Laman Webantu KM2: 6310 File Size: 17.9 Kb * |
TAG SP 430: Menghadapi Peperangan Panjang Yang Menyejukkan By C. Caryl, J. Barry 7/11/2001 2:59 am Wed |
Newsweek International Menghadapi Peperangan Panjang Yang Menyejukkan
(Facing a Long, Cold War) Oleh: Christian Caryl dan John Barry Kommander Rakhmad Gol sedang seronok sendirian. Selama enam
tahun yang lalu dia telah mengharungi satu peperangan yang
mengecewakannya terhadap Taliban, kerana kerap kekalahan,
walaupun adakalanya mencapai secebis kejayaan dalam
menguasai sedikit kawasan lawan. Kini dia asyik menyaksikan
pesawat pejuang perang Amerika menggugurkan bom mengena
kubu Taliban hanya beberapa ratus ela jauhnya dari tempat di
menunggu. Dia merasa gembira melihatkan kepulan asap dan debu
yang mewarnai angkasa yang kebiruan terangnya di Lembah
Shamali. Bunyi ledakan daripada pengguguran bom itu hanya
bergema beberapa saat kemudiannya. 'Lihat di sana, itu memang
mengena sasarannya,' kata beliau, menyambut kemusnahan apa
yang dikatakannya sebuah keretakebal dan kubu pertahanan
Taliban. Askar di bawah pimpinan Gol yang berpakaian compang-camping
turut merasakan semangat peperangan itu. Hubungan radio
'walkie-talkie' sesama mereka memang penuh dengan kata-kata
nista kerana gelombang semboyan mereka dikongsi bersama
dengan puak Taliban. 'Kalaulah Amerika memberikan bantuan yang
diperlukan oleh kerajaan kami,' kata Abdul Sabur, yang telah
bergelumang dengan peperangan antara gua dan peparit di
Afghanistan selama enam tahun sedangkan usinya baru sahaja 21
tahun itu, 'kami tentu dapatkan tamatkan peperangan ini dengan
cepat.' Harapan itu tidak mungkin tercapai. Gol dan Sabur sedang duduk
menenggek satu runtuhan bangunan tiga tingkat yang dulunya
diperbuat daripada batu-batan. Mereka dapat melihat kesan dinding
batu, yang sudah menghijau oleh lumut dan merekah di sana-sini
menjadikan tempat mainan bebiri mencari rezeki. Kebanyakan
pejuang kebebasan yang berjumlah sekitar 100 orang berkumpul di
situ adalah anak-anak muda di bawah arahan Pakatan Utara, yang
merupakan satu kumpulan militia anti-Taliban yang hanya mempu
menguasai sekitar 10 peratus bumi Afghanistan. Mereka berpakaian
compang-camping dengan mengenakan skaf di kepala dan
memakai sandal ataupun kasut yang sudah usang rupanya.
Selalunya mereka mampu makan sekali sehari. Selama empat hari
dalam seminggu mereka makan nasi dan kekacang; tiga hari sekali
mereka disediakan nasi dan sedikit daging kambing. Ramai yang
tidak dapat meneka usia mereka. Mereka mengadu dengan
berlembut akan keadaan pakaian dan kelengkapan mereka yang
usang.. (Begitu jugalah keadaan pejuang kebebasan yang lain di
kubu pertahanan mereka yang berbeza, sehinggakan baru-baru ini
seorang komander meminta bantuan wartawan asing untuk
menggunakan telefon selular memanggil panglimanya). Walaupun
mereka berada hanya 15 kilometer daripada Kabul, pejuang
kebebasan ini sedar seperti orang lain juga, betapa jarak itu adalah
satu perjalanan yang amat jauh kepada mereka kerana ada yang
akan melangkahkan kaki ke sana untuk kali terakhirnya.
Janji-janji kemenangan yang pantas, terutama sekali dalam
peperangan yang begitu bercelaru dan haru-biru seperti yang itu,
mempunyai unsur-unsur yang mempunyai kualiti yang mengerikan
iramanya. (Siapakah yang tidak akan mempercayai mereka?)
