Laman Webantu KM2: 6383 File Size: 10.6 Kb * |
TAG SP 469: WorldNet: Bersarapan Pagi Dengan Wakil Taliban By Aaron Klein 19/11/2001 1:42 am Mon |
WorldNetDaily.com Bersarapan Pagi Dengan Wakil Taliban
(Breakfast with the Taliban) Oleh: Aaron Klein Catatan Editor: Aaron Klein ialah bekas editor 'The Commentator'
sebuah akhbar keluaran mahasiswa Yeshiva University di New
York. Beliau menarik perhatian antarabangsa bulan Mei lalu,
kerana membuat perjalanan menemubual beberapa anggota
Al-Qaida yang dipimpin oleh Osama bin Laden. Dia pernah
membuat satu laporan khas mengenai temubual itu semua dengan
tajuk 'My weekend with Enemy,' yang telah diterbitkan di banyak
akhbar perdana di empat negara. Klein pernah mendapat
wawancara khas dengan ketua PLO Yassir Arafat, bekas perdana
menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak dan aktivis
Princeton, Dr. Peter Singer. Januari lalu, Klein telah berdepan dengan wakil Afghanistan di
AS, Abdul Hakeem Mujahid. Beberapa hari kemudiannya, Mujahid
dan pembantunya telah disuruh keluar ekoran perbalahan dengan
beberapa pegawai Amerika di persidangan PBB di Manhattan.
Temubual ini merupakan yang terakhir pernah diberikan oleh wakil
Taliban di Amerika. Saya tiba di Flushing, Queens bersama seorang
jurugambar, menuju alamat yang telah diberikan, setelah
memeriksa beberapa kali alamat itu adalah satu maklumat yang
betul. Bangunan yang diperbuat dengan batu-bata merah itu
terletak di tengah-tangah perkampungan warga Taiwan, memang
tidak berapa sesuai untuk dijadikan pejabat kepada salah satu
organisasi yang paling ditakuti oleh dunia. Kompleks apartmen itu
telah diubahsuai untuk dijadikan pejabat beberapa orang doktor.
Kami mendaki beberapa anak tangga yang sempit ruangnya,
melepasi beberapa papan tanda yang bertulis, 'Proctology',
'Gastroenterology,' 'Endoscopy', dan akhirnya 'Islamic Emirate
of Afghanistan - Emiriyah Islamiah Afghanistan.'
'Selamat datang,' kata Mujahid, berkaki ayam dan menyarung
sepasang stokin kuning dan memakai blazer. Kamar itu memang
baik hiasannya, lengkap dengan permaidani mewah. Sekeping
peta Afghanistan terpasang jelas di dinding. Satu talian radio
teruske Kabul, memang berdecit-decit di kamar sebelah.
Menunggukan pembantunya menyediakan sarapan, Mujahid
memberikan penjelasan kenapa dia berada di Amerika. 'Semoga
rakyat Amerika faham keadaan di Afghanistan,' dan meminta
pengikhtirafan PBB akan kerajaan kami secara rasmi.'
Selama itu, walaupun Taliban menguasai 95 peratus bumi
Afghanistan, masyarakat antarabangsa hanya memperakui
kerajaan Burhanuddin Rabbani yang lama dijatuhkan, dan yang
hanya dapat bertahan di wilayah utara negara itu.
Saya memang belum makan apa-apa dan merasa lapar pada pagi
itu. Selalunya sarapan pagi bermakna saya akan menghadapi bagel,
krim kiju, bebuahan, bijirin, kopi dan jus oren. Tetapi saya nampak
pembantu mujahid membawa beberapa dulang hidangan yang
membuatkan air liur mula mahu menitis.
Kemudian saya dapat melihat apa yang dihidangkan. Kekacang
dalam pelbagai bentuk dan rupa sera jenisnya, hazelnuts,
chesnuts, cashewnuts, macademia, walnuts, pistachio, pecans.
