Laman Webantu KM2: 6318 File Size: 10.5 Kb * |
TAG SP 435: Worldnet: Putera Arab dan Industri Media By Joseph Farah 8/11/2001 9:52 am Thu |
WorldNetDaily.com Putera Arab dan Industri Media
(The Prince and the Media) Beberapa minggu sudahpun berlalu sejak Putera Saudi Alwaleed bin
Talal cuba menghulurkan derma sebanyak 10 juta dollar kepada
datukbandar New York, Rudolp Giuliani untuk tabung yang berkaitan
dengan serangan ganas di bandaraya itu.
Guiliani memang berhak memberitahu putera itu untuk mengambil
balik cek itu dan menyoroknya terus di 'bahagian badannya di
mana tidak dijenguk oleh matahari' (ini sebenarnya merupakan
sindiran kesat di dunia Inggeris Amerika - penterjemah).
Kenapa? Kenapa beliau telah mengeluarkan satu pendapat yang
tidak sesuai didengar ketika membuat sumbangannya itu. Dia
mencadangkan serangan udara itu adalah hasil peranan Amerika
dalam usaha menyelesaikan konflik di Timur Tengah. (Ini adalah satu
pembohongan kerana putera itu telah mengedarkan surat 'flyers'
kepada pemberita mengatakan Amerika harus menimbangkan cara ia
menangani konflik di Timur Tengah, tanpa mengaitkan kisah
serangan ngeri itu - penterjemah). 'Luka yang dibiarkan berterusan itu akan terus merebak,' demikian
kata insan yang nombor lapan terkaya di dunia. 'Sebenarnya,
selagi masalah Israeli-Palestin tidak diselesaikan, seluruh dunia
akan menanggung risikonya.' Ini adalah satu kenyataan yang haprak. Dan Giuliani sedar perkara
itu. Sumbangannya itu adalah wang yang ada cengkoknya. Putera
itu cuba membeli pengaruh, penghormatan dan juga simpati kepada
perjuangannya. Akan tetapi ketika dia disuruh pergi oleh Giuliani, putera itu telah
berjaya membeli pengaruh di kalangan dunia kewangan dan
terutama sekali media barat yang dikuasai oleh perniagaan besar.
Sebagai contoh, putera itu kini mempunyai saham bernilai $2.05
bilion dollar dalam AOL (American Online- penterjemah)
AOL/Time-Warner, seperti yang anda sedar menguasai antara
lainnya, banyak perusahaan media, CNN, jaringan berita global
yang berpengaruh. Beliau juga memiliki sekurang-kurang $50 juta
saham Disney, syarikat yang menguasai antara lainnya syarikat
media, ABC. Beliau juga menguasai sekurang-kurangnya 3 peratus
News Corporation, syarikat induk New York Post, Fox News
Channel, the London Times dan bermacam lagi syarikat media
seluruh dunia ini. Dia juga mempunyai saham yang banyak dalam Compaq, Kodak,
Xerox, Amazon, eBay, Internet Capital Group, Infospace,
DoubleClick, Coke, Pepsi, Ford, McDonald's, Gillette dan Procter &
Gamble. Akan tetapi, pegangan putera itu dalam industri media yang amat
menarik minat saya. Inilah dia seorang manusia yang mahukan pengaruh dan telah
menunjukkan bagaimana menggunakannya. Bagaimanakah pengaruh
itu dapat diperkasakannya dalam pegangan saham di media barat
itu? Putera itu ada memberitahu London Times bagaimana dia kerap
menelefon taukeh-taukeh syarikat besar di mana dia ada menanam
pelaburannya. 'Saya selalu berhubungan dengan mereka, tetapi saya tidak
memainkan peranan yang besar dan aktif,' katanya. 'Seandainya
mempunyai sesuatu fikiran mengenai sesuatu, saya akan beritahu
pengerusi ataupun ketua ekskutif sesuatu syarikat itu.'
Mujur juga dia tidak merupakan seorang pelabur dalam
WorldNetDaily - dan tidak mungkin dia berjaya selagi saya mampu
bertahan dengan syarikat yang saya tubuhkan ini.
Anda harus faham, saya tidak percaya kengerian di Pusat
Dagangan Dunia dan Pentagon dapat disemadikan mengikut cara
yang diusahakan oleh putera itu. Lagipun, tidak ada seorangpun ahli
warga intana Saudi mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Kalaulah dia mahu menggunakan pengaruhnya untuk berbuat
sesuatu yang baik di dunia ini, putera itu seharusnya berbuat
demikian di tanahair sendiri - yang secara tidak langsung ada
kaitan dan tanggungjawab menyebabkan satu jenis keganasan Islam
yang telah menyerang Amerika Syarikat pada September 11. (Sekali
lagi ini merupakan satu propaganda kerana warga Saudi tidak
bertanggungjawab dengan keganasan itu.)
Arab Saudi telah membesarkan Osama bin Laden. Arab Saudi telah
memeram dan menyokongnya selama bertahun lamanya. Kini, Arab
Saudi mahu menyorokkan kenyataan itu secara tipuhelah.
