Laman Webantu KM2: 6358 File Size: 13.7 Kb * |
TAG SP 459: TLdn: B2 - Kesilapan Mengisytiharkan 'Peperangan' By Sir Michael Howard 14/11/2001 1:27 pm Wed |
[The world is inviting disaster with this declaration of war.
Terror won't simply dissappear through this kind of war. Infact it
would reappear in other forms which we have not seen before.
- Editor] (Mistake to declare this a 'WAR') Oleh Sir Michael Howard 'Seperti yang kita telah alami sejak abad yang lalu, perjuangan
menentang keganasan itu, sekurang-kurangnya di Ireland Utara,
adalah tidak serupa dengan cara memerangi dadah ataupun
peperangan terhadap jenayah. Pada asasnya, ia merupakan satu
peperangan 'menawan hati dan minda'; dan adalah elok
dirakamkan di sini betapa frasa itu pertama kalinya dicipta dalam
satu kempen yang paling berkesan yang pernah melibatkan
Angkatan Bersenjata British - Darurat di Malaya dalam 1950-an
dulu (satu kempen yang mengambil masa sekitar 15 tahun untuk
sampai kepada penamatnya.) Tanpa kejayaan menawan hati dan
minda, seseorang itu tidak berjaya mendapat risikan, dan tanpa
bahan risikan para pengganas tidak akan dapat ditumpaskan.
'Para penjenayah ataupun pengedar dadah bukannya mempunyai
ruang yang bebas untuk bergerak dan dalam setiap kempen
memerangi mereka kerajaan selalunya menerima sokongan yang
memihak kepadanya. Namun seperti yang kita sedia maklum,
seseorang yang dianggap pengganas di satu tempat mungkin
merupakan pejuang kebebasan kepada satu pihak. Para
pengganas boleh ditumpaskan hanya apabila tanggapan
masyarakat awam, baik di negara sendiri ataupun di luar,
memberikan sokongan kepada pihak yang berkuasa dan
mengikhtiraf mereka sebagai penjenayah dan bukannya sebagai
wira.' 'Dalam percaturan kepintaran yang dimainkan oleh penjenayah
dan pihak yang berkuasa, seperti yang kita alami di Palestin dan
Ireland, pihak pengganas dikira menang peperangan mereka
seandainya mereka berjaya menjentik semangat pihak berkuasa
untuk menggunakan kekuatan tenaga memerangi mereka. Ini
membuatkan mereka berada di satu kedudukan yang selamat dan
memberansangkan. Sama ada mereka menghilangkan diri untuk
bertarung lagi ataupun mereka ditumpaskan dan diikhtiraf sebagai
mati syahid. Dalam usaha memerangi mereka ramai orang yang
tidak berdosa menjadi mangsa dan ini akan terus melumpuhkan
kewibawaan kerajaan. 'Siapakah yang dapat melupakan peristiwa Black Sunday (Ahad
Gelita) di Ireland Utara, apabila beberapa das tembakan senjata
kecil daripada British Army telah memberikan kemenangan
propaganda kepada IRA sehinggakan pada saat kinipun kerajaan
British kecundang daripada usaha untuk menang? Kalaulah begitu
hebatnya bencana yang dicetuskan oleh ledakan senapang raifel,
bagaimana pula kisah bencana yang disebabkan oleh ledakan
bom? Saya hanya mampu mencadangkan bahawa ia adalah
laksana menghapuskan sel-sel kanser dengan menggunakan
api-pembakar. Apapun dalil ketenteraannya, pengeboman
Afghanistan, yang mencetuskan 'bencana perang' yang tidak
dapat dielakkan, akan melunturkan apa juga cebisan lonjakan nilai
murni kehidupan yang kita nikmati hasil pengeboman ngeri yang
menghunjam Pusat Dagangan Dunia itu. 'Saya amat benci menyebutnya, tetapi dalam masa enam bulan
gelora yang akan memendungi dunia, walaupun tidak akan
dilupakan, dan kemudiannya diingati sejarah secara terus
merakamnya; sedangkan setiap gambar sebuah hospital dibom
disiarkan di TV, atau kanak-kanak terus menjadi mangsa
jerangkap samar, atau pelarian menjadi sengsara dihalau keluar
oleh tindakan ketenteraan barat, akan memperkasakan kebencian
seteru kita, untuk menerima kemasukan rekrut baru menganggotai
kumpulan pengganas mereka dan menabur bibit kecurigaan yang
segar dalam benak para penyokong mereka semua.
