Laman Webantu KM2: 6386 File Size: 10.1 Kb * |
TAG SP 470: MUK: Pilger - Perang Tipumuslihat Yang Berterusan By John Pilger 19/11/2001 2:02 am Mon |
Mirror UK Perang Tipumuslihat Yang Berterusan
(This War Of Lies Goes On) Oleh: John Pilger Tidak ada sesiapa yang menang dalam perperangan kabilah di
Afghanistan. Cuma pertukaran satu kumpulan pembunuh dengan
yang lagi satu. Perbezaannya kali ini, Presiden Bush mengiktiraf
puak yang menguasai Kabul kali ini dengan panggilan 'sahabat
kita'. Betapa gembirapun gambaran manusia yang betandak dan menari
dengan mainan irama yang mengiringi dan berduyunnya orang
lelaki yang berpusu-pusu dan beratur mahukan giliran janggut
mereka dicukur, apa yang disebut sebagai Pasukan Pakatan Utara
itu bukannya kumpulan yang menjanjikan kemerdekaan. Mereka
adalah kumpulan yang sama yang diberikan sambutan selamat
datang dengan penuh keriangan pada 1992 dulu, yang
kemudiannya bertindak ganas membunuh dengan kejam sekitar
50,000 manusia selama empat tahun mereka berperang sesama
saudara. Wira yang dijulang itu kini sudahpun membunuh dengan kejamnya
sekurang-kurangnya 100 tawanan perang dan ramai lagi,
termasuk merampas bekalan makanan sambil melakar semula satu
monopoli perdagangan jualbeli 'heroin.'
Pada minggu ini, Amnesty International telah membuat satu
kenyataan yang amat luar biasa yang menampakkan bisanya di
muka berita. Kenyataan itu seharusnya dipaparkan dengan jelas
di setiap muka akhbar dan kaca TV. 'Apabila pemimpin Pakatan
Utara gagal menyedari serta menghormati kesan hak asasi
manusia,' kata Amnesty, 'para menteri UK telah dengan sengaja
merelakan satu budaya membiarkan jenayah silam berlarutan dan
secara tidak langsung turut terbabit dengan kegiatan mencemar
hak asasi manusia itu.'
Sebenarnya, kumpulan penjenayah yang kini 'membebaskan'
Kabul telah diberikan peluang kedua oleh negara yang paling
perkasa di dunia yang telah menyungkit debu daripada bumi
sebuah negara yang termiskin di dunia, di mana jangka hayat
rakyatnya adalah sekitar 40 tahaun sahaja.
Untuk Apa? Tidak ada seorangpun pengganas yang terbabit dalam serangan
ngeri terhadap Amerika yang telah ditangkap ataupun dibunuh.
Osama Laden dan kumpulannya sudah tentu mampu menyelinap
masuk ke kawasan selamat di 'North West Frontier' ataupun
Pakistan. Apakah Pakistan akan diserang dengan bom pula?
Bagaimana pula dengan Arab Saudi dan Mesir di mana kumpulan
pelampau Islamiah dan akar umbi jaringan itu sudah lama
bertapak? Sudah tentu tidak. Ahli keluarga Saudi, yang mempunyai sebahagian ahli anggota
mereka berfahaman pelampau persis kumpulan Taliban menguasai
sumber bekalan minyak Amerika yang terbesar. Regim Mesir yang
menerima sogokan wang berbilion dollar setiap tahun, merupakan
satu proksi Amerika yang penting. Mereka tidak akan teraniaya.
Setakat ini belum lagi ada 'peperangan membasmi keganasan'.
Sebaliknya, kita telah menyaksikan satu versi mainan besar
imperial di mana pengganas yang 'jahat' ditukar-ganti dengan
pengganas yang dianggap 'baik' sedangkan jumlah manusia
yang tidak berdosa dan yang tidak terhitung banyaknya telah
terkorban. Ada yang kehilangan seluruh perkampungan, seluruh
keluarga, sebuah hospital, termasuk rekrut baru yang secara
mudah diberi gelaran sebagai pasukan pejuang muda 'Taliban'.