Pentagon kini memainkan propaganda bahawa pasukan Pakatan
Utara mempunyai 'Strategi Utara' mengalahkan Taliban, yang
semakin dikatakan amat menggalakkan daripada pendapat
Washington. Hantarkan pengbom B-52, kirim beberpa pasukan
'penasihat ketenteraan', ganyang pihak musuh yang berada tiga
batu daripada benteng pertahanan dan biarkan sekutu kita di
kalangan orang tempatan itu berperang di darat. Pasukan Amerika
boleh memberikan apa juga bantuan yang diperlukan daripada
angkasa, termasuk bekalan peluru, kelengkapan semboyan dan
pengetahuan logistik; sedangkan orang tempatan mengetahui
dengan pintar keadaan setempat dan kedudukan pihak musuh.
Dengan berpandukan maklumat risikan tempatan, Amerika boleh
melancarkan serangan komando dan Ops Khas untuk menangkap
Osama bin Laden dan beberapa sasaran lain daripada Al Qaida
dan pemimpin Taliban. Akan tetapi, strategi terbaru itu, direncana oleh perasaan yang tidak
kesabaran. Pentagon mengharapkan rencana mereka itu dapat
bertahan sehingga munculnya musim bunga tahun hadapan.
Akibatnya, sudah berhembus kini keluhan kekecewaan di kalangan
perancang dasar di Washington, yang semakin galak meloncat
daripda satu strategi kepada strategi yang lain. Pada mulanya
tujuan mereka ialah memisahkan Taliban secara berpolitik, dengan
harapan pertubuhan itu akan runtuh dari dalam. Kemudian, mereka
mulakan pengboman dengan harapan keangkuhan menunjuk-nunjuk kuasa
angkatan udara mereka itu akan menghancurkan Taliban. Tidak ada
sesiapa yang sebenarnya berminat menyokong Pasukan Utara, kerana
Pakistan amat membenci kaedah itu, dan disebabkan kumpulan pakatan
utara itu hanya merupakan persekongkolan beberapa kumpulan kecil etnik
yang dilihat tidak boleh dipercayai untuk menjadi pasukan gantian
kepada pemerintahan Taliban. Namun, pentadbiran Bush
disebabkan terdesak dan tertekan, dan diasak oleh serangan
bertubi-tubi bahaya anthrax di negara sendiri, sudah semakin gian
mahukan satu bentuk bayangan kemenangan di luar negara.
Pentadbiran itu sudah semakin gusar bahawa kemunculan musim
sejuk nanti akan menolak sebarang kemungkinan pelancaran
tentera darat. Minggu yang lalu, beberapa pegawai di Pentagon
sudah pun mula memberi alasan betapa suasana salju yang sejuk
dan berbahaya sudah bertanggungjawab menumpaskan sebuah
helikopter Pasukan Khas dan sebuah pesawat terbang risikan yang
tidak berkemudi dalamnya. NEWSWEEK menerima berita bahawa Setiausaha Pertahanan
Donald Rumsfeld baru-baru ini memanggil sekitar sedozen
perunding politik di Washington, yang turut melibatkan Michael
Deaver dan Jody Powell. Pertemuannya itu disebut orang sebagai
satu usaha mahu tahu apa tanggapan masyarakat akan kemajuan
perang itu. Sementara itu, Jabatan Kerajaan dan Pentagon sudah
pun mula bergocoh pendapat apakah perlunya mendapatkan
penyertaaan sekutu NATO dalam peperangan itu (Pentagon tidak
ingin penyertaan mereka, takutkan muncul semula kecelaruan
seperti mereka hadapi di Kosovo mengenai sasaran dan segala
taktiknya.) Satu sumber dalaman Pentagon ada menyebut bahawa Rumah
Putih sudahpun mengasak tenakannya agar perancang tentera
memberikan kejayaan yang lebih pantas lagi. Yang lebih khusus
ada menyebut, pentadbiran Bush semakin tidak sabar mahukan satu
serangan mantap ke arah bandar Mazar-e-Sharif. Serangan yang
dijangka pada awal minggu ini, akan turut dibantu oleh anggota
Pasukan Khas yang menyertai pasukan militia Pakatan Utara. Tugas
pasukan khas ini ialah menentukan serangan itu terus dipantau dan
tersusun, sambil memberikan nasihat taktik, bantuan logistik dan
bantuan serangan udara AS. (Jika tidak mereka enggan terlibat
secara terus dengan serangan itu). Satu rencana serangan yang
dibuat seperti konsep bidan terjun adalah satu percaturan yang
besar risikonya. Apatah lagi sejak beberapa minggu yang lalu,
Pakatan Utara semakin kehilangan kawasan pertahanan mereka
diganyang Taliban. Seandainya mereka mampu merampas Mazar-e
Sharif, pasukan Taliban akan menjadi semakin terpinggir, dan
terputus daripada laluan bekalan utama mereka. Tetapi, Taliban
berjaya bertahan menangani serangan hebat itu, dan inilah yang
menjadi satu pembakar semangat yang hebat, sehinggakan
Washington sudahpun menggigil dihantui musim sejuk yang lebih
menakutkan daripada yang sebenarnya.
