Laman Webantu KM2: 6340 File Size: 7.3 Kb * |
TAG SP 449: BBC: Vajpayee - Persediaan Perang AS Teruk By BBC 10/11/2001 4:27 pm Sat |
[Banyak pihak sudah tidak senang hati dengan tindakkan AS - baik Musharaf
mahupun Vajpayee sehingga mereke melepaskan peluru dalam bentuk kata-kata yang
menikam Bush sendiri. Bush mungkin terpaksa mengirim lagi orangnya untuk
menyedapkan hati kedua-dua pemimpin ini yang semakin resah hari demi hari.
Pakistan dan India sudah ada banyak masalah sendiri sudah tentu tidak mampu
menghadapi limpahan peperangan yang amat dahsyat ini.
- Editor] Persediaan Perang AS Yang Haprak
(Indian PM says US 'poorly prepared')
Perdana Menteri India, Atal Bahari Vajpayee, menyatakan
semalam betapa AS telah menunjukkan satu persiapan perang
yang haprak dan tidak memadai untuk melancarkan kempen
ketenteraan di Afghanistan. Komen itu muncul dalam wawancara
dengan Washington Post yang diterbitkan beberapa jam sebelum
dia dijadualkan bertemu George W. Bush di Washington. Vajpayee
memberitahu akhbar itu betapa AS ketandusan perisikan yang
canggih. Para analis menganggap ini sebagai satu sindiran tajam dengan
merujuk kepada perkhidmatan perisikan Pakistan, ISI, yang
mempunyai hubungan yang sungguh intim dengan puak Taliban
yang menguasai Afghanistan. Bulan lalu, ketua ISI telah bertukar
orang, dalam satu usaha dilihat untuk menjarakkan Pakistan
daripada Taliban. Pemimpin India itu berkata bahawa kempen itu sengaja dicetuskan
secara berpanjangan kerana Washington tidak memberikan
sokongan secukupnya kepada puak pembangkang di Afghanistan,
yang dikenali sebagai Pakatan Utara. (ingat: India memberikan
sokongan kepada puak ini menentang Taliban, mengikut rentak
Soviet Union - penterjemah). Imbangan Kuasa: Presiden Bush dijangka memberikan keyakinan kepada Vajpayee
bahawa Amerika akan terus menyokong India, walaupun sudah
wujud satu hubungan intim dan mesra dengan Pakistan. Perdana
menteri India itu, tiba daripada Russia Rabu lalu, berkemungkinan
berhadapan dengan tekanan untuk menyambung semula rundingan
peringkat tertinggi dengan saingannya yang turut memiliki nuklear,
Pakistan, dan yang kini turut bermusuh dengannya disebabkan
masalah Kashmir. Walaupun wujud spekulasi adanya perundingan itu bersama
Perves Musharraf di PBB pada hari Sabtu ini, semakin hangat pula
spekulasi mengatakan mereka tidak mungkin bertemu mengenai isu
hangat itu. Dalam pertemuannya dengan ahli senat dan dewan perwakilan AS,
Khamis lalu, Vajpayee menyatakan bahawa peperangan membasmi
keganasan melawan Afghanistan itu tidak akan berakhir dengan
Afghanistan sahaja. "Ketika memerangi keganasan di Afghanistan,
seandainya ahli pakatan sekutu dibiarkan pula menyibuk dengan
kegiatan keganasan di tempat lain, ia akan melumpuhkan tujuan
sebenar pakatan sekutu itu," demikian beliau menyatakannya
sambil menyindir Pakistan sekali lagi.
Sejak 11 September, Delhi telah melebarkan apa yang disebut
sebagai peperangan itu untuk melibatkan juga pejuang Islam yang
memperjuangkan hak pemerintahan sendiri di Kashmir. India telah
menuduh Pakistan memberikan sokongan kepada pejuang Kashmir,
tetapi ini telah dinafikan oleh Islamabad.
Perwakilan AS, Jim McDermott berkata dia percaya India adalah
satu kuasa yang tegap di Selatan Asia, tetapi turut berpendapat
bahawa Washington terpaksa mengelakkan sebarang usaha
memperkasakan perjuangan Islam di Pakistan.
Lakaran masa depan Vajpayee memang ingin menentukan pengaruh Delhi dalam
melakar pentadbiran masadepan di Afghanistan seandainya
pentadbiran Taliban kecundang dan digugurkan. Ada laporan yang
menyebut dia mungkin meminta Presiden Bush mengambil kira
dalam "Enam campur Dua"; satu komposisi penglibatan negara luar
yang menjirani Afghanistan termasuk Russia dan Amerika Syarikat.
Russia dan India memang menyokong Pakatan Utara dan inilah
yang membuatkan dua kumpulan itu berkonfrontasi secara
langsung di mana Pakistan memberikan sokongan penuh kepada
Taliban. Vajpayee akan terbang ke London akhir minggu ini untuk
berunding dengan Tony Blair pula. Terjemahan: SPAR. Asal: http://news.bbc.co.uk/hi/english/world/south_asia/
Friday, 9 November, 2001, 15:21 GMT Indian PM says US 'poorly prepared'
Indian Prime Minister Atal Behari Vajpayee has said that the United
States was inadequately prepared for its military campaign in
Afghanistan. Mr Vaypayee's comments appear in an interview with the
Washington Post newspaper, published a few hours before he
meets President George W Bush in Washington.
Mr Vajpayee told the newspaper that the US was suffering from
poor intelligence. Analysts say this is a veiled reference to the Pakistan intelligence
service, the ISI, which built up an extremely close relationship with
Afghanistan's ruling Taleban. Last month a new head of the ISI was appointed, in a move seen
aimed at distancing it from the Taleban.
The Indian leader also said the campaign was being dragged out
because Washington has not given enough support to the
opposition Northern Alliance in Afghanistan.
Balance of power President Bush is expected to try to reassure Mr Vajpayee of
America's continued support for India, despite its now close
relationship with Pakistan. The Indian premier, who flew in from Russia on Wednesday, is also
likely to face further pressure to re-open high-level talks with
nuclear rival Pakistan, currently deadlocked over the issue of
Kashmir. But despite speculation about talks with Pakistani President Pervez
Musharraf at the United Nations in New York on Saturday, a
meeting looks increasingly unlikely. In a meeting with leaders of the US Senate and House of
Representatives on Thursday, Mr Vajpayee warned that the war
against terrorism could not end with Afghanistan.
"While tackling terrorism in Afghanistan, if members of our coalition
are permitted to indulge in terrorist adventures elsewhere, it would
defeat our objectives," Mr Vajpayee said in an apparent reference
to Pakistan. Ever since the 11 September attacks, Delhi has sought to widen
the so-called war on terrorism to include Islamic militants fighting its
rule in Kashmir. India accuses Pakistan of backing armed militants in Kashmir, but
Islamabad denies active involvement. US representative Jim McDermott said he believed India was the
real anchor in South Asia, but also added that Washington had had
to avoid boosting the cause of Islamic militants in Pakistan.
Shaping the future Mr Vajpayee is also keen to ensure Delhi can influence the shape
of a future administration in Afghanistan if the Taleban regime is
overthrown. Reports say he may press President Bush for Indian inclusion in the
"Six Plus Two" groups nations comprising Afghanistan's neighbours
as well as the Russian Federation and the United States.
Both Russia and India back the anti-Taleban Northern Alliance,
putting them in direct confrontation with Pakistan which has backed
the Taleban. Mr Vajpayee will fly on to London at the weekend for talks with Prime Minister Tony Blair. |