Laman Webantu KM2: 6334 File Size: 3.8 Kb * |
TAG SP 444: CRM: Anak Lelaki Mangsa Yg Terselamat di WTC Sertai Taliban By Damon Johnston 10/11/2001 9:29 am Sat |
Courier Mail News Anak Lelaki Mangsa Yang Terselamat di WTC Menyertai Taliban
(WTC Survivor's Son Leaves NY To Fight With Taliban)
Oleh: Damon Johnston, New York. Ketika menara Pusat Dagangan Dunia menyala dengan ganasnya,
ibu Mohammed Junaid telah diselamatkan oleh ahli penyelamat
bomba dan pegawai polis yang berani. Akan tetapi, cara Junaid, yang berusia 26 tahun menyatakan
terima kasih beliau itu telah memeranjatkan New York.
Sebagai membalas usaha menyelamatkan nyawa ibunya, warga
Islam-Amerikan itu telah sanggup belot dan membeli sekeping tiket
satu hala menuju Pakistan untuk mendaftar menganggotai Taliban
dan membunuh orang Amerika. Junaid berlepas dalam satu missi yang diangap berjihad seminggu
selepas ibunya, seorang pekerja pejabat di tingkat sembilan di
North Tower telah dapat diselamatkan. Lebih kurang 4500 yang lain
tidak begitu baik nasibnya dan telah terkorban dalam serangan
ngeri September 11. 'Ibu saya telah terselamat tetapi saya tidak merasa apa-apa
terhadap peristiwa September 11 itu,' kata Junaid.
'Saya telah melihat bagaimana menara itu runtuh tetapi saya tidak
mempunyai sebarang perasaan terhadap warga Amerika yang
terperangkap di dalam. Saya mungkin memiliki paspot Amerika,
tetapi saya bukannya warga Amerika kerana saya adalah seorang
(yang beragama) Islam.' Junaid menawarkan perjuangan jihadnya terhadap negaranya
sendiri ketika sampai di Islamabad, Pakistan, sambil menunggukan
peluang memasuki Afghanistan untuk menganggotai Taliban.
'Saya tidak merasa sebarang sesalan kerana kematian orang
Amerika,' demikian jawab Junaid kepada TV ITN, Britain.
'Saya bersedia membunuh orang Amerika. Saya akan membunuh
setiap orang Amerika yang saya jumpai nanti di Afghanistan. Saya
akan membunuh setiap askar Amerika yang saya temui nanti di
Pakistan.' Ibu bapa Junaid telah berhijrah daripada Pakistan.
Terjemahan: SPAR. Asal: http://www.thecouriermail.news.com.au/common/
story_page/0,5936,3191386%255E954,00.html
New York survivor's son turns traitor
Damon Johnston in New York MOHAMMAD Junaid's mother was led to safety from the blazing
World Trade Centre by New York's brave firefighters and
policemen. But 26-year-old Junaid's thank you has shocked New York.
In return for saving his mum's life, the Islamic-American has
turned traitor and bought a one-way ticket to Pakistan to sign up
for the Taliban and kill Americans. Junaid left on what could be a suicide mission one week after his
mother - an office worker on the ninth floor of the north tower -
was among the survivors. About 4500 others were not so lucky, and lost their lives in the
terror strikes on September 11. "My mother was in the north tower of the World Trade Centre but I
still feel absolutely no remorse about what happened on
September 11," Junaid said. "I saw the towers collapse but felt nothing for the Americans
inside. I may hold an American passport, but I am not an
American - I am a Muslim." Junaid offered his own personal jihad against his own country
when in Islamabad, Pakistan, as he waited to cross the border into
Afghanistan to join the Taliban. "I did not feel any remorse for the Americans who died," Junaid
told Britain's ITN television network.
"I'm willing to kill the Americans. I will kill every American that I
see in Afghanistan. And I'll kill every American soldier that I see
in Pakistan." Junaid's parents migrated from Pakistan.
|