Laman Webantu KM2: 6315 File Size: 22.1 Kb * |
TAG SP 433: Worldnet: B1 - Rahsia Sejarah Anthrax By H.P. Albarelli Jr. 8/11/2001 9:12 am Thu |
[Kita usahakan penterjemahan artikel ini (bahagian dua akan
menyusul sebaik sahaja artikel asal disiarkan di internet) atas
beberapa sebab; a) Propaganda Bush di Amerika dan di CNN menyebut hanya ada
tiga negara yang mengeluarkan bakteria anthrax sebagai senjata
perang: Russia, Iraq dan Afrika Selatan.
b) Bush berusaha mempengaruhi dunia luar sebelum menyerang Iraq
sebagai balasan mahu menghancurkan makmal anthrax dan kimia,
sedangkan pakar dunia termasuk Israel menyebut bahawa bakteria
anthrax di Amerika itu adalah hasil bikinan dalam negeri di Amerika
sendiri. c) Saya menggangap 'anthrax' dijadikan modal untuk mengalihkan
beberapa pemimpin di Amerika dan menutup pejabat mereka untuk
sementara, untuk membolehkan segala kerja-kerja pembersihan
wayar elektronik yang usang yang telah pernah terpasang sebagai
alat pemantauan CIA. Mungkin juga pejabat yang dikosongkan itu
dipasang dengan peralatan baru untuk memudahkan kerja-kerja
pemantauan CIA dan Bush Senior. Di Amerika sekarang ini semakin
ramai penganalis politik yang sedar, betapa presiden sebenar
Amerika sekarang ialah Bush Senior, yakni bapa kepada Bush yang
menjadi presiden secara rasminya. Kerana itu Islam dan Iraq menjadi
mangsa tekanan Amerika sekarang ini. Ada laporan lama yang
memetik temubual Bush Senior sejurus selepas Amerika 'menang'
dalam perang Teluk menjahanamkan Iraq, Bush Senior ada
menyebut: 'Now that Iraq is gone, our next target is ISLAM....'
Semoga dunia Melayu dan Islam berwaspada dengan ciri-ciri jijik
ini. - penterjemah - SPAR.] Rahsia Sejarah Anthrax - Bahagian 1
(The secret history of anthrax) Siri serangan anthrax di AS ekoran tragedi serangan udara yang
mengerikan di Pusat Dagangan Dunia New York, dan Pentagon
Washington, telah mencetuskan minat menyeluruh kepada apa yang
ramai orang percaya sebagai satu jenis penyakit yang lama
terpendam. Sejarah anthrax sebagai senjata biologi, mendedahkan
satu kisah yang amat bertentangan kepada kepercayaan umum.
Dakwaan yang mula-mula dibuat terhadap penggunaan anthrax
sebagai senjata biologi telah dihalakan kepada Jerman ketika
Perang Dunia Pertama. Agen Jerman dituduh ketika itu
menggunakan bakteria anthrax kepada lembu dan kuda di Bucharest
pada 1916 dan di Peranchis pada 1917. Mengikut satu dokumen
rahsia tulisan George W. Merch pada 1943, hartawan industri
farmasi dan penasihat peperangan-biologi kepada Presiden
Roosevelt itu, AS dikatakan mempunyai 'bahan bukti yang amat
jelas' bahawa 'seawal 1915' agen Jerman di pelabuhan New York
telah 'menyuntik kuda dan lembu dengan bakteria yang
mengeluarkan penyakit'. Dr. W. Seth Carus, seorang pakar bioterrorism (keganasan
biology/bio) dan penasihat khas kepada Jabatan Pertahanan, telah
menulis satu kertas-kerja pada April 2000, bahawa pada 1915,
agen-agen Jerman telah membawa beberapa botol yang berisi
cairan anthrax untuk menyuntik kuda yang dipelihara di kandang
yang terletak di Van Courtland Park Manhattan. Tujuannya ialah
