Laman Webantu KM2: 6274 File Size: 8.9 Kb * |
TAG SP 412: Scotsman: Blair disindir di Damsyik By A.Hardie, J. Beattie 2/11/2001 11:40 am Fri |
["Resistance to liberate land (such as Palestine) is an
international right that no one can deny," - Assad. -Editor]
The Scotsman Blair disindir di Damsyik (Blair snubbed on diplomatic visit to Damascus)
Oleh: Alison Hardie dan Jason Beattie Tony Blair mengalami satu peristiwa yang menjatuhkan airmuka ketika
melawat Syria kelmarin, dalam satu pusingan lawatannya
melaksanakan pujukan diplomasi untuk mendapat sokongan terhadap
peperangan gila memerangi keganasan. Percaturan Perdana Menteri Britain itu untuk melawat Damsyik
nampaknya sudah melantun balik apabila Presiden Bashir Assad
mengecam serangan bom udara terhadap Afghanistan dengan
membuat perbandingan antara kumpulan Hamas dan Hezbollah
kepada pasukan 'Free French' pimpinan General de Gaulle ketika
Perang Dunia kedua dulu. Presiden itu telah mengutuk serangan udara tersebut dan mendakwa
ratusan orang awam yang terbunuh setiap hari. Katanya: 'Kami tidak
boleh terima apa yang kami lihat di TV setiap hari bagaimana orang
awam yang tidak berdosa dibunuh. Setiap hari ratusan nyawa yang
terkorban.' Dalam pertemuan mereka itu, Blair cuba menonjolkan talian
hubungan antara Barat dan dunia Arab. Namun, mesejnya itu telah
dibayangi taksiran Presiden Assad terhadap serangan keatas
Afghanistan. Beliau menyebut: adalah satu kesilapan menuding jari kearah
seorang insan, walaupun dia enggan menyebut nama Osama bin
Laden, dan Barat mesti menangani 'keganasan setiap hari' yang
diamalkan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
Presiden Assad berkata bahawa Syria menyokong usaha masyarakat
antarabangsa untuk memerangi keganasan, namun 'kami melakukan
penilaian membezakan antara perjuangan keganasan dan
peperangan.' Perbezaan pendapat mereka tu menjadi pengetahuan umum setelah
mereka berdua berbincang selama tiga jam secara peribadi. Itulah
lawatan Perdana Menteri itu yang pertama ke Syria dan beliau telah
memberi gambaran bahawa perbincangan mereka itu sebagai ikhlas
dan 'terbuka'. Itulah juga merupakan kali pertama Blair berdepan dengan
kontroversi yang menyangkuti kempen AS/UK, walaupun para
pembantunya bertegas mengatakan beliau memang sudah menjangka
Presiden Assad akan menyatakan penentangannya kepada serangan
udara itu. Blair kemudiannya terbang ke Arab Saudi untuk berbincang dengan
Raja Fahd di Riyadh dan dengan Putera Mahkota Abdullah. Ada
lapuran yang telah dinafikan secara rasmi, betapa lawatan itu pada
tahap awalannya ditunda kerana kerajaan Saudi khuatirkan rusuhan
di ibukota Saudi itu. Sekurang-kurang 15 daripada perampas pesawat dalam episod 11
September, dulu memegang paspot Saudi, walaupun negara itu telah
menafikan penglibatannya secara rasmi.
Inilah missi diplomatik yang keempat bagi Blair sejak berlakunya
peristiwa ngeri itu, dan dia telah membincangkannya dengan
kerajaan Saudi akan kepentingan menubuhkan sebuah kerajaan
yang bersifat pelbagai kaum di Afghanistan sebaik sahaja kerajaan
yang ada tumbang. Di sebalik segala kata-kata diplomatic yang keras di Damsyik
semalam, Blair masih yakin dengan pertemuan meerka dan bertegas
bahawa diaolog itu adalah penting daripada ia tidak dilakukan. Beliau
berkata: 'Saya fikir saya perlu memahami betapa wujudnya pendirian
yang berbeza dalam suasana sekarang. Tetapi, kita perlu
berpendirian samada berdialog ataupun tidak dan kemudiannya
membina satu jambatan kefahaman untuk masa depan kita.'
Catatan Penterjemah: 1) Umur Bashaar Assad hanyalah 35 tahun, berbanding seorang
malbari tua di Malaysia yang lebih dua kali ganda. Bashaar Assad
berani bersuara lantang menyanggah kuasa besar Amerika yang
mengirim proksi terbesarnya Tony Blair. Bashaar Assad menerima
didikannya di England seperti ramai Menteri Malaysia UMNO yang
lain, yang lebih tua daripada beliau. Tetapi beliau lebih berani
menyanggah seorang Perdana Menteri Britain sedangkan anak emas
masyarakat Melayu yang terdidik di England dan luar negara atas
titik peluh bangsanya sanggup berdiam diri dalam kisah Afghanistan.
