Laman Webantu KM2: 6266 File Size: 8.2 Kb * |
TJ SP MGG: Keangkuhan DBKL Menyanggah Alam By M.G.G. Pillai 1/11/2001 5:00 pm Thu |
Chiaroscuro 29/10/2001. Keangkuhan DBKL Menyanggah Alam
(City Hall's arrogance confronts nature)
Oleh: M.G.G. Pillai Kelmarin, bandaraya Kuala Lumpur telah dibanjiri air setinggi tiga
meter selepas hujan lebat yang melanda - seperti yang berlaku
enam bulan yang lalu. Ribuan kereta telah terperangkap di tempat letak kereta bawah paras
bumi. Mereka yang berada di jalanraya, samada ada tuannya
ataupun kosong begitu sahaja terperangkap sengaja mengejutkan
sambil banjir terus mengalir. Kesesakan lalulintas yang saling
mencium bampar tanpa perasaan kecintaan terus memburukkan
keadaan. Apalagi setelah petugas pejabat terperanjat melihatkan
kenderaan kesayangan terbenam dalam air ataupun terapung
dihayun banjir. Sejak banjir April dulu, banyak janji manis yang diberikan tetapi
tidak banyak yang dilaksanakan. Penyebab banjir April dulu, masih
juga merupakan penyebab banjir yang terbaru. Itu juga penyebab
banjir yang akan melanda lagi.
Pagi semalam, Bandaraya (DBKL) membuat sidang akhbar
memberitahu media rancangannya untuk mengawal banjir yang
dijangkakan muncul bulan hadapan. Tiga jam kemudiannya, ia telah
dirasuk bencana yang sama. Namun, bandaraya bertegas seperti
gelagatnya Arpil dulu, bahawa ia memang mengawal semua itu.
Tetapi bagaimana, sedangkan ia tidak berbuat apa-apa?
Gambar-gambar yang disiarkan oleh akhbar semalam, adalah bukti
betapa pihak birokrasi sudah lalai, menunjukkan adanya putar-belit
politik, korupsi, gelagat kronisme, ketidak-cekapan yang
menyebabkan rakyat jelata terus merana.
Menyanggah Alam Ada satu permainan kegemaran bandaraya yang membabitkan
pembangunan. Inilah permainan menyanggah alam dan segala
kuasanya yang sengaja diperlekehkan tanpa memikirkan
penderaannya. Keangkuhan zaman ini, yang merupakan tunggak
kepimpinan awal Mahathir, memang tidak tahu apa hadnya, dan
sesiapa yang berani mempersoalkan mainan itu dan meramalkan
serangan balas alam di hari muka memang menerima padahnya.
Bandaraya menjadi kaku dan kematu setiapkali banjir melanda dan
segala tenaga yang masih ada dikhaskan untuk penjelasan yang
penuh temberangnnya. Bandaraya tidak pernah menanya pendapat penduduk ataupun
mencari nasihat rundingan mengenai pembangunan yang kini
mencetuskan kebanjiran dan pelbagai bencana. Bandaraya tidak
perlu meluluskan sebarang pembangunan yang ditentukan oleh
Jabatan Perdana Menteri sebagai projek yang bagus sedangkan
itulah projek yang akan mencekiknya. Bandaraya tidak lagi merasa bertanggungjawab terhadap segala
tindakannya, menepis dengan mudah segala cadangan yang
bermutu yang dikemukakan oleh pihak yang tidak disenanginya,
sehingga menjadi angkuh, tidak cekap, korup seperti jabatan
kerajaan ataupun badan berkanun yang lain. Oleh kerana tidak
ramai yang mengkritik bandaraya, seperti yang sepatutnya, dan
kerajaan pula mudah melindungi kesilapannya, kebanjiran kelmarin
adalah bukannya satu kemalangan kerana bandaraya yang
menyumbang kepada bencana itu. Inilah bencana alam yang menunggu masa untuk membaham
manusia. Pada 1970-an dulu, Pelabuhan Kuantan telah dibina
menyanggah peraturan ciri-ciri alam semulajadi. Tindakan politik
telah mengabui cadangan teknikal mengenainya. Sehingga kini
pelabuhan itu masih tidak digunakan sepenuhnya. Segala
kerja-kerja pembaikan sudah pun menjangkau dua kali ganda kos
pembinaannya. Segala anjuran teknikal sengaja ditolak-tepi, dan
ratusan juta masih diperlukan lagi untuk membaikkinya.
Keangkuhan daripada kekayaan minyak belum melanda Malaysia
dan para pemimpin politik termasuk perdana menteri ketika itu, masih
mengira duit kecilan dan bersetuju sahaja dengan cadangan itu
seperti orang lain, walaupun secara liat sahaja.