menyuntik binatang ternakan itu dengan jejarum yang berulukan
kepingan gabus. Beberapa dokumen simpanan tentera AS mendedahkan betapa pada
1916, satu operasi rahsia yang diusahakan oleh seorang doktor
perubatan Prussia, Dr. Anton Dilger, telah membiak spora antrax
dalam satu makmal rahsia di Chevy Chase, Md., untuk digunakan
terhadap ternakan di pelabuhan Baltimore. Pada tahun yang sama,
di Argentina, agen perisik Jerman telah menjelajah banyak
pelabuhan untuk menyuntik kuda dan lembu yang bakal dihantar ke
Eropah dengan ketulan gula yang sudah diadun dengan bakteria
anthrax. Dokumen risikan British dan pintasan mesej perutusan kebal
daripada 1916-1918 mendedahkan betapa Jerman berjaya
menyuntik hampir 5,000 lembu jantan dan kuda yang digunakan di
Mesopotamia dan pada Ogos 1916 beberapa orang agen telah
mengirim anthrax kepada Romania untuk dijangkiti bebiri yang dalam
perjalanan menuju Russia. Beberapa dokumen British itu
mendedahkan bagaimana seorang agen Jerman, Baron Otto karl
Von Rosen telah ditangkap kerana cuba menyuntik rusa ternakan di
Norway dengan bahan 'vial' yang mengandungi bakteria anthrax.
Dr. Theodor Rosenbury, bekas pakar mikrobiologi tentera AS, telah
mendakwa dalam bukunya yang ditulis pada 1949, 'Peace or
Pestilence,' betapa beberapa orang perisik Jerman yang berpusat
di Switzerland ketika Perang Dunia Pertama, telah mencapai sedikit
kejayaan menyebarkan antrax dan kolera di kalangan 'masyarakat
di negara jiran'. Selain kisah yang dibuat oleh Rosenbury itu, tidak
ada sebarang bahan bukti bahawa wujudnya sebarang negara yang
mengambil pendirian yang serius menggunakan anthrax terhadap
sasaran manusia ketika Perang Dunia Pertama.
Perkara ini boleh diterima akal kerana kesan yang mengkagumkan
dalam penggunaan gas beracun ketika itu sudah lebih terkenal
kepada kedua pihak yang berperang itu sehinggakan ia menyepikan
sebarang pemikiran terhadap penggunaan kuman sebagai alat
peperangan terhadap manusia. Namun, perkara itu berubah apabila
munculnya pertengahan 1930-an. Ada satu piagam antarabangsa bernama 'Geneva Protocol of 1925'
yang menegah 'penggunaan kaedah bakteriologi sebagai alat
peperangan,' dan piagam ini memang amat difahami oleh seorang
pegawai tentera muda yang juga merupakan pakar bekteriologi, Dr.
Shiro Ishii. Namun, dia berjaya meyakinkan ketuanya pada 1935,
untuk dibenarkan beliau membuat kajian akan segala kemungkinan
menggunakan kuman sebagai bahan senjata peperangan. Pada
1937, Dr.Ishii telah berjaya menyediakan satu kompleks ujian kuman
yang besar di Pingan, sebuah perkampungan nelayan di pinggir
kota Harbin di Manchuria. Kompleks yang dikenali dengan
panggilan Unit 731, mengandungi 150 bangunan yang melindungi
3,500 para penyelidik dan kakitangannya.
Pakar sains pimpinan Ishii, menumpukan kajian mereka terhadap
anthrax, dan juga typhus, hawar (plague), kolera, butilsm, sampak,
tularemia dan encephalitis. Bakteria telah dibiakkan secara meluas
dalam tangki aluminium merata tempat di kompleks itu. Pada 1940,
adalah dianggarkan, Unit 731 telah berjaya mengeluarkan lebih lima
ton anthrax yang sesuai untuk dibekalkan dalam sarung bom.
