Laman Webantu KM2: 6398 File Size: 10.4 Kb * |
TAG SP 471: KQ: Tolonglah: Kami Tidak Inginkan AG Badut dan Hakim Boneka By Kim Quek 22/11/2001 2:45 pm Thu |
20.11.2001 (No Puppet AG and Puppet Judges, Please!)
Oleh: Kim Quek Kenaikan pangkat Abdul Gani Patail menjadi seorang Peguam
Negara (AG) yang baru adalah satu tamparan kepada rakyat
Malaysia, kerana perlantikan itu muncul selepas Mahkamah
Persekutuan (yang merupakan Mahkamah Agung di negara ini)
telah memperlekehnya kerana perananya yang memutarkan
bahan-bukti terhdap mantan timbalan perdana menteri, Anwar
Ibrahim ketika beliau dibicarakan dulu.
Dalam satu penghakiman yang terbaru (28.6.01), Mahkamah
Persekutuan telah mengenepikan kes hukuman menghina
mahkamah terhadap peguam Anwar, Zainur Zakaria; para hakim
telah mepertikaikan secara berulang-ulang kelakuan haprak Gaani
dalam memainkan peranan untuk mengugut menjatuhkan hukuman
mati dengan tujuan mendapatkan pengakuan palsu daripada
beberapa sahabat Anwar dengan tujuan untuk menghukum Anwar.
Perdebatan para hakim itu menunjukkan tanpa kesangsian betapa
wujudnya satu konspirasi antara pihak pendakwa dan hakim untuk
menghukum Anwar walaupun secara tipumuslihat.
Sebagai pendakwaraya utama dalam kes Anwar, Gani sepatutnya
disiasat dengan pantas dan segala tindakan jenayahnya itu dibawa
ke muka pengadilan. Sebaliknya, negara menjadi terkejut apabila
dia kini dinaikkan pangkat menjadi seorang Peguam Negara
dengan segala kekuasaannya yang ada, kerana itulah pangkat
yang selama ini memberikan kuasa pada penyandangnya
menentukan apakah mahu mendakwa ataupun tidak sesiapa yang
dia suka. Perlantikan yang mengejutkan ini muncul ekoran dua lagi
perlantikan hakim kanan yang menjadi satu pertanda yang jelas
betapa Pentabdir Utama mencampuri badan kehakiman negara.
Sekaligus ia menjadi satu benteng pertahanan untuk menghalang
tindakan mereformasi perundangan negara yang diusahakan oleh
Ketua Hakim Negara Mohd. Dzaiddin Abdullah.
Dua perlantikan hakim yang dicemuh rakyat itu adalah Ketua Hakim
Malaya Ahmad Fairus dan Hakim Mahkamah Persekutuan Mohtar
Abdulllah. Ketika menjadi Hakim Mahkamah Rayuan dulu Fairuz pernah
menolak rayuan Zainur Zakaria terhadap hukuman kerana
mengaibkan mahakamah, yang kemudiannya diketepikan dengan
peringatan yang berat kerana terdapat banyak ketidak-keruan di
dalamnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 28.06.01. Prestasi
Fairus yang haprak sebagai seorang hakim dan perlantikannya
yang melompat seorang lagi hakim yang lebih kanan dan
mempunyai sejarah perilaku yang sungguh gemilang sudahpun
menjadi satu bahan kritikan dalam majalah tajaan Majlis Peguam
Malaysia. Mohtar Abdullah pernah menjadi Peguam Negara (AG) yang
memimpin satu pasukan pendakwa raya dalam kes perbicaraan
Anwar. Selain daripada kelakuannya yang sungguh mengaibkan
dan boleh dipertikaikan, dalam kes Anwar itu, termasuklah
persekongkolannya dengan Gani memutar-belitkan segala bahan
bukti dalam skandal itu, Mohtar telah dikritik dengan hebatnya
kerana amalan memilih-milih kes untuk didakwa dan tindakan
mengenepikan tuduhan jenayah termasuk perbuatan merogol dan
korupsi terhadap seorang pemimpin kanan UMNO. Pada waktu yang
sama dia bertindak cepat menghukum secara tidak adil dan saksama
pemimpin Pembangkang yang mendedahkan tindakan jenayah para
pemimpin kerajaan. Perlantikan yang bemuslihat besar itu sudah tentu mencetuskan
banyak ketidak-puasan apakah keazaman Ketua Hakim Negara
mahu mengembalikan martabat badan kehakiman kepada martabat
kebebasannya itu akan ditumpulkan dan diterbalikkan, terutama
sekali memandangkan tempoh khidmatnya selama dua tahun itu
akan berakhir dalam masa satu tahun lagi.
Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang kehilangan daya
mengimbangi perilaku demokrasi pemerintahnya. Justeru, usaha
mengembalikan kebebasan badan kehakiman negara adalah satu
perkara hidup ataupun mati. Selama berada di bawah cengkaman pemerintahan mahathir yang
menjangkau dua dekad, Malaysia sudah bertukar daripada sebuah
negara demokrasi kepada satu regim diktator gara-gara beberapa
perundangan yang menekan dan zalim. Parlimen sudah menjadi
dewan tukang angguk, kebebasan akhbar adalah fenomena di
lipatan sejarah, siaran TV dan radio hanya dimonopoli oleh
propaganda kerajaan, perhimpunan rakyat yang ditaja oleh
Pembangkang diharamkan, pemimpin pembangkang ditangkap dan
ditahan tanpa bicara dan tanpa penentuan tempohnya,
perundangan mahkamah sudah dibungkus (sehingga baru-baru ini
dapat diperbetulkan sedikit) dan pilihanraya hanya merupakan majlis
suka-suka yang banyak kepalsuannya. Pemerintahan kuku-besi Mahathir secara bersendirian, telah
membuatkan korupsi kembang membiak, dan sistem kronisme
menguntungkan kumpulan elit dengan bertopengkan dasar hak
keistimewaan Melayu. Dasar budaya memuakan sesuatu kaum yang
tertentu yang begitu berakar-tunjang kini melarutkan daya saing
rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa, dan menggugat
keupayaan ekonomi negara untuk bersaing di dunia pasaran global.
Salahlaku pengurusan di pihak atasan dan segala kerja songlapan
wang rakyat sudahpun mengecutkan sumber negara yang ada.
Yang lebih dahsyat lagi, tindakan ganas Mahathir mendakwa dan
menghukum mantan timbalanya Anwar Ibrahim sedangkan beliau
sudah dijangka menggantikan jawatannya, dan kekejamannya
menindas pergerakan 'Reformasi' yang direstui Anwar sudahpun
menjerumuskan Malaysia ke kancah keaiban di peringkat
antarabangsa. Kedaulatan undang-undang di negara ini sudah
terhumban begitu jauh ke jurang keaiban sehinggakan amat sukar
untuknya melantun naik untuk meraih kepercayaan pelabur asing.
Senario persekitran yang sungguh kelam ini, memberi hanya satu
ruang berlandaskan perlembagaan untuk rakyat yang mahukan
reformasi di Malaysia dalam usaha menyingkirkan kuasa politik yang
berkarat itu dengan cara mendapatkan keadilan melalui
perundangan. Satu badan kehakiman yang betul-betul bebas
barulah mampu mengekalkan keadilan kepada rakyatnya, dan
mengembalikan satu suasana pertandingan untuk memegang kuasa
antara pemegang jawatannya dengan sesiapa yang mencabarnya.
Satu contoh yang baik ialah kisah rayuan Anwar terhadap
hukumannya dalam kes perbicaraan yang pertama. Kes itu
dijadualkan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 12
November, 2001, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana, seperti
yang diberitahu, ada seorang hakim yang sedang sakit. Seandainya
Anwar berjaya dengan rayuannya itu dan juga dalam beberapa
rayuan yang menyusulnya terhadap hukuman yang ditanggungnya,
dia berkemungkinan dibebaskan daripada penjara.