Masalah pengawalan banjir di Kuala Lumpur bermula sejak ketika
itu. Ada kepercayaan bahawa keuntungan daripada hasil minyak
akan menghindarkan cara yang betul, dengan segala tindakan
terhadap bencana itu dikendalikan oleh segala keangkuhan bukan
sahaja di bandaraya sahaja. Tidak ada keazaman untuk membetulkan kesilapan dasar rasmi.
DBKL faham perkara ini, demikian kita diberitahu, apa yang
disebutnya setiap kali Kuala Lumpur banjir ataupun bencana
melanda, ia akan bertegas semua itu mampu dikuasainya. Tetapi, ia
tidak berusaha untuk membetulkan kerosakan. Masalah yang
disebabkan banjir April dulu, hanya merupakan satu memori; DBKL
berkata ia bersedia menghadapi banjir bulan hadapan, sedangkan
ia terkejut melihatkan keadaan banjir kelmarin.
Bahana kecuaian yang amat dahsyat
Pendirian pemimpin politik menumpukan pembangunan Kuala lumpur
sedangkan ia seharusnya menyelerakkan pembangunan itu merata
93 km keluasan bandaraya itu. Ini merupakan satu perbuatan untuk
menyanggah alam semula jadi, semata-mata untuk menyenangkan
selera dan nafsu serakah kumpulan musibat dalam parti yang mudah
membuat kerja-kerja putarbelit untuk mengaut keuntungan yang
berbukit. Kecuaian beginilah yang mencetuskan bencana yang tinggi
musibahnya. Apabila pusat pemerintahan kerajaan berpindah ke
Putrajaya, Kuala Lumpur kini sudah tidak menjadi penting lagi
berbanding segala struktur kemewahan yang dibina dan dirancang
di sana. Ini merupakan dasar pemerintahan yang salah, tetapi
siapakah yang berani menyanggah?
Ada satu masalah yang belum lagi dibincangkan oleh banyak pihak.
Walaupun Malaysia menjanjikan banyak wang untuk membiayai
pelbagai projek yang menggila harganya dan diumumkan secara
gila-gila juga, sebenarnya negara sudah tidak mempunyai wang
lagi. Apabila Petronas kehabisan simpanan dananya, tidak lagi ada
bantuan kewangan untuk kita bernafas lega.
Pengeluaran minyak Petronas dijual ke hadapan (forwards sales),
untuk 10 tahun dan lebih lagi, dan Petronas sudah menjadi penjamin
kepada segala kos pembinaan Putrajaya yang memakan belanja
leibh RM100 bilion. Setiap kementerian dibina dengan belanja
puluhan bilion kosnya setiap satu. Mahligai kediaman Perdana
Menteri dan timbalannya bernilai hampir RM500 juta. (Eh, Mahathir
kata harga mahligai dia hanya RM17 juta sahaja?) Kita masih belum
tahu berapa bilion diperlukan untuk menyelamatkan segala syarikat
penswastaan yang telah hancur lebur.
Jadi, tidak ada yang akan berubah. Banjir akan datang melanda dua
hingga tiga kali setiap tahun, mencetuskan bencana berharga
berjuta ringgit nilainya setiap kali ia melanda. Syarikat insurans
mengeluh memikirkan belanja gantirugi yang perlu dikeluarkannya,
dan kini menganggap bnjir itu sebagai 'bencana alam' (Act of God)
dan inilah kata-hikmah yang bererti mengecualikan mereka
daripada membayar kerugian dan pampasan.
Apakah kerajaan dan DBKL memberikan pampasan kepada mereka
yang menghadapi bencana disebabkan banjir kilat yang melanda
seperti yang berlaku kelmarin? Kalau ia melanda dua hingga tiga
kali setiap tahun, apakah tidak mungkin banjir kilat itu diterima
sebagai satu perkara biasa tanpa perlu melakukan sesuatu untuk
membenterasnya? Yang menjadi penyebab utama banjir kilat di
DBKL sekarang ini ialah tiang-tiang besar yang ditanam di
tengah-tengah tiga buah sungai yang mengalir di Kuala Lumpur
untuk projek lebuhraya betingkat yang bertol. Inilah yang menyekat
segala perjalanan licin aliran sungai disebabkan segala kekotoran
dan sekatan itu. Hujan yang turun dengan lebat dan kerap, mudah melimpahkan
tebing sungai. Apabila DBKL tidak mengamalkan sikap memberikan
ruang bebas bagi peraliran sungai, inilah yang menyebabkan setiap
banjir kilat itu lebih mengganas daripada banjir yang lagi satu.
Persisiran Sungai Kelang itu pernah dirancang untuk dibangunkan
menjadi satu 'linear city' mengikut nafsu serakah seoang kroni
kepada seorang malbari. Bayangkan apakah yang akan terjadi?
Tamat. Terjemahan: SPAR-01-1741 Asal: KM2 6251 |