Kompleks kajian Ishii itu adalah sungguh besar disebabkan dakwaan
tentera Jepun yang menyebut bagaimana tentera Russia pernah
menyerang askar Jepun di China dengan anthrax dan kolera,
hingga mengorbankan 6,000 askar dan 2,000 kuda.
Unit 731 mula membuat ujiannya sepanjang waktu dengan
menggunakan anthrax. Beberapa jenis bom yang dibuat dengan
menggunakan keluli sebagai sarung anthrax telah direka dan diuji
secara meluas. Pada 198, Ishii sendiri telah mencipta satu prototaip
bom tembikar yang mengandungi bakteria anthrax yang mudah
pecah ketika terhentak, dan menyibarkan berjuta spora berbahaya di
udara. Untuk membolehkan agen Jepun berkeupayaan menyerang individu
dalam hubungan dekat yang rahsia, para saintis Ishii telah mencipta
cokelat dan getah-kunyah (chewing gum) yang diadun dengan
anthrax. Kemudian dicipta pula batang pena, jarum rambut dan
payung yang hujungnya dibekalkan bahan anthrax yang berbisa.
Dokumen yang didedahkan daripada Fort Derrick, sebuah pusat
penyelidikan tentera di Frederick, Md., (nama pusat itu sudahpun
ditukarkan selepas perang) menunjukkan secara samar satu senario
yang sungguh menakutkan seandainya Perang Dunia Kedua
berlanjutan lebih lama daripada yang sebenarnnya berlaku.
Bermula pada akhir 1944, pakar aeriobiologi di Kem Detrick, telah
mengeluarkan beberapa amaran apabila munculnya beberapa
laporan daripada negara barat akan kemunculan belon besar, yang
ada mencapai 150 kaki bulatannya, dijumpai terapung-apung di
udara di atas kawasan yang ramai penduduknya.
Walaupun pada tahap awalannya perkara itu dianggap satu bahan
perlekehan sahaja, para saintis Kem Detri cepat menyedari bahawa
ada sesuatu yang serius dan tidak kena apabila tiga buah belon
besar itu jatuh mendarat di California, Montana dan Washington
State. Semuanya menunjukkan benda yang ringan dan semacam
sutera yang mempunyai tulisan Jepun sebagai tanda-namanya.
Hingga Mac 1945, lebih 250 buah belon telah dijumpai di sembilan
wilayah di bahagian barat Amerika termasuk Hawaii, dan juga
Kanada Barat. Beberapa dokumen yang didedahkan oleh tentera AS
menunjukkan belon itu mengandungi bahan yang tidakpun
diterangkan jenisnya kerana masih dianggap rahsia. Tetapi ada
catatan yang mengatakan setiap belon itu mengandungi alat yang
membolehkannya terbakar. Satu laporan rahsia pasukan Kimia
tentera telah disediakan pada 1947 oleh Rexmond C.Cochrane.
Laporan itu merakamkan kematian seorang wanita gara-gara belon
yang gugur di Montana. Sebiji belon kimia yang gugur di Oregon
telah 'membunuh satu pasukan lelaki yang pergi memburu,' dan
pada Mei 1945, 'lima wanita dan kanak-kanak mereka di Georgia
telah terkorban kerana mereka cuba bermain-main dengan alat
peledak yang dipasang dalam belon yang jatuh ke bumi.'
Satu program kajian yang menyeluruh seprti yang dilaksanakan oleh
Ishii sudah tentu memerlukan pelbagai bahan kajian seperti 'guinea
pigs', dan sudah ada bahan bukti yang sungguh jelas dan
menyeluruh bahayanya bahawa pasukan Ishii lebih berminat
mahukan manusia sebagai bahan kajian mereka daripada binatang
ternakan. Dua orang wartawan penyelidikan British, Peter Williams
dan David Wallace telah menulis dalam buku mereka berjodol 'Unit
731' dan menyebut betapa 'Ishii sengaja mengasaskan kompeks
ujiannya itu di satu kawasan yang sungguh terperusuk di Utara
Manchuria untuk membolehkannya melakukan pelbagai kajian ke
atas manusia.' Kajian Ishii dengan anthrax terhadap manusia,
memang menghasilkan kisah yang sungguh menyeramkan.
