Laman Webantu KM2: 6306 File Size: 1.2 Kb * |
TAG SP 429: 10 bungkusan mayat AS tiba di Pangkalan Shahbaz By KOL 7/11/2001 1:53 am Wed |
10 bungkusan mayat AS tiba di Pangkalan Shahbaz
(10 US troops' bodies reach Shahbaz Base)
Karachi (Online) Mayat 10 askar AS yang terbunuh dalam
pertempuran dengan pejuang Taliban dilaporkan telah dibawa ke
Markas Tentera Udara Shahbaz dengan helikopter tentera yang
mendarat pada malam Ahad dengan lampunya tidak dinyalakan.
Berita daripada Jacobabad menyebut bahawa mayat itu dibawa
untuk persediaan membekukan mayat itu sebelum dihantar pulang
ke AS. 'Helikopter besar kepunyaan tentera Amerika mendarat tanpa
lampu dan dipandu oleh kilauan lampu suluh sahaja supaya
penduduk setempat tidak dapat mengecam mereka,' demikian
laporan sumber. Mayat itu kemudiannya diterbangkan ke Karachi
untuk diterbangkan ke Amerika Syarikat. Pangkalan Shahbaz
digunakan oleh AS. Walaupun Pakistan menafikannya. Laporan ini
tidak disahkan oleh pihak rasmi kerana mereka tidak dapat
dirujukkan untuk pengesahannya. Terjemahan: SPAR.
|