'Saya tidak mempunyai banyak keraguan betapa kempen di
Afghanistan itu telah dipilih hanya berasaskan budibicara politik
dan ketenteraan yang paling baik, dengan penuh kesedaran akan
segala muslihat ketenteraan dan bahaya politik, dan keyakinan
yang ikhlas bahawa tidak ada alternatif yang lain. Seperti yang
disebut dengan munasabahnya oleh orang Amerika, ia merupakan
satu keadaan 'AOS': 'All Options Stink' di mana semua pilihan
itu memang membahayakan. Namun, dalam mengasak kita untuk
membuat pilihan itu semua, para pengganas telah memilih muslihat
yang pertama dan paling penting sifatnya.
'Saya juga dapat memahami dalil ketenteraan yang memacu
kempen itu. Ia berasaskan satu andaian politik betapa pentingnya
rangkaian pengganas itu mesti dimusnahkan secepat yang
mungkin sebelum ia melaksanakan lebih banyak kemusnahan.
Lagipun ia merumuskan bahawa rangkaian ganas itu adalah hasil
rancangan unggulan seorang insan yang bukan kepalang pintar
kebajingannya. Itulah Osama bin Laden, seandainya beliau dapat
dimusnahkan bererti akan melumpuhkan walaupun tidak
menghancurkan pergerakan jaringannya. Osama Laden (pernah)
beroperasi di sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang
degil dan enggan menyerahkannya kepada pengadilan
antarabangsa. Semua pemerintah ini mesti dipaksa untuk menukar
pendirian mereka. Jalan yang paling cepat untuk merobah
pendirian mereka ialah melalui pengeboman udara, terutama
disebabkan masalah logistik yang amat sukar dan besar kalau
dilancarkan serangan besar-besaran wilayah mereka. Oleh kerana
andaian begini, apakah alternatifnya yang kita miliki?
'Akan tetapi dalil yang terbaik dan logik yang paling jelas kerana
menarik, mempunyai nilai yang rendah sekiranya dicetuskan oleh
andaian yang salah. Saya tidak ragu lagi kalaulah ada suara
lantang yang terdengar di Washington dan Whitehall
mempertikaikannya dan menuding ke arah bahaya yang
disebabkan oleh tindakan ketenteraan. Jika demikian, sudah pasti
suara lantang itu akan ditenggelami oleh kesanggupan politik yang
menggegarkan: Sesuatu Mesti Dilakukan. Suara yang sama mesti
mempersoalkan kebijaksanaan yang sama, kalaupun tidak
disebabkan kebetulannya, memperakukan bahawa Osama Laden
sebagai insan utama terlibat dalam jaringan keganasan itu; sambil
memomokkannya, sedangkan ramai orang lain yang memberikan
status kewiraan yang dinikmati oleh 'pejuang kebebasan'
sepanjang hayat mereka. 'Kini kita dihantui dilema yang dahsyat. Kalaulah kita kemukannya
ke majlis pengadilan kita akan memberikanya satu pentas
propaganda berstatus global. Kalaulah kita musnahkan beliau -
mungkin dengan cara 'menembaknya ketika cuba melepaskan
diri' - dia akan dianggap mati syahid. Kalau dia mampu
melepaskan diri, dia akan anggap seorang Robin Hood zaman ini.