Strategi Pentagon itu bukan sahaja mempunyai risiko yang tinggi,
tetapi ia mengulangi semula gema kegagalan taktik yang pernah
direncana sejak lama dulu. Penyertaan penasihat tentera (Amerika)
dan sikap bergantung harapa kepada proksi berperang yang tidak
boleh diharap sangat adalah ulangan taktik songsang yang
kecundang di Vietnam dulu. Segala bahaya melibatkan diri dalam
konflik kabilah dengan para pejuang yang mempunyai keberanian
yang tidak ada tepiannya dan amat pintar menggunakan senjata,
mengimbau kembali peperangan Amerika di Somalia. Salah seorang
panglima perang tentera Osama Laden, pernah memberi amaran
kepada Amerika betapa kemungkinan besar ada mayat askar
Amerika yang akan diseret di jalanraya Afghanistan persis
perbuatan yang mengaibkan Amerika di Mogadhisu pada 1993
dulu. Lagipun, Afghanistan yang selama ini sudah merupakan
pemamah daging kepada penceroboh asing selama berabad
lamanya, memang bukan calang-calang tempat untuk dicetuskan
perbandingannya. Dulu, Vietnam Utara mempunyai sebuah kuasa
besar menyokong perjuangannya, tetapi Taliban tidak pun ada
sokongan kuasa besar semacam itu. Di Somalia, kisah mayat
seorang askar yang diheret dengan aibnya sudah menjadi satu
pemangkin besar membuatkan Amerika lari keluar, pertumpahan
darah yang serupa di Afghanisan sudah tentu akan membuatkan
Amerika bingkas cabut lari memandangkan peristiwa September 11
yang menghantuinya dengan sungguh ngeri.
Pentagon sudah semakin gusar mengendalikan kempen
ketenteraan mengikut jadual waktu yang detiknya dilakar oleh orang
politik. Sebahagian alasannya ialah kecurigaan apakah Pakatan
Utara itu benar-benar bersedia dan sebahagian lagi disebabkan
angkatan tentera Amerika sendiri belum bersedia melangkahkan kaki
berperang di darat Afghanistan. Perancang tentera mahukan
kumpulan Pasukan Khas (Special Forces) menceroboh masuk
kawasan yang dikuasai oleh Taliban. Tetapi sebagai langkah
mengurangkan risiko bencana persis Somalia dulu, Pasukan Khas
Amerika mestilah diberikan sokongan oleh pasuakan khas lain pula
bersiap sedia untuk turun membantu. NEWSWEEK dapat tahu, AS
mahu menubuhkan satu pangkalan terdepan untuk Pasukan Khas itu
di Uzbekistan. Tetapi, Presiden Islam Karimov, yang telahpun
mengizinkan Amerika Syarikat mengggunakan bekas markas udara
Soviet dalam negaranya, tidak pula memberikan keizinan askar
Amerika itu melancarkan serangan memasukki Afghanistan daripada
pangkalan negaranya. General Tommy Franks, komander pasukan sekutu Amerika
Syarikat, telah dipetik oleh para pembantunya menyebut akan
kesangsian beliau terhadap keupayaan sebenar pasukan Pakatan
Utara. Pasukan pakatanitu disebut berjumlah seramai antara 15,000
hingga 20,000 orang, bermakna hampir separuh kekuatan
keseluruhan Taliban. Pasukan itu tidak pula terlatih dan mempunyai
kelengkapan perang yang cukup. Kebanyakan mereka itu adalah
muda seperti Sayeed karim, yang pernah bertugas di benteng
hadapan di Rabat. Ada satu ketika laras senapangnnya tersumbat
dan Karim hanya tahu menanggalkan laras itu dan mencungkil
peluru yang tersumbat itu dengan menggunakan sebatang kayu. Dia
hanya memakai sepasang sandal dan sepasang tunik bulu kambing,
Karim selalu merungut akan 'kedatangan musim sejuk sedangkan
kami tidakpun mempunyai sepasang but untuk berjalan.'
