Laman Webantu KM2: 6332 File Size: 3.2 Kb * |
TAG SP 442: Pravda: Anthrax Memang Berasal Daripada Amerika By Pravda 10/11/2001 9:19 am Sat |
[He.he...ada pemijmpin Melayu yang sanggup mengaku anthrax itu
berasal daripada Malaysia sebagai alasan menunjukkan ada orang
Melayu yang pandai membiak spora anthrax. Kisah anthrax yang
dikirimkan daripada Malaysia diulang-ulang dan dibesar-besarkan
di TV dan radio, sedangkan itu semua adalah kerja putarbelit
kerajaan Bush. Inilah dasar pemimpin UMNO haprak!!!!!!
- Penterjemah ] Pravda.ru Anthrax Memang Berasal Daripada Amerika
(Anthrax is of US Origin) Perkara ini adalah merupakan fakta yang kini diakui secara
rasminya oleh para pegawai FBI. Mengikut penolong pengarah FBI
Barry Moan, yang sedang memberikan penjelasan mengenai
siasatan gelombang ketakutan awam terhadap serangan biologi itu,
spora anthrax yang dijumpai adalah hasil pembiakan di Amerika
Syarikat. Sudah jelas kini, analisis khas yang dihasilkan dalam
makmal FBI sendiri, mendedahkan betapa spora anthrax itu adalah
datang daripada dalam negara. Penolong pengarah itu enggan memberikan berita lanjut. Mengikut
siaran media massa AS, adalah amat sukar untuk membuat
spekulasi daripada mana asalnya spora anthrax itu dan siapa yang
terbabit membiak dan mengedarnya. Adalah elok difahami, sebelum ini pihak berkuasa AS dan media
massa Amerika telah menuduh beberapa negara di dunia ketiga,
sebagai contohnya ialah Iraq ataupun Afghanistan tempat Osama
Laden sedang menyorok sebagai pencetus pembiakan anthrax di
Amerika itu. Malahan ada usaha mengambil laporan dan
pengumuman beberapa kumpulan pengganas yang menuduh
Osama Laden pernah membeli spora anthrax itu. Di AS beberapa
usaha telah dilakukan mengaitkan kemungkinan pembelian spora
anthrax itu daripada makmal Russia, dan berita itu diulang-ulang
berkali-kali secara meluas di negara itu.
Tamat. Terjemahan: SPAR. Asal: http://english.pravda.ru/main/2001/11/08/20360.html
2001-11-08 This fact was for the first time officially admitted by FBI officials.
According to the FBI director's assistant, Barry Moan, while
commenting on the investigation of the wave of bioterrorism, the
anthrax spores were produced in the US. Therefore, it is becoming
clear that in FBI laboratories, a special analysis were carried out
that discovered the virus's origin.
The director's assistant refused to give details to journalists.
According to the US mass media, today, it is even complicated to
speculate by whom and where in the US anthrax is being
produced. It should be stated that earlier, US authorities and the mass media
were accusing Third-World countries, for example, Iraq or
Afghanistan, where bin Laden is hiding today. Even an
announcement of the terrorist number one's brother-in-arms
appeared, who claimed that bin Laden had bought anthrax spores.
It was also said many times in the US that the virus possibly came
from Russian laboratories.
|