Laman Webantu KM2: 6325 File Size: 9.6 Kb * |
TAG SP 439: LizM: B1 - Empayar Riak Yang Semakin Nazak By Liz Michael 9/11/2001 4:26 pm Fri |
[Awalkata: Artikel ini amat baik dan jitu. Kita terjemahkan
kepada tiga ataupun empat bahagian, sebagai satu iktibar kepada
orang Melayu dan Islam khasnya dan kepada rakyat Malaysia amnya.
Perhatikan betapa banyak persamaan di Amerika dalam cara hidup
yang dipelopori oleh orang yang angkuh, riak lupa daratan dengan
cara hidup yang dirancang oleh pemimpin parti kerajaan UMNO
pimpinan seorang malbari tua dan sebuah parti Melayu yang sama
keadaan nazaknya. - penterjemah. ]
(The American Empire On Its Deathbed)
Oleh: Liz Michael Terdapat satu teori kontroversi yang sengaja disebarkan dengan
meluas selama bertahun lamanya, betapa wujudnya dalam
pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat satu kuasa besar yang
mampu mencetuskan beberapa peristiwa yang sengaja direncana
seperti peristiwa ngeri September 11 (9-11), pengeboman
Oklahoma City, dan sebagainya, untuk melaksanakan satu
'Rencana Besar' (Master Plan) ke arah penubuhan sebuah
kerajaan totaliter (inilah bentuk kerajan persis Nazi Jerman dulu -
hanya satu parti sahaja yang berkuasa. Di zaman moden ini sistem
tersebut wujud di Iraq - penterjemah)
Kerajaan yang diimpikan itu adalah sebahagian kemestian satu
usaha yang lebih besar oleh Dunia Order Baru (Konsep ini mula
tercetus selepas Ronald Reagan digantikan oleh Senior Bush. Di
Indonesia ia disebut Ode Baru - penterjemah), PBB, Kumpulan
Illuminati (sila lihat tulisan Pak Marhaintua mengenai Zionisme),
Ratu England yang bersekongkolan dengan Vatican, syarikat
besar sejagat ataupun Multinational Corporation (MC), ataupun
sesiapa sahaja yang dikambing-hitamkan pada sesuatu suasana
ataupun pergerakan itu. Kebanyakan pengamal teori konspirasi ini
mengemukakan andaian mereka seolah-olah semua itu berbentuk
fait acompli (sesuatu yang berlaku dan tidak perlu dipertikaikan
lagi) yang tidak boleh dirungkaikan lagi. Justru semua orang
mendewakan raksasa ini yang mereka fikir tidak boleh
dimusnahkan lagi. Kebenarannya menunjukkann beberapa perkara yang lebih tidak
menyenangkan beberapa ramai manusia setiap kali ia terlaksana.
Adalah satu hakikat yang benar bahawa kerajaan Amerika sudah
menghampiri zaman keruntuhannya. Beberapa serangan terbaru di
Amerika Syarikat tidak merupakan hasil kerjasama keluarga Bush
yang bersekongkolan dengan keluarga Clinton dan beberapa
individu liberal yang kemarukkan kuasa. Sebenarnya adalah serba
mungkin betapa kuasa luar yang sebenarnya tidak ingin
melihatkan kewujudan Amerika Syarikat yang totaliter, mahu
mengenepikan AS daripada kedudukannya yang dianggap
terunggul di dunia ketenteraan dan kuasa ekonomi, dan mahu
mengusahakan kehancuran AS yang totaliter itu, seperti yang
berlaku kepada kehancuran Soviet Union dan pemusnahan Nazi
Jerman. Kuasa Besar Yang Tumpul Bisanya
Segala pergerakan yang dilihat sekarang bukannya pergerakan
seseorang yang 'sedang berkuasa'. Inilah dia pergerakan satu
kumpulan manusia yang tiba-tiba tersedar bahawa mereka sudah
kehilangan kuasa, dan sedang bertungkus lumus untuk
mendapatkannya semula. Kalaulah satu kuasa totaliter memegang kuasa sudah tentu ia tidak
mudah dihenyak oleh sedikit serangan anthrax yang menggugat
Washington D.C.. Kumpulan totaliter yang sebenar tentu mampu
memasak langkah untuk melawan. Kongres tidakpun berani
bersuara gagah untuk menyerang balas. Mereka cabut lari, dan
laksana anjing kurap mereka lari lintang-pukang, sambil diikuti
oleh bahagian kerajaan yang mengekori dari belakang. Inilah
gelagat, manusia yang tidak lagi berkuasa ke atas rancangan
besar mereka, tetapi menyerupai manusia yang tergugat dan
ketakutan, Inilah manusia yang secara tiba-tiba mereka sedari
tidak lagi dapat menguasai setiap gerak-geri yang menggugat
dengan ngeri. Apabila CIA diserang oleh anthrax, adakah mereka menunjukkan
petanda mereka dapat menguasainya? Izinkan saya
mengulanginya: kumpulan yang menakutkan kerajaan AS telah
menghenyak CIA - Central Intelligence Agency. Inilah dia agensi
yang sepatutnya serbatahu akan setiap perkara sebelum ianya
berlaku. Inilah juga jabatan perisikan kerajaan yang telah
diberitahu lebih awal dulu oleh pelbagai sumber bahawa 9-11
sudah semakin hampir. Tetapi, mereka sengaja memperlekehkan
ugutan itu, ataupun tidak tahu menepati masanya bertindak
sesuatu. Apakah anda fikir mereka sengaja merelakan diri mereka
dihenyak begitu? Gray Davis pernah menerima amaran ini dan memikirkan perkara
itu kekurangan pengawasan, dengan mengumukannya sebagai
satu ugutan keganasan sahaja.... yang tidak dapat diperakukan.
