja
oleh PBB ataupun negara-negara Islam, telah diusahakan untuk
mengembalikan keamanan dan menyusun semula negara itu. Tidak
ada satupun yang berjaya. Begitu juga, setelah termatrainya lima buah perjanjian,
kebanyakannya oleh pemimpin yang hidup dalam buangan. Tidak
satupun yang berkesan, termasuk yang disetujui di Mekah, kota
suci umat Islam. Inilah yang menyebabkan Taliban mengambil
peranan untuk melaksanakan satu undang-undang ketat, dan
setidaknya mereka adalah daripada kumpulan kabilah yang sama
- Pashtun. Dengan demikian, adalah satu tanggapan yang salah memikirkan
bahawa pengunduran Taliban itu membawa erti ribuan manusia
boleh menghilang hanya dengan petikan jari sahaja. Apabila
mereka diganyang oleh AS dan sekutunya puak Taliban membuat
perjanjian dengan Gulbaddin Hikmatyar selama beberapa minggu
sehingga mereka mengisytiharkan, dalam usaha menjaga airmuka,
bahawa mereka menyerahkan kuasa kepada komander tempatan.
Inilah satu muslihat perang untuk melihat apakah dihentikan segala
pengeboman dan untuk mengelak usaha Pakatan Utara
menyerang mereka daripada pinggiran Kabul. Pasukan Taliban,
yang masih perkasa secara selamba telah menganggotai dua
kumpulan di bawah naungan Hizbi Islami.
Terjemahan: SPAR Asal: http://www.atimes.com/c-asia/CK23Ag01.html
November 23, 2001 atimes.com By Syed Saleem Shahzad KARACHI - With United Nations-brokered talks on a new
broad-based Afghan government due to begin in Bonn on
Monday (moved from Berlin for security reasons), inflexible
positions on the part of the Northern Alliance and its main
supporters, Russia, Iran and India, are likely dampen any chances
of a multi-ethnic and truly representative government being
agreed upon. Most experts believe that the conference will be an exercise in
futility as it will take place without Taliban representation. Despite
their military defeats - the latest being their surrender on Thursday
in the northern city of Kunduz, leaving them only in control of their
southern bastion of Kandahar, home of their supreme leader
Mullah Omar, and nearby provinces - they cannot be discounted.
The Taliban are still the only organized force in the Pashtun belt in
the east of the country, and the dismissive way in which the
forces now controlling Kabul have ruled out any participation of
the Taliban in talks indicates that they are really trying to
encourage warlordism to keep the majority Pashtuns fractured and
ineffective. The talks will now go ahead with some Afghan Pashtuns, grouped
around former king Zahir Shah, and representatives of the
Northern Alliance's government, made up of minority groups of
Tajiks, Uzbeks and Hazaras, while Pashtuns make up 40 percent
of the country of 20 million people. Also present at the
open-ended talks will be representatives of the so-called
Peshawar and Cyprus groups involving refugees and the Afghan
diaspora. Already, though, there are signs of fragmentation in some of the
parts of Afghanistan held by Northern Alliance troops. For
instance, Herat to the west was captured by the joint forces of the
Hizb-i-Wahadat and those of Ismail Khan, the former governor of
the city. But the two sets of troops then clashed and Khan has
now taken almost total control. In the Pashtun-dominated eastern provinces, Kunhar is an
example of how the country might look in the future. Initially it was
handed over by the Taliban to the Hizb-i-Islami of Gulbaddin
Hikmatyar, a hardline Pashtun warlord. Now it appears that five
rival groups have emerged, each with an independent
commander. These include Commanders Mullah Zareen, Kamdad,
Rozi Khan, Najamuddin and Amanullah. The disintegration into fiefdoms is also evident in Nangarhar
province where Haji Qadeer was initially nominated the chief, but
strong pockets of both factions of the Hizb-i-Islami, Younis Khalis
and Hikmatyar, still exist. The city of Jalalabad in the province,
close to Pakistan, is under Qadeer's control. He had lived in exile
in Peshawar while the Taliban were in power from 1996. He is the
brother of Abdul Haq, who was executed by the Taliban in
October while trying to foment a rebellion in their ranks.
In this situation, without the Taliban, Pashtun representation in
Bonn will be meaningless because no-one will be able to talk on
behalf of the scores of warlords and their scattered groups, who
already have shown an inclination for looting and plundering, just
as they did in pre-Taliban days. The people who will speak for the Pashtuns are those who are in
exile and dare not set foot in Afghanistan as they no longer have
roots in the tribal-based society. These include former monarch
Zahir Shah and Syed Ahmed Gailani, and even he is only
Pashtun from the language he speaks; ethnically he is a Syed, a
minority Sufi Muslim sect in Afghanistan, and viewed as an Arab.
Given this picture, Burhanuddin Rabbani, the leader of the
Northern Alliance, has rightly called the conference a "symbolic"
effort to establish a broad-based government as past attempts
over many decades to impose peace on Afghanistan have proved
fruitless. Undoubtedly, too, it will turn into a media circus.
Iran, Afghanistan (Northern Alliance), Russia and to some extent
India have formed their own agenda, and everything is likely to
follow their program, while the interests of the main investors in the
drama - the US, Britain and Pakistan - have been reduced to
virtual observers. The Northern Alliance has already demanded the withdrawal of
foreign troops, mostly British, from Afghan soil, and does not want
any more to return. At the same time, secret diplomatic efforts are
under way with Iran, India, Russia to form a regional defense
alliance. Turkey, Uzbekistan and Russia back the Uzbek warlord General
Rashid Dostum, who controls Mazar-e-Sharif, close to the border
with Uzbekistan. Herat, close to Iran, is under Ismail Khan who
was operating from his base in Iran. Afghanistan has a history of unrepresentative governments.
Among the former mujahideen forces, the militia of Ahmad Shah
Masoud, assassinated shortly before September 11, had better
links with the former communist regime of the late 1980s. As a
result, when the mujahideen attacked Kabul from the north and
from the south, on the advice of the Soviets, Najeebullah, the then
head of Afghanistan's communist government, surrendered to
Masoud rather than any other group. Masoud's group, the
Jamiat-i-Islami, led by Burhanuddin Rabbani, was
pre-dominately Tajik and as such not truly representative of the
country. Civil war was the inevitable result.
Since 1992, 12 major attempts, mostly sponsored by United Nation
or Islamic nations, have been made to instill some sense of peace
and order in the country, but none have succeeded.
Similarly, five accords have been signed, mostly by leaders who
were in exile. None of these have been effective, including one
agreed upon in Mecca, the spiritual heart of Muslims. This paved
the way for the Taliban to move in and impose their strict
discipline, and at least they were of the same ethnic group as the
majority of the populace - Pashtun. It is a misconception, then, to think that with the reversals of the
Taliban thousands of people can simply vanish into thin air. Given
the relentless bombing by the US and its allies, the Taliban made
an agreement with Gulbaddin Hikmatyar several weeks under
which they declared, in a face-saving gesture, that they were
handing over power to his local commanders. In fact, this was a
ruse to see an end to the bombing and to prevent the Northern
Alliance from striking out of Kabul at them. The Taliban forces,
very much intact, have silently melted into the two factions of
Hizb-i-Islami. |