2) Sejak Amerika dan Britain menyerang Afghanistan, tidak ada satu
pun akhbar utama dunia ini yang menyebut kerajaan Taliban itu
sebagai 'regim Taliban'. Malangnya, TV Malaysia yang ditunjangi
oleh orang beragama Islam sanggup menggelar kerajaan Taliban
yang sah itu dengan panggilan 'regim Taliban'. Sayang, jauh
sangat terpesongnya cara hidup orang Melayu yang boleh diiktiraf
bertaraf bangsat itu, walaupun yang berbuat demikian kita faham
adalah segelintir sahaja, kerana yang lain itu sudah bertaraf
cari-makan sahaja. Wallahua'lam. 3) Utusan Melayu dan Berita Harian ada menghantar beberapa
wartawan Melayu ke Afghanistan dengan tujuan asalnya untuk
membuat lapuran pergolakan di medan perang. Apakah hasil lapuran
mereka selain memetik berita barat yang mudah kita sendiri petik di
emel di Malaysia? Siapakah yang membiayai kos mereka itu kalau
bukan orang Melayu seperti peneroka FELCRA yang terpaksa
berbelanja besar membeli hartanah Utusan dulu untuk
mengelakkannya kerugian besar. Selepas ini siapa pula yang akan
dijadikan mangsa menampung kerugian akhbar ini, termasuk
perbelanjaan wartawan yang melengkar di sana? Ataupun apakah
mereka di sana untuk mengumpulkan maklumat berapa ramai pelajar
Melayu di sana yang berkemungkinan berjuang bagi pihak
Taliban??? Fikirkanlah bangsaku!!!!!!! - penterjemah.
Asal: http://www.thescotsman.co.uk/scotland.cfm?i
d=120145&keyword=blair%20snubbed Blair snubbed on diplomatic visit to Damascus
Alison Hardie and Jason Beattie TONY Blair endured a humiliating public snub in Syria yesterday
during the latest leg of his diplomatic offensive to win support for the
war against terrorism. The Prime Minister's gamble in visiting Damascus appeared to have
backfired as President Bashar Assad denounced the allied bombing
raids over Afghanistan and compared violent groups such as Hamas
and Hezbollah to the Free French under General de Gaulle during
the Second World War. The president condemned the air attacks and claimed they were
killing hundreds of civilians every day. He said: "We cannot accept
what we see on our television every day of the bombing of innocent
civilians. There are hundreds now every day."
During the encounter in Damascus, Mr Blair sought to highlight the
common ground between the West and the Arab world. However, his
message was overshadowed by President Assad's assessment of
the attacks on Afghanistan. He said it was wrong to point the finger of guilt at one man, although
he declined to mention Osama bin Laden by name, and said the
West must also confront the "daily terrorism" practised by Israel
against the Palestinians. President Assad said that while Syria supported international
co-operation to combat terrorism, "we have to differentiate between
fighting terrorism and war." He added: "We strongly believe that war does not combat terrorism.
Combating terrorism can take many shapes, such as intelligence,
political, informative and cultural co-operation."
The public disagreement came after three hours of private talks
between the two leaders which Mr Blair, the first Prime Minister to
visit Syria, later described carefully as "candid".
It was Mr Blair's first face-to-face confrontation with the
controversy caused by the US/UK campaign, although aides insisted
he had expected President Assad to re-state his well-known
hostility to the bombing. The Prime Minister later travelled to Saudi Arabia, where he held
talks in Riyadh with King Fahd and Crown Prince Abdullah. Reports,
officially denied, claimed an earlier visit had been cancelled
because the Saudis believed his presence in the capital could be
inflammatory. At least 15 of the hijackers who committed the 11 September suicide
attacks were Saudi in origin, although the country officially denies
involvement. Mr Blair, on his fourth whirlwind diplomatic mission since the
atrocities, said he had discussed with the Saudis the need to form a
broad-based government in Afghanistan after the Taleban regime
collapses or is toppled. Despite the difficult diplomatic language in Damascus yesterday, Mr
Blair remained upbeat after the encounter and insisted it was better
for dialogue to take place than for none to happen at all.
He said: "I think we have to understand there are different
perspectives people will bring to this situation. But you can either
stay out of the dialogue or get into it and build a bridge of
understanding for the future." |