Laman Webantu KM2: 6405 File Size: 6.1 Kb * |
TAG SP 474: Taliban Tawarkan $50 Juta Jika Bush Tertangkap By AFP 24/11/2001 8:30 am Sat |
AFP Taliban Menawarkan $50 juta kalau Bush tertangkap
(Taliban offer $50 million for Bush's capture)
Spin Boldak. Afghanistan: Ketua Keselamatan Taliban di bandar
Spin Boldak, Kandahar telah berkata tawaran wang hadiah kepada
sesiapa yang berjaya menangkap Osama bin Laden sudah pasti
akan ditolak oleh umat Islam yang baik-baik. Sebaliknya beliau
menawarkan hadiah bernilai US $50 juta kepada sesiapa yang
dapat menangkap Presiden Bush. 'Amerika telah menawarkan $25 juta dollar untuk Osama. Kami
akan membayar $50 juta dollar untuk sesiapa yang menangkap
Presiden George W. Bush walaupun kami adalah sebuah negara
yang miskin. Di tahap awalan dulu, tawaran hadian cuma $5 juta dollar. Tetapi
harga ini sudah dinaikkan baru-baru ini oleh Colin Powell,
Setiausaha Negara Amerika menjadi $25 juta dollar. Tawaran itu
diiklankan di radio Afghanistan dan melalui pengedaran risalah
tawaran merata tempat. (macam kisah dulu-dulu di zaman koboi
gamaknya, - penterjemah) Jurucakap jabatan Negara Amerika Richard Boucher berkata
betapa lebih 22,000 tip maklumat telah diterima mengenai Osama
Laden sejak September 11, tetapi satupun tidak boleh dipakai.
Walau bagaimanapun, Haqqani berkata semua umat Islam yang
baik-baik akan menolak sebarang tawaran wang untuk menangkap
Osama bin Laden. 'Sebagai orang yang beriman kita orang Islam
adalah golongan yang bertaqwa, dan tidak akan dapat dirasuk
oleh tawaran seperti itu.' Haqqani berkata; Osama bin Laden tidak mempunyai keupayaan
merencana serangan ngeri pada September 11 dulu di AS dan
tawaran $25 juta itu tidak akan memerangkapnya.
Haqani berkata serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia dan
Pentagon itu adalah kerja puak Yahudi yang mahu menghitamkan
nama baik Islam. 'AS tidak pernah mengemukakan sebarang maklumat mengenai
pembabitan Osama bin Laden dalam serangan itu,' kta Haqqani
kepada pemberita. 'Dia tidak mempunyai alat komunikasi untuk
menguruskan tindakan seperti itu. Sebagai tetamu kami, adalah
satu tanggungjawab kami untuk melindunginya' dan bukan
menyerahkan beliau kepada pihak AS. Apabila ditanya akan bukti pembabitan Yahudi dalam serangan
September 11 itu, Haqqani berkata 4,000 pegawai Yahudi tidak
pergi bekerja di Pusat Dagangan Dunia itu pada hari tersebut.
Dan kenapakah semua kamera TV tahu lebih awal lagi di mana
pesawat terbang yang kedua akan memilih sasarannya?
'Mereka cuba menghapuskan Afghanistan. Mereka cuba
menghitamkan nama baik kami.' Pegawai ini berkata tuntutan AS mahukan Osama bin Laden
adalah satu kerja pengecut dan hipokrit kalau diambil kira cara
mereka melindungi penulis British yang bernama Salman Rushdi
yang kini menetap di New York. Ada satu fatwa daripda Iran
mengutuk Rushdie dan menghukum beliau selepas mengaibkan
Islam dalam bukunya 'The Satanic Verses' pada tahun 1988.
'Tidak ada satu bukti yang jelas bahawa Osama bin Laden telah
melakukan jenayah sedangkan sudah ada bukti yang nyata
bahawa Rushdi melakukan jenayah terhadap Islam.
'Kenapakah anda sekelian membelanya di negara kalian?' tanya
Haqqani. Terjemahan: SPAR Asal: http://www.hindustantimes.com/nonfram/211101/
From: AFP - Spin Boldak, Afghanistan, November 21
Stating that all good Muslims would reject the opportunity to cash
in on the bounty for bin Laden's capture, Mohammed Saeed
Haqqani, security chief of Taliban at the border town of Spin
Boldak in Kandahar instead offered a $50 m prize for President
Bush's capture. "The Americans have offered $25 million for Osama. We will give
$50 million for (US President George W.) Bush even though we are
a poor country." Earlier, US Secretary of State Colin Powell boosted the reward for
bin Laden from $5 million to $25 million on Tuesday, with the
bounty advertised in radio broadcasts to Afghanistan, and leaflets
distributed on the ground. State Department spokesman Richard Boucher has said that more
than 22,000 tips have been received about bin Laden since
September 11, but none has yielded results.
However, Haqqani said all good Muslims would reject the
opportunity to cash in on the bounty for bin Laden's capture,
Haqqani said. "Being good Muslims we have a strong faith, that's
why it is not tempting to us." Osama bin Laden did not have the capability to carry out the
September 11 terrorist attacks in the US and the $25 million bounty
will not lead to his capture, Haqqani said.
Haqqani said the attacks on the World Trade Centre and the
Pentagon were the work of Jews trying to blacken the name of
Islam. "The US has not provided any information about his (bin Laden's)
involvement in the attacks," Haqqani told reporters."He has not the
telecommunications means to conduct such activities. Being our
guest we are duty bound to protect him" and not hand him over to
the US authorities. Asked for proof of Jewish involvement in the September 11 strikes,
Haqqani said 4,000 Jews had not gone to work at the World Trade
Centre on the day. "And why did the television cameras know
where the second plane was going to hit?
"They are trying to eliminate Afghanistan. They are trying to
blacken our name." The official said the US demand for bin Laden's handover was hypocritical given the fact that British author Salman Rushdie was living in New York. An Iranian fatwa condemning Rushdie to death was issued after the Indian-born writer allegedly blasphemed Islam in his 1988 book The Satanic Verses."It is not clear that Osama has been involved in crimes but it is a hard fact that Rushdie committed a crime against Islam. Why are people taking care of him in your country?" Haqqani said. |