Mengikut dokumen tentera yang didedahkan selepas perang, Unit
731 menggunakan manusia sebagai bahan ujian, ramai yang diambil
daripada mangsa perang yang dipenjarakan di Kem tahanan perang
di Mukden, termasuklah wanita dan kanak-kanak. 'Mereka diikat di
tiang dan diberikan lindungan penyungkup kepala dan badan' tetapi
'kaki dan ponggong mereka sengaja dibogelkan untuk menyerap
tikaman serpihan tajam hasil ledakan bom anthrax yang diletupkan
beberapa ela jauhnya.' Hasil luka yang diterima daripada ledakan
bom itu dibiarkan tanpa sebarang rawatan untuk membuat kajian
berapa lama mangsa itu boleh bertahan sebelum mati. Beberapa
dokumen menunjukkan tidak ada sesiapa yang boleh bertahan lebih
lama daripada seminggu sebelum kojol di situ.
Beberapa manusia yang dijadikan bahan ujian untuk makan
hidangan yang disuntik anthrax dan juga bakteria lain dan mereka
diamati sehingga munculnya masa untuk mati. Ada mangsa ujian
yang dipaksa meminum cairan yang diadun sebatian anthrax dan
kuman 'typhoid' (tifoid = penyakit usus yang mudah menjangkit).
Mengikut majlis siasatan kongres di Washington,D.C., pada
September 1986, ramai bekas tahanan perang Amerika yang
menjadi bahan kajian Ishii. Ahli Kongress Montana, Pat Williams pernah berkata pada awal
siasatan itu: 'Manusia ini semuanya menjadi mangsa satu rahsia
yang sungguh dahsyat bahananya, yang dirancang 44 tahun dulu
di Manchuria di sebuah kem tahanan perang Jepun. Mungkin ini
merupakan satu rahsia Perang Dunia Kedua yang begitu lama
terperam begitu sahaja, dan begitu lama oleh Jepun dan juga oleh
kerajaan Amerika.' Majlis siasatan kongres itu telah mendengar pelbagai kisah ngeri
yang diceritakan oleh bekas tahanan perang. Mereka yang
terselamat daripada keganasan Jepun itu mengatakan selepas
mereka dibebaskan di akhir perang itu, mereka telah dihantar pulang
dengan arahan tegas 'tidak boleh menceritakan pengalaman yang
mereka lalui.' Ekoran siasatan itu, seorang jurucakap Tentera AS menyatakan
bahawa AS 'tidak mempunyai sebarang bahan-bukti yang boleh
memperakukan dakwaan tahanan perang itu' kerana semua
rakaman yang ada hubungkait dengan kegiatan Ishii telah
dipulangkan kepada kerajaan Jepun pada akhir 1950-an dan tidak
ada sebarang salinan yang disimpan. Disebabkan kekecohan pada bulan-bulan terawal kemunculan
Perang Dunia Kedua, AS., Britain, Kanada dan Russia telah secara
berahsia memulakan program penyediaan senjata kimia sebagai
menyambut beberapa laporan risikan yang sengaja
digembar-gemburkan yang mengatakan bahaya kajian yang sedang
dilakukan oleh pakar sains Nazi. Yang peliknya, dokumen tentera
Amerika yang didedahkan pada 1980-an, merakamkan bahawa
masyarakat perisikan AS tidakpun mempunyai simpanan catatan
aktiviti ganas dan kejam Unit 731 pimpinan Ishii sehingalah perang
itu hampir tamat. Sikap puak Nazi Jerman tidak pernah memberikan tumpuan kepada
bahan kimia dan kuman sebagai alat peperangan telah
memeranjatkan ramai pengkaji sejarah dan para wartawan. Mungkin,
salah satu sebabnya ialah kerana Hitler, pernah menjadi satu
mangsa serangan gas pada Perang Dunia Pertama yang hampir
membunuhnya. Kerana itu dia amat membenci penggunaan gas dan
kimia sebagai alat peperangan. Tanggapan ini tidak pula mengatakan bahawa Nazi tidak pernah
