Laman Webantu KM2: 6359 File Size: 13.2 Kb * |
TAG SP 459: MUK: Kelesuan Perang Di Wajah Blair Jelas Terbayang By Oonagh Blackman 14/11/2001 2:32 pm Wed |
[Blair begitu beria-ria membantu Amerika sehingga sanggup
bekerja bagai nak gila padahal itu semua sia-sia sahaja. Britain
dan Amerika sudahpun dianggap pengganas dunia yang tidak berhati
manusia. Dan itu tidak akan mampus dikikis dari minda mungkin untuk
selama-lamanya. Britain akan menjadi sasaran dan rakyat Britain
sendiri yang akan terkena dan merasai sengsara. Itu semua boleh
dielak jika Blair panjang aqalnya dan tidak terlibat dari mula.
- Editor] Kelesuan Perang Di Wajah Blair Jelas Terbayang
Oleh: Oonagh Blackman (Deputy Political Editor)
Empat jam sudah berlalu sejak Boeing 777 meluncur naik melepasi
ruang udara pangkalan udara India, tetapi Tony Blair masih lagi
berjalan mundar-mandir di kabin pesawat itu. Perdana Menteri itu
sudah begitu teransang disebabkan adrenalin yang mengalir
garang sehingga beliau terkedu kerana keletihan seperti orang lain
dalam penerbangan pulang daripada satu missi diplomatik yang
sungguh mengazabkan. Tidak ramai yang masih berjaga ketika saya mencelikkan mata dan
melihat Mr. Blair, masih berjaga dengan secangkir teh di
tangannya, bersembang-sembang dengan seorang pramugari di
sisi. Salah seorang anggota petugas pesawat itu berkata kemudiannya:
'Sungguh menakjubkan. Saya hairan bagaimana dia menjalankan
tugasnya.' Namun, Perdana Menteri itu kelihatan sungguh tertekan
keadaannya. Tetapi, beliau sudah berterbangan lebih 40,000 batu
melalui beberapa zon waktu dengan 31 penerbangan dalam masa
51 hari. Missi yang pertama ialah penerbangannya ke Berlin, New York
dan Brussels. Pada 3 Oktober, dia terbang ke Moscow, Islamabad
dan New Delhi, India. Kerana masih tidak puashati dengan tugasnya itu, dia telah
terbang ke Oman untuk berjumpa pasukan tentera British yang
menjalani latihan di sana. Penerbangan itu dibuatnya daripada
Geneva sebelum bertolak pula ke Mesir.
Kemudian dia membuat beberapa lawatan yang besejarah. Bermula
pada 30 Oktober, dia pergi ke Syria, Arab Saudi, Jordan,
Jerusalem, Tebing Gaza dan Genoa di Italy sebelum beralih
pulang. Pada hari Rabu dia telah menaiki concorde ke Washington untuk
bertemu George W Bush sebelum berpatah balik semula untuk
berbincang dengan Raja Abdullah di Jordan dan pemimpin
Pakistan Pervez Musharraf. Mr. Blair telah kehilangan sedikit
berat badannya sejak berterbangan selepas September 11
menonjolkannya ke pentas dunia dalam usaha memerangi
keganasan. Selain berterusan meminum teh, dia memakan buah-buahan dan
banyak air galian. Ketika saya bertanya seorang pembantu,
kalau-kalau Perdana Menteri menerima suntikan vitamin, dia
menjawab secara tidak meyakinkan: 'Tidak, dia cuba menyihatkan
badan melalui permainan tennis.' Mr.Blair tentu telah menghabiskan hanya sembilan jam untuk tidur
selama tiga malam dia berada di Russia, Pakistan dan India untuk
perbincangan mengenai anti-keganasan.
Sejak itulah semakin ketara tekanan fisikal yang menghantuinya.
Ketika PM menurun tangga pesawat jet di Heathrow pada jam 2
pagi lapan hari yang lalu, dia memang kelihatan terlalu keletihan.
Akan tetapi, ada salah seorang penasihatnya berkata: 'Dia
mempunyai keupayaan untuk menumpukan perhatian ke atas
setiap isu dalam cara yang yang menentu dan kemudian mampu
menukar haluan untuk menutupkan mata barang sekejap.
Namun, ada ketikanya batteri yang kuatpun boleh kekurangan
kuasanya. Isnin lalu ketika menghadiri persidangan CBI, dia menjadi tertekan.
