Laman Webantu KM2: 6371 File Size: 5.7 Kb * |
DL: Reformasi Berjalan Kaki Sahaja - Puteri Umno DiTangkap Basah Pula By Dahlia 16/11/2001 4:08 am Fri |
REFORMASI BERJALAN KAKI SAHAJA...
Ketika menulis, baru saya betul-betul terasa. Terasa sesuatu
yang begitu dashyat semakin membelenggu kita agar tidak akan
dapat lepas walaupun sudah berkali-kali mencuba. Kita sekarang
terpaksa berjuang dengan berjalan kaki sahaja yang pastinya
akan membuat ramai menjadi putus asa. Tidak kurang pula yang
asyik terdemam seperti saya! Orang melayu yang dulunya perkasa
sudah menjadi semakin lemah dan tidak terdaya bila minda mereka
dengan mudah dapat ditawan dengan sedikit silapmata sahaja oleh
seorang pendatang asing dari Kerala. Tetapi bila membaca buku 'Long Walk to Freedom' oleh Nelson
Mandela dan menyelami buku 'Meniti Lautan Gelora' oleh Pak Said
Zahari, saya tersenyum seketika. Tidak mengapa berjalan panjang
kerana kita akan sampai juga akhirnya. Bukankah sejarah merakam
perjuangan sebegini sebenarnya lebih cenderung untuk berjaya
dan amat berbisa lagi perkasa?
Kita mungkin berjalan kaki diluar sana tetapi di dalam (dan
di sini?) kita sebenarnya berjalan jauh lebih pantas dari umno.
'Infact, such struggle is more likely to hit the target....,'
kata seorang kawan saya.
Saya ingin memetik satu emel yang tiba dipangkuan saya:
'Reformasi seperti sakit tapi kita masih mempunyai ubat tetapi umno
sudah getir dan tiada sesiapa pun mampu mengubatinya. Kalau akar
sudah beracun pohon akan mati juga lambat-launnya'
'Mahathir bukan membaiki umno tetapi dia menyembunyikan masalah
dan penyakit umno. Inilah tektik beliau sekian lama. Itulah juga
cara dia menyembunyikan kegetiran ekonomi Malaysia. Segalanya
dianjakkan agar tidak nampak malapetaka yang bakal tiba. Padahal
sial itu akan datang menghempap kita juga,'
'Penyakit yang tidak dibuang akan membunuh tuannya,'
'Mahathir memang mahukan kita demam dan tercedera sentiasa.
Pembangkang dan reformis sentiasa diasak dan dibiarkan bercelaru
dan terkeliru sepanjang masa dengan pelbagai muslihat dan propaganda.
Itulah yang berlaku kepada DS Anwar dan banyak lagi (termasuk di
alam siber) sehingga ada yang sudah lenyap terus selama-lamanya.
'Bagaimana kita mahu menang jika membisu seribu bahasa?
Bulan takkan jatuh ke riba! Apabila kita berhenti bersuara
Mahathir sebenarnya sudahpun menang dengan percuma.
Dengan menutup ruang untuk bersuara Mahathir sebenarnya
sudah mempamirkan di mana kelemahannya. Soalnya mengapa kita
tidak mengetuk pintu yang menggerunkannya itu? Patutlah kita
sekarang seperti tidak kemana-mana,' Baru-baru ini salah seorang AJK Puteri umno di sebuah negeri
yang terkenal dengan kasinonya telah ditangkap basah dengan
seorang ADUN. Tetapi berita ini tidak disiarkan, mungkin kerana
ada campur tangan pihak tertentu yang memadamkan rekod tangkapan
berkenaan, demi menjaga aib ADUN tersebut, malah menjaga imej
umno (imej?? hahaha..!!) itu sendiri.
Khabarnya si Puteri itu adalah anak kepada AJK umno Cawangan
dan AJK penaja Puteri umno Bahagian, merangkap penyelaras
Puteri DUN di bawah ADUN berkenaan. Memang terkejut besar
isteri si ADUN tersebut sehingga terpaksa berbomoh-bomoh.
Sayang Mona Fandey sudah tiada jika tidak mungkin dia boleh
bagi petua yang 'advanced' satu dua. Walaupun begitu saya tidak fikir kisah ini begitu menghairankan
jika ia berlaku di dalam umno. Kisah-kisah hebat seperti kes
Rahim Tambi Cik, Megat Junid, Shahidan Kassim, Najib, Sabaruddin
Chik, Khalil Yaakob dan beberapa tokoh lagi jauh lebih dahsyat
daripada itu. Semua kes mereka dianggap 'selesai' atau buang kes
sahaja oleh samada pihak Mahkamah, maupun pihak berkuasa.
Begitulah berkuasanya pihak berkuasa di Malaysia.
Oleh kerana sudah lama tidak menulis, sekali menulis, ingin
juga saya menyapa sdri Azalina Othman yang asyik menyibuk
mengkritik pihak-pihak yang dianggap tidak favour kepada
kerajaan sehingga menendang tidak tentu hala. Tetapi yang
jatuh berdepap siapa sebenarnya? Memorandum untuk memecat
TNC dulu apa cerita? Buang diam-diam ke?
Ramai tidak tahu Puteri umno telah beraksi biadap merampas
mikrofon di sidang akhbar Naib Canselor Universiti Malaya
satu ketika dulu. Kes Norhayati pula sudah senyap terus
di persada berita. Putri umno sudah tersungkur pada pusingan
pertama lagi dan lenyap terus bila loceng pusingan kedua
bermula! Putri umno sudah gagal merampas kampus dan terpaksa
cabut lari hampa. Sekarang kes rampas kasih dan sayang pula sehingga bergegar
rumah umno sendiri sampai tercabut tangga. Harap-harap tak
berbadan dua kerana hal itu Makcik umno yang jaga!
Isk, isk... punyalah Azalina menyibuk, sehingga tak sempat nak
tegur atau beri pesanan pada anak buah sendiri sehingga para
penaja puteri umno ni, belum apa-apa lagi dah terbabas ke
dalam genggaman ADUN sendiri. Mungkin kes yang cuba ditutup
dengar ini bukan kes pertama, kerana kes-kes seperti budak-budak
pompuan umno di bawa ke disko dan pub-pub, dibawak menziarahi
Hadyai dan Medan pun dah kedengaran. Cuma, mungkin Mak Cik
Rafidah tidak mendapat buktinya. Kalau tidak... fuh, naya
Azalina kena tibai! Dahlia/KL |