Laman Webantu KM2: 6262 File Size: 4.7 Kb * |
TAG SP 407: Pravda - Musharraf Berkemungkinan Digulingkan: Putera Saudi By Timothy Bancroft-Hinchey 1/11/2001 4:13 pm Thu |
[Peperangan minda itu amat penting kerana jika minda itu dapat
dikawal atau dijajah, negara pun akan terjajah sama dan kita akan akur
sahaja dengan segala kehendak mereka. Bayangkan Mahathir begitu banyak
berperang di medan minda (teliti rombakkan kabinet terakhir) .....
patutlah dia masih terus dapat berkuasa padahal wawasannya amat haprak
sebenarnya. Lagipun lebih banyak projeknya membuahkan yang rosak dari yang
berguna dan siapa yang untung sekian lama. Kisah MAS itu sudah cukup untuk
menilai siapa yang lebih istimewa. Suara Islam - Pentingnya Media Ketika Berlakunya Konflik
Oleh: Timothy Bancroft-Hinchey 6 negara Teluk telah melancarkan satu saluran satelit dalam bahasa
Inggeris untuk melawan 'propaganda anti-Islam' oleh negara
barat. Keputusan ini dicapai di satu persidangan Majlis Kerjasama Teluk
yang bersidang di Bahrein. Dengan itu enam negara tersebut (Bahrain,
Arab Emirat-UAE, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Oman) akan melancarkan
satu strategi media terbaru dunia Arab untuk 'membetulkan martabat
Islam, yang sekian lama dicemari oleh beberapa bentuk komunikasi luar'.
Saluran TV satelit itu akan menyiarkan program dalam Bahasa
Inggeris sahaja untuk liputan yang luas. Ini memberi penekanan
kepada kepentingan media ketika keadaan bermasalah. Hanya ada stu
saluran TV yang diizinkan beroperasi di Afghanistan buat masa ini,
yakni Al-Jazeera, yang juga berpangkalan di Teluk. Stesen ini
telahpun menjalin perjanjian pertukaran program dengan CNN dan
ABC, yang telah merasakan tekanan daripada pentadbiran Bush
untuk tidak menerbitkan gambar Osama bin Laden.
Beberapa pegawai tinggi seperti Penasihat Majlis Keselamatan
Negara Amerika, Condoleeza Rice dan Setiausaha Pertahanan
Amerika Donald Rumsfeld telah mengunakan Al-Jazeera sebagai
satu alat untuk menjelaskan kedudukan Amerika kepada dunia Arab.
Jabatan Negara AS (Pejabat Luar) dikatakan sedang memberikan
pertimbangan membeli waktu siaran untuk menyiarkan pandangan AS
kepada penonton Timur Tengah yang semakin berpendirian liar terhadap
mereka. Sepanjang konflik ketenteraan, propaganda Penafian dan Penipuan
meningkat rancaknya, rancangan TV dianggap oleh banyak pihak
sebagai satu alat menyalurkan perkara yang benar. Selalunya,
memang tidak sukar untuk memutar-belitkan berita sedangkan berita
yang benar hanya berada beberapa centimeter jauhnya daripada
kamera yang memberikan fokus berita itu. Namun, kalau gambaran
itu nampak benar, ia mudah dipercayai.
Tamat. Terjemahan: SPAR Asal: http://english.pravda.ru/main/2001/10/31/19657.html
2001-10-31 VOICE OF ISLAM - IMPORTANCE OF THE MEDIA DURING TIMES OF CONFLICT
Six Gulf States launch a new satellite channel in English to counter
'anti-Islamic propaganda' by western sources.
It was decided at the Gulf Cooperation Council meeting in Bahrein
that the six member states (Bahrein, United Arab Emirates, Kuwait,
Qatar, Saudi Arabia and Oman) would launch a concerted new
Arab media strategy to 'rectify the image of Islam, harmed by some
exterior means of communication'. The satellite t.v. channel will broadcast only in English to reach as
wide an audience as possible. The measure to launch this channel
highlights the importance of the media in times of conflict. The only
t.v. station authorised to operate in Afghanistan at present is
Al-Jazeera, also based in the Gulf. This station has already
established exchange agreements with CNN and ABC, which have
had pressure put upon them by the Bush administration not to
broadcast images of Osama Bin Laden. Senior US officials, such as National Security Advisor Condoleeza
Rice and Defence secretary Donald Rumsfeld, have used
Al-Jazeera as a means to communicate the position of the USA to
Arab nations. The US State Department (Foreign Office) is reported
to be considering buying programme time to transmit the USA's point
of view to the potentially volatile populations in the Middle East.
During military conflicts, then Denial and Deception reach their
peak, the television image is perceived by many as being a faithful
reproduction of the truth. Too often, it is easy to engineer and the
real picture can lie centimetres away from where the camera is
focussing. However, if the image is credible, it is believed.
Timothy BANCROFT-HINCHEY |