Kita mudah faham kenapakah mereka yang datang dari Barat
menyokong rentak serangan terbaru Amerika dari angkasa
ataupun membuat pertaruhan mereka, kini terpaksa memikirkan
betapa gelojohnya mereka dulu memberikan sokongan itu untuk
mempercayai bahawa peperangan melalui serangan bom yang
bergegar menjanjikan kemenangan yang besar. Cuba beritahu
falsafah itu kepada golongan tua yang sedang meratapi pusara
yang tidak seberapa rupanya di muka bumi yang tidakpun dapat
dikesan oleh tukang arah pengeboman udara itu.
Pertembungan antara kepintaran dan keinsanan yang menjadi
syarat mencapai kemenangan itu bukanlah satu fenomena yang
baru. Kalau diketepikan mereka yang dungu untuk berfikiran
waras, tinggallah golongan yang amat gemar bermain perang,
yang tidak berhati perut, seperti yang pernah saya alami
melihatkan kesediaan mereka menggunakan bom berangkai dan
pelbagai senjata ganas lagi. Apakah secara kebetulan serangan peluru berpandu Amerika
yang terakhir di Kabul sebelum munculnya para 'penyelamat',
telah memusnahkan alat pemancar stesen TV Al-Jazeera, yang
merupakan satu-satunya sumber maklumat dan berita yang dapat
dipercayai di rantau itu. Selama berminggu, pegawai Amerika telah mendesak kerajaan
Qatar, sebuah negara Teluk di mana Al-Jazeera mempunyai
pusat dan ibupejabatnya, untuk menghukum penyiarnya yang
telah memberikan laporan tersendiri mereka mengenai
'peperangan membasmi keganasan' berbeza daripada segala janji
manis Bush dan Blair yang melancarkan 'jihadnya'.
Rahsia tependam dan dianggap salah ialah serangan terhadap
Afghanistan itu adalah sesuatu yang tidak perlu. 'Asap perabun'
berkaitan dengan keseluruhan episod ini jelas terdapat dalam
segala bahan bukti yang dikemukakan oleh kerajaan British yang
semata-mata tidak berasas dan penuh kepalsuan. Mengikut Tony
Blair, adalah tidak mungkin dapat diekstradisi Osama bin Laden
daripada Afghanistan dengan cara lain selain pengeboman.
Akan tetapi, pada akhir September dan awal Oktober, para
pemimpin dua parti Islamiah Pakistan pernah berunding untuk
menyerahkan Osama bin Laden ke muka pengadilan berkaitan
dengan serangan September 11. Mereka mencadangkan agar
Osama dikenakan tahanan di dalam rumah kediamannya di
Peshawar. Mengikut laporan di Pakistan (dan dalam Daily
Telegraph) cadangan ini telah dipersetujui oleh Osama Laden dan
juga pemimpin Taliban Mullah Omar.
Tawaran itu sepatutnya menyediakan juga satu mahkamah
antarabangsa, yang akan menentukan sama ada mengadilinya
ataupun menyerahkannya kepada Amerika. Apapun, dia sudah
tentu keluar daripada Afghanistan dan ini bererti satu bentuk
penghakiman boleh dilihat sudah dianjurkan. Tawaran itu telah
diveto oleh Presiden Pervez Musharraf yang berkata dia 'tidak
mampu menjamin keselamatan Osama Laden'.
Siapa sebenarnya merosakkan rencana itu?
Duta AS di Pakistan telahpun diberitahu lebih awal lagi akan
cadangan itu dan penubuhan satu missi membabitkan Taliban.