Penulis politik Simon Hoggart menulis; 'Oleh kerana keletihan, Dia
menunjukkan satu wajah yang sungguh lesu, keletihan dan
kebingungan. 'Saya menantikan seseorang yang berani melaungkan:
'Cukuplah, PM. Tibalah masanya merehatkan badan daripada
segala keributan.' Malam kelmarin, selepas menghadiri satu seminar di Downing
Street mengenai Sistem Keadilan Pemuda, Mr. Blair berundur ke
Chequers. Tetapi, oleh kerana PM Sepanyol, Jose Maria Aznar datang
melawat, memang tidak banyak peluang untuk beliau beristirahat.
JILL PALMER Wartawan Perubatan Mirror menulis kenapa Tony
Blair harus mengurangkan perjalanannya
Tekanan fizikal dan psikologi selama lapan minggu sudahpun
menampakkan kesannya pada Tony Blair.
Kekurangan tidur, waktu makan yang tidak menentu, kekurangan
berriadah, semuanya menyebabkan keletihan beliau itu amat
ketara. 'Jet-lag' ataupun penerbangan yang jauh memang mengenakan
kesan yang mencengkam, merobah corak kehidupan seharian.
Apabila tiba masa untuk melelapkan mata, tidur itu merupakan satu
kemestian yang tetap diselang-seli dengan berjaga.
Apabila dia meluru daripada satu negara ke negara lain, Tony
Blair tidak mempunyai masa secukupnya untuk menyesuaikan
dirnya dengan keadaan itu. Sistem waktu dalam badannya mudah
meragam, kerana tidak dapat mengecam suasana untuk tidur
ataupun berjaga, bersarapan pagi ataupun makan malam.
Keadaan dalam pesawat yang selalu dipam udara di dalamnya
adalah satu bahaya kepada keselamatan, mengasak tekak dan
mata dan penerbangan yang berpanjangan bererti Tony Blair tidak
mampu makan pada waktu yang biasa sehingga terpaksa terlupa
melayan keperluan otaknya. Jadual kerjanya tidak memberikan masa lapang untuk berriadah
dan menghirup udara segar. Keadaannya adalah penting untuk
menyegarkan tenaga, melegakan tekanan dan menyediakan satu
perasaan selesa. Tetapi, selain masalah fizikal ini, tekanan mental memang
menyeluruh dan boleh menyebabkan kesakitan dan keperitan,
berpeluh, kurang hadam, malahan kerunsingan dan tekanan.
Semua itu menyebabkan keletihan yang dahsyat dan kalaulah Mr.
Blair tidak melapangkan masanya, dia berkemungkinan akan jatuh
kerana keletihan yang amat sangat. Pendapat DONALD ANDERSON MP Pengerusi Dewan Rakyat
'Foreign Affairs Select Committee' mengatakan missi diplomasi
PM adalah sesuatu yang berpatutan ANDA tentu telah mendengar ramai orang berkata: 'Ini adalah
peperangan Amerika. Tony Blair seharusnya berdiam sahaja di
negaranya sendiri.' Tetapi, kita sudahpun terlibat. Bukan sahaja kerana ramai rakyat
Britain yang menjadi mangsa pada September 11.
Tuduhan sudah tertumpu kepada Osama bin Laden, yang
dilindungi oleh Taliban. Wujud satu ancaman sebenar kalaulah ini
tidak dihentikan, dia akan menggunakan kimia, senjata biologi dan
nuklear terhadap kita. Patutlah Tony Blair begitu aktif bagi pihak
kita semua. Saya baru pulang daripada New York dan Washington di mana
pegawai tinggi di sana memuji Perdana Menteri. Presiden Bush
pernah berkata pada Rabu dulu: 'Kita tidak ada sahabat yang
lebih hebat daripada Great Britain. Saya tidak ada orang lain yang
lebih sesuai untuk berbincang masalah bersama, selain Tony
Blair.' (catatan penterjemah - ini cakap penyangak besar tanpa
memikirkan betapa tersentuhnya hati rakyat Amerika yang
bertungkus lumus menyokong beliau di Amerika.)
Memang seronok menjadi warga Britain di AS hari ini. Mr. Blair
telah menonjolkan pengaruh kami sebenarnya. Dia telah membantu
membina satu pakatan dan menentukan betapa keperluan rakyat
Afghan itu seharusnya menjadi agenda utama. Dia tahu cara
terbaik untuk kencapai kejayaan dalam mengnyahkan Osama bin
Laden dan kawan-kawannya yang jahat itu.
Blair baru sahaja membina jambatan kedamaian antara orang
Palestin dan Israel (sayangnya jambatan itu bertahan beberapa
hari sahaja - penterjemah) Mr. Blair menyuntik kekuatan
bertolak-ansur di mana perlu dan sedang memainkkan peranannya
yang baik untuk kita semua turut bergaya di situ.