mengadakan ujian membabitkan kimia dan gas sebagai senjata
perang. Mereka ada mengusahakan ujian itu. Sebagai yang
dijangka, kebanyakan ujian mereka itu telah ditaja oleh 'Ahnnerbe
Institute' ke atas tahanan perang. Kebanyakan ujian ini
dilaksanakan di kem tahanan di Dacahau dan Ravensbrueck dan
diawasi oleh Dr.Walter P Schreiber, seorang major-general dalam
pasukan Nazi. Mengikut dokumen siasatan Nuremberg Tribunal,
Schfreiber merupakan pakar anthrax terulung Jerman. Pakar sejarah
dan bekas wartawan siasatan Linda Hunt telah mendedahkan betapa
Schreiber pernah menjalankan ujian yang dahsyat dan mengerikan
di mana orang tahanan perang di kem itu disuntik 'dengan phenol
untuk mengkaji berapa lama mangsa dapat bertahan sebelum
menemui kematian.' Pada Julai 1998, akhbar Daily Telegraph di London telah
melaporkan betapa pada Jun 1944, pasukan Special Operations
Excutive Britain telah merencana satu usaha membunuh Hitler
dengan menghantar seorang agen rahsia ke Jerman 'untuk
menyuntik pakaian Hitler dengan bakteria anthrax.' Mengikut artikel
itu, rencana itu gagal dieruskan kerana adanya kesangsian
seandainya berjaya, ia akan menyebabkan kematian Hitler yang
berkemungkinan dianggap sebagai seorang 'martyr'. Artikel itu
menyebut seorang pegawai British yang menentang rencana itu
sebagai berkata, 'Hitler akan pasti diberikan satu pengiktirafan yang
tinggi, dengan satu andaian metos bahawa Jerman sudah pasti
dapat diselamatkan seandainya beliau tidak mati.'
Para penyelidik Britain dan Kanada telah mempergiatkan usaha
mencari kemungkinan menggunakan anthrax sebagai alat senjata
peperangan yang dapat mencetuskan kematian yang besar. Pada
musim panas 1942, setelah melakukan beberapa ujian dengan
menggunakan beberapa kuman peperangan di pusat ujian mereka di
Porton Down, England, British telah melancarkan beberapa siri
ledakan bom yang mengandungi bakteria anthrax di Gruinard,
sebuah pulau yang tidak berpenghuni di persisiran pantai Scotland.
Bom yang pertama meletup, merebak dan membunuh sekitara 30
bebiri yang diuji dalam masa satu minggu sahaja. Ujian seterusnya
telah membunuh lebih banyak kambing ujian lagi. Seorang pegawai
perhubungan Cam Detrick yang ditugaskan berada di Porton Down,
William Sarles, telah menjadi saksi kepada segala ujian di Pulau
Gruinard itu. Seperti yang telah dijanjikan, spora anthrax akhirnya ditiup angin
memasuki tanah besar Scotland, menyebabkan merebaknya wabak
anthrax. Ujian di Gruinard itu, menyebabkan pembiakan penyakit itu
di seluruh pulau tersebut sehinggakan ia terpaksa menjadi pulau
larangan kepada manusia. Selama beberapa tuahun kemudiannya,
ada laporan yang mencatatkan perubahan sifat kepada haiwan yang
masih hidup di pulau itu disebabkan pertukaran genetik yang mereka
lalui. Dokumen Porton Down yang telah dibuka untuk tatapan umum
mendedahkan betapa sejak 1941 dulu lagi, Britain telah
mengusahakan satu siri ujian anthrax dengan cara menyembur spora
anthrax daripada pesawat udara.. Pada awal 1942, Britain sudahpun
melancarkan beberapa ujian di Porton Down yang membabitkan
semburan di angkasa, bakteria anthrax ke atas kumpulan kambing
bebiri dan lembu. Beberapa ujian ini menghasilkan pengeluaran apa
yang disebut oleh para penyelidik British sebagai 'Cattle cakes'.
