Laman Webantu KM2: 6339 File Size: 8.2 Kb * |
TAG SP 448: Bowman: B1 - Keganasan - Apa yang harus kita lakukan? By Robert M. Bowman 10/11/2001 10:49 am Sat |
Keganasan - Apa yang harus kita lakukan? - Bahagian 1
(What can we do about terrorism?) Oleh: Dr. Robert M. Bowman Beberapa tahun dahulu, pengganas telah memusnahkan dua
kedutaan AS di Afrika. Presiden Clinton bertindak balas terhadap
pangkalan yang dimiliki oleh Osama bin Laden. Dalam ucapannya
yang disiarkan oleh TV, Clinton telah memberitahu rakyat Amerika
betapa kita menjadi sasaran keganasan kerana kita bersikap teguh
mengamalkan demokrasi, kebebasan dan dan hak asasi manusia di
dunia. Ketika itu, saya menulis: 'Beritahu perkara sebenarnya, Mr.
President... perihal keganasan, dan bukannya perihal Monica
(Lewinsky). Seandainya pembohongan anda dibiarkan terus tanpa
sebarang cabaran, peperangan yang ganas yang anda lepaskan
itu akan berkemungkinan berterusan sehinggalah ia akan
menghancurkan kita semua. 'Ancaman nuklear daripada pengganas sudah semakin mendekati
kita. Keganasan melalui penggunaan kimia sudahpun menghantui
kita kini, dan keganasan yang bersenjatakan barangan biologi
adalah bahaya yang sedang menanti. Tidak ada satupun di
kalangan ribuan senjata nuklear kita mampu mempertahankan kita
daripada bencana ancaman itu semua. Semua mereka yang
mendewakan plutonium, titaniun, dan keluli adalah tidak berbisa
lagi. Mendewakan kita yang kita lalukan selama lebih lima dekad
tidakpun menjamin keselamatan, hanya bahaya sahaja. Tidak ada
sistem 'Star Wars' ....... tidak kiralah betapa canggihnya sistem itu
secara teknikalnya, tidak kiralah berapa banyak pula dollar yang
dicurahkan kepadanya... yang dapat melindungi kita daripada
sebutir bom keganasan. Tidak ada satu senjatapun antara
himpunan dan longgokan senjata canggih kita yang dapat
melindungi kita daripada senjata nuklear yang dihantarkan melalui
kapal layar ataupun pesawat terbang Piper Cub ataupun dalam
satu beg sutkes ataupun trak sewaan jenis Ryder. Tidak sescebis
pun antara 273 bilion dollar setiap tahun yang kita belanjakan
untuk pertahanan negara dapat melindungi kita daripada bahana
bom pengganas. Tidak ada satu bendapun dalam simpanan tentera
kita yang sebenarnya mampu menjamin sekelumit keselamatan kita.
Ini adalah hakikatnya daripada fakta ketenteraan.
'Mr. President, anda tidakpun berterus terang dengan rakyat
Amerika apakah sebenarnya kita menjadi sasaran keganasan.
Anda menyebut kita menjadi sasaran kerana kita meneguhkan
demokrasi, kebebasan, dan hak asasi manusia di dunia. Ini adalah
kisah haprak! Kita menjadi sasaran pengganas kerana kita
menyokong kerajaan diktator, penghambaan, dan penindasan
manusia di seluruh dunia. Kita menjadi sasaran pengganas kerana
kita dibenci. Dan kita dibenci kerana kerajaan kita sudah lama
berbuat perkara yang menjijikkan. 'Di beberapa buah negarakah yang kita telah menumbangkan
pemimpin negara yang popular dan menggantikan mereka dengan
boneka diktator tentera yang sanggup menggadaikan martabat
bangsa mereka sendiri kepada syarikat besar (Multinational
Corporations: M ) Amerika' 'Kita telah melaksanakannya di Iran ketika kita menumbangkan
kerajaan Mossadegh kerana dia mahu memilik-negarakan industri
minyak. Kita gantikannya dengan Shah, dan latih, lengkapkan serta
bayar pasukan pengawal istananya yang bernama Savak. Inilah
dia musibat yang menghamba-abdikan dan menganiayai rakyat
Iran. Semua itu hanya untuk melindungi kepentingan kewangan
semua syarikat minyak kita. Apakah satu kehairanan apabila orang
Iran membenci kita' 'Kita laksanakan di Chile ketika menjatuhkan Allende, yang telah
dilantik secara demokrasi oleh rakyat yang mahukan sistem
sosialisme. Kita gantikan dia dengan seorang diktator tentera sayap
kanan yang bernama Pinochet. Chile masih belum terlepas
daripada bencana yang kita cetuskan. 'Kita lakukan juga di Vietnam ketika putar-belitkan pengundian
demokratik di bahagaian Selatan yang berkemungkinan
menyatupadukan negara besar itu di bawah kepimpinan Ho Chi
Minh. Kita telah gantikan beliau dengan beberapa kerat boneka
yang tidak berguna yang sanggup mempersilakan kita menceroboh
untuk menyembelih rakyat mereka - dan kita lalukan semua itu.