Tentera Amerika mempunyai keupayaan mengangkut apa juga
bentuk pembekalan melalui udara. (Agenda merampas Mazar
e-Sharif ialah untuk memudahkan penggunaan pangkalan udara di
musim sejuk). Jika diandaikan Pakatan Utara berjaya mengejutkan
semua pihak dan menang secara mendadak, apakah tindakan
selanjutnya? Semua komander Pakatan Utara adalah merupakan
panglima perang yang tidak boleh diharapkan kerana rakus dan
tamak haloba dan mempunyai sejarah mudah berperang sesama
mereka. Kali terakhir mereka merampas Kabul, pada 1992 dulu,
kemenangan mereka akhirnya bertukar menjadi satu peperangan
saudara yang sungguh ganas kerana panglima perang yang
tamakkan kawasana untuk mencengkam kuasa. Ramai orang Afghan
tidak mahukan kemunculan semula Pakatan Utara itu, walaupun
mengikut daya mereka sendiri. Pakistan yang berjiran, yang
merupakan sekutu AS yang amat cerewet walaupun membekalkan
maklumat risikan dan sokongan ketenteraan, mahukan satu regim
Kabul didominasi oleh Kaum Pashtun, sedangkan inilah kriteria
yang amat dibenci oleh Pakatan Utara itu.
Para pemimpin Pakatan Utara itu sudah betegaas betapa mereka
sudah mempelajari kesilapan mereka yang lalu, dan mendakwa
tidak akan menyerang Kabul sehinggalah sudah sedia satu suasana
yang sesuai untuk menubuhkan satu majlis pentadbiran yang
mewakili semua kabilah. Tetapi bebrapa rencana untuk menubuhkan
satu kerajaan alternatif sudah gagal segagalnya. Komandar
tempatan pula tidak pernah diransang oleh idea mewujudkan satu
kerajaan yang bersifat pluralistik. Mereka lebih menganggap
kemenangan mereka itu nanti sebagai satu peristiwa membalas
dendam. Jeneral Gol Heydar, seorang anak pembuat roti yang
berusia 40 tahun, yang mengidap enam kesan luka peperangan
termasuk satu kaki palsu, berkata pejuang Taliban boleh
diampunkan hanya kalau mereka berpaling tadah sekarang ini. Para
pejuang Arab yang menyokong Osama Laden tidak payah
memikirkan pengampunan semacam itu, tidak kiralah apa yang akan
mereka lakukan: 'Walaupun mereka menyerah diri, kami akan
bunuh mereka juga,' katanya dengan selamba.
Walaupun askar Aemrika tertumpu kepada kemenangan di bumi
Afghanistan, Osama Laden sudahpun menyatakan hasrat mahukan
kemenangan mereka untuk dunia Islam di Pakistan (yang berbekal
senjata nuklear), di mana kempen serangan Amerika itu sudah pun
mencetuskan banyak kebencian. Minggu lalu, Osama Laden
mengeluarkan satu kenyataan mengajak orang Pakistan bangkit
menentang pemerintahan General Perves Musharraf, yang
dituduhnya 'berdiri di bawah panji-panji Kristian.'
Di sini, nampaknya Osama Laden cuba menepis usaha AS
menangkap dirinya. Dulu, sebahagian besar usaha kempen AS
adalah berniat mahukan berlakunya perpecahan dalam benteng
pertahanan Taliban, tetapi kebanyakan pergerakan minggu lalu
menunjukkan fenomena yang sebaliknya. Warga lelaki Pashtun
daripada Pakistan - berbekalkan senapang AK-47, kapak, dan
pelancar anti-pesawat terbang - berbondong-bondong memasukki
Afghanistan di sepanjang wilayah North West Frontier. Mereka
mengenakan sarban putih sebagai lambang kesatuan Taliban dan
berbekalkan semangat yang berkobar-kobar. 'Saya tidak sanggup
duduk diam di bawah pemerintahan sebauh kerajaan yang anti
Islam di Pakistan,' kata Asal Din, 65. 'Saya lebih rela mati bersama
orang Taliban, walaupun diserang roket AS.' Selama berminggu
Taliban telah meminta semua sukarelawan itu terus bersabar dan
menunggu - 'Jangan panggil kami, tunggu kami panggil anda
nanti' merupakan pesanan kepada bakal yang akan mati syahid.