Ketika FBI cuba menemubual ahli keluarga Osama Laden di Amerika
Syarikat, pegawai Saudi dengan spontan telah menerbangkan
kesemua 24 ahli keluarga Laden pulang ke Arab Saudi dalam satu
usaha untuk menggagalkan usaha FBI itu. Keluarga Saudi telah
menyorokkan peranan Osama Laden ketika berlakunya pengeboman
Khobar Towers, pangkalan tentera AS di negaranya. Arab Saudi
enggan berkerjasama dalam siasatan yang melibatkan perampas
pesawat terbang yang melibatkan sekurang-kurangnya 10 orang
warga Saudi. Rakyat Saudi merupakan penaja utama penubuhan khemah putaran
minda yang mereka sebut sebagai sekolah agama di Afghanistan
dan Pakistan. Itulah pusat doktrinasi yang menghasilkan bakal
pemimpin pasukan Taliban. Arab Saudi bukannya sebuah negara yang bebas mengikut fahaman
kebanyakan rakyat Amerika, tetapi merupakan sebuah negara yang
zalim dan bersistem kepolisan yang totalitarian - di mana rakyat
beragama Kristian boleh didakwa. Inilah negara yang tidak
menghormati hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan akhbar
dan beragama. Tidak ada satupun gereja Kristian di Arab Saudi dan
Kristian dipenjarakan dan dihukum pancung seandainya
sembahyang mengikut fahaman Kristian di rumah mereka sendiri.
(hi...hi...hi...ini satu penipuan besar bah!!!!).
Kepada mereka yang mengongsi pendirian saya menyokong
Datukbandar Guliani memulangkan semula wang derma itu, sudah
tiba masanya anda menyoal diri sendiri apakah gunanya putera
Arab itu menyebarkan pengaruhnya dalam dunia kewangan AS -
terutama sekali dalam media AS itu? Terjemahan: SPAR. Asal: http://www.worldnetdaily.com/news/article.asp?ARTICLE_ID=25234
It's been several weeks since Saudi Prince Alwaleed bin Talal
attempted to donate $10 million to New York Mayor Rudolph Giuliani
for costs associated with the terror attack on the city.
Giuliani rightly told the prince to take his check and stick it where the
sun don't shine. Why? Because of highly inappropriate remarks the prince made while
making the contribution. He suggested the terror attack was a result
of America's role in attempting to resolve the Mideast conflict.
"This untended sore will fester, spread," the eighth richest man in the
world said. "The reality is that until the Israeli-Palestinian situation is
resolved, the world remains at risk."
Nonsense. And Giuliani recognized it as such. This was money that
was coming with strings attached. The prince was trying to buy
influence, goodwill, even sympathy for his cause.
But while he was told to go packing by Giuliani, the prince has been
more than successful at buying influence in the financial world and
particularly with the western media that big business controls.
For instance, the prince now owns a whopping $2.05 billion worth of
AOL stock. AOL/Time-Warner, as you know, controls, among many
other media enterprises, CNN, the influential global news network. He
also owns at least $50 million worth of Disney stock, the company
that controls, among other media enterprises, ABC. He also controls
at least 3 percent of News Corporation, the parent company of the
New York Post, Fox News Channel, the London Times and many
other media outlets around the world.
He also has large holdings in such American corporate names as
Compaq, Kodak, Xerox, Amazon, eBay, Internet Capital Group,
Infospace, DoubleClick, Coke, Pepsi, Ford, McDonald's, Gillette and
Procter & Gamble. But, it is the prince's media holdings of most interest to me.
Here's a guy who wants influence and has demonstrated his desire to
use it. How will that influence be manifested in western media
holdings? The prince told the London Times he frequently makes calls to
bosses of the companies in which he is invested.
"I am always in close touch with them, but I don't play an active
role," he said. "If I feel very strongly about something, I convey a
message directly to the chairman or the chief executive."
Thanks God he's not an investor in WorldNetDaily - nor will he ever
be as long as the company I founded remains in private hands.
You see, I don't believe the massacres at the World Trade Center
and Pentagon can ever be rationalized as the prince attempted to do.
And, particularly, no member of the Saudi royal family has any moral
authority to do so. If he wants to use his influence to do some good in the world, let the
prince begin in his own homeland - which, by the way, is not without
some responsibility and culpability for having spawned the brand of
Islamicist terrorism that struck the United States Sept. 11.
It bred Osama bin Laden. It incubated him. It supported him for years.
Now it is in full cover-up mode. When the FBI sought to interview members of the bin Laden family in
the United States, Saudi officials immediately flew 24 family members
home in a deliberate effort to subvert the inquiry. The Saudis covered
up bin Laden's role in the bombing of the Khobar Towers, the U.S. air
base in that country. The Saudis have refused to cooperate fully in
the investigation of the hijackers themselves, at least 10 of whom
were Saudi citizens. The Saudis are the principal sponsors of the brainwashing camps
they call Islamic schools in Afghanistan and Pakistan - the
indoctrination centers that produce new bin Ladens and new leaders
for the Taliban. Saudi Arabia, far from being the moderate state most Americans have
believed, is a brutal totalitarian police state - one that persecutes
Christians and recognizes no rights to free speech, free press and
freedom of religion. There's not a single church in all of Saudi Arabia,
and Christians have been jailed and executed for worshipping in the
privacy of their own homes. For those, like me, who applauded Giuliani's decision to give the
money back, it's time to ask yourself just how the good prince is
using his influence in the U.S. financial world - and particularly in the
U.S. media. Don't miss Joseph Farah's exclusive report "Jihad in America" in the
November issue of Whistleblower magazine, WorldNetDaily's monthly
offline publication. Order your subscription now.
Joseph Farah is editor and chief executive officer of WorldNetDaily.com and writes a daily column. |