Terjemahan: SPAR. Asal: http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/
page.cfm?objectid=11416838&method=full
By Oonagh Blackman FOUR hours after the Boeing 777 had soared out of an Air Force
base in India Tony Blair was still pacing up and down the cabin.
The restless Prime Minister was too charged up with adrenaline to
collapse with exhaustion like everyone else on the flight home from
his latest gruelling diplomatic mission.
Few were awake when I looked up and saw Mr Blair, mug of tea in
hand, chatting to an air stewardess. One of the flight crew said later: "It's amazing. I don't know how he
does it." However, the PM looked absolutely shattered.
Drained: Tony Blair But then he has travelled more than 40,000 miles through several
time zones on 31 flights in 50 days. His first mission took him to Berlin, Paris, New York and Brussels.
On October 4 he flew to Moscow, Pakistan capital Islamabad and
New Delhi, India. Not content with that, he later met troops on training exercise in
Oman - via Geneva - and then left for Egypt.
Then came the big one. Starting on October 30 he went to Syria,
Saudi Arabia, Jordan, Jerusalem, the Gaza Strip and Genoa in
Italy on the way home. On Wednesday he was on Concorde to meet George W Bush in
Washington before heading home for talks with Jordan's King
Abdullah and Pakistan leader Pervez Musharraf. Mr Blair has shed
a noticeable amount of weight since he took to the skies after
September 11 to dominate the world stage in the war on terror.
Apart from copious amounts of tea, he eats fruit and drinks litres of
mineral water. When I asked an aide if the PM was having vitamin jabs he replied
unconvincingly: "No, he tries to keep fit playing tennis."
Mr Blair must have had nine hours sleep in three nights as he
visited Russia, Pakistan and India for anti-terrorism talks.
That was when the physical strain began to show. As the PM
stepped from the jet in Heathrow at 2am eight days ago he looked
weighed down with fatigue. But one of his advisers said: "He is blessed with the ability to
concentrate on each issue in a focused way and then switch off
suddenly and get a nap. "But at some point the batteries get drained."
That moment came last Monday at the CBI conference.
Political writer Simon Hoggart wrote: "Because he is tired. He gives
the appearance of being awfully, dreadfully, numbingly,
head-spinningly tired. "I longed for someone to shout: 'Enough, PM. Time for jim-jams
and a milky drink and up the wooden hill for you'."
Last night, after attending a Downing Street seminar on the Youth
Justice System, Mr Blair retreated to Chequers.
But with Spanish PM Jose Maria Aznar visiting, there was little
chance of a proper rest. JILL PALMER Mirror Medical Correspondent on why Tony Blair
should cut down on his continual travelling
THE physical and psychological stresses and strains of the past
eight weeks are taking their toll on Tony Blair.
Sleep deprivation, irregular meals, lack of exercise. They all add
up to the signs of exhaustion he is showing.
Jet-lag has an extremely debilitating effect, disrupting daily
patterns. Sleep, when it comes, is fitful and interrupted.
As he rushes from country to country Tony Blair has little or no
time to adjust. His body clock is shot to pieces, not knowing
whether he should sleep or wake, eat breakfast or dinner.
The pressurised, dry air inside aircraft is a health hazard, affecting
the throat and eyes and continual travelling means Tony Blair is
not eating regular meals so missing out on essential "brain food".
His schedule has left little time for exercise and fresh air. Both are
essential to boost energy, relieve depression and provide a
general "feel-good" factor. But apart from the physical problems, the mental stress is
overwhelming and can lead to aches and pains, palpitations,
indigestion, even anxiety and depression.
It all adds up to total exhaustion and, if Mr Blair doesn't take some
time out soon, he could be close to collapse.
DONALD ANDERSON MP Chairman of the Commons Foreign
Affairs Select Committee on why PM's shuttle diplomacy is right
YOU must have heard all the whiners, saying: "This is America's
war. Tony Blair should stay at home."
But we are involved. And not just because so many Britons were
victims on September 11. The finger of blame points to Osama bin Laden, sheltered by the
Taliban. There is a very real threat that if not stopped, he will use
chemical, biological and even nuclear weapons against us. No
wonder Tony Blair is so active on behalf of us all.
I have just returned from New York and Washington where senior
officials praised the Prime Minister. President George W. Bush said
on Wednesday: "We have no better friend than Great Britain. I've
got no better person I would like to talk about our mutual concerns
than Tony Blair." It is good to be British in the USA today. Mr Blair has given us real
influence. He has helped build the coalition and ensure the needs
of the people of Afghanistan are high on the agenda. He knows the
best way to succeed is to get rid of bin Laden and his evil friends.
He has started building peace between the Palestinians and Israel.
Mr Blair brings a moderate strength where it matters and is doing a
great job for all of us. |