Kemudian, pada minggu lalu, mereka mula menerima kemasukan
600 pejuang. Tetapi, 1,200 calon masuk menyeberang pada hari
Khamis sahaja, sedangkan Musharaf telah mengeluarkan perintah
melarang rakyat Pakistan masuk membantu pasukan Taliban.
Musharraf mungkin enggan menggunakan kekerasan untuk
menyekat kumpulan manusia yang degil itu kerna dia takutkan satu
konfrontasi yang berakhir dengan pertumpahan darah dan
membuatkan berlakunya satu perpecahan pada pasukan angkatan
tentera Pakistan. Sejak beliau bertindak bersepakat untuk menyertai
pasukan anti-terror Amerika itu, September yang lalu, Musharraf
telah pun memecat lima daripada 14 orang panglima tentera
terkanannya, termasuk ketua Khidmat Risikan Pakistan yang
sungguh kuat pengaruhnya. Namun, masih ramai pegawai tentera
yang bersimpati dengan Taliban dan keseluruhan unit tentera
beremungkinan mengingkari arahan tentera ataupun berpaling tadah
menyeberani sempadan untuk turut serta dengan pasukan revolusi
Taliban. Beberapa penganalis amat takutkan berulangnya apa yang
mereka sebut sebagai 'Sadat Sinario', (di Mesir dulu) yang akan
menggalakkan kumpulan militan Islam dalam tentera Pakistan
membunuh Musharraf. Strategi Washington dengan menggunakan Pakatan Utara sebagai
proksi perangnya, hanya akan membuat kedudukan Musharraf
menjadi bertambah rapuh. Mungkin juga strategi itu dilakar untuk
tujuan yang sama juga - dan merencana mahukan Pakistan
bertungkus lumur mencari satu alternatif bikinan sendiri untuk
menggantikan pemerintahan Taliban. Tetapi, usaha semacam itu
memakan masa yang lama, dan inilah yang membuatkan Musharraf
semakin curiga. Mengikut sumber yang rapat dengan pemikiran
Musharraf, dia berpendapat Rumah Putih sengaja mahu merancang
satu peperangan di seberang samudera dengan muslihat yang
mengikuti rentak politik tempatannya. Dia beranggapan pengeboman
Amerika itu telah dilancarkan terlalu cepat, tanpa persediaan
menyediakan agenda politik mengenai pasca Taliban di
Afghanistan. Dia juga percaya Pakatan Utara memerlukan masa
yang berbulan untuk menjalani latihan dan dilengkapkan dengan
senjata perang sebelum mereka boleh diiktiraf sebagai satu
ketumbukan perang yang serius. 'Apakah sebenarnya pelan
kempen ketenteraan?' tanya seorang anggota tentera Pakistan.
'Apakah orang Amerika sudah mempunyai rencana besar seperti
itu?' Osama Laden sudah lama mempunyai rencananya - dan tidak
ada sesiapa yang menyedari perkara tersebut selain Musharraf dan
sekutu Amerika Syarikat Presiden Pakistan itu.
Catatan Penterjemah: Alangkah pelik, setiap kali kita baca ataupun
tonton berita temubual kerajaan Pakatan Utara, yang kita lihat
hanyalah Dr. Abdullah yang merupakan 'Menteri Luar Pakatan
Utara.' Mana presidennya dan mana kabinet kerajaannya? Begitu
juga dengan hal mengenai Duta Afghanistan di Kuala Lumpur.
Bagaimanakah Malaysia boleh terikut-ikut propaganda barat
mengiktiraf sebuah pentadbiran yang hanya menguasai 5 peratus
bumi Afghanistan dan selama ini merupakan satu kartel pengedaran
dadah terbesar di dunia, sedangkan pentadbiran Taliban diakui oleh
PBB sebagai kerajaan yang berjaya membasmi penanaman
'opium' di bumi yang dikuasainya? Fikirkan perkara ini wahai
bangsaku!!!!! Terjemahan: SPAR Asal: KM2 6309
Rujuk: http://www.msnbc.com/news/652510.asp
|