Kemudian, seorang pegawai AS berkata rencana itu 'telah
menyempitkan sasaran kita' yang dianggap menghadapi risiko
'membantutkan satu usaha bertaraf antarabangsa yang
berkemungkinan berlaku seandainya Osama Laden dapat
ditangkap'. Sebaliknya AS dan Britain telah berbohong dengan memberi
penjelasan bahawa tidak ada tindakan alternatif selain
melancarakan pengeboman ke atas Afghanistan kerana
'keengganan' Taliban menyerahkan Osama bin Laden. Apa yang
diterima oleh rakyat Afghan sebenarnya ialah apa yang dikatakan
sebagai 'Penghakiman Amerika' yang dikuat-kuasakan oleh
seorang presiden yang telah menolak-tepi perjanjian
antarabangsa mengenai senjata nuklear, senjata kimia,
penzaliman dan pencemaran alam sekitar yang menghangatkan
bumi. Inilah dia seorang presiden keparat yang enggan
menandatangani perjanjian untuk diwujudkan satu mahkamah
antarabangsa untuk mengadili penjenayah perang, kerana itulah
tempatnya yang sesuai untuk menghakimi Osama bin Laden.
Apabila Tony Blair menyebut bahawa peperangan ini bukannya
satu serangan ke atas Islam, dia menyebut sesuatu yang ada
kebenarannya. Tujuannya, untuk jangka pendek, ialah untuk memuaskan desakan
orang tempatan kemudiannya mengembangkan lagi pengaruh
Amerika di wilayah yang sungguh penting itu yang memang wujud
satu kelompongan kuasa sejak Soviet Union berundur dan gugur,
dan kini muncul pula China yang mempunyai keperluan minyak
yang dijangka akan melampaui keperluan Amerika Syariakt.
Kerana itu pengawalan Asia Tengah dan sumber minyak di
Lembah Caspian merupakan faktor penting ketika kerja-kerja
mencarigali sedang dipergiatkan. Demikianlah, sehingga digugurkan bom berangkai untuk
memusnahkan nyawa mereka yang tidak berdosa, sebagai
pembalasan secara usaha sepakatan antarabangsa untuk
membalas dendam tindakan ganas yang telah mengorbankan
banyak nyawa di New York. Tetapi tindak balas yang tidak berperikemanusian sebagai
serangan balas episod September 11 itu telah dikuatkuasakan
oleh pentadbiran Amerika yang sebenarnya bertujuan
memperkasakan penonjolan ketuanannya di zaman pasca perang
dingin. Sedangkan usaha penonjolan kuasa itu mempunyai satu
sejarah tercatat yang panjang. Tipu muslihat 'peperangan membasmi keganasan' memberi Bush
satu helah untuk menekan Kongres agar menyetujui beberapa
undang-undang yang menghakiskan kebanyakan asas keadilan
dan demokrasi individu Amerika. Blair mengikut langkah itu secara
membabi-buta dengan beberapa undang-undang anti-keganasan yang
tidakpun berjaya menangkap seorangpun pengganas ketika perang
Irish dulu. Dalam suasana pengawalan yang zalim yang menakutkan di AS
dan Britain, sebarang usaha untuk memberikan penjelasan kepada
sebab musabab serangan dilakukan terhadap Amerika telah
disambut dengan tuduhan ganas sebagai 'penderhaka'.
Apabila diambil kira semua itu, segala kemenangan yang penuh
kepalsuan menunjukkan betapa mereka yang memegang teraju
kuasa di Washington dan London, dan mereka yang bersuara
lantang sebagai proksi mereka, akan faham juga, bahawa nyawa
sesetengah manusia mempunyai harga yang lebih tinggi
berbanding orang lain dan pembunuhan satu puak manusia awam
adalah satu jenayah. Kalaulah kita terima hakikat itu, bererti kita
mengalukan berlakunya segala kezaliman di banyak pihak, secara
berulang-ulang. Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6385
Ref: http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/
page.cfm?objectid=11427607&method=full
|