Dia tidak boleh kalah. Walaupun dia dimusnahkan, adalah sukar
untuk mempercayai bahawa satu jaringan sejagat yang dianggotai
manusia yang cerdik dan pandai seperti mana mereka taksub dan
zalim dan tidak mampu berfungsi secara berkesan sehinggalah
mereka dapat dikesan oleh usaha risikan dan operasi polis,
dengan syarat segala tindakan mereka itu tidak mesti diketahui dan
tersebar luas di akhbar. Proses semacam itu, seperti yang disebut
dengan betulnya oleh Ketua Turus Pertahanan, bekemungkinan
memakan masa berdekad untuk dilaksanakan.
'Kini operasi itu sudahpun bermula dan mesti diteruskan untuk
kejayaannya; agar kejayaan itu membolehkan kita mengundur diri
dengan penuh kehormatan dan untuk menyeronokkan industri
media mengisytiharkan 'kemenangan' (walaupun kehendak
'kemenangan' itu dan segala cakap besar ala-Churchil yang
menemaninya, menunjukkan betapa media dan ahli politik masih
tidak memahami jenis masalah yang menghantui kita.) Hanya
selepas melakukannya barulah mungkin meneruskan usaha
sebenar yang saya sebutkan itu, yang tidak akan menjelaskan
peperangan yang menakjubkan dan tidak ada kemenangannya
yang jelas. 'Ada satu analogi oleh Sir Michael Boyce mengenai Perang
Dingin yang ada kepentingannya. Bukan sahaja ia berpanjangan
tempohnya, tetapi dingin pula sifatnya. Ada satu bahaya yang ia
akan bertukar rupa menjadi satu peperangan nuklear, yang akan
mengecewakan semua pihak. Bahaya peperangan nuklear secara
berleluasa, nampaknya sudahpun berkurangan, walaupun untuk
satu ketika, ia sudah diganti dengan yang lain. Kalau adapun yang
kurang menakutkan, kemungkinan akan tercetusnya satu
pertembungan budaya yang berlanjutan yang bukan sahaja akan
memecah-belahkan dunia ini tetapi menghancurkan penyatuan
dalaman daripada masyarakat pelbagai budaya yang semakin
meningkat. Lagi lama peperangan terbuka memerangi keganasan,
baik di Afghanistan ataupun di tempat lain, makin besar lagi
bahaya yang akan terjadi. 'Tidak ada sebab menyangkakan bahawa Osama bin Laden
menikmati lebih banyak simpati dalam dunia Islam, berbanding
sebagai contohnya, yang dinikmati oleh Ian Paisley dalam dunia
Kristian. Dia merupakan satu fenomena yang muncul beberapa kali
dalam sejarah kita - seorang pemimpin agama yang berkarisma
dan bersikap liar kepada barat sehingga mencetuskan satu
ketaksuban yang kadangkala menghenyak sebuah negara. Ada
satu ketika dulu wujud seorang Mahadi di Sudan ketika abad
ke-19 dulu, dan juga seorang 'Mullah Gila' di Somaliland pada
awal ke-20an dulu. Sebenarnya, mereka memberikan masalah
tempatan yang tulin, walaupun sebahagian anggota British Army
itu terpaksa dikerah untuk menentang Mahadi dan para
penyokongnnya. 'Perbezaannya pada waktu ini ialah; para pemimin semacam itu
mampu mengrekrut para penyokong daripada segenap penjuru
dunia, dan mereka berupaya menyerang balas daripada segenap
penjuru dunia juga. Bukannya mereka itu mewakili Islam ataupun
diizinkan oleh Islam, tetapi akar umbi ketokohan mereka terletak
pada masalah Islam yang agak ganjil yang semakin memburuk
sejak tempoh terakhir abad kedua puluh. Inilah dia yang mencabar
budaya Islam dan nilainya disebabkan budaya material dan
sekular daripada barat; dan kegagalan mereka menyerap serangan
barat itu. 'Ini merupakan satu perkara yang amat luas yang tidak
melayakkan saya bercakap mengenainya, tetapi yang kita mesti
faham seandainya kita masih punyai harapan, bukan semata-mata
mahu menang Perang Dingin, tetapi dalam usaha menyekatnya
bertukar menjadi lebih panas. Apabila diimbas kembali semua itu, adalah menakjubkan betapa
sedikit sahaja kita memahaminya, krisis yang besar-besar yang
menghantui sebahagian besar masyarakat dunia daripada Maghribi
merentasi Timur Tengah dan Asia Tengah menjangkau luas kepada
Selatan Asia dan Asia Tenggara hinggalah menyeluruhi Filipina.
