Laman Webantu KM2: 6323 File Size: 4.9 Kb * |
TAG SP 438: MUK: Kamilah Yang melakukannya !!!! By W. Francis, A. Lines 9/11/2001 4:21 pm Fri |
Mirror UK Kamilah Yang melakukannya !!!!
(We Did It) Oleh: Wayne Francis dan Andy Lines Agen-agen anti-keganasan sedang menggeledah satu kenyataan
internet oleh satu pasukan dajal yang mendakwa ia telah
melaksanakan kerja ganas menyerang Pusat Dagangan Dunia.
Demikian yang dapat diketahui oleh 'The Mirror'.
Scotland Yard dan FBI telahpun diberitahu selepas satu
kenyataan disiarkan di internet yang dapat dikesan di London.
Satu kumpulan yagn menggelar diri mereka sebagai 'Secret Army
for Justice' (Tentera Rahsia Untuk Keadilan =TRUK) telah
menyebut pembabitan mereka pada 11 September dulu dan turut
bertanggungjawab dengan serangan anthrax yang sedang
berlaku. Para penyiasat Mirror telah dapat membongkar satu dokumen
sepanjang satu muka surat itu di internet - sejurus sebelum ia
menghilangkan dirinya. TRUK adalah satu kumpulan yang tidak dikenali sebelum ini, dan
telah menjanjikan beberapa serangan ganas lagi.
Lamanwebnya dalam Bahasa Arab telah menerbitkan judul
"Kenyataan Pertama oleh TRUK" Ia mengisytiharkan Mohamed Atta, seorang yang disyaki menjadi
pemimpin kumpulan relamati di kalangan perampas pesawat dulu,
adalah merupakan ketua kepada kumpulan bawahtanah yang
digelar dengan panggilan 'Cell 15'. Kenyataan itu menyebut: "kami mengumumkan dengan segala
kehormatan, kejayaan dan kegembiraan kematian para syahid
daripada Sel 15 yang diketuai oleh Ikhwan Mohamed Atta yang
telah mengorbankan nyawa mereka, masa dan wang untuk
memperkasakan negara. "Penyebaran anthrax dan operasi Sel 15 pada 11 September
adalah merupakan permulaan satu usaha yang lebih memedihkan
dan lebih meluas operasinya, di mana TRUK akan
mempertahankan hak menggunakan senjata baru dan segala
taktiknya." Kumpulan pelampau Islamiah itu bertegas bahawa operasinya itu
bebas daripa pengaruh pemimpin keganasan Osama bin Laden.
Kenyataan mereka menyebut: "haruslah diketahui bahawa TRUK
tidak ada kaitan dengan Al-Qaeda... dan tidak pernah menerima
sebarang arahan langsung daripada Osama bin Laden.
"Tentera kami bergerak bebas daripada al-Qaeda menggunakan
pelbagai kaedah yang berbeza dan juga taktiknya, dengan
sasaran yang tertentu." TRUK menyebut bahawa kumpulan itu
ditubuhkan melalui sel rahsia di seluruh dunia, bertujuan untuk
"malancarkan serangan ganas terhadap Amerika Syarikat."
Serangan keganasan ini adalah membalas dendam, mengikut
dakwaan mereka terhadap gelagat AS "mencampuri dan menafikan
hak asasi rakyat Palestin dan tanahair mereka.' Kenyataan itu menambah: "TRUK mengisytiharkan
bertanggungjawab kepada operasi dan kesinambungan usaha
melancarkan gerakan relamati syahid di New York, Washington,
dan Pennsylvania. Kami bertindak mengeluarkan kenyataan ini
untuk memberitahu seluruh dunia akan matlamat kami sebenarnya."
Kenytaan itu ditandatangani dalam tulisan Arab dengan satu logo
yang menunjukkan sebilah pedang yang mempunyai kata hikmah
di bawahnya: "Mata dibalas mata, dan sesiapa yang
menumpahkan darah yang pertama adalah penindasnya."
Seorang pakar bahasa berkata tulisan klasik Arab itu adalah
berunsurkan Timur Tengah. Berkemungkinan ia ada kaitan dengan
al-Qaeda dan kumpulan radikal Mesir. Lagi satu klu ialah ejaan
September yang lumrah digunakan di Syria, Lebanon, Jordan dan
Palestin. Pembantu Osama Laden dalam al-Qaeda ialah seorang warga
mesir - Ayman al-Zawahiri bekas pemimpin Jihad Mesir, yang
merupakan nama tersenarai dalam senarai FBI sebagai antara 22
manusia yang paling dicintai oleh Amerika.
Para penyiasat anti-keganasan kini percaya para perampas
pesawat dulu adalah satu kumpulan pilihan yang tidak mempunyai
sebarang kaitan dengan al-Qaeda.
Adalah dipercayai Mohammed Atta adalah perancang utama sel
tersebut. Seorang jurucakap skuad anti-keganasan berkata
semalam: "Besar kemungkinannya inilah satu oraganisasi yang
tulen dan merupakan satu ancaman besar. Memang banyak
dakwaan wujudnya pasukan yang bertanggunjawab dengan kisah
serangan itu di internet dan kebanyakannya itu semua adalah
kerja orang persendirian yang sengaja mengada-ngada."
"Akan tetapi, dengan kerjasama pasukan FBI, kita terpaksa
menjalankan siasatan dan mencari mereka seterusnya."
Paul Bresson, seorang pegawai FBI berkata: "Saya tidak pernah
dengar perkara ini." Dia meminta The Mirror menyerahkan segala butiran kenyataan itu
dan berkata mahu menyiasatnya. Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6321 URL: http://mirror.icnetwork.co.uk/news/allnews/ page.cfm?objectid=11410821&method=full |