Begitulah juga halnya dengan pemimpin Reformasi yang kini ditahan
tanpa perbicaraan bawah undang-undang zalim ISA. Mereka
sudahpun membuat rayuan terakhir kepada mahkamah Persekutuan
terhadap penolakan permohonan 'habeas corpus' mereka. Kes ini
yang dijadualkan pada 19 November telah ditangguhkan juga,
seperti yang diberitahu kepada kita, disebabkan ada seorang hakim
yang sakit. Seandainya pemimpin Reformasi ini berjaya dengan
rayuan mereka, ia membawa erti mahkamah sudah masuk campur
menghentikan perbuatan menahan dan mendera untuk ditahan di
bawah ISA yang dikenakan sewenangnya terhadap pemimpin
pembangkang. Kesan bersepadu seandainya Anwar dibebaskan dan juga
pembebasan kepada para pemimpin Reformasi, akan dengan
spontan menyegarkan kembali parti politik mereka, Keadilan
Nasional. Maruah Anwar yang tidak terjejas sebagai seorang
pemimpin baik di peringkat nasional mahupun di peringkat
antarabangsa, dan kemasyhurannya di kalangan masyarakat
Melayu sudah tentu merupakan satu cabaran yang amat besar
kepada Mahathir. Apabila pergerakan Reformasi melaungkan jeritan
anti-korupsi secara bersatu-kaum, sudah tentu ia langsung menjadi
satu badan politik alternatif untuk menguburkan Barisan Nasional
yang kini sudah terlalu melekit kerana bergelumang dengan politik
wang dan fahaman perkauman yang ketinggalan zaman.
Senario di atas bukannya satu omongan, tetapi satu kenyataan yang
tidak jauh di depan mata, seandainya Ketua Hakim Negara berjaya
mengembalikan martabat kebebasan sistem perundangan negara
dan mengasaskan satu insitutsi yang berkesan peranannya,
menjalankan tugas dengan telus dan berkesan memenuhi apa yang
dimestikan oleh Perlembagaan. Oleh kerana semua parti Pembangkang sudahpun mengisytiharkan
sokongan mereka kepada Anwar sebagai bakal perdana menteri
Malaysia, adalah tidak sukar untuk Anwar menyatupadukan semua
kekuatan Pembangkang menjadi sebuah kerajaan yang berkesan
dengan pemimpin berbakat untuk memimpin negara ini mengahadapi
cabaran baru yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam dunia ICT
dan globalisasi. Besar kemungkinannya Malaysia akan dapat
diselamatkan daripada bencana pemerintahan haprak Mahathir yang
begitu lama penuh dengan salahurusnya.
Memang tidak sukar untuk melihat apakah negara ini dapat bertahan
sebagai satu negara demokrasi yang berwibawa. Ketua Hakim
Negara mestilah diberikan kuasa untuk melaksanakan reformasi
kepada sistem kehakiman negara dengan segara, tanpa
campurtangan Pentadbir Utama. Perlantikan Gani sebagai AG,
Fairuz sebagai Ketua Hakim Malaya dan Mohtar sebagai Hakim
Mahkamah Persekutuan, adalah merupakan hambatan utama yang
menyerlah yang bertujuan membantutkan segala tindakan
melaksanakan reformasi kepada sistem perundangan negara yang
berjalan dengan cemerlangnya. Oleh kerana Perdana Menteri
adalah manusia utama yang merancang perlantikan ini semua
mengikut perlembagaan, tekanan dan desakan yang maksima harus
diarahkan agar beliau memperbetulkan perlantikan yang silap ini.
Satu badan kehakiman yang bermaruah adalah merupakan barisan
terakhir pertahanan kita terhadap usaha Perdana Menteri mahu
mengenepikan apa juga cebisan hak asasi manusia yang masih lagi
berbaki. Eloklah kita mengambil pendirian sekarang ini dan
melakarkan satu garisan yang tidak dapat dilangkah oleh Perdana
Menteri dalam usahanya memuaskan nafsu serakahnya untuk
mengabdikan raykat negara ini semuanya.
Marilah kita tolak AG badut Mahathir dan semua hakim bonekanya
dengan segala keupayaan kita. Kim Quek. Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6397 |