Mata Mujahid membesar sambil menggengam pistachio untuk
disuap ke mulutnya, sambil mmpersilakan saya secangkir teh
hijau. Perasaan lapar saya menurun secara tiba-tiba. Mungkin
kerana tidak biasa melihatkan kekacang sebagai bahan sarapan,
agaknya. 'Mari kita bincangkan sikit akan dakwaan akhbar,' kata saya,
mencuba menarik minatnya kepada wawancara itu. 'Kenapakah
wanita tidak dibenarkan bekerja?' 'Kami tidak menegah kaum wanita bekerja,' jawab beliau. 'Cuma
pada waktu ini, kaum wanita lebih diperlukan untuk kerja-kerja di
rumah. Saya sungguh hairan kenapa anda mengambil berat kisah
itu. Ketika Soviet Union menjajah Afghanistan, Amerika Syarikat
membantu kami, tetapi pada waktu itu tidak adapun seorang
wanita yang keluar bekerja. Kenapakah Amerika tidak
membangkitkan soalan ini pada waktu itu?'
'Apakah wanita mendapat pendidikan?' 'Ini pun satu soalan yang ganjil,' jawab beliau. 'Al-Quran
mengeluarkan peraturan agar semua insan diberi pendidikan -
sama ada lelaki waima perempuan. Bagaimana pula anda
mentohmah kami menentang kaum wanita menerima pendidikan
mereka?' 'Apakah wanita pergi sekolah?' 'Belum lagi. Kami sedang membangunkan semula negara kami.
Malangnya, kami tidak punyai sumber untuk masa ini untuk
mendidik semua orang tetapi ini semua adalah dalam
perancangan kami. Kami tidak pernah menentang kaum wanita
menerima pendidikan. Malahan ada kumpulan tertentu yang
menentang kami kerana mereka tidak mahukan wanita pergi ke
sekolah. Kami akan laksanakan persekolahan untuk wanita dan
kanak-kanak perempuan secepat mungkin.'
Saya menjangkakan beliau akan menafikan laporan adanya
manusia yang direjam dengan batu di hadapan orang ramai.
Tetapi dia telah memeranjatkan saya. 'Betul, itu adalah sebahagian undang-undang negara,' jelas
beliau. 'Sebagai contoh, seandainya ada seorang lelaki dan
perempuan melakukan penzinaan dan terdapat empat saksi yang
melihatnya, mereka boleh dihukum rejam dengan batu. Setiap
hukuman yang diberikan kepada orang kami dilaksanakan di
hadapan khalayak ramai; ini adalah untuk menyedarkan orang lain
tidak mengikutinya. Di Amerika, anda menghukum pesalah secara
berahsia dan akibatnya jenayah yang sama diulang-ulang.
Saya bertanya Mujahid apa yang disyorkannya kepada Amerika.
'Bush harus menghukum mereka dalam stadium,' kata beliau dan
saya hampir tertumpahkan teh hijau di cawan.
Dia menyalahkan wujudnya 'tuduhan palsu media' terhadapa
hak asasi manusia yang tercemar itu kepada : Keengganan Barat
'untuk menerima kewujudan sebuah kerajaan yang tidak dapat
dikawalnya.' Dia amat yakin pihak media telah digunakan sebagai
alat propaganda untuk menghalalkan kegagalan masyarakat
sejagat yang gagal mengiktiraf kuasa Taliban.
Bagaimana pula dengan kisah Osama Laden?
'Oh, dia memang merupakan satu masalah kepada kami. Ketika
kami tiba di bahagian timur negara pada 1996, kami dapati Osama
Laden sudahpun menghuni di situ. Kami benarkan beliau menetap
di situ kerana mengenangkan jasanya ketika kami memerangi
Soviet. Dia mudah dikawal sebenarnnya. Kami telah beritahu dia
untuk tidak mencuba menjatuhkan kerajaan lain ataupun
memerangi mereka. Dan dia akur dengan peraturan itu.'