Kek tersebut berbentuk pejal, laksana 'wafers' yang disaluti anthrax
dan sebatian kuman yang boleh menyebabkan penyakit mulut dan
kuku. Para penyelidik Kanada itu hanya terkebelakang daripada
kumpulan Britain dalam ujian menggunakan anthrax di kawasan
yang disebut Suffield berdekatan Calgary dan Medicine Hat. Tidak
banyak hasil kajian ini yang pernah diterbitkan.
Usaha memacu kajian melibatkan anthrax telah diarahkan daripada
tahap pemerintahan yang paling tinggi. Penasihat sains yang paling
rapat dengan Winston Churchill, Lord Cherwell, telah memberitahu
perdana menteri itu pada awal 1944, disebabkan kemungkinan
ciri-ciri anthrax yang menakjubkan, Britain tidak mempunyai pilihan
selain memajukan bom yang boleh diisi bakteria itu. Winston
Churchill bingkas, dan mengarahkan ketua pasukan tentera Britain
mengemukakan permohonan untuk mendapatkan 500,000 butir bom
anthrax daripada Amerika Syarikat. Sejak 1942, tentera AS telah menjalankan pelbagai ujian secara
rahsia menggunakan anthrax, selalunya dengan kerjasama pakar
sains perangsaraf biologi tentera Kanada. Kumpulan Kanada
telahpun menghasilkan spora anthrax pada kadar 150 pound setiap
bulan di satu lokasi terpencil di Gross He, di pinggir sebuah pulau
St. Lawrence berdekatan Quebec. Sebelum dijadikan pusat kilang
mengeluarkan spora anthrax, pulau itu merupakan pusat karantina
untuk para pendatang yang mahu memasuki tanah besar Kanada.
Pengeluaran anthrax di Grosse Island berjalan denan lembab dan
menyulitkan hingga menjemukan pegawai AS dan membuatkan
mereka mengusahakan pengeluaran spora anthrax sendiri di sebuah
pangkalan yang bernilai berjuta-juta dollar di Vigo, Indi., di
bahagian selatan Terre Haute. Pada awalnya tempat itu direka pada
1942, sebagai tempat menyimpan peluru tentera, dan ini telah
diubah untuk menempatkan 12 tangki air dengan muatan 20,000
gelen air setiap satu yang mampu menghasilkan dalam tempoh satu
bulan, spora anthrax yang secukupnya untuk menghasilkan pula
500,000 biji bom. Pada Jun 1944, ekoran permintaan Britain agar
dibekalkan setengah juta bom itu, AS telah membuat keputusan
untuk menghasilkan satu juta bom anthrax kesemuanya. Setengah
daripada keluaran ini disimpan di Amerika Syarikat untuk kegunaan
masa depan (Ha.....apakah kemungkinnya bom ini sudah digunakan
untuk ditembak ke udara Amerika???) Dalam sebuah buku bertajuk 'The Biology of Doom',
pengarangnnya Ed Regis ada menyebut bagaimana kelongsong
yang membungkus bom anthrax di Vigo itu dikeluarkan oleh
'Electromaster Corporation, sebuah syarikat membuat bom di Detroit,
Mich.,' sedangkan 'bahan peledak bom itu dikeluarkan oleh
Unexcelled Manufacturing Company of Cranbury, N.J.'