(Saya telah menerbangkan pesawat kombat sebanyak 101 kali
dalam satu peperangan yang pernah anda tentang dan menjadi
popular kerananya). Kita telah lakukannya di Iraq di mana kita telah menyembelih suku
juta manusia yang tidak berdosa dalam satu usaha yang
menggagalkan kita menggulingkan Sadam Hussein, dan
kemudiannya kita telah bunuh pula satu juta manusia lagi dengan
mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara itu. Lebih setengah
mangsa yang tidak berdosa adalah kanak-kanak di bawah umur
lima tahun. 'Sememangnya, berapa kali pula telah kita lakukan di Nicaragua
dan beberapa republik banana di Latin Amerika' Masa demi masa
kita telah singkirkan pemimpin setempat yang popular yang
mahukan kekayaan bumi tanahair mereka itu dikongsi bersama oleh
pekerja di situ. Kita ganti mereka dengan pembunuh yang zalim
yang bersedia menjual rakyat mereka sendiri untuk membolehkan
kekayaan tanah yang dihuni oleh rakyat itu dapat dinikmati oleh
Domino Sugar, the United Fruit Company, Folgers dan Chiquita
Banana. 'Di setiap negara, kerajaan kita telah leburkan demokrasi, tekan
kemerdekaan, dan menghinjak-hinjak hak asasi manusia. Itu
sebabnya kita dibenci oleh seluruh dunia. Itu sebabnya kita
menjadi sasaran para pengganas. 'Rakyat Kanada menikmati demokrasi yang lebih indah lagi, lebih
merdeka dan hak asasi manusia yang lebih berkualiti daripada
yang kita nikmati. Begitu juga rakyat Norway dan Sweden.
Pernahkah kita mendengar kedutaan Kanada dibom? Ataupun
kedutaan Norway? Ataupun kedutaan Sweden. Tidak, adalah
jawapannya. 'Kita bukannya dibenci kerana kita mengamalkan demokrasi,
kebebasan dan hak asasi manusia. Kita dibenci kerana kerajaan
kita menafikan semua kemudahan itu dinikmati oleh rakyat dunia
ketiga di mana sumber negara mereka disauk oleh semua MC kita.
Itulah bibit kebencian yang pernah kita tabur yang kini membesar
untuk menghambat kita dalam bentuk keganasan dan di masa yang
akan datang dalam bentuk keganasan nuklear.
'Apabila kebenaran di sebalik segala ancaman itu terserlah dan
difahami, jalan penyelesaiannya amat ketara sekali. Kita mesti
menukar cara kerajaan kita berkompromi.
'Dari menghantar anak-anak lelaki dan perempuan kita
mengelilingi dunia untuk menghambat Arab dan membunuh mereka
untuk membolehkan syarikat minyak kita menjual minyak yang
tersimpan di dasar pasir, kita mesti mengarahkan mereka membina
semula segala infrastruktur, bekalan air yang bersih dan menyuap
kanak-kanak yang kebuluran. 'Dari meneruskan kerja gila membunuh ribuan kanak-kanak Iraq
setiap hari dan diteruskan sekatan ekonomi, kita mesti bantu
mereka untuk membina semula janakuasa elektrik, stesen rawatan
bekalan air, hospital mereka - segala-galanya yang telah kita
musnahkan ketika berperang dulu dan menghalang mereka
membinanya semula disebabkan sekatan ekonomi kita.
'Dari menyemarakkan keghairahan mahu merajai mereka, kita mesti
berusaha menjadi anggota keluarga besar sejagat. Apa perlunya
menempatkan ratusan ribu tentera kita seluruh dunia hanya untuk
mempertahankan kepentingan kewangan MC kita, sedangkan kita
boleh bawa mereka pulang dan gantikan dengan anggota
sukarelawan Peace Corps. 'Dari kita melatih pengganas dan kumpulan pembunuh dengan
teknik zalim untuk mendera dan menjadi pembunuh upahan, eloklah
kita tutup sahaja apa yang disebut selalu 'The School of the
Americas' (ataupun apa juga nama sekolah latihan yang zalim itu).
Dari menyokong diktator ketenteraan, eloklah kita menyokong
demokrasi sebenarnnya - hak manusia setempat memilih pemimpin
yang mereka suka. Dari kita menyokong kerja-kerja pencerobohan,
pengkucar-kacir, pembunuhan dan keganasan di merata dunia,
kita mesti hapuskan CIA dan keluarkan wang derma kepada
pasukan bantuan dunia. ....bersambung.... Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6338
URL: http://www.bowman2000.org/ssn/terror3.htm
|