Laman Webantu KM2: 6322 File Size: 7.8 Kb * |
TJ SP MGG: Pendedahan Aset Menteri Besar Yang Tersorok By M.G.G. Pillai 8/11/2001 11:32 am Thu |
[Ramai pihak tertumpu kepada 'skandal' Khir Toyo sedangkan bukan
itu yang sepatutnya dihidu. Sebaliknya reaksi beliaulah yang perlu
diteliti kerana itulah yang akan mendedahkan pintu yang berkunci...
Khir Toyo sudah tersilap menangani isu ini dan begitu juga beberapa
pihak pro reformasi. Sekarang semua perlu menelan ludah sendiri.
- Editor] (A Transparent Mentri Besar's Hidden Assets)
Oleh: M.G.G. Pillai Sekarang ini bukan merupakan masa yang menyenangkan golongan
menteri besar. Di Johor, menteri besar Abdul Ghani Othman telah
berdegil mahukan ujian AIDS dikenakan terhadap pasangan Islam
yang mahu berkahwin. Dia ditentang secara terang-terangan
sehingga terpaksa berlembut dengan ketegasannya itu. Di Selangor
Mohamed Khir Toyo sedang dihantui sanggahan seorang wartawan
mengenai kerja-kerja rasuah yang dilakukannya. Kalaulah
sebahagian yang saya dengar itu ada kesahihannya, memang
tepatlah pengalamannya sebagai tukang cabut gigi itu amat cocok
dengan kerjanya sekarang. Beberapa soalan yang dikemukakan di
dewan negeri dia disebut sedang hebat cabut-mencabut untuk
menafikan pelbagai tuduhan rasuah yang ditujukan kepadanya.
Seperti biasa, semua menteri besar menerima sokongan setiap kali
mereka dikenakan tuduhan kerana korup. Ini merupakan satu
tanggungjawab bersama kata mereka, jadi takkan mereka dituduh
korup? Malahan, oleh kerana kasih dan sayangnya para peniaga
yang besar-besar dengan menteri besar membuatkan mereka gemar
membawa buah tangan berupa jumlah sogokan wang dan
bungkusan yang tidak bertanda sebagai cenderamata. Hanya
beberapa lama kemudiannya baru ada orang yang mengetahui
betapa ada buah tangan yang bertukar menjadi buah mulut orang.
Ketika itu tidak siapa yang tahu siapa yang membawa wang itu,
maklumlah mereka bertemu ramai muka setiap hari, termasuk waktu
bercuti, sehingga menyulitkan kepada siapa mesti dipulangkan
hadiah yang tidak bertanda itu. Kalaulah wang itu dipulangkan
kepada Khazanah, tentu banyak soal yang akan menyanggah dan
wang itu berkemungkinan disauk ke dalam saku orang yang sama
bernafsu serakah. Lebihan lagi, kalau dia memang terkenal kerana
tinggi rasuahnya, semua itu tidak akan dapat diselesaikannya.
Untuk menghindari segala masalah ini, semua menteri besar tidak
punyai jalan lain selain berbelanja sakan - bukan untuk diri mereka,
tetapi untuk orang-orang yang melantik mereka dulu - untuk
kemajuan keinsanan, negara dan sudah tentu sekaligus secara tidak
langsung kata mereka, untuk diri mereka juga. Apabila si isteri
mahukan sebentuk tiara berlian bernilai RM500,000 untuk perhiasan
diri menghadiri majlis harijadi sultan, tentu mereka tidak boleh
menyungkit wang hak perbendaharaan negeri? Semua simpanan
wang yang tidak terurus itu memang ada gunanya, untuk menjaga
martabat negeri kerana isteri si menteri besar tadi memakai intan
berlian laksa seorang permaisuri, walaupun itulah gelaran yang lama
diperam dalam mimpi. Mengikut suasana politik sekarang, adalah satu perkara biasa dan
lumrah sahaja melihatkan menteri besar bersikap korup sekorupnya.
Bukankah begitu yang terjadi kepada orang yang mendahului Khir
Toyo yang bernama Taib yang mampu bersantai ke Australia
dengan wang asing bernilai RM2.5 juta yang tidak pun
diisytiharkannya, tetapi dia terus dilantik untuk jawatan seorang naib
presiden UMNO, walaupun gegak gempita kisah penyelewengannya
itu. Malaysia diisytihar sebagai sebuah negara Islam dan sudah
tentu menteri besarnya mengamalkan ajaran Islam juga,
setidak-tidaknya setakat beristeri lebih dari satu sebagai memenuhi
salah satu syarat pengisytiharan itu. Itu pun membuatkan simpanan
dana yang diterima bertimbun itu menonjolkan kegunaannya.