Sebelum terbinanya kilang anthrax di Vigo, Amerika Syarikat
sudahpun mengeluarkan spora anthrax dalam bentuk yang banyak -
ada yang menyebut melebihi dua ton - di Camp Detrick. Kajian
terhadap senjata untuk meledakkan spora itu bermula pada awal
1943 selepas Dr. Ira Baldwin daripada Universiti Wisconsin dilantik
menjadi pengarah pusat penyelidikan di Frederick. Baldwin tidak
berapa berminat menggunakan anthrax sebagai senjata perang,
seghairah beberapa saintis pilihan yang diambil untuk membantunya.
Yang kuat memihak kepada pendapat Baldwin ialah Dr. William A
Hagen seorang ahli Jawatankuasa National Research Council's
Biological Warfare. Hagan, adalah seorang pakar yang ada
hubungan dengan New York Veterinary College, Cornell, dan
berpendirian bahawa penggunaan anthrax adalah terlalu berbahaya
kerana penyakit itu boleh bertahan lama setelah digunakan dan
berupaya memeram diri di bumi dan di tempat lain dengan
kemampuan bertahan terhadap perubahan suasana persekitarannya.
Pada tahap awalannya, Baldwin telah memberikan tugas utama
penyelidikan itu kepada Lord Trevor Stamp, seorang pakar bakteria
British yang berkahwin dengan seorang wanita Amerika. Stamp
pernah berpengalaman bertugas di Porton Down, dan telah mebina
satu makmal di satu kawasan yang diberi nama jolokan 'Old
McDonald's Farm' oleh beberapa rakan sejawatan dengannya.
Bekas penyelidik di Camp Detrik, yang kenal Stamp telah
melaporkan kisah beliau kerap bertelagah dengan Baldwin mengenai
penyelidikan di situ, tetapi selalunya dia yang menang kerana
adanya ramai kawan-kawannya di peringkat atasan. Antara
kawan-kwannya itu ialah Stanley Lovell, pengarah program SSS
Research and Development, Merck, yang menjadi pelopor program
'biological warfare 'A.S., dan beberapa pegawai berpangkat tinggi
dalam US Army Chemical Corps, yang memang menaruh minat
mahukan jawatan yang dipegang oleh Baldwin sebagai pengarah
Camp Detrick. Seawal 1944, disebabkan oleh kepintaran kerja yang dilaksanakan
oleh Lord Stamp, Camp Detrick telah berjaya melakar satu program
besar memajukan alat senjata menggunakan anthrax dan ini telah
menghasilkan pembiakan spora anthrax yang banyak dan tersimpan
di pusat penyelidikan di Maryland itu. Kemudian, diwujudkan pula
program untuk meneluarkan bom berangkai yang mengandungi
beberapa ratus kuman bakteria anthrax, walaupun bersifat jenis
prototaip sahaja pada awalanya. Operasi Vigo itu telah diberikan
tumpuan untuk dibesarkan lagi sebagai satu langkah penting untuk
bergerak maju seiring dengan sasaran ketenteraan di zaman
berperang. Para penyelidik di Fort Detrick di Vigo telah secara rasminya
bertegas bahawa 'pusat itu tidak pernah mengeluarkan bahan
pathogen' dan lokasi itu sudahpun ditutup pada akhir perang dulu
dan dipajakkan kepada sebuah syarikat farmasi swasta untuk
kegunaannya. Tidak adapun sebarang pengumuman apa jadinya
kepada berjuta spora anthrax yang dibiakkan di situ dan beratus
bom anthrax yang dikeluarkan serta tersimpan di situ. Kepada para
sintis Camp Detrik sebelum bermulanya program memperbaiki kilang
Vigo itu menjadi lebih canggih lagi. ....bersambung.... Terjemahan: SPAR. Asal: KM2 6314 |