Semua krisis itu menyeluruhi perkara penduduk berlebihan, yang
kurang maju, dipaksa meniru cara Barat sejak awalan pasca
moden dulu sedangkan mereka belum lagi bersedia memahami
apakah ertikata tamadun itu sebenarnya. Ini bukannya satu
masalah mengenai kemiskinan berbanding kekayaan, dan saya
khuatir ia adalah pertanda budaya materialisme barat yang cuba
mempengaruhinya. Ia sudah menjadi satu pertembungan yang amat
menyerlah antara budaya ketauhidan yang tradisi dan lama
berakar-umbi, di setiap tempat yang tidakpun banyak bezanya
dengan Eropah ketika Zaman Pertengahan dulu, dengan nilai
kebendaan sekular di zaman 'Enlightment' (pengajaran melalui
kebangkitan agama) 'Saya lebih selesa memikirkan, dengan penuh terima kasih kepada
pengalaman imperial kita, betapa pihak British telah memahami
segala masalah itu - ataupun kita sendiri yang sepatutnya
berkelakuan begitu - dalam keadaan lebih baik daripada
masyarakat lain. Mungkin lebih baik daripada jiran kita orang
Peranchis. Tetapi bagi kebanyakan orang Amerika ia mesti disebut
di sini Islam merupakah sesuatu yang baru kepada mereka - dan
sesuatu, seperti begitu banyak kawasan hitam pada peta dunia
dulukala, mereka fikirkan itulah kawasannya yang dihuni oleh
naga. 'Inilah wilayahnya di mana kita terpaksa memerangi hati dan
minda untuk memenanginya seandainya kita mahu berjaya dalam
perjuangan melawan keganasan. Kubu terdepan dalam perjuangan
ini bukannya di Afghanistan. Ia terletak di beberapa negara Islam
di mana kerajaan moden sedang digugat serangbalas kumpulan
tradisi: Turki, Mesir, Pakistan adalah beberapa nama sebagai
contohnya yang amat ketara. Seperti yang kita juga sedar, kubu
terdepan ini berada di antara jalanraya di negara kita. Kepada
orang-orang ini peristiwa September 11 memang satu peristiwa
ngeri, tetapi semua itu berlaku lebih jauh dan lama dulu di satu
dunia yang amat berbeza. Mereka yang merana hasil serangan
udara Barat ataupun pencerobohan Israel dipaparkan di TV setiap
malam sebagai manusia, walaupun jauh tempat duduknya, adalah
mereka yang dianggap bersaudara.
'Itu sebabnya usaha memanjangkan peperangan ini mempunyai
kesan yang amat berbahaya. Pendapat rakyat Amerika semakin
mendesak kini agar perang itu dipanjangkan pula dalam satu
gelagat 'Langkah Panjang' merentasi apa yang disebut sebagai
'negara samseng'; bermula dengan Iraq, untuk membasmikan
keganasan untuk kebaikan berpanjangan di dunia ini. Saya tidak
terfikirkan dasar lain yang berkemungkinan bukan sahaja
memanjangkan peperangan ini, tetapi akan menentukan kita tidak
akan memenanginya. 'Saya faham pada tengah hari tadi, mungkin juga pada ketika ini,
Perdana Menteri (Blair) sedang memberikan satu ucapan meminta
rakyat British agar mempunyai semangat juang. Ini merupakan
sesuatu yang sama pentingnya dengan sikap kita berdiri megah
dengan bergaya. Sir Michael memberi ucapannya di Royal United Services Institute
...Tamat.... Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6353
|