Akan tetapi, ada hadnya yang mesti sama-sama dihormati: jangan
dituduh melakukan kerja seksual yang titek-bengik, tidak kiralah
samaada anda seorang yang dimanjakan oleh Perdana Menteri,
ataupun tuduhan itu rekaan semata-mata, ataupun perempuan yang
terlibat sama itu membohong sahaja, ataupun nindanya memang
berminat mahu menjatuhkan Rahim Tamby Chik daripada jawatan
ketua menteri Melaka, sehingga dia kecundang juga akhirnya. Yang
lebih dahsyat lagi kalau anda dituduh cenderung di bidang
homoseksual: tidak kiralah betul ataupun palsu, kalau mahkamah
memutuskan anda bersalah, anda akan kehilangan jawatan dan
kebebasan, walaupun harga diri masih tetap dihormati. Kalaulah
menteri besar mengekalkan sikap memegang jawatan mereka, anda
aka berada di tempat yang selamat dan bebas.
Mungkin satu ketika dulu, begitulah anggapannya, tetapi keadaan
sudah berbeza sekarang ini. Walaupun ini bukannya kesalahan
mereka, mereka sudah menjadi bahan perbalahan politik yang lebih
besar kerana rakyat Melayu yang sudah tidak gemarkan Perdana
Menteri yang ada. Kerana itu, apabila seorang wartawan melayu
yang menjadi terkenal di media alternatif menuduh seorang menteri
besar berkelakuan korup dalam urusan tanah, dan menjadikannya
satu isu besar dalam dewan perundangan negeri Selangor yang
baru sahaja tamat sidangnya, Khir Toyo sudah semakin sedar
betapa dia menjadi sasarannya. Tidak kiralah kalau dalam hal ini
segala tuduhan itu mempunyai asas yang benar Dia adalah insan
berpangkat ciptaan Perdana Menteri, yang perlu dihantui dengan
dakwaan yang mempunyai asas yang mungkin sepatutnya
dipertikaikan tahun lalu. Khir Toyo memang amat jelas pendiriannya, dan begitulah yang
diceritakan kepada jongos dan teman-temannya, betapa dia
merupakan wakil rakyat satu musim sahaja dan amat takut
kalau-kala tidak mampu berlagak hidup mewah apabila melepaskan
jawatan yang dipegangnnya sekarang. Oleh kerana dia hanya
berusia empat dekad sahaja, dan berkemungkinan lebih lama lagi
bernyawa, bayangkan kegusaran kalau terpaksa hidup selama itu
lagi tanpa sebarang jawatan yang boleh menyauk rasuah lagi. Saya
diberitahu betapa akaun simpanan beliau mencanak naik setiap
bulan setaraf jumlah wang yang mahu diperah oleh seorang peniaga
bertaraf antarabangsa dan tidak ada tolok tandingnnya. Cerita itu
mungkin satu dongengan yang sengaja dicanang oleh mereka yang
cemburukan sikap kelurusan beliau berpolitik. Kali terakhir saya
melihatnya, dia masih belum bertongkat lagi, dan namanya pun
bukannya Ali. (Mungkin dia kena kacip seorang perempuan yang
namanya Fatimah - penterjemah) Akan tetapi semua desas-desus ini amat memburukkan martabatnya.
Sepatutnya dia marahkan tukang sebar cerita dongeng itu dan
lakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh menteri besar,
samada Barisan Nasional ataupun pembangkang, yang berani
melakukannya. Seharusnya dia tidak menganggotai jawatankuasa
yang menentukan kelulusan tanah kepada para peniaga dan tukang
ampu politik yang besar-besar. Malangnya mereka ini bertegas
mahu menganggotai jawatankuasa itu untuk menentukan para exco
beliau tidak korup. Sepatutnya hanya seorang sahaja dibiarkan
korup dalam kerajaan, ungtuk membolehkan beliau menerima
semua sogokan rasuah. Kalau terlalu ramai yang rasuah tentulah ia
akan mempercepatkan pihak permbangkan naik berkuasa. Yang
lebih menakutkan ialah apabila semua sogokan rasuah itu berpindah
ke tempat lain. Inilah yang tidak direlakan oleh UMNO, bukankah
begitu? Kerana itu, menteri besar seperti Khir Toyo terpaksa
meneruskan atas nama kepentingan negara, mengekalkan amalan
yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk terus korup juga.
Alangkah sedihnya tragedi itu!!
Terjemahan: SPAR-01-1751 Asal: KM2 6304 |