'Yang jelas dia telah mengancam negara lain. Apakah anda
benar-benar percaya Ben Laden tidak terlibat dengan serangan
Menara Pusat Dagangan Dunia pada '93 dulu' Ataupun
pengeboman kedutaan Amerika di Afrika Timur? Bagaimana
dengan serangan terhadap askar Amerika di Somalia? Ataupun
USS Cole di Yemen? 'Anda mesti faham, Osama bukannya merupakan seorang
manusia yang suka menyorok sesuatu. Dia adalah seorang yang
berani. Kalaulah dia menyerang sesuatu tentu dia berbangga
dengannya. Dia pernah mengisytiharkan bahawa dia tidak terlibat
dengan serangan terhadap kedutaan Amerika di Afrika. Begitu
juga dengan serangan terhadap Menara Pusat Dagangan Dunia,
dia pernah menafikan penglibatannya. Tetapi, kami juga faham
akan peraturan hak asasi manusia dan perlembagaan negara
Barat yang menyebut setiap insan itu dikira tidak bersalah
sehinggalah terbukti kesalahannya. Setakat ini tidak ada satu
mahkamahpun yang membuktikan beliau bersalah. Kami minta
bahan bukti itu tetapi pihak kamu tidak pun menyediakan sebarang
bukti yang sahih.' Nampaknya Osama merupakan satu isu hangat yang menyegarkan Mujahid.
'Saya terpaksa menyebut kisah tawaran hadiah bernilai $5 juta
dollar untuk mendapatkan Osama. Anda cuba mengebom beliau.
Dia menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai FBI.
Anda merupakan kerajaan yang paling perkasa. Tetapi kenapa
masih tidak berjaya menangkapnya?' sambung beliau sambil
ketawa. Salah satu perkara yang dirungutkan oleh Barat ialah penanaman
'poppy' oleh Taliban. Afghanistan membekalkan kira-kira 75%
keperluan candu haram. Saya tanyakan Mujahid bagaimanakah
kerajaannya yang begitu keras sanggup membenarkan rakyatnya
mengeluarkan 'opium', yang amat bercanggah dengan Hukum
Syariah. 'Kami amat menentang keras pengeluaran dadah, penggunannya
dan pengedarannya. Memang kami mempunyai maslah besar
dengan tanaman 'poppy'. Tetapi, tahun lalu pemimpin Taliban
Mullah Muhammad Omar telah mengisytiharkan mesti
mengurangkan penanaman poppy sehingga satu pertiga, dan
arahan itu nampak hasilnya.' Saya cabar dia akan maklumat itu: PBB beranggapan bahawa
pengurangan sebanyak 28 peratus itu adalah disebabkan
kemarau panjang di wilayah tersebut, dan juga kerana rencana
'Penanaman Tanaman Alternatif'. Tetapi Mujahid bertegas bahawa bantuan PBB tidak pernah
muncul dan pengisytiharan Mullah Omar adalah bertanggungjawab kepada
pengurangan kawasan tanaman dadah itu. 'Cuba tanya kerajaan anda
kenapakah mereka tidak hormati perkara ini. Kenapakah mereka masih
gunakan propaganda lama'' Sepanjang perbualan itu Mujahid tidak mempunyai masalah
bercakap untuk dirakamkan. Cuma ketika dia berbincang
mengenai Israel. Saya fikir dia tahu, apapun yang akan
disebutnya dia berkemungkinan menerima padahnya.
Dia memberitahu anak-anaknya yang tinggal bersama beliau,
menghadiri sekolah swasta tajaan institusi Islam. Pada tahun lalu,
mereka pertama kali merasa makan pizza dan menikmatinya.
Mereka tidak dibenarkan menonton TV kecuali siaran berita.
Tetapi dia mengaku anak-anaknya sudah pun menonton
rancangan Disney, walaupun 'tidak di rumah saya'. Mereka faham
masa terluang lebih baik digunakan untuk membaca Al-Quran.'
Saya bertanya Mujahid apakah ada isu lain yang dia ingin
bincangkan. 'Saya sebenarnya tidak hairan sangat dengan Barat. Kami lebih
gembira dikenali oleh warga Afghanistan dan menerima sokongan
mereka, untuk menjadi rakan sekutu antara kaum yang gembira.'
Kemudian, saya meminta diri untuk pulang.
Kini, setelah mengikuti pergolakan terakhir Amerika di
Afghanistan, saya masih terfikirkan di manakah Mujahid sekarang
ini? Bagaimana pula keadaannya? Kalaulah secara kebetulan
Mujahid ada terbaca kisah ini saya ingin mengirimkan pesan
untuk memberitahu Osama bin Laden bahawa saya mengucapkan: 'Hi'.
Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6376
Ref: http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=25336
|