Kerana itu, sumber berita itu dianggap sebagi satu desas-desus
sahaja. Inilah juga perkaranya yang dinafikan oleh FBI. Jadi, kita
dapati semua panglima negara cuba berlumba-lumba untuk
meraba-raba... sedangkan mereka tidakpun mempunyai sebarang
bayangan ..... mencuba menahan..... sedangkan mereka tidak tahu
siapa itu. Dengan lain perkataan, mereka terkaku menjadi kematu.
Mereka terpaku kerana mereka sudah tertipu.
Seorang wartawan Sacramento telah ditangkap polis di Los
Angeles International Airport dan dipaksa memusnahkan gambar
yang diambilnya untuk merakamkan beberapa petugas daripada
National Guardsman. Sepatutnya sesuatu kuasa yang totaliter tidak
perlu takut kalau gambar mereka dirakamkian. Baru-baru ini,
seorang ahli utama Green Party telah dinafikan menaiki sebuah
pesawat terbang kerana dia (wanita itu) adalah seorang ahli Green
Party yang mahu menghadiri satu persidangan.
Mereka telah mencuba mengaitkan peristiwa serangan anthrax
kepada semua pihak bermula dari Al-Qaida, kepada Iraq, kepada
kumpulan militia tempatan yang rasis, kepada militia pembebasan,
kepada kumpulan pagan: dan hanya masa yang akan menentukan
bila pula mereka akan menuduh puak aktivis berfahaman kiri,
kesatuan sekerja, kumpulan beragama, ataupun seperti yang
dilakukan oleh Clinton dulu ketika tercetusnya peristiwa
pengeboman Bangunan Murrah, menuduh 'kumpulan juruacara
program 'talk show' yang berfahaman kanan dan radikal.'
Semua manusia ini bukan sahaja takutkan pelancong asing.
Semua orang ini amat takutkan anda dan juga saya. Mereka amat
takutkan pihak media. Mereka amat curiga akan aktivis politik.
Mereka gerunkan kumpulan pasifis. Mereka amat takutkan bayang
mereka sendiri. Mereka sudah tidak berjaya menguasai apa benda
pun. Apabila keadaan semakin mencabar, yang dicabar pergi
berbelanja? Kini, konsep 'Peperangan Membasmi Keganasan' sudah
mempunyai corak gerak yang berbeza. Selepas September 11,
mungkin terdapat banyak panggilan terhadap kumpulan militia,
yakni semua orang dan bukannya segelintir mereka yang berleher
merah di perkampungan dan mempunyai idealisma yang
menyerlah (bukan semestinya ada cacat-cela menjadi kumpulan
seperti itu) agar mereka terus berwaspada, mula melengkapkan
senjata yang ada, mempelajari cara mempertahankan diri dan
teknik berperang, dan mula mengawasi semua jambatan, stesen
nuklear, sempadan dan pesawat udara. Apabila tidak ada sesuatu
yang terjadi, kita mungkin diarahkan bersiap sedia dengan tempat
persembunyian daripada serangan nuklear, ataupun serangan
kimia. Mungkin kita diarahkan menyimpan sedikit makanan kering,
bekalan perubatan, dan mempelajari cara penyelamatan CPR dan
teknik rawatan. Mungkin terpaksa membeli senjata dan bersiap
sedia dengan kereta sendiri kalau-kalau diperlukan ketika
kecemasan ataupun untuk melarikan diri.
Tetapi sebaliknya apakah yang diarahkan oleh Rudy Giuliani
untuk menyelamatkan New York? Apakah yang diarahkan oleh
George W.Bush untuk menyelamatkan negara AS ini?
Mereka mahukan kita pergi ke kedai membeli-belah - shopping
kata mereka. Rudy mahukan kita pergi menonton teater di Broadway, walaupun
kita tidak mampu memandu memasuki bandar tanpa ada
penumpang dalam kereta, dan terpaksa melalui sekatan jalanraya
dan pusat pemeriksaan yang lebih banyak dan lebih ketat
berbanding yang dipasang di sempadan negara dengan Mexico.
Presiden kita mahu kita menggunakan pesawat udara yang dia
sendiri tidak akan gunakan, kerana semua penerbangan itu belum
menjanjikan keselamatan kepadanya. Selain dari mahukan kita
berjimat, menyimpan, membeli barang makanan untuk disimpan,
dia mahukan kita meneruskan aktiviti berbelanja sakan tanpa
sebarang tujuan. Maafkan saya Mr. Presiden, bukankah anda juga
orangnya yang berkata kita sedang berperang? Bukankah anda
orangnya yang baru sangat mewujudkan satu jabatan baru yang
bernama 'Homeland Security' kerana kita berkemungkinan
diserang oleh agen-agen Al-Qaida di negara kita sendiri? Akan
tetapi kita dimestikan berlagak selamba seolah-olah 9-11 tidak
pernah terjadi? Kita juga diharuskan pergi membeli-belah?
Zaman berperang ialah masanya kita perlu berjimat ketika
berbelanja. Kalau adapun manusia yang berbelanja sakan
seolah-olah esok tidak akan ada, adalah manusia yang
menjangkakan mereka akan mati tidak lama lagi. Kalaulah ekonomi
negara Amerika Syarikat bergantung sangat kepada budaya
rakyatnya mesti berbelanja, ini bermakna negara ini sudah
semakin haprak keadaannya (seperti Malaysia?).
....bersambung.... Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6324 |