Laman Webantu KM2: 6351 File Size: 7.4 Kb * |
TAG SP 457: BGlobe: Mereka Yg Menggunakan Proksi Adalah Pembunuh Juga By Michael Kranish 12/11/2001 10:09 am Mon |
The Boston Globe Mereka Yang Menggunakan Proksi Adalah Pembunuh Juga
(When those who play proxy are killers)
Oleh: Michael Kranish in Washington Pembunuhan beramai-ramai itu terjadi pada satu malam bulan Mei,
1997, di bahagian utara Afghanistan. Sekitar 3,000 orang askar
telah dikepung. Ramai yang telah dibunuh dengan kejamnya di
kawasan gurun pasir; yang lain dipaksa terjun ke dalam telaga, di
mana bom tangan dilontarkan untuk membunuh mereka.
Semua yang dijadikan mangsa dan dibunuh dengan kejam itu
adalah pasukan Taliban, dan para pembunuh mereka adalah
anggota pasukan Pakatan Utara. Peristiwa pembunuhan
beramai-ramai itu disambut ulangahunnya setahun kemudian
dengan cara yang sama. Kali ini ia dilakukan oleh Taliban
dengan geram sebagai satu langkah membalas dendam.
Kekejaman itu yang memang lama diketahui oleh kumpulan hak
asasi manusia dan hanya baru kini diketahui secara meluas oleh
dunia, adalah salah satu sebab utama kenapa Amerika Syarikat .
memilih Pakatan Utara sebagai tulang-belakang usaha
menubuhkan kerajan pasca Taliban di Afghanistan.
Kekejaman itu mencetuskan beberapa persoalan yang menakutkan,
seperti: apakah AS akan mengusahakan pengadilan terhadap
mereka dalam Pakatan Utara yang pernah dituduh melanggar
hukum undang-undang antarabangsa; dan apakah AS sendiri tidak
melanggar undang-undang kerana bersekongkolan dengan
kumpulan-kumpulan penganas semacam itu?
Kini, semakin ramai pengkritik kumpulan Taliban berkata bahawa
mereka amat khuatir kalau-kalau Taliban akan digantikan oleh
beberapa kumpulan yang telah menjalankan segala keganasan itu
dulu. Michael Ignatief, pengarah 'Harvard University's Carr Centre for
Human Rights Policy', berkata: 'Kita berkemungkinan terjebak
dengan keadaan mempertahankan hak asasi manusia dengan
proksi ataupun wakil yang sebenarnya merupakan kumpulan ganas
yang melanggar hak asasi manusia itu. Ini merupakan masalah kita
sebenarnya.' 'Alternatif kepada berurusan dengan proksi yang tidak berwibawa
itu ialah dengan menggembelingkan 250,000 askar Amerika di bumi
Afghanistan.' Bekas setiausaha pertahanan, Caspar Weinberger, membuat
perbandingan keadaan ini dengan kaedah AS bersekutu dengan
Soviet Union pada Perang Dunia Kedua. 'Pada dasarnya inilah
pandangan saya terhadap Pakatan Utara.'
Sejarah Afghanistan yang terbaru menunjukkan bahawa beberapa
kumpulan yang berperang (saudara) itu selalunya membalas
dendam setelah mencapai kemenangan dengan membunuh
masyarakat awam yang ada hubungan dengan puak yang mereka
kalahkan. Beberapa pegawai AS amat sangsi bahawa keganasan
yang terbaru terhadap orang awam akan berulang lagi seandainya
kumpulan Pakatan Utara dibenarkan mengambil alih bandar besar
selepas AS selesai melancarkan pengebomannya. Itu sebabnya
penekanan dibuat terhadap cara menubuhkan satu kerajaan
pasca-Taliban, yang dianggotai banyak kaum.
Ada satu perundangan yang telah disediakan oleh Senator Patrick
Leahy daripada Vermont, yang kini menjadi punca persoalan yang
dicetuskan apakah AS mempunyai hak memberikan bantuan
kepada pakatan itu. Akta itu menegah pasukan pemberontak
bersekongkolan dengan kerajaan luar. Tetapi, Jabatan Pertahanan
berkata bahawa undang-undang itu tidak boleh diambil kira kerana
Pakatan Utara adalah satu kumpulan berenjata yang tidak ada
kaitannya dengan kerajaan yang sedang berkuasa.
Baru-baru ini, Setiausaha Pertahanan, David Rumsfeld, bertanya
sama ada bantuan AS kepada pakatan itu melanggari
undang-undang Leahy itu, beliau telah menjawab: 'Saya
bukannya seorang peguam, tetapi saya diberitahu (perkara itu)
tidak. Akhirnya, kata beliau, Afghan akan menjadi 'bangsa yang lebih
baik apabila Taliban dan al-Qaeda sudah dimusnahkan.'
Dengan demikian, Joost Hilterman, daripada kumpulan bebas
'Human Rights Watch', berkata bahwa bantuan AS itu
setidak-tidaknya melanggari semangat perundangan Leahy itu.
'keseluruhan perundangan itu ialah melindungi AS daripada
terbabit dengan semua individu yang melakukan kezaliman.'
Tamat. Terjemahan: SPAR. Asal: http://www.boston.com/globe/ By Michael Kranish in Washington The massacre happened one night in May 1997 in northern
Afghanistan. About 3,000 soldiers were rounded up. Many were
executed in the desert; others were forced into wells, where death
came by grenade. The victims were the Taliban, and the killers were members of what is
now called the Northern Alliance. That massacre was followed a year
later by a nearly identical one by Taliban forces seeking revenge.
Such atrocities, long known to human rights groups but only now
becoming more widely known, are one of the main reasons behind
United States reluctance to embrace the Northern Alliance as the
backbone of a post-Taliban government in Afghanistan. The atrocities
also raise troubling questions, such as: should the US try to bring to
justice those in the Northern Alliance previously accused of violating
international laws; and is the US violating a law aimed at preventing
involvement with certain kinds of rebel groups? Even some of the most
ardent critics of the Taliban say they are disturbed by the prospect that
the Taliban might be replaced by groups that have committed
atrocities. Michael Ignatieff, director of Harvard University's Carr Centre for
Human Rights Policy, said: "We could be in the dubious position of
defending human rights with proxies who are notorious human rights
violators. We have a real problem."But there might be no choice, he
said."The alternative to working with dubious proxies is 250,000
American ground troops." The former secretary of defence, Caspar Weinberger, compared the
situation with the way the US allied itself with the Soviet Union in World
War II. "That is basically how I feel about the Northern Alliance."The
recent history of Afghanistan shows that warring factions often exact
revenge after their victories by killing civilians of opposing groups.
Some US officials fear that new atrocities against civilians may occur if
alliance factions are allowed to take over the big cities after the US
bombing campaign. That is why so much emphasis is being placed on
how to set up a broad-based post-Taliban government.
A law written by Senator Patrick Leahy of Vermont is at the heart of
questions raised about whether the US can legally aid the alliance.
The act outlaws arming rebel groups associated with another
government. But the Defence Department says the law does not apply
in this case because the Northern Alliance is an insurgent group not
tied to a government in power. The Secretary of Defence, Donald Rumsfeld, asked recently whether
US aid to the alliance violated the Leahy law, replied: "I'm not a lawyer
but I'm told [it does] not."In the end, he said, Afghans would be "one
heck of a lot better with the Taliban and al- Qaeda gone".
However, Joost Hilterman, of the independent group Human Rights
Watch, said that US aid to the alliance at the very least violated the
spirit of the Leahy law. "The whole purpose of the law is to protect the
US from being associated with individuals who commit atrocities."
|